Monday, August 18, 2014

Doa Perbaiki Diri



kadang kita sebagai hamba Allah yang lemah selalu terlupa akan kesilapan dan kekhilafan diri kita samaada secara sengaja atau tak sengaja. adalah lebih baik kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa perbaiki diri kita dari semasa ke semasa..
aku share doa ni kalau-kalau ada di antara kita yang ingin perbaiki diri tapi tak tahu nak mula dari mana. maka ni lah permulaan kita dan semoga kita boleh perbaiki diri kita In Shaa Allah.. 
sesungguhnya kita ni insan yg lemah, dan Allah jualah yg Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani. sama-samalah kita perbaiki diri kita supaya kita boleh bantu orang lain pula. siapa tahu dengan hanya berkongsi doa ini kita dapat beri manfaat kepada org lain pula. kan?? Wallahualam..
kalau suka korang boleh share yer..