Saturday, April 20, 2019

We Love You Babah



Semalam dia hantar gambar ni lepas video call dengan anak-anak. Macam biasa hujung minggu kami di rumah, hujung minggu dia di luar. Dia cakap, bulan ni kena kerja keras, bulan depan nak beli barang untuk raya. 😔
.
Malam tadi, lepas dia call, aku terus doa semoga apa yang dia buat untuk kami, Allah permudahkan.
.
Tadi lepas call dia, aku terus rasa rindu. Selalunya kalau sehari, jarang aku nak sempat rindu. Sebab dah biasa kena tinggal.
.
Tak tahulah, sebab malam ni malam Nisfu Syaaban ke apa, tapi memang rindu. .
Semua tengah tunggu dia balik. Kejap-kejap tanya, kejap-kejap bukak pintu.
.
Kalau lah dia tak ada, aku pun tak sekuat sekarang ni.
.
Aku ni banyak sangat dosa dengan dia, tapi dia tetap layan aku baik.
.
Sayang, i tau u baca. I am sorry, for everything. Terima kasih selalu sokong i. Semoga Allah tunaikan impian u. Aaminn Ya Mujib.
.

#kamiyangmenjalankanamanah #demibeyblade #demilegoland #demibajuraya #weloveyoubabah

Friday, April 19, 2019

Rindu Bertamu

Tiba-tiba aku rindukan seseorang. 

Seseorang yang pernah beritahu aku, 

“kak, walaupun akak belum kaya, akak dah banyak tolong orang kak. Saya tahu, satu hari nanti akak pasti berjaya. Jangan lupakan saya ya kak.”

Terima kasih dik. Walaupun akak jarang whatsapp kau. Akak mmg rindu kau. Kau datang masa aku diuji dengan kesihatan anak-anak aku onn off. 

Iya. Demam, sakit mata dan lain-lain.

“Akak tak kuat, tapi Tuhan akak bantu akak”

Terima kasih Allah pinjamkan kekuatan pada aku.

Adik, kau tahu siapa kau. Moga Tuhan kau bantu kau juga 😌

Assalamualaikum dan selamat pagi 🌸

Tuesday, April 16, 2019

Agen Women Desiree Larkin

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, Allah permudahkan. Aku dengan secara rasminya dah menjadi agen Adleesya Beauty Sdn Bhd bagi produk Women Desiree pada 12 April 2019.

Kenapa aku jual?
Sebab aku guna. Berkesan. Memang belum jadi kulit telur, tapi, sekurang-kurangnya aku dah nampak hasilnya. Alhamdulillah.

Sekarang aku dah guna dan jual. In shaa Allah, nanti aku update prestasi aku sepanjang aku guna Women Desiree ni ya. 

So, korang yang nak dapatkan Women Desiree ni macam biasa lah, boleh Whatsapp aku ya. 

Whatsapp : 016-7253014 (Fana)

Thursday, April 11, 2019

Penjaga Pejabat #1

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni, aku saja nak kongsi dengan korang pasal Penjaga Pejabat di pejabat aku. Emm, cerita ni bukan cerita seram, tapi cerita benar.

Ada seorang hamba Allah ni, dia selalu menjadi mangsa keadaan. Sebelum dia berkahwin, dia memang selalu tawarkan diri untuk "jaga pejabat" sebab dia nak bagi orang lain yang dah berumahtangga peluang berasa seronok untuk bercuti bersama keluarga tanpa fikirkan hal kerja. Hamba Allah itu, berharap satu hari nanti, dia akan dapat peluang itu juga.

Pada tahun 2012, beliau berkahwin, beliau telah memohon cuti perkahwinan selama seminggu, namun begitu, atas desakan kerja, suami beliau pun terpaksa untuk hadir bekerja setelah cuti selama 3 hari. Berbaki 4 hari cuti yang beliau telah pohon terpaksa dibatalkan :( ialah, apa guna bercuti kalau suami sendiri tiada di rumah kan?

Sehingga lah beliau mempunyai anak ketiga pada 2017. Beliau masih menjaga hati rakan sekerja untuk tidak bercuti raya kerana mahu menjaga pejabatnya. Baik sungguh hati beliau kan? :(

Baru-baru ini beliau mendapat khabar gembira di mana adik kesayangan beliau yang telah hampir setahun tidak berjumpa akan pulang beraya di kampung halaman. Gembira tidak terkata hati beliau dan telah merancang cuti bersama anak-anak beliau untuk pulang beraya ke kampung halaman lebih awal. Namun, belum smepat beliau menyatakan keinginan beliau, beliau telah diminta oleh pegawai beliau untuk "menjaga pejabat" atas alasan, kampung beliau dekat. Sayu hati beliau.

Semenjak diberitahu beliau tidak akan dapat bercuti, semangat bekerja beliau terus turun. Sebab bertahun-tahun beliau tidak kisah akan cuti raya, namun setelah diberitahu bahawa adik kesayangannya akan balik, beliau memang bersemangat untuk cuti. Tapi itulah.. Emm...

Korang nak tahu siapakah beliau?

Wednesday, April 10, 2019