Friday, October 31, 2014

Am I Wrong Lyrics

Am I wrong
For thinking out the box from where I stay?
Am I wrong
For saying that I choose another way?
I ain't trying to do what everybody else doin'
Just 'cause everybody doin' what they all do
If one thing I know, I'll fall but I'll grow
I'm walking down this road of mine, this road that I call home

So am I wrong?
For thinking that we could be something for real?
Now am I wrong?
For trying to reach the things that I can't see?
But that's just how I feel,
That's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see (see, see, see)

Am I tripping
For having a vision?
My prediction
I'ma be on the top of the world
Walk your walk and don't look back,
Always do what you decide
Don't let them control your life, that's just how I feel oh whoa
Fight for yours and don't let go,
Don't let them compare you, no
Don't worry, you're not alone, that's just how we feel

Am I wrong? (am I wrong?)
For thinking that we could be something for real?
(Oh yeah yeah yeah yeah, oh)
Now am I wrong? (am I wrong?)
For trying to reach the things that I can't see?
(Oh yeah yeah yeah yeah, yeah)
That's just how I feel,
But that's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see (see, see, see)

If you tell me I'm wrong, wrong
I don't wanna be right, right
If you tell me I'm wrong, wrong
I don't wanna be right
If you tell me I'm wrong, wrong
I don't wanna be right, right
If you tell me I'm wrong, wrong
I don't wanna be right

Am I wrong?
For thinking that we could be something for real?
Now am I wrong?
For trying to reach the things that I can't see?
But that's just how I feel,
But that's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see (see, see, see)

So am I wrong? (am I wrong?)
For thinking that we could be something for real?
(Oh yeah yeah yeah yeah, oh)
Now am I wrong? (am I wrong?)
For trying to reach the things that I can't see?
(Oh yeah yeah yeah yeah, yeah)
But that's just how I feel,
That's just how I feel
But that's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see (see, see, see) 

Fakta Mengenai Johor dan Rakyatnya

Fakta Mengenai Johor dan Rakyatnya yang mungkin anda tidak mengetahuinya. Jom baca! 


  1. Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.
  2. Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
  3. Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.
  4. Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
  5. Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.
  6. Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.
  7. Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.
  8. Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO. 
  9. Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .
  10. Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.
  11. Orang Johor sebut menguap tu sebagai sangap.
  12. Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.
  13. Bila orang muar kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.
  14. Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.
  15. Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.
  16. Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia.
  17. Telur pindang adalah makanan orang Johor.
SAYA "COPY" SEBAB SAYA ANAK KELAHIRAN JOHOR DARUL TA'ZIM 
PROUD TO BE JOHOREAN
I AM JOHOREAN^___^

Thursday, October 30, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Hi.
aku tau lama dah aku x update blog sangat. Sebab opis aku dah block lah blogspot, so, aku x dapat lah nak update cerita-cerita aku kat sini buat masa ni. simpan jelah kat draft tu ha.. hahaha..

ok. back to the story. korang pun tau kan yg jeruk mangga asam boi ni dah jadi viral kat fb. aku ni hari2 dok tengok newsfeed orang penuh gan gambo-gambo jeruk tu. fuh! tak menahan ko tau tak? kena plak kalau gambo tu kuar time2 aku nak tifo malam plak tu.. memang menagis lah aku nahan air liur.. errk? 

plan nak buat sendiri tapi keadaan sekarang tak mengizinkan aku, so, aku simpan dan pendam lah dalam hati je. dengan niat dan harapan menggunung, bahawa satu ari nanti ada orang yg sudi bagi aku jeruk tu untuk aku makan. hahaha.. fefeeling retis kejap.

Alhamdulillah.

Setiap kali aku nak makan sesuatu, aku akan niat macam tu. terutama benda yg mahal atau yg susah nak dapat. dan aku hari-hari doa, dan berharap aku akan dapat juga. so, apa hasilnya kau buat macam tu?? ko ingat ada ke benda nak datang bergolek depan kita kalau kita tak usaha. itulah namanya REZEKI. tapi rezeki pun datangnya dari usaha kita berdoa dan sebagainya.. yang penting usaha.. 

taaaraaa!!!


Alhamdulillah.. Errkk!! Kenyang aku.. Aku niat nak makan sikit je dan bagi Mr.A nanti masa balik. tapi memandangkan Mr.A lambat sangat dan aku kena stayback kat opis sampai Maghrib, so aku abiskan jelah.. hahaha.. sorry sayang.. :)

eh, mesti korang pelik kan mcm mana aku boleh dapat jeruk ni. aku pun mula-mula kompius gak. aku ingat orang salah letak ke apa kat meja aku. rupanya memang SUPRISE!! Opismate aku yg bagi masa aku tengah makan kat pantry. hehe.. so sweet adik.. oh, aah.. yg bg tu adik uolls.. bukan secret admirer ke apa ke eh.. jangan korang tuduh aku menyundal plak tau.. budak tu baik, selalu tolong aku.. hehe..

apapun, aku rasa bersyukur sebab aku dan Baby A *eh, sape ek? smile :)* dapat merasa gak. lau x memang telan liur jelah aku uols. korang nak tau review aku pasal mangga asam boi ni? hurmm.. pada aku NOT BAD. tapi mungkin seller yg jual pada adik tu x guna mangga yg betul2 muda. so, rasa dia macam kurang sikit lah. tapi apapun, sebab aku dan Baby A suka, tu yg habis sebekas tu. hehe.. benda free kan.. so, sedap lah yer dak??

lagipun, lain orang lain citarasanya.. sebab mangga asam boi ni pada aku biasa je, tapi sebab dah jadi viral kat FB, maka benda ni dah jadi macam rare plak di kala bukan musim mangga.. yelah, kalau bukanmusim mangga macam mana nak dapat mangga muda kan? apapun, kebaikkan dari viral ni, ramai orang yang dah dapat jana pendapatan. ada yg mula bisnes kecik-kecik dgn jual jeruk mangga ni, dan owner kebun mangga semakin tersenyum lebar sebab semua buah mangga mereka laku walaupun masih muda.. oleh itu, kita semua harus bersyukur.. Alhamdulillah.. sesungguhnya, tidaklah Allah itu menjadikan sesuatu yang baik untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. 
Wallahualam.

Terima kasih sudi baca. Adios. :)


Anak : My Lil A dah 9 bulan

Alhamdulillah.. 

Hari ni, My Lil A officially 9 bulan kalau ikut kalendar Islam. 
30 Oktober 2014 bersamaan dengan 06 Muharram 1435H.
Sungguh pantas masa berlalu. 
Terlalu pantas aku kira.
Hinggakan aku rasa macam baru semalam aku lahirkan dia.
Macam semalam aku melihat dia terbaring dalam balutan kain bedungnya.
Syukur. Diberi peluang menjaga dia. 
Walaupun Lil A lambat merangkak, lambat berdiri dan lambat dalam serba serbi, tapi aku syukur..
Oh, anak! Pinjaman Allah.
Akan aku usaha semampu dan sehabis daya untuk menjaga dan mendidiknya.. 
Semampu ku.
Sekuatku.
Setabahku.
Bantulah aku, Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah.


p/s : aku masih belum bersedia nak kongsi kisah aku melahirkan Lil A. mungkin esok, mungkin lusa. :)

Monday, October 27, 2014

My Lil A Kuat Menagis

Hi.

Lately ni aku rasa stress dan x cukup tido. Penat. Bukan penat kat tempat kerja. Tapi penat melayan kerenah anak aku si Lil A tu. Akhir2 ni dia punya meragam kan, Allah je yg tahu. Aku memang dah hilang sabar. Nasib Mr.A ada. Kalau dia xde memang aku bertambah stress. Tapi, dia gan Mr.A pun bukan nak sangat. Kalau Mr.A pegang dia pun nanti dia nagis. Hurrmm..

Xtahu lah kenapa. Aku rasa dia cemburu. Eh, nape plak kan dia nk cemburu. Ofkos lah uolls orang nak jadi abang.. Eh? Hahaha..

Aku tahu dia tu meragam selalunya nak tukar bulan je. Tapi bila aku diskas gan along aku dia cakap pasal jeles aku terus rasa mcm ... Blurrggghh.. Hurmm.. Maybe kot..

Tak kisahlah dia meragam pasal apa sekalipun, yg penting aku rasa sedikit terjejas dengan situasi ni. Aku rasa kesannya aku jd ngantok kat opis n terlalu emosi. Yelaaa. Bila ko x cukup tido kan semua benda x kena. Stress lah, nk makan orang lah apa lah. Bos ko cakap pun ko rasa mcm nk sekel je kepala bos tu. Hurmn. Damn!

Aku harap ragam si Lil A ni x berpanjangan sebab aku takot darah aku naik xpasal2 aku kena darah tinggi plak. Nauzubillah. Ni lah situasi ko kena hadapi bila ko dah ada anak. Ko xpayah kawen pun ko boleh ada anak. Dulu aku kalau bosan gan anak2 sedara aku, aku blah masuk bilik. So, skng ni aku tension gan anak aku xkan aku nak tinggal dia depan umah orang kan? So, redah eh redha jelah!

So, untuk korang yg belum ada anak. Korang tambah2 lah iman korang. Kalah iman korang senipis bawang macam aku ni, korang patut syukur sebab Allah beljm bg anak kat ko. Aku bukan x syukur tau, aku share pengalaman aku je. Sbb ada anak memang best. Yg x best tu time dia nagis. So, xkann la anak ko nagis 24jam kan. Apapun, korang enjoy evey second best moments korang dgn org yg korang syg. Sbb setiap saat TAK AKAN ADA ULANGAN.

Oklah, sebelum aku melalut baik aku stop. Terima kasih sebab sudi baca.

Adios.

Saturday, October 25, 2014

Salam Muharram - Maal Hijrah 1436H

Salam Awal Muharram 1436H.

Kepada semua kawan2 sama ada yang kenal saya secara langsung atau tak. Saya mohon ampun dan maaf atas kesilapan yg sengaja dan x disengajakan. Saya manusia biasa, begitu juga anda. 

Buat stalker, atau mana2 perempuan yg pernah mengecewakan hati saya sepanjang setahun yg lalu. Saya maafkan anda. Semoga anda mendapat hidayah drpd apa yg berlaku. Sy tak rugi apa2. Saya x mahu kerana marahkan seseorang langkah saya di tahan ketika mahu masuk ke syurga. (Walaupun saya tahu saya banyak dosa)

Apapun, kita semua bersangka baiklah pd Allah. Sbb setiap ujian yg kita terima itu adalah semampunya kita utk menanggungnya. Alhamdulillah, sy yakin saya kuat n tabah. Tp sy takot kerana terlalu yakin akhirnya sy kalah jua. 

Semoga tahun baru ini lebih memberi banyak manfaat kepada kita semua.. In Shaa Allah. 

Saya doakan kita semua bahagia dgn kehidupan kita hingga ke akhir hayat. Aaminn..


P/s : maaf lama x update sebab opis dah block blogspot. Jadi kalau nk online pakai hp mmg lambat sikit lah..

Wednesday, October 15, 2014

Wordless Wednesday #6


Siapa Tahu ??


Tiada siapa tahu perjalanan hidup kita. 
Tiada siapa yang boleh menjangka dengan pasti. 
TIADA.
 Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui segla-galanya .. 



Monday, October 13, 2014

Just Do It !



dalam hidup ni , kadang-kadang kita terlalu banyak berfikir sebelum bertindak atau membuat keputusan . tapi kadang-kadang kita tak perlu fikir banyak , apa yang kita perlu adalah lakukan sahaja ! yer ! lakukan sahaja tanpa fikir panjang . sebab keputusannya mungkin lebih baik daripada kita asyik berfkir tanpa tindakan dan akhirnya membuang masa kita . betul tak ? kalau x percaya , korang cubalah buat . tapi ingat , sebarang masalah yang terjadi selepas apa yang korang buat tu , saya tak bertanggungjawab yer . hehe..

so , JUST DO IT !

DOA HARI INI #8


Wednesday, October 08, 2014

Tuesday, October 07, 2014

"Really Don't Care" - Demi Lovato

"Really Don't Care" - Demi Lovato
(feat. Cher Lloyd)

You wanna play, you wanna stay, you wanna have it all
You started messing with my head until I hit a wall
Maybe I should've known, maybe I should've known
That you would walk, you would walk out the door, hey!

Said we were done, then met someone and rubbed it in my face
Cut to the part, she broke your heart, and then she ran away
I guess you should've known, I guess you should've known
That I would talk, I would talk

But even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Oh oh oh I really don't care

I can't believe I ever stayed up writing songs about you
You don't deserve to know the way I used to think about you
Oh no not anymore, oh no not anymore
You had your shot, had your shot, but you let go

Now if we meet out on the street I won't be running scared
I'll walk right up to you and put one finger in the air
And make you understand, and make you understand
You had your chance, had your chance

But even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Oh oh oh I really don't care

[Cher Lloyd]
Yeah, listen up
Hey, hey, never look back,
Dumb struck boy, ego intact
Look boy, why you so mad
Second guessin', but should've hit that
Hey Demi, you picked the wrong lover
Should've picked that one, he's cuter than the other
I just wanna laugh, cause you're tryna be a hipster
Kick him to the curb, take a Polaroid picture

But even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Oh oh oh I really don't care

DOA HARI INI #2


Monday, October 06, 2014

Salam AidilAdha dan Hadiah Lil A

Assalamualaikum ..
Rasanya belum terlewat untuk aku dan kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1435H kepada semua umat Islam dan pembaca blog picisan aku ni .. hehehe.. kami beraya kat JB je , x balik kampung .. sebab Mr.A xnak balik .. sob .. sob .. semalam sempatlah aku selfie dengan anak bujang aku . si Amyrul Arsyad ni atau my Lil A . Ada yang tanya , nape xde gambar Mr.A sekali ? jawapannya .. biarlah rahsia .. haha .. 

sebenarnya takde rahsia sangat lah .. Lil A sekarang ni kuat merajuk . yelah sejak nak jadi abang .. ooppsss !!! sikit2 nak kena peluk dan menangis je , lagi2 kalau nak tukar pampers dan baju . Ya ALLAH .. macam nak meroyan je aku dengan dia ni tau .. tapi aku sabar jelah , makin aku sabar makin kuat dia nagis , last2 terpaksa dukung dalam keadaan dia bogel dulu .. hahaha.. so, sejak seminggu dua ni aku dapat detect , macam mana nak buat dia berhenti menangis . SELFIE ! tu je cara yang paling mujarab setakat ini .. huh ! anak-anak .. macam-macam ragam , si bapak lain , anak plak lain ragamnya .. huhu .. 

masa ni dia baru berhenti menangis tau !

semalam gak kami tiga beranak jalan-jalan cari makan dan cuci-cuci mata .. cuci je sebab duit pun x berapa nak ada .. hehe .. oklah kan , sebab dapat masa kualiti bersama keluarga .. bukan senang tau nak dapat masa - masa macam ni . tu yang kami manfaatkan sebaiknya .. 

so , pas makan semua aku dan Mr.A pun terus bawak Lil A pergi jalan - jalan kat Skudai Parade . macam dah lama x pergi . kat sini , xde apa yg best pun . cumanya ada D.I.Y  je yang menarik .. huhu .. memandangkan xde barang yang nak beli ( padahal banyak ) , aku pun mulakan lah sesi menge"pow" Mr.A .. aku mintak dia belikan Lil A mainan since si kenit ni xde mainan sejak lahir lagi .. mainan yang gigit2 tu dia dah x layan dah .. booolayannn kata dia .. hahaha .. so, Mr.A belikan lah dia mainan kat D.I.Y tu , namanya Funny Zoo .. Murah je , RM 10.90 je.. huhu ..

 
kemain eksited dia tau !

masa ni dia dah tepuk-tepuk x sabar nak main 

masa nak amek gambar ni dia marah dan tepuk-tepuk kotak tu suruh bukak cepat . hahahaha .. abis blurr gambar .. tapi, bila dah bukak .. hurrmmm ... x sampai sepuluh minit pun dia main ngan mainan tu .. Arsyad oh Arsyad .. pening kepala ummi .. eh , korang abaikan jelah katil kami yang tak bercadar dan bersepah tu .. al-maklumlah , mood malas sekarang nih .. kihkih ..

budak sekarang ni , mainan macam tu mana dia nak . tapi aku memang x ajar anak aku main dengan gajet . kadang-kadang je. sebab kau lebih suka aku yang jadi puppet pada anak aku . biarlah orang kata aku hilang akal ke , macam budak2 ke , janji aku bahagia buat tu semua utk anak aku . lain orang kan lain cara didik anak .. so , no harm lah kalau ada sesapa nak bagitau do's and dont's pada kita tentang cara nak didik dan besarkan anak . apa yang kita perlu buat , adalah be a good listener . tu je .. okey ? sebab x semua orang punya pendapat yang sama . apapun , aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . so korang pun patut bersyukur yer .. 

terima kasih sudi baca :)



DOA HARI INI #1





Saturday, October 04, 2014

04 . 10 . 1998 - 04 . 10 . 2014

04 . 10 . 1998 - 04 . 10 . 2014

Allahyarhamah Nor Aini Binti Sahat .


Tak akan ada insan lain sehebat Mak .

Adik rindu Mak . 

Dulu mak cakap adik kena kuat . 

Sekarang adik kuat mak .

Mak doakan adik . 

Adik nak peluk mak .

Semua orang ada mak .

Adik xde . Adik cium gambar mak je .

Skang adik cium anak adik .

Dulu mak janji mak nk jaga anak adik .

Tapi adik tahu mak bukan tipu , tapi Allah sayang mak . 

Adik lagi sayang mak . 

Maaf mak , adik lama x tengok mak . Maafkan adik mak .


Al-fatihah .


Friday, October 03, 2014

20 Perkara Tentang Chubby Hanna

Salam Jumaat .
Korang dah breakfast ?? Belum ?? Laa .. xkan sebab lom breakfast korang murung kot .. hehe .. Come on babe !! Wake up !! Chewwaahh ... Hahahaa .. Starting nak over .. Ok guys , sekarang ni kan tengah hot pasal #20FactsAboutMe , so aku pun nk buat gaklah . Sesaja nak bgtau kat korang saper aku , jadi xdelah korang dok tertanya-tanya kan.. huhu..


  1. Nama penuh NURFARHANAH BINTI SUARDI. Boleh panggil Farhana, Farah, Hana, Nana dan Fana
  2. Umur 27 tahun, muda lagi . Aku selalu rasa umur aku 21 tahun sebab masa tulah aku kenal dengan Mr.A .
  3. Aku dah BERKAHWIN . Iyer.. dah kawen , jangan tak percaya . aku kawen dengan jejaka ensem AZMI BIN ABDUL MANAN  (MR.A) 
  4. Ada seorang anak yang bijak dan manja , nama dia AMYRUL ARSYAD (Lil A)
  5. Paling suka minum air fresh orange dan milo ais.
  6. Tak suka makan mee kuning sangat , tapi suka mee goreng basah , lagi basah lagi aku makan sampai licin . nyummeehhh !!
  7. Tak suka makan sayur yang berlendir contohnya terung, bendi dan sebagainya. Tapi boleh makan petola sikit.
  8. Sangat HANTU PETAI . lagi-lagi kalau masak sambal tumis petai letak udang.. nyummehh!!
  9. Suka makan IKAN KEMBUNG DAN IKAN SELAR KUNING GORENG . Lagi-lagi baru lepas goreng
  10. Belajar sampai STPM je. ada niat nak sambung belajar tapi x tahu lah bila hajat kesampaian . 
  11. TAK SUKA ANGKAT TELEFON ! Jadi kalau boleh SMS atau Whatsapp je okay ?
  12. Ada kedai online Farhana Mom's Shoppe dan IG Fames Shoppe
  13. Suka ambil gambar especially SELFIE . tapi xde kamera digital, amek pakai henpon dan kamera kompak je . Sekarang anak aku yang jadi mangsa hahaha .
  14. Anak ketiga dari 4 orang adik beradik perempuan yang ohsem semua .
  15. Suka giler dengan Fasha Sandha dan Fazura
  16. Berat paling ringan dari umur 21-23 tahun adalah 55KG. Jangan tanya berat sekarang. hahaha
  17. Aku suka beli majalah , tapi x tahu bila nak baca .
  18. Aku teringin nak pergi PARIS one fine day dengan suami dan anak-anak .
  19. Aku sensitif , sempoi , gila-gila TAPI BUKAN GILA . Suka bercakap , window shopping dan berkawan .
  20. Nak tahu lebih lanjut , kena jadi kawan aku dulu . Hahahaha..
 sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa , sebab aku rasa banyak benda pasal aku yang aku nak share . korang kena ada dalam "kepompong" aku untuk kenal aku lebih dekat . bukan sekadar baca #20factsaboutme je . sebab pada aku , kalau kita nak kenal tentang seseorang tu kita kena kawan dengan dia dulu , baru kita boleh nilai . bukan sekadar dengar daripada mulut-mulut orang yer .. huhu..

ok , so untuk entry ni aku tag kakak aku sendiri , DILAZ FAMILY . korang kalau nak buat jugak , jangan lupa tag aku sekali dan komen yer .. hehe ..

terima kasih sebab sudi baca . jangan lupa baca lagi yer ..

Getaran ....

Aku sudah dapat merasai getaran jantungnya..
Alhamdulillah Ya Allah..
Di saat tiada siapa yang gembira dengan kehadiranmu , aku tetap setia menunggumu sayang ..
Jaga diri , kelak kamu akan bertemu kami .. Ummi dan abang kamu ..

Melawan Arus

Bila kita nk melawan arus, ombak datang menerpa kita dengan pelbagai cara, lalu kita rebah. Akhirnya kita tersadai di tepian pantai. Duduk termangu sambil memikirkan bagaimana aku mahu merentasi arus yang maha dahsyat ini.

"ALLAH"

Aku tersentak. Betapa aku lupa bahasa Allah lah pemudah segalanya, lalu aku bangkit dan tersenyum gembira. Aku perlahan berdiri bimbang akan jatuh lagi, tai kali ini, aku bangun bukan untuk melawan arus, tapi bersedia dengan fizikal dan mental untuk menerima arus yang mendatang dengan hati yang tenang dengan izin Allah.


Faham ke faham?


Jumaat

1.48pagi

Sebelah #AmyrulArsyad

Thursday, October 02, 2014

'TING!' FOR HIM!

Assalamualaikum..
Semalam aku dan Mr. A pergi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk buka akaun for our Lil A . Lama dah simpan duit untuk our Lil A ni tau . Baru semalam berkesempatan nak buat . Aku saja simpan kat sini sebab dividen dia tinggi , dapatlah saving sikit untuk Lil A . Alhamdulillah . Korang yang belum buat tu, boleh lah pergi buat cepat . Sebab ini pun bukan untuk orang lain , untuk anak-anak kita jugak . 

Buku TING! Lil A

Nak buat buku ni korang x payah lah ada duit sampai beriban pon .. Cukuplah korang ada RM 10 pun dah boleh buat tau ! x percaya ? percayalah .. aku pun buat x banyak untuk starting ni .. hehe .. Janji aku ada usaha nak simpan untuk anak aku , betul tak ?
so , xkan lah setakat RM 10 untuk anak kita pun kita x mampu.. 
kalau yang kerja gomen plak korang boleh buat potongan gaji terus dalam slip gaji korang , tak payah lah sibuk2 korang nak g pejabat pos ke , bank ke , ASB ke semata-mata nak masukkan duit tambahan dalam akaun anak-anak korang .
yang swasta plak , bergantung pada majikan korang lah yer . sebab ada sesetengah syarikat diorang support kalau staff diorang nak buat potongan gaji untuk saving ni .. cer korang tanya bahagian admin atau kewangan korang .. mesti diorang tahu punya .. huhuhu..

bila nak menabung ni korang mestilah letak target untuk apa tabungan tu , biar tak tersasar nanti . macam aku ada banyak sebab kenapa aku buat simpanan untuk Lil A seawal ni . antaranya, aku sebenarnya plan nak anta Lil A kat Little Caliph atau Brainy Bunch . Yang mana yuran pendaftarannya agak mahal pada aku . So, bermula dengan simpan sikit2 aku harap dapatlah aku anta anak aku ke sana nanti . Amiinn ..
Apapaun , aku harap lepas ni dapatlah aku dan Mr . A simpan dengan konsisten . 
In Shaa Allah . 
Mula-mula aku simpan dengan akaun TING , esok lusa ada duit lagi aku plan nak buatkan akaun Tabung Haji plak untuk Lil A . 
Semoga niat murni aku ni dipermudahkan Allah.
Aminn ..

ok , jom kita menabung !

Wednesday, October 01, 2014

Wordless Wednesday #4



Assalamualaikum w.b.t.

Arini 1 Oktober 2014 , bersamaan dengan 6 Zulhijjah 1435 H.
Arini xnak cakap banyak , cuma nak cakap Selamat Ulang Bulan Kelahiran 
anakku sayang , Amyrul Arsya bin Azmi yang ke 8 Bulan . Semoga kamu terus tabah dan membesar dengan sihat yer sayang . Ummi dan Babah sayang kamu sangat - sangat! 

Our Litlle Precious