Saturday, December 10, 2011

 PESANAN BUAT SUAMI


1.       Selalu menghargai usaha dan penat lelah ister, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.     Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatanya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3.     Jangan sesekali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4.     Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.
5.    Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak, sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam Maharaja!
6.    Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau relakrelak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka kasut saja terus masuk dapur, memasak, mengemas, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7.     Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk si isteri. Jangan bedal semua sampaikan giliran isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8.   Kalau nak ajak kawan bertandang ke rumah, beritahu isteri dahulu, kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolelah dia memasak yang bestbest dan mengemas rumah cantikcantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anakanak masih berselerak dan isteri Cuma masak magi sahaja.
9.    Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dulu dalam cermin, yaa!!
10.Jangan kentut depan isteri!! Masa bercinta dulu kenapa boleh kawal kentut, dah kahwin x boleh??
11.   Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik kat tempat asal.
15.Rajinrajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan Tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah sahaja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anada mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lagi tak boleh! Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau awak tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik menengking sahaja. Kalau awaksakit nak mati, siapa yang kena jaga awak?? Bai jual roti?? Apek jual sayur?? Jiran sebelah rumah ker??
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepatcepatlah bawa jumpa doctor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya..
20. Berbincanglah dengan isteri anda sebelum membuat sesuatu keputusan. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok akalu pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukan laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama, dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masyuk syurga, bear kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi saya dengar drpd ceramah seorang ustaz.
22.  Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tidak suka. Percayalah, kalau suami buat baik, isteri balas sepuluh kebaikan suami.
23. Jangan buat buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ini sensitive. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini mudah sahaja.