Showing posts with label AmyrulArsyad. Show all posts
Showing posts with label AmyrulArsyad. Show all posts

Tuesday, February 06, 2024

Happy Birthday Arsyad

 



Abang Arsyad.

Selamat Hari Lahir.

Apapun terjadi, umi tetap akan sayang abang sampai Syurga Firdaus 🥰.

Abanglah penghuni rahim pertama umi.
Abanglah cinta hati umi.
Abanglah sahabat umi.
Abanglah buah hati pengarang jantung umi.

Lepas umi gaji, kita pergi beli kek kesukaan abang ya.
Jangan sedih, jangan marah, jangan emosi.
Apapun jadi, umi akan pastikan abang sentiasa di sisi.

Perjalanan yang hebat,
06.02.2014 ~ 06.02.2024

MasyaAllah, Allah sebaik-baik perancang 🤍.

Umi yang garang, tapi cair dengan abang,
#CikPuanFarhanah

#CikPuanFarhanahStories

Tuesday, September 12, 2023

Sukantara SK Anak-Anakku

 Assalamualaikum sahabat.

Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari Sukantara bagi Sekolah Kebangsaan anak-anakku.

Alhamdulillah, anak-anak aku dapat masuk acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Larian 100m. Tak sabar nak tengok mereka beraksi pada Hari Sukan sebenar pada 24 September 2023.

Tunggu aku kemaskini ya sahabat.

Tuesday, January 31, 2023

Anak Sulung #AmyrulArsyad14 VS Projek Cuti Sekolah

 Abang ada projek cuti sekolah untuk cuti sepanjang Tahun 2021 dan 2022.


Abang kata sejak ada adik tak dapat naik ni. Sebab mahal.


Memandangkan berula PKP dan selepas PKP tak banyak berjalan, aktiviti cuti abang hanyalah di pusat membeli belah sahaja. Maafkan umi abang. Selalu abang kena mengalah untuk tinggal di rumah nenek bila umi kena pergi kerja atau babah kena kerja luar. Tak apalah, walaupun abang tak faham, Allah sahaja yang tahu niat umi sayang.



Masa abang tengah jadi peminat Thor.


Aku memang banyak habiskan masa berdua dengan anak sulungku ni. Itu je cara aku nak ambil hati anak aku ni.



Lepas tu abang dah minat balik Spiderman.


Kita tengok Filem Spiderman pula. Anak- anak aku jarang jadi orang terakhir bila ada filem kanak-kanak. Sebab mereka ni dah biasa pergi dari zaman Taska, jadi sekarang, aku yang janji untuk pergi dengan kami sekeluarga.

Apapun, jwa anak sulung ni, lembut. Nampak je garang, tapi mereka sangat perlukan sokongan dan dorongan kita. Ada juga masa mereka rasa kita tak sayang mereka, tanpa mereka sedar, seorang ibu tak akan menjadi ibu tanpa anak sulung. Ah, sedih pula.


Semoga Allah selalu merahmati anak sulungku dari sebarang bencana dan malapetaka, dikurniakan rezeki yang halal dan selalu menghormati aku sebagai ibunya. Aamiin.

Tuesday, January 19, 2021

Arsyad ke Taman?

Berhari-hari ajak je taman, tapi umi tak layan.

Nak buat macam mana?

Umi dia ni takut nak jumpa orang. Umi dia ni bahagia dia adalah duduk rumah.

Paling bahagia window shopping. Tapi PKP kan, umi dia shopping kat Shopee jelah.

Nak buat macam mana kan.

Syukur jelah.

#MyFirstBaby
#workfromhomemom 
#KakakGebu

Wednesday, February 06, 2019

Arsyad Turns 5 Years Old

hai korang .




My cheeky boy tu dah masuk 5 tahun today gaiiisss !

06.02.2014 ~ 06.02.2019 

Tapi , iols ada kat kampung hari ni, petang baru balik . kali ni dia tak nak balik kampung sebab tak boleh berpisah dengan paklong kesayangan . In shaa ALLAH , lepas balik JB nanti kiteorang celebrate birthday dia . Terima kasih for all the wishes tau uncles and aunties !

Love,
Mak Arsyad

Tuesday, January 01, 2019

Hari Pertama Arsyad ke Pra Sekolah


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Anak bujang aku dah pun 5 Tahun. Aku bangga (baca:terharu) dengan pembesaran dia. Rasa macam baru semalam aku jogging suami isteri di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru untuk proses kuruskan badan. Sebab masa tu, aku baru tahu, kalau kita terlalu gemuk atau terlalu kurus kita susah nak mengandung.

Akhirnya, Allah perkenankan doa kami yang berusaha gigih tanpa gagal. :)

Hari ini, anak sulung kami, telah mula bersekolah.

Sungguh terharu rasanya. 

In Shaa Allah, lepas ni aku akan abadikan memori anak ini di sini buat kenangan dia bila besar nanti.

Masa di rumah, Arsyad suruh aku dan suami tunggu, tapi kami cakap kami tunggu sekejap je. Alhamdulillah, dia tak nangis, tapi bergenang air mata je. Kami tunggu lebih kurang dalam 20 minit sahaja.

Hari pertama, macam - macam gelagat anak -anak kecil masuk ke sekolah. Semoga semua ibu bapa lebih tabah dalam membesarkan anak-anak. :)

Friday, December 07, 2018

No pampers

Syukur, abang Arsyad bagus sangat malam tadi, first time tidur tak pakai pampers dan hanya “terkencing” pagi tadi. Bravo my son! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

Sunday, November 25, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Arsyad

25.11.2018

Alhamdulillah . 

Rasa macam baru semalam aku melahirkan si abang ni, rupanya dah nak masuk Pra Sekolah dah . Syukur Alhamdulillah .

Semua berjalan lancar, cuma pagi tu adik tak sihat, yelah baru balik Hospital kan, so aku kuarantinkan daripada Taska. Makanya En.Suami kena hantar ke rumah ibu mertua aku di Skudai.

Pagi tu, Guru Besar membuat ucapan dan aku dapat rasakan pilihan aku terhadap sekolah ini tidak salah dan in shaa Allah yang terbaik. Guru Besar pula Ketua Pengakap Johor dan aku memang sejak dari kecil dulu cemburukan akan budak Pengakap. Almaklumlah, masa aku sekolah dulu, almarhum mak aku suruh masuk Puteri Islam, hehe.

Cikgu dan Pembantu Taska pun peramah. Mereka menerangkan mengenai yuran dan baju yang perlu dibeli. Alhamdulillah, semuanya masih mampu lagi aku dan suami usahakan. Syukur.

Situasa Pra tu, pada aku, aku tak boleh bandingkan dengan Tadika swasta yang serba serbi mahal, tapi pada aku, cukuplah anak aku nak pergi sekolah dan belajar serta tak menangis itu pun dah gembira. Aku tak boleh mengharapkan lebih kepada budak umur 5 tahun. Sebab nanti aku akan kecewa.

Doakan Arsyad semangat sehingga akhir tahun 2019 ya !

:) 

Wednesday, July 18, 2018

18072018


#Day18072018


Harini.

Pukul 5.45 pagi, diorang bangun mintak makan. Alhamdulillah.


Semalam balik kerja penat sangat sampaikan menangis. 


Kerja banyak ke?


Tak lah. Kerja tak banyak. Sebenarnya ada benda yang menganggu fikiran aku sejak plan #JourneyWAHM dirangka.


Antara cinta dan kerjaya.


Suami suruh? Eh, memang taklah. 


Tapi ......


Suami tak "izinkan" pun. Suami cakap kalau boleh bertahan , bertahan lah.


Ini bukan isu bertahan ke apa. Tapi sebab memang dah lama nak berhenti kerja dan kerja dari rumah.


Sebab?


Sebab nak jaga anak2 , nak jaga tumahtangga . 


Itu je sebab yang aku leh kongsi dekat orang .


Sebab lain?


Tak payah nak bawang sangat lah . Sebab pada aku hak membuat keputusan adalah diri aku sendiri , yelah akhirnya nanti aku yang tanggung risiko tu sendiri jugak .


Anak-anak ? 


Buat masa ni, aku xde plan nak jaga kat rumah sebab aku nak sekolahkan anak-anak aku . Kecuali si baby . 


Iya , baby je . Sebab baby masih menyusu badan .


Eh , kenapa aku nak share dengan korang plan aku ? Hahahahaha .


Cukuplah aku bagitahu aku ada plan untuk WAHM .


Bila ? Bagaimana ?


Aku berserah pada Allah . Moga Allah beri aku jalan yang dipermudahkan dan baik-baik semuanya .


Aaminn Ya Mujib .


😘


#KakNaJourney #AmyrulSiblings 

Tuesday, June 05, 2018

#throwback

#throwback


Kalau difikirkan, budak2 ni hari2 gaduh tapi tiap malam dia berpeluk time tidur.




Aku?


Biasanya bukan jd pendamai. Babah dia lah. Aku nak tengok macam mana seorang lelaki memimpin anak2nya yang suka bergurau kasar tu.


Anak lelaki. Kena lah kuat kan?


Aku memang umi yang garang dan agak tegas.


Tapi, anak2 faham. 


Sebab aku adalah umi.


Seorang emak, walaupun duitnya banyak. Akhirnya pergi ke suami dan anak2 juga.


Tanpa sedar.


Tak semua yang indah perlu dikhabar. 

Tak semua yang duka perlu dicerita.

Biarlah Allah sahaja Maha Mendengar.

Biarlah Allah sahaja menjadi penghukumnya.


Kau aku, tetap PENDOSA.


#FarAmyFamily

#KakNaKids

Wednesday, March 28, 2018

Sunday, March 04, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Amyrul Arsyad 2019/2020

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , KakNa telah berjaya mendaftar untuk Pra Sekolah si abang Amyrul Arsyad . Syukur . Lepas ni , boleh lah sediakan dokumen semua dan hantar ke Sekolah yang KakNa mohon . Lega , satu langkah dah selesai , tinggal lagi langkah seterusnya . 




Lepas je daftar berbual dengan kawan sepejabat . Kawan KakNa maklumkan , Pra Sekolah ni pun ada kuota dia , so kena siap sedia je bebila kalau tak layak masuk kena hantar pergi Tadika lain . Aduhai , ni yang buat KakNa rasa macam tak senang duduk .

Tapi , betul ke atau tak tentang perkara tu , KakNa tak tanya lagi dekat sekolah . Sebab belum hantar borang kan ? In shaa ALLAH , lepas KakNa hantar nanti KakNa update dekat sini ya .

KakNa harap adalah rezeki abang Arsyad nak sekolah Pra . Bukan apa , mana nak mencekau duit nak daftar abang kalau abang tak layak :(

Doakan kami ya !

Untuk kawan - kawan yang lain boleh daftar di PENDAFTARAN PRA SEKOLAH

Selamat mencuba!

Tuesday, February 06, 2018

Amyrul Arsyad Turns 4 Years

Alhamdulillah .
4 tahun lepas , pada 06.02.2014, tepat jam 2.21 pagi , saat yang orang lain semua tak mahu , begitu juga aku , namun aku perlu redha , antara ego dan kasih . Aku korbankan perut ku untuk dilapah demi dia . 
Sekarang khalifah ini semakin membesar di hadapan mata ku . Syukur , rezeki yang Allah kirim melalui dia . Aku bersyukur .

Hari ini , atas permintaan aku cuba untuk tunaikan . Namun , kek yang kami janjikan tak sempat ditempah . Aku hanya mampu memberikannya kek coklat Season . Setiap tahun , kek yang sama juga menjadi pilihan hatinya . Alahai anak , betapa naifnya kamu . 

