Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, June 05, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019 (1440H)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kita selesaikan kewajipan kita pada tahun ini, adakah kita masih berkesempatan untuk menunaikannya di tahun hadapan? Moga kita semua masih punyai kesempatan itu. Aamiin.

Okaylah, di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamt Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang sudi baca dan follow blog aku ni, moga korang semua akan merasai kenikmatan dan kebahagiaan di hari bahagia ini. Aamiin.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI ;
Farhana, Arsyad, Akhmal dan Amsyar


Thursday, May 30, 2019

Persiapan Raya Keluarga FarAmy #2 - Kuih Raya

Hai korang.

Tahun ni, pertama kali jugak aku tak ada mood nak buat kuih raya. Tapi, in shaa Allah, ada sesuatu untuk ibu mengandung. Sebab ibu mengandung dah mintak buat dari awal lagi, hehe. Apa dia? Nanti aku kongsikan.

Alhamdulillah, hari ni selesai semua hutang-hutang kuih raya yang tempah dengan orang. Beli untuk mertua dan abah je. Rumah aku? Adalah sebalang dua, kot-kot ada yang sudi nak datang ke rumah. Hehe. Apapun, Raya adalah masa untuk kita raparkan silaturrahim bukan untuk tengok kuih raya siapa paling banyak, ooopppsss..

Korang dah start cuti raya ke tu?

Saturday, May 25, 2019

Persiapan Raya Keluarga FarAmy #1 - Baju Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, semalam gaji, hari ni kami bawa anak-anak pergi Mydin untuk beli baju raya diorang. Suka sangat mereka. Yelah kan, budak-budak apa diorang tahu, huhu. So, tahun ni, rezeki diorang thaun ni, semua saiz ada, so, memang pergi satu Mydin je. Tka macam tahun-tahun sudah.

Kenapa tak tempah?
Emm, sejak kahwin tak pernah tempah. Tak tahu kenapa.

Suami?
Awal-awal dia dah beli online dengan kedai JOHO. Teruja katanya JOHO keluarkan baju Melayu. Em, yelah abang.

Tapi, tahun ni, sampai ke sudah, aku masih tak ada baju raya. Untuk pertama kali selama 32 tahun hidup ni. Mood nak beli baju raya tak mai-mai. Huhu.

Kenapa? 
Hahahaha. Sebab aku tak yakin ada saiz aku dan sebenarnya aku tak ada mood raya.

Sorry, aku tak ada gambar nak kongsi, tengok nanti hari pertama raya. :)

Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum w.b.t


Saya , suami dan anak - anak ingin memohon ampun dan maaf sekiranyan kelakuan kami ada menyinggung hati mana - mana pihak secara sengaja atau tidak . Kami juga mohon dihalalkan segala makanan yang telah kami makan secara sengaja atau tidak .
Semoga Syawal tahun ini lebih bermakna buat anda semua dan juga kami khususnya .

Aaminn ..


Dari kami :
Azmi
Nurfarhanah
Amyrul Arsyad
Amyrul Akhmal
Amyrul Amsyar

Sunday, June 10, 2018

Persiapan Hari Raya Tahun 2018

Assalamualaikum w.b.t

Sihat ke ? Macam mana dengan Ramadhan korang ? Berapa banyak amalan yang dah berjaya buat ? Hehe . Cakap orang je kan , diri sendiri pun lompang jugak :( 


Okaylah , balik semula pada tajuk post kali ni . 


KakNa nak tanya korang selalu buat persiapan raya waktu bila ?


KakNa sejak berkahwin ni persiapan semuanya last minute , sebab suami jenis suka beli dah hujung - hujung tau . Tapi , selalunya KakNa lah yang stress sebab masa ni lah nak cari sedondon lah apalah x jumpa . huhu . 

So , untuk tahun ni pun masih sama jugak . Suami KakNa pilih untuk buat persiapan saat - saat akhir , dan mujur jugak jumpa saiz dan warna yang sama untuk budak 3 orang tu ! Fuhhhh , lega !

Kami shopping  kat mana ?

Kami  semua shopping dekat Mydin je , sebab nak jimat .

Alhamdulillah . Dah selesai semuanya semalam . 

Tema kami , warna TEAL . 

Eh , yeke ? Ntahlah . Nanti tengoklah baju kami ya .

okaylah , KakNa nak sambung buat kerja . Dekat rumah ke opis ke kerja x pernah habis . Hehehe .

Jumpa lagi uols .

Monday, June 26, 2017

Selfie dan Wefie Raya KakNa and Kids

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H, 
Maaf Zahir dan Batin daripada KakNa dan keluarga . :)

selfie dalam kereta

abang long Arsyad

abang ngah Akhmal

Ni gambar 1 Syawal , masa dalam kereta , anak - anak dah mengarok nak pergi rumah TokMak dia .

Mr. Clerk ? 

Emm , bad mood pagi - pagi raya , so tak dan nak ajak dia selfie . 
Huhu .

Jom beraya !

Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H , Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum semua .

Alhamdulillah , akhirnya dapat juga kita meraikan kemenangan kita kan ? 

Syukur Alhamdulillah .

Tahun ni KakNa raya berempat , in shaa ALLAH tahun hadapan akan raya berlima .

Semakin hari semakin besar keluarga KakNa semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan dilaksanakan . Semoga KakNa dan suami akan terus kuat dan tabah .

Dikesempatan ini juga , KakNa dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkecil hati sepanjang membaca blog KakNa .

Almaklumlah , KakNa ni jenis yang outspoken sikit . Mana tahu ada yang kecil hati ke kan ? Maafkan KakNa tau !

KakNa harap tak ada yang serik ya .

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal akan datang .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin .

Salam sayang ,
KakNa

p/s : gambar raya nanti kita update ya ! :)

Friday, June 23, 2017

Dah balik kampung ke?

Assalamualaikum korang .

Dah balik kampung ke ?

KakNa tak balik lagi . 

Dah hampir 5 tahun kahwin , belum pernah merasa balik kampung sebelum raya .

Kenapa ?

Huhu . 

Jangan lah tanya yer . 

Jawapannya , KakNa hanya mampu tersenyum je .

Apapun , kepada sesiapa yang tengah memandu tu , hati - hati ya !

Jangan laju - laju bawa kereta tu tau !

Sayang korang . :)

Thursday, June 22, 2017

7 Tips Berhari Raya

 Tips makan secara sihat ketika hari raya

  • #1. Pastikan alas perut dengan makanan sihat di pagi raya.
  • #2. Elak mulakan dengan dessert atau biskut raya.
  • #3. Jangan lebihkan kuah.
  • #4. Makan dalam kuantiti sederhana.
  • #5. Pengambilan air kosong secukupnya.
  • #6. Ingat peraturan 20 minit. Jangan lama-lama di rumah orang.
  • #7. Senaman mudah selepas makan di rumah.

Friday, June 16, 2017

Butang Baju Raya

Assalamualaikum korang .

Kelmarin cerita baju raya anak - anak , hari ni nak cerita pasal butang 
baju raya suami , hehe padahal baju raya pun belum beli . 

Kisahnya , di pejabat KakNa kerja ni boleh kata setiap bulan akan ada peniaga
 yang menjual barang dagangan mereka , antaranya macam penjual butang dan pin 
tudung ni lah . Alkisahnya , butang baju raya Mr. Clerk ni biasanya bila raya mesti 
tak ada , so KakNa akan beli untuk Mr. Clerk pakai lah . Warna biasanya KakNa 
beli putih atau silver sebab senang nak padankan dengan baju . 
Yelah , baju pun tak beli lagi , mana nak tahu dia nak pakai baju warna apa .
Sebab tiap tahun sejak kahwin , dia suka pakai baju yang dah siap je . 
Tapi kali ni , KakNa request nak ambil gambar dekat studio , so nak nampak kemas 
kena lah pakai butang baju yer tak ? 
Almaklumlah , suami KakNa tu suka pakai baju jenis cekak musang .

 
Ni lah butangnya , sesuai untuk baju cekak musang

Bila beli butang baju untuk suami , KakNa tak lupa juga beli brooch untuk diri sendiri. Almaklumlah , KakNa kan peminat tudung bawal, so , mestilah beli juga . 
Walaupun mungkin tak pakai untuk raya , tapi KakNa memang akan beli , 
cuma KakNa ni jenis selagi tak rosak (karat) selagi tu pakai .

Ni KakNa punya . Cantik tak ?

KakNa dah pakai dah masa hari Khamis aritu buat pergi kerja , 
malas aih nak tunggu raya , hehe . Okaylah , nanti KakNa kongsi lagi ya apa yang 
KakNa beli untuk persiapan raya ni .

Terima kasih sudi baca !

Thursday, June 15, 2017

Shopping baju raya anak -anak di Plaza Angsana

Assalamualaikum korang .

Fuhhh , arini KakNa nak share story sikit . Malam kelmarin ( 10 / 06 /2017 ) KakNa pergi lah ajak suami dan anak - anak shopping seluar jeans diorang kat Plaza Angsana . Fuhhh .. Ramai gila orang , almaklumlah , sebelum ni kami tak pernah pergi Plaza Angsana masa bulan Ramadhan . Sebab selalunya , bila beli baju raya anak - anak MIL dan FIL KakNa akan ikut sekali , tu yang selalu pergi sebulan sebelum puasa . Hehehe .

Sekarang diorang dah tak nak ikut sebab penat , kebetulan FIL kata tak nak terlepas tarawih , maka kami pergilah berempat sahaja . Memang mencabar bila shopping bersama anak - anak dalam keadaan orang ramai pulak tu . Beristighfar sahajalah KakNa dengan suami . Sungguh , serik nak bawak diorang lagi , bukan apa , si adik ni jenis tak takut orang , si abang tu okaylah lagi , boleh ajak berbincang .

Sabar jelah .


Hasil tangkapan

Dipendekkan cerita , pilih punya pilih , akhirnya KakNa pilih dua helai baju sedondon dan seluar jeans pendek untuk dua hero ni . Mr. Clerk kata , anak - anak tak sesuai pakai selaur panjang , lagipun rimas , so yang terbaik beli seluar pendek . Harga ? Aduii  , naik juling mata KakNa tengok harga seluar diorang tau .

Mujurlah baju KakNa dah beli masa Padini buat sales bulan April haritu . Cumanya , untuk si Akhmal tu , KakNa memang niat nak beli lagi sehelai dua . Yelah , si Akhmal ni badannya halus, tak boleh pakai baju saiz 1 - 2 tahun , walhal dia dah 2 tahun . Akhmal kena pakai baju saiz 18 - 24 bulan untuk bagi dia nampak kemas dan kacak . Wah , kacak gitu ! Yelah , Mr. Clark tu kan jenis bergaya , lain lah KakNa ni , dah macam mak lampir je .

Alhamdulillah , dah selesai beli baju anak - anak cuma kalau ada lebih nak lah jugak topup untuk diorang . Tengoklah macam mana nanti . Tapi , barang sekarang semua mahal , beli 2 helai baju dan seluar pun dah RM 150.50 , haisshh .. Dugaan , tak apalah , in shaa Allah , ada rezeki untuk anak - anak juga . 

Tak sangka plak beli dua barang je pun dapat sampul duit raya , hehe . Syukur , Alhamdulillah , jimat tak payah beli sampul duit raya . Tapi , duit raya tu kenalah beri jugak kan ? Tak kan nak bagi sampul kosong pada orang yang datang beraya kan ? Hehehe . Tak best lah plak . Apapun , memberi mengikut kemampuan , asalkan ikhlas . In shaa ALLAH , kemeriahan dan keberkatan Ramadhan dan Syawal akan dirasai .



  
Cantik tak sampul raya ni ?

Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi ya ! Terima kasih sebab sudi baca :)

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1436 H ,
Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga Nurfarhanah , Azmi , Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal . Semoga raya kali ini lebih bermakna buat semua ..

#SyukurSelalu

ini jelah gambar yang paling senonoh kami ada .. 

masing - masing dah buat muka .. Akhmal tersepit ..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !

Monday, October 06, 2014

Salam AidilAdha dan Hadiah Lil A

Assalamualaikum ..
Rasanya belum terlewat untuk aku dan kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1435H kepada semua umat Islam dan pembaca blog picisan aku ni .. hehehe.. kami beraya kat JB je , x balik kampung .. sebab Mr.A xnak balik .. sob .. sob .. semalam sempatlah aku selfie dengan anak bujang aku . si Amyrul Arsyad ni atau my Lil A . Ada yang tanya , nape xde gambar Mr.A sekali ? jawapannya .. biarlah rahsia .. haha .. 

sebenarnya takde rahsia sangat lah .. Lil A sekarang ni kuat merajuk . yelah sejak nak jadi abang .. ooppsss !!! sikit2 nak kena peluk dan menangis je , lagi2 kalau nak tukar pampers dan baju . Ya ALLAH .. macam nak meroyan je aku dengan dia ni tau .. tapi aku sabar jelah , makin aku sabar makin kuat dia nagis , last2 terpaksa dukung dalam keadaan dia bogel dulu .. hahaha.. so, sejak seminggu dua ni aku dapat detect , macam mana nak buat dia berhenti menangis . SELFIE ! tu je cara yang paling mujarab setakat ini .. huh ! anak-anak .. macam-macam ragam , si bapak lain , anak plak lain ragamnya .. huhu .. 

masa ni dia baru berhenti menangis tau !

semalam gak kami tiga beranak jalan-jalan cari makan dan cuci-cuci mata .. cuci je sebab duit pun x berapa nak ada .. hehe .. oklah kan , sebab dapat masa kualiti bersama keluarga .. bukan senang tau nak dapat masa - masa macam ni . tu yang kami manfaatkan sebaiknya .. 

so , pas makan semua aku dan Mr.A pun terus bawak Lil A pergi jalan - jalan kat Skudai Parade . macam dah lama x pergi . kat sini , xde apa yg best pun . cumanya ada D.I.Y  je yang menarik .. huhu .. memandangkan xde barang yang nak beli ( padahal banyak ) , aku pun mulakan lah sesi menge"pow" Mr.A .. aku mintak dia belikan Lil A mainan since si kenit ni xde mainan sejak lahir lagi .. mainan yang gigit2 tu dia dah x layan dah .. booolayannn kata dia .. hahaha .. so, Mr.A belikan lah dia mainan kat D.I.Y tu , namanya Funny Zoo .. Murah je , RM 10.90 je.. huhu ..

 
kemain eksited dia tau !

masa ni dia dah tepuk-tepuk x sabar nak main 

masa nak amek gambar ni dia marah dan tepuk-tepuk kotak tu suruh bukak cepat . hahahaha .. abis blurr gambar .. tapi, bila dah bukak .. hurrmmm ... x sampai sepuluh minit pun dia main ngan mainan tu .. Arsyad oh Arsyad .. pening kepala ummi .. eh , korang abaikan jelah katil kami yang tak bercadar dan bersepah tu .. al-maklumlah , mood malas sekarang nih .. kihkih ..

budak sekarang ni , mainan macam tu mana dia nak . tapi aku memang x ajar anak aku main dengan gajet . kadang-kadang je. sebab kau lebih suka aku yang jadi puppet pada anak aku . biarlah orang kata aku hilang akal ke , macam budak2 ke , janji aku bahagia buat tu semua utk anak aku . lain orang kan lain cara didik anak .. so , no harm lah kalau ada sesapa nak bagitau do's and dont's pada kita tentang cara nak didik dan besarkan anak . apa yang kita perlu buat , adalah be a good listener . tu je .. okey ? sebab x semua orang punya pendapat yang sama . apapun , aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . so korang pun patut bersyukur yer .. 

terima kasih sudi baca :)



Sunday, August 03, 2014

Kembali Bekerja :)

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal 1435H.

Cehcehceh.. Tajuk macam ko tu cuti panjang je tau.. padahal ari rabu lepas kan dah naik keja, tapi x terfikir nak update plak.. arini ari ahad pertama bulan Ogos, dan minggu pertama kerja lepas raya.. so aku expect jalan jem lah pagi tadi, rupanya tak..




ko tengok.. lapang jer kan?? hehehehe.. aku dari umah BS aku tadi dalam kul 8.10pagi, boleh sampai opis aku kul 8.26pagi! giler cepattt!! mana taknya... Mr.Arrogant a.k.a suami aku bawak keta macam nak g racing!!! yerlah.. dia tak nak isteri tercinta dia ni lambat kan.. *padahal aku mmg selalu lambat punn* tapi memang bestlah keadaan jalan mcm ni.. kalau lah ari2 jalan Skudai-JB ni lengang mcm ni kan bagus.. boleh aku g keja kul 8.. dapatlah sikit aku masa untuk main2 gan Arsyad lama sikit.. tapi, apa nak buat.. ni lah jalan yg sentiasa jem dan xpernah plak x jem, lagi2 lau hujan atau eksiden! huhhh!! lagi parah tau..


apapun, arini macam SUNDAY BLUESS lah.. sebab aku rasa mcm xde mood sangat.. yelah.. Mr.Arrogant aku arini macam bad mood dari semalam, so aku x ceria lah sangat pagi ni.. xpelah.. petang ni aku nak ceriakan dia lah.. tapi nak buat apa ekk?? masak yg sedap2 okey kot! oklah kengkawan, jom kita sambung kerja, semoga Allah merahmati kita semua..

Jangan lupa doakan sedara mara kita di Gaza ye kawan-kawan!

p/s : pagi-pagi masuk bilik bos sbb nak salam bos, tetiba bos cakap aku dah kurus sikit.. wahhh!!! berbunga-bunga tau hati.. hehehe..

Wednesday, July 30, 2014

SALAM AIDILFITRI 1435H

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah, rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1435H, semoga Syawal kali ini adalah Syawal yang terbaik buat kita semua, In Shaa Allah.
macam biasa tiap tahun, raya pada saya adalah sama dan tiada beza. cuma sejak kahwin ni ofkos lah kena fokus pada keluarga sendiri dulu. so, saya akan update kemudian. seblum tu, jom tgok gambar keluarga kami. ini yg unofficial lah.. hehe.. pakai Iphone5 suami jerk!.. hehe.. 

#AmyrulArsyad kemain nyenyak tidue lepas susu :)

tahun ni tema kami warna peach yer kengkawan.. tapi tak tahu nape bile amek jadi macam warna pink.. so teknik pencahayaan itu penting yer.. apapun, no edit, no filter okey! original muka mak ni noks.. (tu yg en.suami tergoda tuh..) x caya boleh face to face.. hahaha.. kompem setuju.. sebab iols ni jenis makan gambar *perasan* so, gambar always comeys gitooo.. *walaupun x semua*

apsal aku rasa aku cam putih sangat nih! gebus! hahaha

oklah, nti iols update lagi okey! jangan makan kueh raya banyak sgt tau.. jaga makan tu.. kang abg uolss carik lain pulakss.. lalallaa.. selamat hari raya!!

p/s : aku mmg makin putih dan kurus lah. ^_^

Thursday, July 24, 2014

Nak Raya Dah Ke??


Assalamualaikum.. 
macam baru semalam puasa kan? alih2 dah nak raya.. emm.. cepat sungguh masa berlalu.. aku pulak macam x de apa rasa nak beraya. yelah raya tahun ni adik kesayangan aku x balik raya gak, tu yg macam xde mood sgt.. baju raya pun baru sehelai.. BARU SEHELAI okey! syukurlah ada sehelai, dari org kat Palestin tu, xde baju raya pun tau. kuih raya?? lagi lah.. ALLAHURABBI..

apapun, korang kena syukur dengan apa yg korang ada sebab kalau korang tka bersyukur, Allah xakan bg korang lagi rezeki tu.. oleh itu, malam-malam terakhir Ramadhan ni kita bangun dan tadah tangan pada Allah agar dia tambah rezeki kita dan keluarg akita. agar kita boleh membantu lebih ramai orang yang sebangsa dan seagam kita. dan yg paling penting, kita kena berusaha menjadi kaya bukan utk kesenangan kita, tetapi utk kesenangan Agama kita.. In Shaa Allah, Allah akan makbulkan.. apa yg penting adalah niat kita. dan niatkita tu mestilah betol dan tepat. Istiqamah dalam niat dan pastikan tiada unsur riak supaya kita tidak mudah disangkal oleh org lain..

oklah, kau nak siap2 balik umah ni.. nak buat persiapan katanya. nanti aku upload lagi cerita2 yg best2.. buat masa ni, cerit ayg ada semuanya spntan dr kepala.. huhu..
selamat hari raya semua.. 

Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya Aidil Fitri 2013 #Part 2

Assalamualaikum..

Nak upload gambar raya yg x berapa nk ada.. :) mcm yg aku ckp psl ni kat entri lepas (xleh ltak link sbb pkai hp).. Yg aku xde byk gambar.. So korang tgoklah pe yg ada je ea.. Hehe..


Gambar ni paling aku suka.. Tukang amek gambar ni adalah Amy a.k.a my hubby.. Walaupun x lengkap sorang lg adik beradik aku tp oklah.. Anak2 buah penambah seri, disamping perut bulat aku tuh.. Huhu.. Tambah2 lg amek berkat keta org.. Mudah2an kami berpeluang memiliki kereta itu satu ari nanti.. InsyaAllah.. Amin.. :)

        Picca first dak tina yg muncung..

     Picca last dak tina masih muncung

Hehe.. Aku xtau n x pham nape dak tina anak sedara kesayangan aku nih xnk senyum bila aku yg amek gambar depa.. Penat mama dia n mak ngah dia buat iklan gigi.. Tp dia dok muncung masam mencuka aiihhh.. X pham akak dik!! 

Ada lagi satu gambar aku cilok dr fb angah aku.. Haha.. 

Ni gambaq depa satu keluarga.. Dak biha ni manis sungguh senyuman dia.. Geram btol aku tau..

Papepun, nilah kami sekeluarga.. Cuma taun ni xde amek gambar ramai2.. Xtau nape.. Semua mcm kelam kabut.. Huhu.. Xpelah.. InsyaAllah Raya Haji nanti bole amek gmbar ramai2 plak.. Amin..

Ok lah.. Hingga bertemu di entri akan datang.. InsyaAllah.. 

Nota kepala : best gak update pakai hp ni cuma x sebest pakai pc.. :)

Hari Raya Aidil Fitri 2013 #Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Assalamualaikum.. 
Amacam kawan2 raya taun ni?? best x? dh start keja lom? atau Dh bes mood raya tu?? Huhuhu.. 
     Posing dulu sebelum beraya :D

Sebenarnya aku dh start keja dh.. Walaupun x puas raya lagi.. Tp disebabkan tuntutan kerja ku gagahkan jua.. Hahaktuii!! Sebenarnya cuti aku dh x byk.. Tggl bpe ari je lg.. Nk save utk emergency pas bersalin nanti.. Chewahhh!! InsyaAllah.. Aku hanya merancang.. Allah yg tau mne yg terbaik utk aku.. :)

So, dikesempatan ini aku nk share tentang raya aku utk tahun 2013 ni.. Huhu.. Yelah, aku ni kan jarang update.. Atleast dptlah pnuhkan entri aku nih.. Ngehngeh.. So let's straight to the point.. 

Raya taun ni raya FIRST bg aku.. 
1. First raya yg aku xde buka puasa gan family aku kt kg :(
2. First puasa n raya sbg isteri + ummi sekali :) Alhamdulillah..
3. First time buat kuih raya sorang2 *pitamss* :) #demi keluarga n suamiku..#
4. First time raya tanpa adik kesayanganku si tombam cheah hukhuk :(
5. First time raya aku cuma beli sepasang  je baju kurung ready made.. #yg tempah ada 4, hahaha#
6. First time raya aku blikan suami aku ready made je baju raya.. Selalunya aku tempah sekali gan aku.. *malas*
7. First time raya aku sampai Benut, Pontian (kg abah aku) pukul 5 lbih.. #org Melaka pun dh smpai dulu# :(
8. First time aku tgok laki aku bg mama abah dia n mak abah aku wet raya :) #tp aku xde :( #
9. First time aku cuti raya lama tp x pegi beraya #sadness part#
10. First time aku raya xde banyak gambar raya.. Sbb camerawomen aku tuh dok balik.. :(

Oklah, cukuplah setakat 10 je my FIRST raya tuh.. Nti2 me stori lagi.. Peyot pun dh start berkeroncong nih.. Baby dh lapa.. Huhu.. 

Nota kepala : lepas puasa ni aku lg cepat lapar lah.. Xtau nape.. :)

Monday, January 09, 2012

Feng Shui Tahun Baru Cina 2012



Hello semua..
eerrmm.. kawankawan mesti tau kan tahun ni kaum Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina pada 23&24 Januari 2012 ni.. 
so, apa yg menariknya Tahun Baru Cina taun ni buat korang??
kalau buat CH CNY ni yg bestnya ialah time nak shopping (eceh.. macam perayaan kita plaks.. huhu)
ofkoslah kan dear.. HARUS LAH!

shopping tak kire masa yg penting, ongkosnya ada! hehe..
em, sebenarnya CH nk kongsi pasal apa yg CH baca kat paper
The Sun td ni.. Setiap taun, kaum Cina akan buat sesuatu utk perayaan mereka melalui fengshui yg mereka telah
perolehi dr tukang tilik nasib mereka..
xkire lah dr segi makanan, hiasan rumah, angpow,
balik kampung, baju raya dan sebagainya..
mereka sangat mempercayai pantang larang
yg telah diamalkan turuntemurun tu..

pd mereka, kalau sekali mereka ter-langgar
pantang larang tu akan mendatangkan musibah
pada mereka ataupun keluarga mereka..
emm.. macammacam kan? tp tu lah yg kita
banggakan dengan keturunan kita..

ada kepercayaan dan adat resam yg perlu kita
patuhi demi menjaga keturunan kita..
bak kata pepatah, "biar mati anak, jangan mati adat"..
tak tau lah zaman sekarang ni pepatah tu boleh
digunapakai atau tidak..
al-maklumlah, anakanak zaman sekarang ni bukan
macam org doludolu (ceh!cam dh tua no raser..^_^)..
pape pun, kita kenalah selalu beringat utk bt yg terbaik dlm kehidupan kita, jgn biarkan adat menghalang kebahagiaan kita sekeluarga..
P.E.A.C.E.

SAJA NK KONGSI :

Rooster (1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005)
- zodiak en.Tunang
"Among the 12 animal signs, Rooster people are the luckiest of them all. They will enjoy a better and more peaceful year and should use this time to plan for the next year. These born in 1957 may find themselves spending a lot of money in the first three lunar months (Jan 23-April 20), but after that, their finance will improve. "

Rabbit (1939, 1951, 1963, 1975, 1987,1999, 2011)
- zodiak Chubby Hanna
" The tough days are finally over for the Rabbit people so they can relax this year. Those born in 1987 will be busy travelling and working in the first few month of the year. Also, they will be experiencing a colouful romantic life where they find they will have plenty of partners to choose from. Those born in 1975 will find the going tough in the first lunar month (Jan 23-Feb 21). They should take heed of their body's warning signs. This is good time for those born in 1963, to invest, especially from the fourth lunar month to the sixth (April 21-Aug 16)"


p/s : amek dr paper The Sun 09.01.2012.. tulis zodiak sendiri jer, org lain x larat nk tulis huhu..



Friday, September 23, 2011