Fakta Mengenai Johor dan Rakyatnya yang mungkin anda tidak mengetahuinya. Jom baca!
- Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.
- Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
- Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.
- Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
- Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.
- Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.
- Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.
- Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.
- Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .
- Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.
- Orang Johor sebut menguap tu sebagai sangap.
- Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.
- Bila orang muar kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.
- Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.
- Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.
- Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia.
- Telur pindang adalah makanan orang Johor.
SAYA "COPY" SEBAB SAYA ANAK KELAHIRAN JOHOR DARUL TA'ZIM
PROUD TO BE JOHOREAN
I AM JOHOREAN^___^
Saya pun orang Johor jugak! :)
ReplyDelete