Dikesempatan ini , umi nak mendoakan kesejahteraan kamu . Semoga malaikat - malaikat Allah akan terus menjaga kamu dan melindungi kamu daripada sebarang bahaya dan malapetaka . Umi sayang kamu sehingga ke akhir hayat umi sayang .

Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada umi dan babah , adik beradik dan orang lain ya sayang !

muka tak sabar nak potong kek hehe

okay , abang dah excited nak tiup ni :)

si adik sedih dan jeles abang dapat tiup lilin

Gambar ni Penyelia Taska yang hantar melalui whatsapp . Suka abang Arsyad dapat apa yang dia nak . Semoga kamu gembira sayang , umi love you :) Muah !

Amyrul Arsyad
4 years old
06.02.2014 - 06.02.2018

Thursday, June 22, 2017

Bujang Sulung KakNa :)

Hai lah anak .

Kejap je kamu dah besar .

Sekarang kuat makan dan banyak cakap . 

Sama macam Ummi dia .

Amyrul Arsyad bin Azmi .

Seindah namanya .

3 tahun 4 bulan .

Suka merajuk tapi pandai memujuk .




 

 

Kau lah racun kau lah penawar .

Semoga menjadi anak yang soleh ya sayang !

Ummi sayang kamu :)


  

Saturday, June 10, 2017

Manja

 

Adik #AmyrulAkhmal15 tgh tdo, so ni lah masanya si #AmyrulArsyad14 bermanja. Sebenarnya si abang ni dah tahu dah bila masa dia boleh bermanja atau tak. Esok lusa keluar adik baby, harap dia masih faham bila boleh dan tak boleh bermanja dengan Ummi. Tantrum dengan Ummi dah kurang, tapj dengan Babah, haruslah belum. Emm.. sian anak-anak Ummi, masa kita bersama terlalu singkat sayang. 

#sissedih #jangancepatbesarsayang #KakNaKids

Saturday, April 15, 2017

Maafkan Ummi Sayang 😭

Anak .
3 tahun 2 bulan 9 hari yang lepas , masa awak lahir , Ummi sedih sangat . Sebab ummi tak dapat nak skin to skin dengan awak . Ummi tak dapat susukan awak terus . Ummi bodoh masa tu , Ummi malas cari ilmu . Ummi hanya tahu nagis sebab Ummi tak dapat lahirkan awak secara normal . Semua kata Ummi lemah . 

Sejak awak lahir , Ummi tak dapat tengok awak , Ummi rindu . Ummi bius penuh , Ummi tak ingat doktor cakap apa , Ummi tak pasti awak lelaki ke perempuan . Yang Ummi pasti Ummi tahu awak hidup . 

Babah tengok awak , babah cakap badan awak penuh wayar . Babah tak dapat pegang awak , azankan awak . Tapi , Ummi lagi sedih , doktor kata Ummi hanya boleh tengok awak lepas air dalam botol Ummi habis . Ummi tak sabar . 

Pagi hari kedua , Ummi tipu nurse tu . Ummi cakap Ummi nak yak , nurse suruh yak atas katil , tapi Ummi tak nak . Ummi pujuk nurse tu bukak air kat tangan Ummi . Nurse tu kata , tak boleh , sebab Ummi perlu lagi dua botol air . Ummi usaha lagi , pujuk lagi , akhirnya nurse tu setuju . 

Bila Ummi "paksa" diri bangun pergi ke toilet , walhal masa tu babah tak datang lagi melawat , Ummi beritahu nurse tu yang Ummi cukup kuat nak tengok awak . Nurse tu senyum dan cakap " Puan , puan hanya boleh tengok anak puan selepas suami puan datang " Ummi senyum , Ummi doa awak dah keluar NICU , dan duduk wad biasa . Ummi rindu .

Naluri Ummi cukup kuat , Ummi call babah , tapi babah tak angkat , Ummi dapat tahu awak dah pergi wad biasa , hati Ummi meronta - ronta . Ummi ingin dakap awak , Ummi dah sediakan nama untuk awak . Ummi tak sabar nak panggil awak .

Ummi rindu .

Masa berlalu lambat , nak makan pun Ummi tak lalu . Menunggu babah datang melawat Ummi tak kunjung tiba , berulang kali Ummi ke kaunter nurse nak "minta izin" melihat kamu . Namun usaha Ummi gagal . 

Tertidur , terjaga , tidur kembali , babah tetap tak muncul . Penat agaknya menunggu Ummi bertarung nyawa . Iyalah , menjadi penunggu kan penat . Lain lah Ummi , dibius semasa dilapah . Betul kan anak ? Semua bilang pada Ummi begitu . 

Waktu yang ditunggu hampir tiba . Doktor Pakar datang meronda . Masa ni Ummi dah tak sabar nak "minta izin" dengan mereka pula . Iya , mereka izinkan , dengan syarat "suami puan mesti ada sama ya ? Kami tak mahu ambil risiko ." 😪

Lamanya masa sayang . Ummi rindu kamu anak .

Tak lama kemudian babah datang . Babah cakap babah pergi tengok kamu dulu , baru pergi ke Ummi . Sayang sungguh babah kepada kamu yer . Kalah sayangnya pada Ummi . Emm .

Sampai ke wad Ummi , waktu melawat tengahari hampir tamat , tapi waktu melawat wad kamu masih boleh dimasuki asalkan ada hitam putihnya .

Ummi pujuk babah . Babah carik kerusi roda , almaklumlah Ummi kan "wanita cacat" . Usaha babah tak cukup keras , babah hanya bagi jawapan kerusi roda habis seperti kata nurse di kaunter . Ummi diam , pasrah . Rindu lagi . 😩

Kali ni Ummi nekad , Ummi bilang pada babah , Ummi mahu jumpa kamu . Mahu juga , hari tu juga , rindu tak tertahan lagi . Rindu bau syurgamu , rindu mahu memanggil namamu .

Babah bilang , jika mahu melihat kamu , Ummi perlu berjalan , jika menunggu kerusi roda , sampai bila tak akan ada .

Apalah yang Ummi fikirkan pada ketika itu . Hanya seraut wajah anak yang Ummi tunggu selama 42 minggu 4 hari . Ummi ingin mendakapmu . Perlahan - lahan Ummi berjalan menuju ke kamu , Ummi ingin berlari , tapi luka Ummi tak mengizinkan . Tatkala berjalan Ummi dapat rasakan sedikit pendarahan dan pening lalat , namun Ummi diamkan kerana tak mahu babah kamu risau . 

Arrghh ! Persetan itu semua ! Apa yang pasti Ummi hanya mahu melihat kamu . Itu saja .

Kamu tahu tak anak , saat Ummi tahu kewujudan kamu di dalam rahim Ummi , Ummi tak sabar untuk melihat kamu di dunia .

Walaupun babah kamu menyakiti Ummi sebelum , semasa dan selepas adanya kamu , Ummi tak pernah salahkan babah . Pada Ummi , Ummi bersyukur babah sudi pilih Ummi untuk lahirkan kamu , walaupun tak sesempurna insan lain .

Anak , andai satu hari nanti , kamu rasakan bahawa Ummi terlalu banyak menyakiti kamu , Ummi minta maaf . Terkadang Ummi tertekan dengan masalah kerja , malahan dengan babah kamu juga .

Jangan kamu salahkan babah kamu , sebab tanpa babah kamu , kamu mungkin tak ada di dunia ini . Mungkin juga tiada siapa yang sudi untuk mengahwini Ummi .

Anak , tak mengapa kamu lebih menyayangi babah kamu . Itu akan lebih menyakinkan Ummi bahawa kamu tak akan merindui Ummi jika Ummi pergi . Cukuplah Ummi tahu , kamu bisa menghadiahkan Al-fatihah buat Ummi nanti .

