Selamat Hari Lahir Abah.
Friday, January 19, 2024
Happy Birthday Abah | 18 Januari 2024
Wednesday, January 17, 2024
Wordless Wednesday 3/1000 : Lebih Bahagia
Monday, May 10, 2021
Seorang Ibu
Menjadi seorang ibu kadang kala kita gagal merancang, gagal menunaikan apa yang dirancang, gagal mengahafal semua perancangan dan gagal meraikan kegagalan.
Tapi, sebagai seorang ibu, kita tak akan pernah gagal untuk mendoakan setiap perancangan untuk keluarga dan anak-anak kita berjaya.
Kadang-kadang, kegagalan itu perlu, supaya kita menjadi ibu yang lebih matang, lebih berhati-hati dan lebih cekap menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
Tiada ibu yang tidak menyayangi anak-anak dan juga keluarganya. Yang ada hanyalah seorang ibu yang tidak penat untuk membahagiakan semua yang ada di sisi mereka.
Selamat Petang 💕
#kakakgebu
#FHBEmpire
Thursday, January 31, 2019
Abah .
Tuesday, November 06, 2018
Syurga Dunia
Saat kita membahagiakan syurga dunia kita, in shaa Allah, kita akan mendapat syurga yang abadi.
Syurga dunia saya, abah, suami, mama dah abah mertua, anak-anak dan adik beradik.
Jarang jumpa bukan maksud tak sayang.
Doa kesejahteraan dan kesihatan itu adalah lebih baik. Jika jumpa mungkin ada kata yang tak sedap didengar, ada hati yang terluka, ada jiwa yang tak sudi.
Tapi, bila kita berdoa.
In shaa Allah, esok lusa atau mungkin hari ini, Allah nak kurnia, dia kurnia nikmat tak terperi.
Sebab Allah tu Maha Pemberi.
Berapa ramai orang yang sentiasa rapat dan dekat dengan kita yang sudi untuk mendoakan kita?
Dan, berapa ramai orang yang telah kita doakan?
Salah satu sebab kita berjaya dan bahagia adalah daripada doa-doa orang yang menyayangi kita. Sebab kebahagiaan, ilmu dan hidayah perlu dicari.
Percayalah, semua yang berlaku telah Allah susun cantik untuk kita.
TIADA KEBETULAN.
Senyum. Pandang syurga dunia dan ucaplah Alhamdulillah. 😊
Farhanah.
Cium anak demi bau syurga.
#FTR
#RahsiaAsasRezeki
Sunday, May 27, 2018
Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Assalamualaikum semua.
Dah selesai berbuka? Alhamdulillah.
Ingat. Jangan makan terlalu banyak ya, nanti susah pula nak beribadat.
Hari ni, KakNa nak share sikit tentang TANGGUNGJAWAB.
“TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA”
Kenapa ibu bapa? Ibu bapa adalah orang yang melahir dan membesarkan kita, oleh itu mereka perlu dilebihkan berbanding orang lain di dalam kehidupan.
Banyak hadis Nabi SAW yang menyentuh kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Salah satunya berbunyi “ Redha Allah terletak pada redha ibu bapa “.
Redha ibu bapa juga membawa keberkatan dalam kehidupan. Walaupun nampak kecil, kesalahan kepada ibu bapa adalah besar di sisi Allah.
Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada dosa kepada ibu bapa.
Alhamdulillah. Itu lah sikit KakNa nak share pasal tanggungjawab ni. In shaa Allah lain kali KakNa share pasal tanggungjawab lain pula ya.
Bulan Ramadhan ni, bulan paling mudah nak gembirakan ibu bapa kita. Jadi, ambil peluang ini ya kawan-kawan.
KakNa semalam dah masakkan makanan berbuka untuk abah KakNa. Alhamdulillah. Simple tapi tengok abah berselera makan.
In shaa Allah, lain kali boleh masak lain.
Korang dah buat sesuatu untuk ibu bapa korang? ☺️
#ILoveMyFamily
Tuesday, July 25, 2017
Abah
tapi uda memang sayang pada abah .
Sayang sangat .
Sunday, May 21, 2017
Selamat Hari Lahir Mak :'(
Sunday, July 05, 2015
Pendapat aku
pendapat aku.
isteri nak pantang 100hari, suami x bagi, lalu dia meliwat atau mencari ganti.
isteri nak makan jamu, serba serbi demi kecantikan dan kesihatan diri tapi x mampu, suami senyap buat xtahu.
berpantang memang waktu berehat, namun isteri gagahkan diri kerana xde siapa nak buat.
isteri buncit, menggeleber sana sini, suami bosan terus menyendiri.
isteri nak buat apa lagi. menangis tiap malam bentan angin menguasai diri. suami kata nasiblah badan siapa suruh tak pandai jaga diri.
habis apa guna ada suami? makan pakai tak ditanggung apatah lagi mencari bidan kampung. semua masih salah isteri?
pantang tradisional dan moden perlu diperhati? pada aku kita yang perlu kaji diri. sedangkan sunnah nabi xperlu itu ini, makanan sunnah sudah mencukupi.
hidup kita semua x sama. kau di atas, aku di bawah. kau di depan aku di belakang. tapi aku masih punya rasa, rasa menjadi anak isteri ibu kepada sang teruna.
fikirlah.
penceraian bukan sebab longgar semata. bukan kerana ketat tidak nampak jalannya. tegang tidak ada kendurnya. bukan juga hodoh tiada cantiknya atau masam tiada manisnya. juga bukan kerana kau aku tak nampak dia.
kalau iman penuh di dada. yang masam bisa menjadi tapai yang enak. yang kendur bisa menyusu dua tahun lamanya. yang longgar bisa bersusun anaknya. yang hodoh bisa menawan hati dan jiwa.
itu jika KALAU ADA IMANNYA.
bukan salah dia yang longgar. atau jua salah kau yang mahukan ketat atau manis. salahkan diri. kau jauh dariNya. dia akan jauhkan hati kau jua. Nauzubillah.
Pandang diri. andai kau sempurna. keluarga kau pasti terbela. amalan di dunia ini tiket buat ko di sana.
kau mampu beli tiket kau ke syurga?? SILAKAN.
Ahad
05 Julai 2015
18 Ramadhan 1436H
5.30pagi..
Sunday, March 01, 2015
E. M. A. K.
Sunday, February 08, 2015
Gurindam Jiwa : Sayangnya Ibu, Kasihnya Ayah
Bila sesuatu terjadi kepada seorang anak, seorang ibu akan dipersalahkan. Seolah seorang anak lahir tanpa ayah. Ini bukan anak Maryam , bukan anak wali atau anak Tuhan. Ini anak manusia.
Bila kejayaan diperolehi, seorang ayah akan berasa gembira, seolah-olah hilang kesakitan semasa melahirkan. Hakikatnya, sedikit kesakitan pun tidak ditanggung sang ayah. Si ibu hanya berdoa agar si anak terus berjaya sekalipun si anak sudah melupakan si ibu.
Si ayah mungkin tidak akan merotan, mungkin juga suka memukul. Bukan kerana x sayang, bukan kerana x kasih. Tapi kerana mahu diberi hormat dan sedikit rasa "takut" buat si anak. Niat si ayah utk mendidik, agar si anak terdidik.
Si ibu, rotan di tangan jd amalan, jeritan tarzan jd siulan. Jelingan maut jd kebiasaan. Namun, anak menangis disusukan, anak lapar disuapkan. Anak sakit diubatkan, anak bergaduh dileraikan. Sungguh kasih ibu. Sungguh sayang ibu. Sungguh mulia ibu.
Bukan si ayah x ambil pusing, tp si ayah penuh dengan tanggungjawab. Si ibu mula runsing, orang keliling sibuk bertanya tapi si ibu xtahu nak jawab.
Hidup ini hanya pinjaman, sekejap di atas sekejap terjunam. Kenapa orang keliling yang kita sibuk nak hadap, sedangkan beras di bendang pun bukan mereka yang tanam.
Hati ibu kecewa, tidak si ayah mahupun si anak tahu. Hati ayah terpalit, si ibu dan si anak pula yang sakit. Hati anak terluka, sekejap saja mereka menjauh.
Duhai ibu, kau juga punya ibu.
Duhai ayah, kau juga punya ayah.
Duhai anak, kau juga akan jadi ayah dan ibu.
Jika kau mahu anakmu sepertimu, kau layanlah ibu dan ayahmu seperti mereka melayanmu.
Jika kau mahu bahagia, bahagiakanlah ibu ayah mu.
Ibu, sayangmu membawa ke syurga.
Ayah, kasihmu berpisah tiada.
Luahan Hati,
#UmmiFarhana
#KhasUntukAmyrulArsyad
08.02.2014
Ahad
12.30Tghari
Seorang diri kat Kedai Makan
Monday, July 14, 2014
Seorang Isteri, Seorang Suami dan Seorang Anak
Friday, January 18, 2013
Selamat Hari Lahir Abah | 55 Tahun
Assalamualaikum..
arini 18/01/2013 dan sekarang waktu menunjukka 4.45ptg di pejabat..
aku masih lagi menahan air mata ni dari terus berjurai.. *padahal dh meleleh keluar "(*
ntah kenapa, sejak kawen, aku semakin cepat
keluarga itu lebih kepada org yg paling aku syg (walaupun aku tak tunjuk)..
Orang yang selalu x sama pendapat dgn aku..
tapi.. orang yg paling aku RINDU lepas aku kawen..
orang yg paling aku nak PELUK tiap kali aku "jatuh"..
A.B.A.H.
arini hari kelahiran abah..
yang ke-55 tahun..
tiap tahun *sejak 6 tahun* aku sambut hari ni..
xpernah TIDAK..
dari hadiah paling murah mcm baju, beg duit, sampailah yg paling mahal henpon Nokia Xpress Music 5310 *masa tu*
abah tetap happy, tetap suka..
sebabnya dia abah aku.. dia tau kemampuan anak dia..
tiap kali date ni..
aku akan sms abah.. wish besday kat abah..
walaupun aku tinggal
tapi aku anta gak msj bile dah smpai opis..
sebab aku MALU..
tapi abah tetap balas..
walaupun setakat "terima kasih"
arini.. abah TAK BALAS..
satu mesej abah pun xde..
dari pagi aku tunggu..
abah marah ker??
abah merajuk ker??
abah mesti ingat aku tak sayang abah..
uda sayang abah..
uda nak bg abah kek..
uda nak bg abah hadiah macam selalu..
walaupun kecik.. tapi UDA NAK..
Abah..
uda mintak maaf abah..
uda dah ada suami..
suami uda xnk balik..
uda xleh wat apa..
abah kata kena taat..
abah kata jangan melawan..
uda ikut je cakap abah..
sama mcm uda kecik dulu..
sama mcm uda bujang dulu..
uda xkn melawan..
apapun, UDA SAYANG ABAH..
uda harap abah sehat..
doa uda utk abah dikejauhan..
semoga abah terus sihat..
kuat dan terus tabah..
bertahan untuk PERTAHANKAN kami..
bertahan untuk ZURIAT kami..
Ya ALLAH..
panjangkanlah umur abah ku..
SUARDI BIN JASMIN
Amin.. :(
Nota Kepala : hanya Allah tau mcm mana perasaan uda skng ni.. harap abah pun paham.. :)








