Masih tertunggu - tunggu post KakNa ke ? hehe . Perasan lebih je KakNa ni tau .
Okaylah , semalam kan kita dah cerita yang masam , kelat , pahit dan maung semua kan ? So , untuk cabaran hari ini , KakNa nak kongsikan Kenangan Manis yang berlaku sepanjang 29 tahun KakNa hidup ( tetiba rasa tua :( )
Tapi , KakNa rumuskan jelah eh ? Tak larat nak cerita semua . Yelah , kalau nak cerita semua 1001 amalm pun belum tentu habis tau . hehe .
Okay , sila jangan muntah tau !
1. Tawaran kerja .
- Masa ni Allah je yang tahu betapa gembiranya hati KakNa bila diberitahu mendapat tawaran bekerja menjadi kerani di pejabat kerajaan . Ya ALLAH , masa ni usia KakNa baru 19 tahun , yer , 10 tahun lepas . Terima tawaran pun sebab masa tu dah gatal nak kahwin , so fikir nak kumpul duit jelah . hahahaha.
2. Dapat hadiah bunga masa umur 21 tahun
- Masa ni Mr. Clerk a.k.a En. Suami bagi bunga ros 3 kuntum . Tau tak kenapa ia menjadi kenangan yang sangat indah ? Sebab masa kecik - kecik dulu KakNa suka baca novel Ahadiat Akashah tu , dalam novel tu , kalau lelaki bagi bunga 3 kuntum maknanya dia suka kita . So , confirm masa tu Mr. Clerk suka KakNa ! Tapi KakNa jual mahal lagi . Hahahaha.
3. Bila dilamar untuk menjadi isteri
- Allah , nak gugur jantung masa tu . Alhamdulillah , KakNa tak nak ingat yang pahit , apapun , kami dah hampir 5 tahun bersama sebagai suami isteri , doakan KakNa dan suami bahagia bersama anak - anak sehingga ke akhir hayat .
4. Bila adik buat suprise kek dan coklat ketika hari lahir ke 29
- Terima kasihlah adikku . Memang terharu sangat masa tu ! Dia tahu akak dia ni tak suka sangat kek tapi dia tetap belikan dan yang paling penting , dia order dari Labuan tau ! Love you damn much my chubby adik !
5. Bila setiap kali dapat pegang anak selepas melahirkan .
- Alhamdulillah . Alhhuakhbar ! Hanya Allah yang tahu perasaan ini , syukur diberi peluang untuk merasai saat - saat yang indah ini , walaupun dengan keadaan yang tiada seorang wanita pun inginkan . Memegang , memeluk anak malah menyusukan anak selepas melahirkan boleh menghilangkan segala kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama dia mengandungkan dan berjuang melahirkan anak . Oleh itu , para anak , hargailah ibu kamu selagi mereka masih bernyawa . Al - Fatihah untuk Almarhumah Arwah Mak KakNa , Puan Nor Aini Binti Sahat .
6. Bila dapat makan makanan yang disukai . #KakNaDanMakananBerpisahTiada
- Hahaha . Ini memang akan jadi kenangan seumur hidup tau ! KakNa kalau dapat makanan yang diidam , lebih - lebih lagi yang orang belanja lah kan , jangan pelik kalau KakNa boleh ingat tekstur dan rasa makanan tu sampai sekarang ( tetiba ngencess plak ) . Aooiiiyaiii ! Kata Mr. Clerk KakNa , lepas makan nagis sebab badan tak kurus - kurus , hahahahaha . Macam hashtag kat atas tu , #KakNaDanMakananBerpisahTiada atau #KakNaSukaMakan
So , macam mana ? Best tak kenangan manis KakNa ni ?
Tak best ? Tak pelah , janji best pada KakNa . Ada KakNa kesah ? Hahahahah !
#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger