Friday, January 19, 2024

Happy Birthday Abah | 18 Januari 2024

 Selamat Hari Lahir Abah.



Sebelum balik kampung, aku tunggu anak sulung aku habis Peperiksaan Akhir Sekolah Agama dahulu. Hari Khamis di Johor kan Penjawat Awam dapat balik awal, maka terpaksalah tunggu si abang ni, hehe.

Sebenarnya, aku belum gaji, tapi aku memang sudah berjanji dengan diri sendiri yang aku akan tetap balik di Hari Lahir abah, hatta aku cuma tinggal RM10.00 sahaja. Memandangkan aku bukan anak keayangan abah, aku tanpa gagal akan buat apa sahaja supaya abah tahu kewujudan aku.

Aku mahu selalu di sisi abah, walaupun aku tahu abah mungkin tak perlukan aku di sisi dia ^__^.

Bila aku tanya abah nak makan di mana, abah kata ikut je naik Hilux dia. Sampai je kedai makan, rupanya abah bawa kami ke kedai makan bersebelah dengan
Pasaraya Maslee, Jalan Parit Mesjid, Pontian, Johor.

 

Abah pesan Kuetiau Kungfu, aku pesan Nasi Ayam dan Crispy Chicken Chop. Macam biasalah anak-anak aku bila makanan dah sampai tak sempat nak tunggu untuk aku ambil gambar.


Aku tinggalkan anak aku nombor dua dan suami aku sebab suami aku nak bawa mak mentua aku pergi ke pasar Hari Jumaat tu. Lihatlah wajah tua abah. Ego lelaki masih bersisa di wajah.


Balik je rumah, abah paksa aku minum Madu Tualang sebab tekak aku masih gatal, dan batuk aku teruk sangat. Aku ni kalau demam memang batuk tu lama dan teruk. Alhamdulillah, rupanya abah sayang aku ni, hehe. Anak kandung kan? Okaylah, ini sajalah cerita sambutan Hari Lahir Abah, InsyaaAllah, tahun 2025 akan lebih baik lagi, Aamiin. Jumpa lagi post akan datang.