Huhuhu . Untuk cabaran hari ini , KakNa lebih suka orang yang dah kenal KakNa je yang komen , tapi tak apalah , KakNa nk beritahu jugak tentang apa yang KakNa suka dan tak suka .
Sebenarnya kalau ikutkan 10 je tak cukup , tapi KakNa ikut je admin mintak macam ni , okaylah .
10 Perkara Disukai
1. Duduk rumah sambil tengok cerita Hindustan
2. Pergi kedai buku , walaupun tak beli buku .
3. Makan sambil tengok TV .
4. Kalau merajuk orang belikan coklat atau air kegemaran .
5. Suka pergi pantai sebab tenang .
6. Jujur , walaupun kebenaran itu memang pahit .
7. Orang yang tak kisah KakNa berbual dengan dia ' Kau ' dan ' Aku ' , ada orang dia kesah , termasuk Mr. Clerk KakNa sendiri .
8. Orang yang tak hipokrit . Depan cakap KakNa kurus , belakang sama - sama kutuk secara berjemaah cakap KakNa gemuk . Damn you !
9. Basuh baju banyak - banyak , lepas tu tunggu orang sidaikan ! Hahahahaha !
10. Semua sikap dan sifat yang baik - baik semua orang suka termasuk KakNa , jadi marilah kita bersangka baik dan melakukan kebaikan terlebih dahulu tanpa mengharapkan balasan daripada oran glain mahupun Allah .
10 Perkara Tidak Disukai
1. Orang yang bangun tidur lambat , lepas tu buat macam tak ada apa - apa .
2. Penipu .
3. Makan sambil bercakap dalam keadaan mulut penuh .
4. Kentut ( yang busuk ) tapi tak nak mengaku , padahal cuma KakNa dan " dia " je dalam satu situasi .
5. Tuala tak digantung di ampaian .
6. Lelaki berambut kerinting , dulu lah , sekarang ni okaylah sikit .
7. Lelaki gila seks ( suka cakap pasal seks je )
8. Lelaki pakai baju nampak p*t**g dan ketat di bahagian kemaluan mereka .
9. Bila order makanan lambat , in shaa ALLAH tak akan datang lagi .
10. Bila orang bawak kereta dalam keadaan kelam kabut sambil memaki kerana dah lambat .
Till then !
#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger