memang pernah terluka. rasa dia, sakit sangat.
satu hari, aku duduk di hujung katil, memandang anak.
yer.. sekarang ku punya anak.
anak yang datang dari suka duka hati ku.
anak yg dianugerahkan Allah kepadaku.
sebagai pinjaman..
sebagai peringatan..
sebagai kekuatan..
pinjaman buat aku, agar aku bersyukur
peringatan buat aku, supaya tidak leka.
tidak alpa. tidak mudah kecewa.
kekuatan buat aku supaya semakin tabah. semakin kuat. semakin cekal.
walau dompet berbekal rm50 untuk sebulan,
aku rasa aku cukup tabah.
namun, kadang2 aku rebah.
rebah kerana tidak berdaya mengikut arah.
aku cuba untuk bangkit kembali. duduk.
merangkak dan seterusnya berdiri
tapi aku belum mampu berlari.
ku teruskan langkah. perlahan-lahan.
memandang dia, memandang anak.
dua insan yang selalu mewarnai hariku.
hari2ku dipenuhi warna
kadangkala ceria
kadangkala kusam
kadangkala hitam legam
namun, aku bahagia kerana aku masih mampu melihat warna2 itu
kau.
melihat kegembiraan
melihat kebahagiaan
melihat kebesaranNYA
tapi kau.
tidak melihat kesusahan
tidak melihat kepayahan
tidak melihat kesengsaraan
kau.
aku pasti kau cemburukan aku.
kerna kau tidak punyai warna2 sepertiku
namun, aku x mampu membantumu
untuk memiliki warna2 itu
kau perlu mencari. usaha. yakin. tawakal.
begitu juga aku.
ini.
apa yg aku dapat setelah pelbagai dugaan yg aku tempuhi.
apa yg aku layak dengan jumlah tangisan yg kucurahkan
apa yg aku doa bertahun-tahun
tapi belum semua ditunaikan.
tapi aku bersyukur,
tapi aku berpuashati.
sekurang2nya Aku berusaha.
TIDAK MENGAMBIL YANG BUKAN HAK KITA
~ Si Penglipur Lara ~
14 Sept 2014
Ahad
DEKAT MEJA OFFICE