Anak , Ummi tak ada wang ringgit yang banyak untuk menghadiahkan beribu mainan buat kamu , tapi , Ummi akan pastikan perut kamu sentiasa terisi . Mungkin juga bukan duit Ummi yang membelinya , tapi doa Ummi agar reZeki kamu sentiasa melimpah ruah .

Anak , hari ini Ummi telah menyakiti kamu , jujur tiada niat Ummi . Ummi minta maaf . Ummi memang bukan Ummi yang sempurna buat kamu , tapi Ummi percaya , kamu pun tahu apa yang Ummi telah buat pada Ummi . Ummi cuma harap satu hari nanti kamu akan mengerti .

Anak . 
Hari ini kamu mungkin tak mahu tidur bersama Ummi . Tak mengapa . Ummi harap , Ummi masih punya berpuluh ribu hari atau beratus ribu hari untuk tidur disebelah kamu . 

Anak .
Hari ini kamu mungkin akan lebih dengar cakap babah kamu , tapi Ummi tahu , satu hari nanti kamu akan datang pada Ummi menceritakan segalanya pada Ummi .

Anak .
Ummi sakit anak .
Ummi tak bisa memberitahu dan menerangkan kepada kamu .

Anak .
Usah ditanya apa sakit Ummi kamu .
Apa punca sakit Ummi .
Ummi tak bisa menjelaskannya , kerana Ummi tahu , bukan sahaja kamu , malah tiada siapa pun ingin tahu .

Anak .
Ummi sayang kamu .
Demi Allah . Ummi tak boleh jika sehari tidak menciummu .
Maafkan Ummi anak .

Ummi juga manusia biasa .
Semoga Allah permudahkan urusan Ummi untuk merawat sakit Ummi .
Maafkan Ummi anak .
Jangan pernah salahkan babah kamu andai satu hari nanti kau sudah mengerti .
Ummi yang salah .
Ummi yang terlalu sayangkan babah tapi bukan diri sendiri .

Anak .
Jaga adik - adik mu yer sayang .
Semoga Allah merahmatimu selalu .

Ummi ,
Pendosa .
11.40 malam
Sabtu
15 April 2017

Tuesday, March 28, 2017

Sekejap Masa Berlalu

 

Assalamualaikum .
Sekejap je masa berlalu , sedar tak sedar , dalam kepayahan , Alhamdulillah KakNa bersyukur dengan pemberian Allah .

Anak - anak semakin besar . KakNa pun semakin besar 😂

Ramai kata si abang dah 5 tahun , padahal baru 3 tahun . Si adik , ramai kata sudah 3 tahun , padahal baru nak masuk 2 tahun .

Adik , 27/03/2017 . 
Kemain meragam , KakNa tak perasan . Rupanya lagi sebulan nak masuk 2 tahun ,  Allahu . Rindu bau masham adik lah . Please , jangan besar cepat sangat ! 

Abg , 
Hari ni asyik cakap nak sekolah . Ummi bawak pergi tengok ikan kat Taman Tasek Merdeka . Sukanya abang . 

Ummi harap anak - anak ummi bahagia walaupun sekejap je dengan Ummi . Ummi sayang korang sangat - sangat .

Ni lah KakNa , perangai mak mak sangat kan ? 

Yelah , mak mana tak sayang anak ooiii ? ! 

#KakNaKids

Wednesday, February 22, 2017

Wordless Wednesday #2 : Muncung Itik

 

Hai semua !

Cuba tengok gambar - gambar anak - anak KakNa . 
Pelik betul , sekarang suka sangat ambil gamabr macam ni tau ! 
Haishh , sabar jelah . 
Tapi , comel kan ?

Monday, February 06, 2017

Amyrul Arsyad Turns 3

Salam .

Pejam celik , pejam celik kejap je masa berlalu . Tanpa sedar dah 3 tahun usia anak ini . Anak yang KakNa tunggu - tunggu . Subhanallah . 

Masa hari kelahiran si abang , KakNa tanya dia nak hadiah apa , jawabnya "arsyad nak kas .. " kas = basikal . Arsyad panggil basikal dengan nama kas , ntah dari mana dia tahu pun tak pasti . 

Tapi , Mr. Clerk a.k.a babahnya kata , lain kali baru beli basikal sebab Arsyad belum pandai lagi kayuh . Basikal yang Tok Abah dia belikan pun dia cuma sorong je . Hehe . So , selepas sesi pujuk memujuk , makanya terbelilah robot Transformers . Ntah kenapa babahnya nak sangat belikan , KakNa okay je .

Lepas beli robot kat Kipmart Tampoi , terus bergegas cari kek sebab nak pergi ke rumah mama ( mak mertua ) KakNa . Cari punya cari akhirnya beli juga di Season's Tun Aminah , Skudai tu . Mahal jugak harga kek sekarang ni . Anak punya pasal .

masa ni tengah tunggu amoi tu tulis nama kat kek

 
KakNa dah cakap tak perlu Happy Birthday , dibubuhnya jugak .
 Akhirnya tak muat nak tulis , no 3 dah nampak macam no 3 . Huh !

 
masa ni Arsyad dah ready nak nyanyi lagu Happy Birthday . Hehehe .

Lepas makan sepotong kek , Arsyad asyik panggil KakNa suruh layan dia . Arsyad ni macam KakNa , kaki selfie . Jadi , dia suruh KakNa ambilkan gambar dia sambil pegang robot tu . So , KakNa pun layan kan jelah . 

 
alalala , mata dia ni tau ! melting !

Mata Arsyad ni memang selalu mencairkan hati KakNa , mungkin sebab masa mengandungkan dia , babah dia sebenarnya nak anak perempuan . Sebab Mr. Clerk ni suka anak perempuan . Tapi , nak buat cam ne , belum ada rezeki lagi . Berdoa jelah . ^_^

Arsyad , ummi doakan agar Arsyad sentiasa menjadi anak yang soleh , dipanjangkan umur dan diperluaskan rezekinya . Ummi juga berdoa agar Ummi tak terlepas daripada segala perkembangan Arsyad . Maafkan Ummi andai Ummi jadi Ummi yang tak sempurna untuk Arsyad . Ummi sayangkan Arsyad tau !

06.02.2014 - 06.02.2017

Wednesday, December 28, 2016

Ragam Anak - Anak :-)

    
   

 

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah rehat - rehat tadi pengasuh anak hantar gambar anak - anak . Ya Allah , rindu pula kat diorang . Teringat malam tadi KakNa termarah si adik Akhmal ni . Kesian dia . KakNa pun tak tahu akhir -akhir ni kenapa asyik nak marah - marah diorang . Maafkan Ummi sayang . :(

Gembira sakan diorang dapat naik kereta Mama ajak pergi kedai . Suka lah tu ! Si adik tu geram betul ! Pandai buat muka tau ! Haisshh , sabar jelah , anak - anak . Semoga tidak menyusahkan orang yang menjagamu yer sayang .

Anak ini memang anugerah Allah , KakNa bersyukur Allah bagi KakNa rezeki anak , walaupun rezeki duit tak seberapa namun tak pernah putus . Yang penting KakNa tak pernah putus asa untuk dapatkan rezeki yang berkat dan dirahmati Allah . Begitu juga dengan suami , Alhamdulillah KakNa nampak suami sentiasa cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan kami sekeluarga . Terima kasih sayang !

Apapun , terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga . Terima kasih juga yang sentiasa ambil berat pada kami , dan sentiasa menjaga anak - anak kami ketiak kami pergi bekerja . Semoga Allah sentiasa merahmati dan membahagiakan mereka dunia dan akhirat .

Till then .