Wajah ni selalu buat aku menangis .
Menangis kerana tak mampu menggembirakan hatinya . Kadang aku tak tahu kenapa , hati aku begitu keras padanya . Padahal sejak kehadirannya , rezeki aku tak pernah putus . Aku menumpang rezekinya . Sejak akhir - akhir ini , bila pulang dari kerja aku sering memarahinya .Bukan kerana stress , tapi kerana Aku sedih aku tak mampu berikannya susu yang berkualiti lagi .
Itu lebih menyedihkan bagiku .
Kadang aku gelak ketawa , hanya untuk memastikan hormon prolaktin aku semakin banyak . Supaya si kecil ini kenyang . Namun aku lupa , dia sedang berkongsi dengan si adik .
Sayang , andai satu hari nanti kamu sudah besar . Ummi harap kamu mengerti yer sayang . Ummi bukan sengaja memarahi kamu, tapi sebaliknya ummi kecewa dengan diri sendiri . Ummi sedang mengumpul kekuatan sayang .
Ummi takut dibedah lagi . Ummi takut jauh dengan kamu . Kita tak pernah berpisah .
Bagaimana ummi nak tinggalkan kamu dengan orang lain ?
Bagaimana kamu nak tidur dan makan ?
Allah . Sakit dada ummi memikirkannya sayang , secara tak langsung perlakuan kasar ummi pada kamu turut keluar . Ummi minta maaf .
Ummi harap kamu faham ðŸ˜
#ketawabukansekadargembiratapiuntukmenutupkesedihan
#AnakBertuahKakNa