Tuesday, January 01, 2019
Hari Pertama Arsyad ke Pra Sekolah
Tags
AmyrulArsyad,
Persekolahan
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Anak bujang aku dah pun 5 Tahun. Aku bangga (baca:terharu) dengan pembesaran dia. Rasa macam baru semalam aku jogging suami isteri di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru untuk proses kuruskan badan. Sebab masa tu, aku baru tahu, kalau kita terlalu gemuk atau terlalu kurus kita susah nak mengandung.
Akhirnya, Allah perkenankan doa kami yang berusaha gigih tanpa gagal. :)
Hari ini, anak sulung kami, telah mula bersekolah.
Sungguh terharu rasanya.
In Shaa Allah, lepas ni aku akan abadikan memori anak ini di sini buat kenangan dia bila besar nanti.
Masa di rumah, Arsyad suruh aku dan suami tunggu, tapi kami cakap kami tunggu sekejap je. Alhamdulillah, dia tak nangis, tapi bergenang air mata je. Kami tunggu lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Hari pertama, macam - macam gelagat anak -anak kecil masuk ke sekolah. Semoga semua ibu bapa lebih tabah dalam membesarkan anak-anak. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment