#Day 8
Selasa
14.07.2015
Mesin basuh masih rosak . Baju pula banyak tak basuh lagi , bawak pergi dobi. Jumpa kawan baru , berbual and the end.
#Day 9
Rabu
15.07.2015
Jalan pagi sangat lancar . Trafik mulai lengang . Semua dah pulang ke kampung .. Kami ?? Masih meneruskan kerja mencari nafkah .. Ceh ! Kampung sekangkang kera je pun .. Hurm ..
Hari ni aku bawa si kenit Akhmal ke office . Ya , aku bawa .. Pengasuh aku dah ambil cuti raya .. Hari ni aku memang sebak sebab MIL aku pun tak nak tolong jaga dua - dua sekali . Dia jaga si abang je , tak apa lah .. Aku mengalah ..
Sabar .
Jangan main tuduh melulu . Aku baringkan dia sekejap di lantai selepas dia selesai menyusu .. Selebihnya aku pangku . Siapa tak sayang anak ooii .. Sampai tua atau selagi sakit bersalin tu tak hilang , jadi selama itulah kasih sayang seorang ibu masih utuh untuk anaknya . Bukan bermaksud bila dah tak sakit dah tak sayang yer ..
Sejuk .
Itu yang aku dapat simpulkan. Disebabkan itu juga dia mahu sentiasa menempel dengan aku . Seharian di pejabat aku tak buat kerja langsung . Hanya memangku si kecil ini dan memberi keselesaan padanya .. Mujur rakan sepejabat faham . Aku bukan sayang cuti , tapi cuti aku diperlukan untuk keadaan yang lebih penting lagi . Untungnya menjadi surirumah sepenuh masa . Bersyukur Farhana !
Kasihan .
Menitik airmata aku ketika menulis entri ini . Si kecil yang tidak tahu apa - apa hanya tahu berdiam diri sahaja di dalam kereta sorongnya .. Aku sorong , ke depan ke belakang , ke depan lagi ke belakang lagi . Ulang - ulang . Akhirnya tertidur .
Wajah yang sangat mendamaikan hati aku dan suami .
Kehadiran Akhmal memberi kami seribu satu rezeki .
Rezeki yang selalunya tidak disangka .
Yang selalu datang waktu tak terduga .
Benarlah , perkahwinan membawa rezeki .
Nyatalah , setiap anak ada rezekinya .
Yakinlah , JANJI ALLAH ITU PASTI !