Friday, February 16, 2018

16.02.2008-16.02.2018 - #FarAmy dah 10 tahun

Perghhh .

10 tahun tu .

Alhamdulillah .

Eh , hai . Assalamualaikum , lupa nak bagi salam pulak . Hehe . Almaklumlah , excited nak cerita dengan korang semua .

Sebenarnya tak ada apa pun yang menarik nak cerita , cuma nak kongsi , kisah percintaan kami dah menjangkau usia 10 tahun (eleh , itu pun nak kecoh !) biralha makcik pakcik bawang nak kecam ke apa , tapi KakNa bersyukur , apa yang KakNa ada selama 10 tahun ni , atas usaha kami berdua dengan izin Allah SWT juga . 
Kalau Allah tak izinkan , maka tak akan jadi juga . 
KakNa ni , jenis asal boleh compare dengan suami yang agak teratur hidupnya . Tapi sejak kahwin dengan KakNa , kesian lah dia dapat isteri haru biru . Hahaha , maafkan saya .
Macam - macam dugaan kiteorang dah hadap , tapi atas dasar kepercayaan dan rasa tanggungjawab , kiteorang cuba juga perbaiki . 

Yes . Semua perkahwinan mana ada yang tenang je . Gaduh , merajuk tu semua mesti ada . Sama ada kita pandai atau tak nak "tackle" masalah tu dan selesaikan . Yang paling penting , jangan sesekali mudah percaya pada cakap - cakap orang ketiga . Sebab selalunya , orang ketiga ni mereka hanya cuma mahu melihat kita merana . So , beware !


susah nak selfie berdua 

My clingy boy Amyrul Arsyad 

Peneman umi Amyrul Akhmal


Si manja umi Amyrul Amsyar

Alhamdulillah , 10 tahun perkenalan , usia perkahwinan hampir 6 tahun kami dikurniakan 3 orang anak lelaki . 

Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat . Aaminn.

Terima kasih sudi baca !