Showing posts with label TIPS & PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS & PANDUAN. Show all posts

Friday, November 25, 2022

Cara Tambah Rezeki

Cara nak tambah rezeki.

.

Banyak cara sebenarnya, tapi ini adalah salah satu caranya. Apa yang penting adalah konsisten dan jangan bersangka buruk dengan Allah. 

.

Percayalah, setiap rezeki yang Allah dah bagi pada kita atau akan bagi itu semua yang terbaik buat kita.

.

Belajar terima kenyataan, redha dan melepaskan. Memang susah pada mulanya, in shaa Allah, lama-lama kita akan boleh buat💪🏼

.

#MudahnyaMenjemputRezeki


Saturday, January 09, 2021

Tips Dilimpahkan Rezeki

 [ TIPS DILIMPAHKAN REZEKI ]

.
1. Sehari istighfar at least 100 kali subuh, 100 kali zohor, 100 kali asar, 100 kali maghrib, 100 kali isyak.50 kali pun takpa. Ikutlah masing-masing. Ingat, Rasulullah pun dalam sehari berkali istigfar.
.
2. Amalkan solat dhuha. Lepas dah amal, try 'jaga' solat dhuha. Kalau tak boleh 7 kali dalam 7 hari, buatlah 3 kali dalam seminggu. Bukan kuantiti Allah nilai tapi kualiti. Apa dia ? Keikhlasaan untuk tunduk pada Rabb.
.
3. Al-quran jangan ketepikan. Solat jangan ketepikan. Dua benda ni kalau kita jaga seperti jaga seorang 'kekasih', nescaya kita orang yang paling bahagia. Wallahi.
.
4. Tahajud. Tuan guru nik aziz tahu tak kenapa tak pernah tinggal tahajud ? Sebab ada 'perasaan' lapang tiap kali melaksanakan solat ini. Manusia nampak kita seperti sibuk sana sini, tapi Allah sentiasa 'lapangkan' kita dengan cara setiap urusan kita dipermudahkan. Sebab itu tuan guru semasa hayat, waktunya walaupun pack dengan memberi ceramah, masih ada ruang untuk keluarga, isteri dan sebagainya. Lapang tu luas definisinya. Allah beri rezeki dalam banyak bentuk.
.
5. Hutang. Hutang dengan orang make sure kita bayar dan lunaskan. Kalau tak boleh, buat perjanjiandan musyawarah dengan pihak yang kita hutang kita nak bayar bila, kita nak tempoh sekian sekian. Dan andai masih ada yang berhutang pada kita, jangan tuntut. Kalau dia nak bayar, bayar. Kalau tak, takpa. Halalkan. Dalam masa yang sama, doa banyak-banyak moga itu salah satu Pintu pembuka rezeki untuk kita.
.
6. Adab pada ibu ayah.Jangan jadi anak yang 'biadap' atau yang tiada adab. Sebab once kita sakitkan hati ibu ayah, rezeki susah nak lekat, keep contact. Tanya khabar, minta doa dan restu hari-hari tak kira anda bujang ke dah kahwin ke keep contact. Doakan kesejahteraan ibu ayah.
.
7. Hubungan dengan manusia.Jangan suka hasad dengki, dendam kesumat, menyebarkan fitnah, aib, umpat. Kalau terbuat, cepat-cepat muhasabah dan istigfar. Perbanyakkan ambil air wuduk ketika marah. Sebab diri kita sendiripun tidak terlalu baik.
.
8. Hormat guru bagi yang student. Hormat majikan bagi yang bekerja. Doakan guru, doakan boss kita. Sentiasa anggap mereka seperti ahli keluarga. Sayangi mereka. Minta mereka doakan kita.
.
9. Zikir.Cuba hayati dan selami zikir asmaul husna terutamanya. (99 nama Allah).Setiap 99 nama Allah ada maksud tersurat dan tersirat. Contoh bab rezeki, boleh amal zikir Ya Razzaq. Ya Razzaq tiap kali lepas solat.
.
10. Keep sadaqah.Nampak pakcik jual newspaper tepi jalan belilah dengan wang besar sikit, nampak makcik tepi jalan jual kuih atau nasi lemak belilah walaupun ketika itukita tak lapar, masuk masjid ringankan tangan untukmasukkan duit dalam tabung even RM 1. Naik bas ke teksi ke, jangan ambil baki wang, niat lah sedekah. Ada duit lebih, beri hadiah pada ibu ayah, guru-guru, kawan-kawan, adik2, suami isteri niat untuk sedekah. Tak perlu tunggu birthday dan sebagainya. Banyak cara sedekah. Apa yang kita 'beri' itulah 'milik' kita di sana. Akan dihimpunkan di hari pengadilan. Bukannya apa yang kita 'simpan'.
.
11. Haiwan dan alam.Haiwan itu ciptaan Allah. Alam itu ciptaan Allah. Buat baik dengan haiwan, beri makan. Beri minum. Sayangi haiwan. Alam. Tahukah kalian setiap alam di dunia ini akan bertasbih memuji Allah, pokok, sungai, daun, hujan sekalipun akan mengagungkan Tuhan mereka ? Pastikan kita beradab pada alam. Jangan buang sampah, jangan cemarkan dan sebagainya. Sayangilah alam. Sebab seorang guru pernah kata, salah satu tips menjemput rezeki yang manusia selalu lupa adalah adab pada haiwan dan alam.
.
12. Always positive and never give up(Bersyukur dan bersabar)Rezeki itu banyak makna. Dapat lihat mak ayah pun rezeki, dapat belajar tinggi-tinggi pun rezeki, dapat boss baik pun rezeki, dapat sahabat soleh pun rezeki, dapat pandang dunia dengan nikmat mata pun rezeki, dapat berjalan ke mall, ke pantai, ke taman pun rezeki, sebab ada orang yang takda kaki.Dapat bernafas pun rezeki. Rezeki itu bukan dari segi wang semata-mata. Sentiasa bersyukur dan bersabar dengan apa yang Allah hadiahkan buat kita sama ada suka mahupun duka.

💖https://t.me/gojesglamzbeauty

Wednesday, May 13, 2020

Golongan Penerima Zakat

8 GOLONGAN ASNAF

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu
a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Monday, March 30, 2020

Kebaikan dibalas Kebaikan



Pengajaran Hadis:

1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti bantuan,  pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas dengan kebaikan yang setimpal.

2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai salah satu dari cara kita bersyukur.

3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazaakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958, Status; Hadis Hassan)

4.  Semoga Allah SWT akan  memperbaiki akhlak kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang sentiasa bersyukur. Jazakallahu khairan kepada yang sudi membaca.
#StayAtHome

Sunday, March 15, 2020

Bagaimana melegakan batuk dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak?

Selain ubat dan rawatan alternatif, mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih cara yang paling serasi dan sesuai untuk anak-anak anda. Boleh cuba petua menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak seperti di bawah ini.

1. Rehatkan anak dengan secukupnya

Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.

2. Sentiasa bersama anak

Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.

3. Bersihkan rumah, perkakas juga pakaian

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.

4. Aliran dan peredaran udara yang baik

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

5. Tepuk percussion

Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapiketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.

7. Ibu makan makanan yang berkhasiat

Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.
Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.

8. Kunyit

Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

9. Bunga belimbing dan air beras

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

10. Daun basil, daun oregano dan daun sirih

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

11. Lemon, halia dan madu

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

12. Garlic socks

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

13. Mandian lemon

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

14. Minyak masak

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

15. Daun kaduk

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

16. Spray hidung

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!

17. Minyak bawang putih

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

18. Urutan bayi

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.

Friday, February 28, 2020

12 KELEBIHAN SEDEKAH YANG KITA TIDAK KETAHUI

Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.


Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. 


Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”


Hadis Riwayat Bukhari


Sebenarnya, banyak balasan yang Allah berikan bagi golongan yang gemar bersedekah. Antaranya;


#1 – Menghapuskan Dosa

Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu. Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat nasuha untuk tidak mengulanginya lagi.


Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”


Hadis Riwayat at-Tirmidzi


#2 – Memisahkan Diri Dari Neraka

Nabi s.a.w bersabda:

“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”


Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat mengelakkan diri dari api neraka. 


Sabda Baginda lagi;

“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”


#3 – Dilipat Gandakan Pahala

Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah.


Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”


Surah al-Baqarah:261


#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat

Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.


#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”


Hadis Riwayat at-Thabrani


#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.


Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.


“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”


Hadis Riwayat Bukhari


#7 – Dimasukkan Ke Syurga Tanpa Hisab Dan Siksa

Allah akan membukakan pintu syurga bagi golongan yang gemar bersedekah kerana-Nya. Asalkan niat sedekah adalah ikhlas dan tidak bertujuan buruk atau menunjuk-nunjuk.


#8 – Menambah Rezeki dan Kekayaan

Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita.


Sabda Baginda;

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”


#9 – Amalan Yang Tidak Putus Sampai Mati

Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. 


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”


#10 – Memanjangkan Umur

Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.


“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”


Hadis Riwayat Thabrani


#11 – Mengubati Penyakit

Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t.


Baginda bersabda;

“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”


#12 – Menghindarkan Dari Segala Bala Dan Bahaya

Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.


Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan.


Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki.

Sunday, February 23, 2020

KEBAIKAN BUAH BADAM (ALMONDS)

*KEBAIKAN BUAH BADAM (ALMONDS)* 
.
Buah badam (almonds) adalah kekacang yang terkenal dengan khasiatnya. Bagi mereka yang ingin mendapatkan stok susu selain susu haiwan seperti susu lembu dan susu kambing, susu badam adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana susu badam adallah susu yang yang sangat bernutrisi, kaya dengan lemak sihat, vitamin dan mineral.
.
Antara kelebihan susu badam ini adalah :
.
1. Kaya Dengan Pelbagai Nutrisi
.
Biji badam adalah benih yang boleh dimakan dari pokok Prunus dulcis, atau lebih dikenali sebagai pokok badam. Kebanyakannya hidup di negara Timur Tengah dan sekarang Amerika Syarikat adalah pengeluar terbesar  biji badam. Selalunya dijual di pasaraya sebagai biji badam yang telah dibuang kulit, sama ada telah dipanggang atau dijual mentah. Biji badan juga dijual dalam bentuk susu, minyak, mentega dan tepung.
.
Setiap 1 ounce (28-gram) biji badam mengandungi :
.
Tenaga : 160 kCal
Fiber : 3.5 gram
Protein : 6 gram
Lemak : 14 grams (9 g adalah lemak monounsaturated)
Vitamin E : 37% dari keperluan seharian
Manganese : 32% dari keperluan seharian
Magnesium : 20% dri keperluan seharian

Ia juga mengandungi kandungan mineral seperti copper, vitamin B2 (riboflavin) dan fosforus yang mencukupi.
.
2. Kaya dengan Antioksida
.
Antioksida berfungsi membantu tubuh dari mengalami keadaan yang dinamakan pengoksidaan (oxidative stress), yang merosakkan sel-sel tubuh dan menyebabkan penyakt kronik, penuaan yang awal dan keradangan. Kebanyakan sumber antioksida terletak pada lapisan kulit yang berwarna perang pada biji almond. Terutama bagi perokok, pengambilan segenggam biji badam selama sebulan dapat menurunkan proses pengoksidaan ini sebanyak 25-35%.
.
3. Mengandungi Vitamin E Tocopherol
.
Vitamin E adalah vitamin yang larut dalam minyak dan merupakan antioksida yang terbaik. Cuma biji badam mengandungi vitamin E dari kumpulan tocopherol, berbanding dengan minyak sawit yang mengandungi vitamin E tocotrienol. Satu ounce biji badam mengandungi 37% vitamin E yang diperlukan setiap hari. Bekalan vitamin E juga sangat penting untuk pesakit jantung, kanser dan penyakit Alzheimer's.
.
4. Mengawal Gula dengan Baik
.
Biji badam mengandungi nilai karbohidrat yang rendah tetapi mempunyai nilai lemak sihat yang tinggi. Ini menyebabkan ia sangat baik untuk pesakit diabetes yang ingin mengambilnya sebagai kudapan. Ia juga mengandungi mineral magnesium yang tinggi. Magnesium adalah mineral yang terlibat dalam lebih 300 proses metabolisme dalam tubuh termasuk metabolisme glukosa.

Kita memerlukan antara 310–420 mg sehari dan 2 ounce biji badam menghasilkan 150mg. Dikatakan juga hampir 25% pesakit diabetis mengalami kekurangan mineral ini. Jadi pengambilan mineral ini dari makanan atau suplemen membantu pesakit diabetes mengawal gula dengan lebih baik.
.
5. Mengawal Tekanan Darah Dengan Lebih Baik
.
Mineral magnesium dalam biji badam juga mempu mengurangkan tekanan darah bagi mengelakkanpenyakit jantung, strokes dan kegagalan fungsi ginjal. Dalam beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan magnesium dalam tubuh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
.
6. Mengurangkan Tahap Kolestrol
.
Tahap lipoprotein LDL (juga dikenali sebagai kolestrol jahat) yang tinggi adalah punca bagi masalah penyakit jantung. Dalam beberapa kajian, pengambilan biji badam selama 16 minggu (empat bulan) yang membekalkan 20% dari keperluan tenaga seharian dapat menurunkan tahap LDL. Ia juga mengelakkan proses pengoksidaan berlaku pada LDL yang menjadi punca sebenar penyakit jantung. Ini kerana selaput perang pada kulit biji badam kaya dengan antioksida polifenol. Bila digabungkan dengan vitamin E ia dapat mengelakkan poses ini dengan lebih baik. Pengambilan segenggam biji badam sebagai kudapan selama sebulan dapat menghalang pengoksidaan LDL sebanyak 15%.
.
7. Mengurangkan Rasa Lapar, dan Pengambilan Kalori Yang Berlebihan
.
Biji badam mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah tetapi kandungan protein dan fiber yang tinggi. Kedua-dua protein dan fiber meningkatkan rasa menyebabkan rasa kenyang. Ini membantu untuk mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi dalam makanan. Dalam satu kajian ringkas, pengambilan yang melibatkan 137 orang menunjukkan pengambilan 1.5-ounce (43-gram) biji badam selama sebulan, membantu mengurangkan rasa lapar.
.
8. Mengurangkan Berat Badan
.
Biji badam tidak menghadamkan 10-15% nilai karbohidrat di dalamnya. Jadi walaupun kita mengambil lebih banyak biji makanan, kita tidak menggunakan keseluruhan nilai kalori dalam biji badam. Selain itu badam mempunyai nutrisi yang membantu proses metabolisme dan secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan.
.
Kesimpulan, biji badam (almond) mempunyai banyak makronutrien seperti lemak sihat, danprotein, selain dari fiber, magnesium dan vitamin E. Kebaikan biji badam termasuk membantu mengawal tahap gula dalam darah, tekanan darah dan merendahkan tahap kolestrol. Ia mengurangkan rasa cepat lapar dan mengekalkan rasa kenyang, yang mana penting dalam usaha menurunkan berat badan.
.
Semoga bermanfaat.
.
#HealthDrZubaidi

Tuesday, February 04, 2020

Matlamat seorang Jutawan - Irfan Khairi

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.
Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.
Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”
Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi! Ilmu dan pengalaman tidak hilang!
Credit to Irfan Khairi

Thursday, January 30, 2020

KEBAIKAN SURAH AL-FATIHAH

Janji Allah Itu Pasti.
KEBAIKAN SURAH AL-FATIHAH
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian : Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air - minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
Seseoarang kongsikan dengan aku, tak salah kita usaha, tapi semuanya ALLAH yang tentukan. Apapun, ALLAH jua sebaik-baik perancang dan penentu kehidupan manusia.

Thursday, January 10, 2019

10,000 langkah sehari

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI 10,000 LANGKAH SEHARI ?

  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori  = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

Tuesday, December 11, 2018

Istighfar

Banyakkan istighfar. 

Kerana istighfar adalah punca segala rezki, punca segala kejayaan.



Paghhiii korang 😊

Tuesday, November 06, 2018

Seorang yang sembahyang 5 waktu, dhuha dan sebagainya sepatutnya tidak takut akan rezekinya.

Sepatutnya mereka juga tidak perlu menakut-nakutkan rezeki orang lain.

Beri semangat andai ada rakan mahu Cuti Tanpa Gaji atau berhenti kerja.

Percayalah. 

Tiada kebetulan dalam hidup ini.

Semu Allah dah susun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 😊

Mungkin mereka perlu baca FTR. In shaa Allah, Fana nak hadiahkan mereka sebuah buku nanti. Supaya mereka yakin, rezeki itu semuanya dari Allah. 

Bukan usaha kita semata.

Fana
Perjuangan masih belum selesai.

Sunday, November 04, 2018

15 Rahsia Asas Rezeki (RAR)



Assalamualaikum w.b.t.

Kalau korang dah penat berusaha dalam mencari rezeki , korang kena lah BACK TO BASIC . So , KakNa nak kongsi tips untuk korang yang nak rezeki tu tak putus dan mencurah-curah bagai air hujan . Korang boleh klik link ni , dapatkan buku Rahsia Asas Rezeki (RAR) daripada Cikgu Nora Yusof . Seronok tau , #BacaBacaSentap

Buku Mini Rahsia Asas Rezeki :

http://bit.ly/BMRARFana




Wednesday, October 03, 2018

Tips Kekal Seperti Dara :)




TIP AGAR KEKAL KETAT SEPERTI DARA :

1. Minum Royal V setiap hari walaupun ketika haid.
2. Pastikan haid kering selepas 2 hari, sebelum melakukan hubungan seks.
3. Elakkan meminum ais batu.
4. Jangan banyak mencangkung, ia akan melemahkan otot vagina.
5. Elakkan dari mengangkat berat.
6. Elakkan dari punggung terhentak.
7. Amalkan senaman kegel atau senaman otot vagina / teknik kemut 50 x sehari.

Tuesday, June 13, 2017

Supplement Ketika Hamil

Assalamualaikum . 

Hai korang , hari ni KakNa nak kongsi sikit tentan supplement yang KakNa makan ketika hamil anak ketiga ni . Sebenarnya , masa hamil anak pertama dan kedua , supplement yang memang KakNa makan hanyalah Virgin COconut Oil (VCO) keluaran Catalyst . Sebab KakNa jual kan , so itu jelah yang mampu . Kebetulan anak - anak yang lain KakNa tak ada masalah HB rendah atau tekanan darah tinggi , macam kandungan kali ni . So far , semuanya okay .

Kandungan kali ni , KakNa rasa mungkin faktor umur dan cara pemakanan yang tak seimbang yang buatkan KakNa cepat lesu dan lemah , malah HB KakNa pun tak cantik . HB KakNa hanya 10-12 sahaja setiap kali datang rawatan di KKIA . Last checkup masa 28 minggu tu , nurse bagi KakNa ubat tambahan memandangkan nurse tu kata dose yang KakNa ambil tu kurang dariapda berat badan KakNa .

Masa tu KakNa rasa risau sangat , risau sebab tak dapat beri yang terbaik untuk anak dalam kandungan ini :(

Sebenarnya , supplement yang KakNa nak kongsi ni , KakNa dah makan sebelum mengandung lagi . Sebab adik KakNa kata , supplement ni sesuai untuk ibu yang sedang menyusu juga . Alhamdulillah , sepanjang makan supplement ni , KakNa memang aktif dan tak sembelit .

Nak tahu apa dia ?

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

Ini lah dia :)


 
Ganilia

Ganilia ni yang bagusnya tentang supplement ni , bagi KakNa lah , KakNa makan Alhamdulillah rasa bertenaga sepanjang hari , dan proses perkumuhan KakNa lancar . HB pula memang cantik , dan nurse pun tak komen apa - apa .

Tu yang KakNa beli semula Ganilia ni , untuk pastikan HB KakNa okay dan anak KakNa dapat nutrisi yang baik dariapda KakNa . In shaa Allah .

Masa KakNa nak beli Ganilia ni , admin Klinik yang jawab soalan KakNa beritahu , kalau KakNa nak tambah satu lagi supplement lain untuk HB KakNa . Admin cadangkan KakNa beli supplement ni , nama dia Maltofer . 

Maltofer ni membantu KakNa untuk kekalkan kepekatan darah dan makanan tambahan selain ganilia . Cuma yang tak bestnya , Maltofer ni kena kunyah . Emm , tka tahu apa rasa dia , sebab tak pernah cuba .

  
Maltofer

Berbeza dengan Ganilia , KakNa hanya perlu makan 2 biji sehari sebelum makan . So , untuk bulan Ramadhan ni , KakNa boleh makan sebelum sahur . Tapi sekiranya KakNa lupa , selepas sahur pun tak apa . Janji makan , jangan skip . :)

Untuk Maltofer pula , memandangkan HB KakNa rendah dan tak konsisten untuk kandungan KakNa , admin galakkan KakNa ambil 2 biji sehari selepas makan . Kunyah je , sesuai dengan nama dia , Chewable Tablets . Satu biji sahur , satu biji lagi waktu berbuka . So , memandangkan Ganilia dan Maltofer yang KakNa order Khamis lepas baru sampai , so , KakNa kena start malam ni lah , lepas berbuka . Harapan KakNa , rasanya taklah pahit supaya KakNa boleh kunyah sampai habis , kalau tak , rugi wooo ..

Harga ? 
Ganilia - RM 65.00 ( 60 BIJI )
Maltofer - RM35.00 (30 BIJI )

Beli di mana ?

So , untuk stok sebulan ni , KakNa beli lah 1 botol Ganilia dan 2 Kotak Maltofer . In shaa Allah , kalau ada duit lebih , nak restok banyak sikit untuk makan sampai bersalin dan berpantang . Doakan KakNa dipermudahkan urusan ya untuk membeli supplement ni . Jangan lupa doakan agar HB KakNa kembali cantik dan konsisten sehingga ke akhir perjuangan ya ! Sebab KakNa tak nak sampai kena refer hospital . Huhu .

In shaa Allah , selepas 30 minggu nanti , KakNa akan mulakan semula pengambilan VCO untuk memastikan kulit anak KakNa lebih cantik . Walaupun agak terlewat , tapi masih boleh berusaha , in shaa Allah . Semoga semua yang KakNa rancang , Allah akan izinkan berlaku dan perkenankan.

Okaylah , sampai sini sahaja . Terima kasih kerana sudi baca . Jangan lupa klik like dan share pada kawan - kawan . :)

Assalamualaikum .



Monday, November 28, 2016

Petua Untuk Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya , mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua . Andai tinggal berjauhan , hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar . Jika duduk berhampiran , cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya . - KakNa selalu buat dulu semasa menjadi tunangan orang . Hehehe .

2. Ketika berkunjung , bawalah buah tangan bersama . Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah - buahan . Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati . Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan . - Ishh , kalau tak jadi mertua pun emmang jenis bawa buah tangan bila pergi rumah orang lain . Macam tak sedap pula nak datang dengan tangan kosong , hehe .

3. Kenali sikap sebenar mertua anda . Tanya kepada pasangan anda , apa yang disukai dan dibenci oleh mertua . Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci , secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak . - Emm , sampai sekarang KakNa masih cuba memahami dan mendalami keinginan dan kemahuan ibu mertua ku . Korang yang baru kahwin tu jangan lah mudah sentap tau ! Kena banyakkan bersabar dan berdoa , In shaa Allah , Allah akan bantu .

4. Setelah berkahwin , jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka . Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka . Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua . - Emm , yang ni KakNa akui kadang - kadang KakNa terlepas juga angin monsun barat daya ni dengan encik suami . Maaf bebanyak ler sayangku . 

5. Setiap kali bertandang , cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya . Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu . Ingat , jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri . - Yang ni selalu mak mertua KakNa yang buat lawak , KakNa tukang gelak je . 

6. Berkongsi minat dengannya . Kalau dia gemar bercucuk tanam , anda juga harus belajar bercucuk tanam . Kalau dia gemar memasak , tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya . Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai . Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius . - Minat tak sama , tapi KakNa akan cuba juga tunaikan permintaan dia . Biasanya , kami bawa ke kedai bunga je untuk mak mertua pilih bunga yang dia nak beli . 

7. Apabila tiba hari - hari penting seperti ketibaan Hari Ibu , Ulang Tahun Perkahwinan , Hari Bapa dan Hari Lahir , jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu . Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka . - Ucap jelah , ataupun kiteorang belanja makan , tu je yang paling senang .

8. Paling penting , jaga pertuturan anda . Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’ , anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda . Kata orang, kerana mulut , badan binasa . Jadi berhati - hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka . Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua . - Mulut kami berdua memang agak panas , tapi KakNa selalu usaha untuk tidak menyakitkan hati mak mertua supaya dia tak berkecil hati . 

9. Setelah selesai majlis kenduri , pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut . Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri . Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk , kuali , gelas atau pinggan mangkuk . Walaupun anda keletihan , tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut . Tetapi jika majlis dilakukan secara katering , cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah . - Selalunya mak mertua KakNa tempah catering je , tapi tugas KakNa memang basuh pinggan mangkuk dan potong buah - buahan . Selain tu , abah dan mak mertua KakNa memang bukan jenis suka buat kenduri yang kerap , tapi kalau sekali sekala buat memang meriah dan muai . 

10. Akhir sekali , cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri . Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat . Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka , pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar . - Ini yang biasanya orang perempuan tak boleh terima untuk awal perkahwinan . Memang akan ada fasa berjauh hati atau berkecil hati sesama mertua dan menantu . Tapi , KakNa suka ambil pendekatan positif , dengan berfikir bahawa mak mertua adalah wanita kedua yang KakNa perlu sayang selepas mak kandung . Lagipun , mak mertua KakNa memang sayang KakNa , cuma dia tak pandai nak luah , sama je macam anak dia . Hehehe .

Post ni , dah lama duduk dalam draft KakNa , baru hari ni KakNa nak published sebab KakNa rasa dah sampai masa . Yelah , dulu belum kahwin , so tak boleh nak komen banyak - banyak , nanti kena kecam . Hehehe . 
KakNa tak tahu siapa yang tulis petua ni , tapi KakNa copy paste dia FB , sebab tukang copy tu pun dia tak tahu siapa penulis asal . Apapun , siapa penulis asalnya , KakNa ucapkan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan memudahkan kehidupan beliau . Diharap perkongsian beliau ni bukan sahaja memberi kebaikan dan manfaat kepada KakNa , malahan juga kepada sesiapa yang membacanya . 

Tuesday, May 24, 2016

Soft Spot Suami

CARI 'soft spot' SUAMI
Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.
Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.
Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher.
Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4 benda je.
Contohnya,
1. Ada suami nak isteri teman sebelah setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.
2. Ada juga suami yang qurratu ain dia adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.
Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buat air.
3. Boleh jadi juga qurratu ain suami adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan.
Ini contoh jeee, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting. 
SITUASI.
Ustaz cerita, pernah dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai, tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak mengamuk. Rileks.
Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.
Alangkah indah kalau isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumahtangga.
Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati, mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar.
Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain.

Kredit:
FB Ruqayyah Farhani


Nota : aku baru faham sekarang kenapa suami aku macam tu. In shaa Allah, aku akan sentiasa jaga 'soft spot' suami aku. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kami.