Showing posts with label Kisah AkuSuamiDanAnak. Show all posts
Showing posts with label Kisah AkuSuamiDanAnak. Show all posts

Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum w.b.t


Saya , suami dan anak - anak ingin memohon ampun dan maaf sekiranyan kelakuan kami ada menyinggung hati mana - mana pihak secara sengaja atau tidak . Kami juga mohon dihalalkan segala makanan yang telah kami makan secara sengaja atau tidak .
Semoga Syawal tahun ini lebih bermakna buat anda semua dan juga kami khususnya .

Aaminn ..


Dari kami :
Azmi
Nurfarhanah
Amyrul Arsyad
Amyrul Akhmal
Amyrul Amsyar

Wednesday, April 11, 2018

Wordless Wednesday #15/2018: 4 of Us



Masa ni Amsyar tengah tidur , jadi Umi letak dekat seat belakang kejap . 
Bukan senang nak berswafoto begini , kecuali di dalam kereta . 
I love you all damn much !

Thursday, June 15, 2017

Shopping baju raya anak -anak di Plaza Angsana

Assalamualaikum korang .

Fuhhh , arini KakNa nak share story sikit . Malam kelmarin ( 10 / 06 /2017 ) KakNa pergi lah ajak suami dan anak - anak shopping seluar jeans diorang kat Plaza Angsana . Fuhhh .. Ramai gila orang , almaklumlah , sebelum ni kami tak pernah pergi Plaza Angsana masa bulan Ramadhan . Sebab selalunya , bila beli baju raya anak - anak MIL dan FIL KakNa akan ikut sekali , tu yang selalu pergi sebulan sebelum puasa . Hehehe .

Sekarang diorang dah tak nak ikut sebab penat , kebetulan FIL kata tak nak terlepas tarawih , maka kami pergilah berempat sahaja . Memang mencabar bila shopping bersama anak - anak dalam keadaan orang ramai pulak tu . Beristighfar sahajalah KakNa dengan suami . Sungguh , serik nak bawak diorang lagi , bukan apa , si adik ni jenis tak takut orang , si abang tu okaylah lagi , boleh ajak berbincang .

Sabar jelah .


Hasil tangkapan

Dipendekkan cerita , pilih punya pilih , akhirnya KakNa pilih dua helai baju sedondon dan seluar jeans pendek untuk dua hero ni . Mr. Clerk kata , anak - anak tak sesuai pakai selaur panjang , lagipun rimas , so yang terbaik beli seluar pendek . Harga ? Aduii  , naik juling mata KakNa tengok harga seluar diorang tau .

Mujurlah baju KakNa dah beli masa Padini buat sales bulan April haritu . Cumanya , untuk si Akhmal tu , KakNa memang niat nak beli lagi sehelai dua . Yelah , si Akhmal ni badannya halus, tak boleh pakai baju saiz 1 - 2 tahun , walhal dia dah 2 tahun . Akhmal kena pakai baju saiz 18 - 24 bulan untuk bagi dia nampak kemas dan kacak . Wah , kacak gitu ! Yelah , Mr. Clark tu kan jenis bergaya , lain lah KakNa ni , dah macam mak lampir je .

Alhamdulillah , dah selesai beli baju anak - anak cuma kalau ada lebih nak lah jugak topup untuk diorang . Tengoklah macam mana nanti . Tapi , barang sekarang semua mahal , beli 2 helai baju dan seluar pun dah RM 150.50 , haisshh .. Dugaan , tak apalah , in shaa Allah , ada rezeki untuk anak - anak juga . 

Tak sangka plak beli dua barang je pun dapat sampul duit raya , hehe . Syukur , Alhamdulillah , jimat tak payah beli sampul duit raya . Tapi , duit raya tu kenalah beri jugak kan ? Tak kan nak bagi sampul kosong pada orang yang datang beraya kan ? Hehehe . Tak best lah plak . Apapun , memberi mengikut kemampuan , asalkan ikhlas . In shaa ALLAH , kemeriahan dan keberkatan Ramadhan dan Syawal akan dirasai .



  
Cantik tak sampul raya ni ?

Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi ya ! Terima kasih sebab sudi baca :)

Sunday, March 05, 2017

KakNa Family

 
Ini cerita semalam.

Sebenarnya babah tengah bad mood sebab lapar dan anak-anak buat hal. 
Tapi Ummi tak kisah, suruh gak babah amek gambar.

Eh, sekali babah pun nan join. Tak muat frame sebab ummi gemuk 😂😂 Cuba tengok, #AmyrulArsyad14 dan #AmyrulAkhmal15 ikut siapa?

Annoying tau Akhmal dan babah. X sporting! 😝

#KakNaKids #KakNaFamily #DoubleA_ShortVacations #KakNaMakanKenduri #FarAmyFamily

Sunday, January 03, 2016

Arsyad dah tak merajuk

Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, tiada perkara yang lebih membahagiakan mereka selain daripada melihat anak-anak tersenyum riang dan gembira. Betul kan? Begitu juga aku dan suami. Kami selalu inginkan yang terbaik buat anak. Malah sentiasa mencuba untuk berlaku adil supaya mereka tidak berasa ada jurang antara mereka. Itulah kami, ummi dan babah.

muka ada senyum

Kalau korang dah baca entri sebelum ni mengenai Arsyad merajuk, korang mesti tahu kenapa Arsayd dah tak merajuk. Hehehe. Arsyad ni manja orangnya, suka memperlihat keletehnya yang lucu, almaklumlah sama bulan dengan aku, kami memang gila-gila sikit. Tapi, selepas ketiadaan nyawa Arsyad tu, Arsyad seolah-olah hilang arah, tak keruan, menangis tak merajuk tak menentu. Bingung kami dibuatnya. Aku? Mestilah lagi bingung, mana nak dilayan adik nak menyusu, mana nak dikelek bujang sorang ni, alahaaaiii.

tengah membebel kegembiraan

Semalam, Tok Mak (ibu mertua aku) sampai hilang punca nak melayan kerenah si bujang aku ni. Yelah, biasa cuti hujung minggu Arsyad memang berkampung di rumah nenek dia, sdari pagi sampai lah malam. Kesiankan Tok Mak dan Tok Abah dia rindukan dia kan. Cucu lelaki sulung lah katakan.
Melihat keadaan ibu mertua aku yang dah hampir hilang sabar, aku pun memujuk suami aku untuk membelikan nyawa baru buat Aarsyad. Tapi kami beli dengan bersyarat, pakai hanya untuk tidur sahaja. Yes! Kami berdua setuju. Arsyad? Kita tengokkan jelah nanti.

Bila malam berlabuh je, Arsyad sanggup menahan mata dia semata-mata tidak mahu tidur tanpa puting. Masa ni, kami belum beritahu dia yang kami telah beli yang lain sebagai ganti.Keheningan malam dipecahkan dengan suara tangisan Arsyad seorang. Satu taman aku rasa suara Arsyad menangis dalam kesedihan. Kasihan anakku :( 

Tapi aku tetap bertahan, aku pujuk dan pujuk dan terus pujuk hinggalah dia terlena. Namun, aku persiapkan nyawanya di atas kepala katil supaya mudah dicapai jika dia terjaga dari tidur seperti kebiasaannya. Sangkaan ku ternyata benar, naluri ibu kan? Arsyad bangun pukul 2.30pagi menagis dan kami beri puting lalu tidur lena hingga pagi. Jam 5.30 pagi, dia bangun hanya untuk minum susu, kemudian nampak puting ambil dan tidur semula. Allahu.. Nampak sangat puting itu memang sangat penting untuknya. Kasihan anak aku yang sorang ni.

Pagi tadi, masa nak hantar pergi rumah pengasuh. dia langsung tak meragam, senyum je, happy je, cakap pun lembut je. Aku pun senang hati tau. Syukur, itulah kegembiraan anak aku yang aku tak mampu nak beli kat tempat lain. Dia cium tangan aku, muka aku, sampai rumah pengasuh pun menari-nari. Hailah anak. Sungguh kamu menguji aku! 

Kali ini aku tidak tahu berapa lama perjalanan puting ini dengan dia. Puting yang lama tu bertahan sejak dia 6 bulan sehingga dia 23 bulan. Bayangkan lama kan? Bukan tak amhu ganti, dia sendiri yang tidak rela berpisah dengan cinta hatinya tu. Hehe..

Beginilah keadaan jika ada anak. Hargailah anak selagi hayat dikandung badan dan selagi mereka masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka faham bahawa kita ambil berat dan sayang pada mereka, walaupun mereka belum boleh berkata-kata. Sesungguhnya anak-anak, suami/isteri dan masa yang berkualiti bersama mereka itu lebih bermakna daripada wang ringgit.

Friday, January 01, 2016

Arsyad merajuk

bad mood

Anak.

Apalah yang dia tahu selain, minta susu, menangis, makan dan mau dipeluk dan dibelai dimanja. Begitu juga dengan anak-anak aku terutama Amyrul Arsyad yang tersangat manja. Yelah, Arsyad ni kan kurang kasih sayang sebab aku dah mengandungkan Akhmal. Kadang-kadang aku rasa aku dah bagi dia 200% perhatian lebih daripada adik dia, tapi dia tetap rasa macam tersisih.

Emm.. Minggu lepas, Arsyad selalu meragam akibat "nyawa" dia hampir putus. Nyawa yang aku maksudkan tu adalah puting dia. Hehehe.. Kesian memang kesian, menlilau cari nyawa, macam tak keruan tak senang duduk. Walaupun resah gelisah, tidur nak kena pegang tangan semua tapi Alhamdulillah, sekurang-kurang aku dan suami berjaya buat dia leka pada puting dia selama hampir 3 hari. 

Yer, 3 hari bukan 3 minggu atau 3 bulan. 3 hari tu pun terseksa jiwa kami tau tak dengar dia meraung macam apa, siap pakej hempas diri lagi. Hehe. Kami sebagai ibu bapa bukan nak sangat dera emosi dia, cuma nak ajar dia agar tak dibiasakan sangat dengan puting tu. 

Lagipun, puting tu bukan kami yang ajar, tapi pengasuh dia. Yelah, bukan senang orang nak jaga anak kita tau, jadi kami sebagai ibu bapa tak kan nak merungut bila tengok orang dah ajar anak kita berputing. Pengasuh pun ada kerja lain nak buat selain daripada hadap anak kita je.

Sekurang-kurangnya, selepas nyawa si Arsyad tu rosak/putus, kami sendiri berpengalaman melihat bagaimana rasanya kehilangan barang yang kita paling sayang. Paling kami tak tahan Arsyad tertidur kerana terlalu penat menangis. Menangis kerana kehilangan, huhu. Anak-anak, makin besar makin banyak ragam. Syukurlah, sekarang Arsyad lebih leka bermain dan kami tak mahu menghalang asalkan dia lupa pada nyawa a.k.a puting dia.

Alhamdulillah.

Sunday, August 09, 2015

The Siblings : #Day10 - Arsyad dan Akhmal

Nota : Kisah The Siblings aku ni kebanyakkannya yang dah lepas , jadi harap tak ada siapa pertikaikan .. Aku mencari masa untuk pastikan semuanya dikongsi secepat mungkin .. Apapun , enjoy reading ya !

#Day 10
Khamis
16.07.2015

Pagi yang lapang . Jalan lancar dan tak ada stress . First , sebab budak - budak tinggal rumah mak mertua , huhuhu .. Akhirnya , mak mertua setuju jaga setelah suami "mereka" cerita sedih . Maka , ke pejabat lah kita dengan aman dan bahagia .

Selfie sikit !

Muka tak payah nak bajet cun sangat la ~~

Biasanya kalau musim perayaan Amy akan datang office untuk punch card je .. Sebabnya tak ada orang dekat office .. Kenapa tak cuti je ? Ntahlah dia tu .. Aku plak tak cuti sebab baru naik cuti bersalin kan .. Kalau tak memang aku balun cuti .. Tapi aku memang niat nak simpan cuti untuk majlis kahwin adik aku dan untuk hal - hal kecemasan .. 

Bila dah hantar aku dan punch card , dia balik lah rumah MIL aku untuk bantu MIL aku jaga anak - anak aku .. Bila sampai je rumah katanya anak - anak tidur .. Alhamdulillah .. Diorang tak menyusahkan nenek diorang .. Risau jugak aku .. Yelah , masa tu kan puasa .. Syukur anak - anak memang memahami .. So , si Amy ni sempat lah ambil gambar anak - anak kami .. Comel je diorang berdua ni bila tidur tau .. Hehehe ..

sedapnya diorang tidur ..

Memandangkan esok (17/07/2015) nak raya , aku request dengan Ketua Kerani aku nak balik awal .. Si Arsyad plak bangun je tidur meragam tak nak dengan nenek dan atok dia , maka terpaksa lah aku mengalah dengan balik awal .. Ala , esok raya kot ! 
Memang inilah rutin setiap tahun kami , kebiasaanya memang begini daripada zaman aku bujang sampailah dah anak dua orang .. Masih dengan cara dan keadaan yang sama .. Mungkin keadaan akan berubah bila aku dah berhenti kerja ?? Aaminn .. 

muka mahal Arsyad

terima kasih sudi baca .. 

Tuesday, July 21, 2015

The Siblings : #Day 4 - Busy Day

8.7.2015
Pagi 

Okay , hari ni aku minta izin Mr. A nak drive sendiri sebab ada banyak urusan yang nak dibuat . Kebetulan Mr. A ada urusan di Pontian .. So , budak - budak pun kelam kabut nak urus maka tak ada lah gambar mereka . Masa pergi sekali dengan Mr. A, lepas hantar anak - anak , terus gerak pergi office aku dulu punch card , baru lah gerak ke office Mr. A .. Dah hantar dia ,aku pun gerak balik office semula .. Maka sempatlah aku berselfie sebab hadap jem pepagi .. Huhuhu ..

macam chomel jer ? *wink*

Petang :
Macam biasa , budak - budak balik terus tidur . Penat sangat lah tu .. Maka aku pun tak tahu nak cerita apa .. Hahaha .. Nanti baca next post , kot - kot ada cerita best ..

Terima kasih sudi baca !

Monday, July 20, 2015

The Siblings : #Day 3 - Ummi dan Tudung Baru

** yang baru baca blog aku , boleh baca dari Day 1 & Day 2

7.7.2015
Selasa

Pagi : 
Anak - anak tidur lena sampaikan aku tukar pampers dan baju masih tak sedar - sedar , lagi - lagi si Akhmal .. Arsyad bangun , tapi mamai -mamai lagi .. Masuk kereta mata dah segar sikit , tapi masih mengantok lah .. Ntah , kesan semalamnya agaknya .. Bagusnya , kalau adik tidur si abang berjaga aku boleh bagi perhatian pada si abang , begitu juga sebaliknya .. Aku tak nak anak - anak aku rasa tersisih atau terasing dengan aku .. Sebab aku tak nak diorang ingat aku ni pilih kasih ke apa .. SUNGGUH TAK ADA PILIH KASIH !! 

lena sungguh si Akhmal ni ..

Hehe .. Bila si adik tidur , senang lah Ummi dan Arsyad nak selfie .. Aku pakai tudung baru keluaran dari blogger yang awesome kak Neena Anuar , murah je tudung ni setanding dengan kualiti kainnya .. korang tengoklah betapa selesanya aku memakainya kan ? Almaklumlah , ibu beranak dua ni kan , kenalah sentiasa ringkas dan kemas .. Huhuhuhu..


si abang yang masih mamai ..

Ummi tetap ajak wefie gaks !

Petang :
Aku ambil anak - anak macam biasa di rumah pengasuh . Arsyad paling gembira lah kan sebab seharian kena tinggal . Akhmal , macam biasa , tidur jelah .. Apa yang dia tahu di usia begitu , tidur jelah .. Hehehe .. Naik kereta je aku terus ajak Arsyad ambil gambar , kali ni aku minta Mr. A yang tolong ambilkan gambar .. Yelah , kalau asyik selfie je gambar x dapat full face .. Hahaha .. sebelum balik , akak office aku make over sikit tudung aku ni , dia suruh aku lipat tepi supaya nampak lebih kemas .. Bila kau belek gambar ni , aku rasa macam tu juga .. Tapi , bila tengok cermin aku rasa muka aku bulat giler ! bhahhaha ..

tak nak lepas dengan putingnya ..

boleh pula dia buat muka macam tu ..

manja sangat dia ni !

Hari berlalu begitu pantas sehinggakan aku rasakan bahawa masa untuk bersama anak - anak aku terlalu sedikit .. Begitulah lumrah dan naluri seorang ibu , yang ingin membantu suami dalam urusan perbelanjaan rumahtangga dan membesarkan juga mendidik anak - anak menjadi insan yang berguna .. Semoga dengan pengorbanan aku yang tidak seberapa ini , aku harapkan mendapat keberkatan dan tempiasnya kepada anak - anak aku .. Hanya Allah yang menilai keikhlasan aku sama ada benar - benar berbaloi atau tidak .. Aminnn ..

Terima kasih sudi baca ..

Wednesday, July 15, 2015

The Siblings : #Day 2 - Mengantok Sangat

6.7.2015
Isnin

Pagi :
Hari kedua aku bekerja dan anak - anak di rumah Acik (pengasuh) .. Everything was okay and smooth .. Anak - anak bangun pagi macam biasa , aku dan suami pun okay masih boleh handle all the situation pagi - pagi .. Rasa aku macam dah boleh "masuk" dengan keadaan sekarang .. Yelah , dulu seorang je , sekarang dua anak tu ..

Petang :
Balik kerja aku ajak Mr. A pergi bazaar dekat dengan pejabat .. Sebab kami dah tak tahu nak makan apa kat kedai .. Jadi , bila sampai Bazaar Stadium Larkin tu , aku dan Mr. A decide nak beli Nasi Lemak Kukus dan kuih muih untuk Arsyad ..
So , lepas bungkus makanan di baazar kami bergegas ke rumah pengasuh. Anak - anak aku dah ready tunggu aku dan Mr. A .. 

Akhmal seperti biasalah , setiap kali aku datang nak ambil diorang mesti dia tidur .. Akhmal memang anak yang baik , tak pernah susahkan aku dan pengasuh .. 
Arsyad ?? Hurm ... Terlompat sana trlompat sini .. Hehehe .. Dia excited setiap kali aku datang ambil dia , sejak dari dia 8 bulan lagi , memang begitu lah dia .. Hehehe .. Anak - anak .. Masuk je dalam kereta , aku baringkan Akhmal dulu barulah aku pegang si Arsyad .. Aku pelawa dia kuih kegemaran dia , tapi dia seakan tidak berminat .. Hurmm .. Pelik ! Aku pun tak adalah nak paksa - paksa dia kan , dah budak tak nak makan tak kan aku nak paksa lak .. 

Tak sampai 5 minit , aku toleh anak aku si Arsyad dah tidur ! Ya ALLAH , mudahnya dia tidur .. Aku jangka dia mesti penat sangat bermain dengan kawan dia masa di rumah pengasuh .. Anak - anak .. Yang sebenarnya aku pun penat dan mengantok sangat .. Aku peluk dia , cium - cium dia , bau masam peluh dia lah yang buat aku selalu rindu pada dia .. Walaupun dia selalu buat aku sedih dan menangis kerana "kepandaian" dia .. Syukur , Allah bagi pinjamkan nikmat ini pada aku dan Mr. A ..

Arsyad tidur daripada dari dalam kereta sampai lah ke rumah .. Dia bangun untuk minum susu je , lepas tu sambung tidur balik .. Lega aku , dapatlah rehat sikit malam tu dan habiskan quality time dengan Mr. A .. Bukan senang nak dapat moment tu , lagi - lagi dah anak dua orang ni ..

Till Next Entry ...

Sunday, March 22, 2015

Demi sesuap nasi ..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selalunya bila Mr. A outstation , aku xde lah rindu sampai tahap nangis sepanjang hari .. Tapi mengenangkan setiap kali outstation lama , setiap kali tulah aku tengah menunggu hari untuk bersalin .. Sekarang aku dah 33 minggu dah , jadi emosi tu memang lebih sikit ..

Kena plak ada anak kecik lagi yang masih perlukan perhatian , dengan keadaan sarat , anak kecil di luar perut meragam , anak kecil di dalam perut pulak x senang duduk .. Menggeliat , berpusing , menendang .. Allahu Akbar .. Alhamdulillah .. Aku menjadi insan yang terpilih untuk merasa semua ini .. Yer .. Bukan mudah , bukan juga sukar .. Aku syukur ya Allah ..

Penat lelah menjaga anak itu hilang bila aku scroll facebook dan aku terjumpa ni di newsfeed aku .. 



Sungguh aku rasa semakin bersemangat ! Betapa Mr. A aku merindui kami , begitu juga kami anak beranak .. Terima kasih sayang ..



Mr. A aku bukan orang yang romantik , tapi dia seorang yang bertanggungjawab .. Bersyukur aku Allah anugerahkan dia kepada aku .. Sangat bersyukur ..

Terima kasih Allah !


Nota kepala : Mr. A boleh kata setiap minggu atau bulan akan outstation , tapi ini kali pertama dia post camni kat facebook dia .. orang kata x perlu upload gambar mesra - mesra sangat ! Janji kits memang happy dengan pasangan kita .. Alhamdulillah .. 


Wednesday, March 18, 2015

Tak Boleh Tido



x boleh tido.

pandang suami, pandang anak.

x sangka sampai ke tahap ni.. 

dugaan datang silih ganti..

terduduk, bangon, berdiri dan berlari lagi..

tertipu, menipu dan ditipu..

makanan duniawi.

aku? tetap masih setia di sini..