Tuesday, November 24, 2015

Jangan Menangis Amyrul Arsyad


Dah tembam budak ni. 

Selalu nak kena cium dan peluk lepas buat sesuatu. 
Dah pandai jaga adik dia. 
Dah pandai mintak susu. 
Dah pandai mintak makan. 
Dah pandai mintak mainan. 
Dah pandai mintak adik lagi??
Eh eh?

Amyrul Arsyad
Pemimpin Yang Sangat Cerdik

Seindah namamu sayang.
Ummi sayang kamu.
Ummi kasihkan kamu.
Ummi kekuatanmu sayang.

Usah menangis saat kamu ditinggalkan.
Kerana ummi selalu titipkan doa buatmu.
Kerana ummi selalu ada di hatimu.
Kerana di setiap darah yang mengalir di dalam tubuhmu adalah darah ummi dan babah.

Bangunlah sayang, senyumlah.
Teruskan berjuang.
Teruskan melangkah
Teruskan berlari.

Kau pasti akan jatuh berulang kali.
Kau pasti terduduk beribu kali.
Kau pasti tersungkur berjuta kali.
Kau pasti akan alaminya sayang.

Jangan menangis sayang.

Akalmu setajam pisau.
Setiap hari ada sahaja yang kau tunjukkan.
Hatimu sekeras ais.
Ia keras untuk dapatkan sesuatu,
Namun cair saat kau dipelukku.

Jangan menangis sayang.

Kerana kau dan ummi saling memerlukan.
Kerana kau, ummi masih mampu bertahan.
Kerana kau, ummi masih mampu tersenyum.
Kerana kau, ummi masih ketawa,
melihat keletahmu..

Jangan menangis sayang.

Andai ummi pergi dulu.
Andai ummi tak bersamamu lagi.
Andai jodoh kita sekadar di sini.
Andai kau sudah tak perlu ummi lagi.

Ketahuilah sayang.
Sayang ummi sampai ke syurga.
Walau engkau tidak tahu apa- apa.
Walau engkau tidak mahu apa-apa.
Ummi tetap akan berusaha sehabis daya.
Demi kamu, demi kita.

Selasa
5:30pm
Depan pc pejabat.

   
AAmanah
MMesra
YYakin
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
AAlim
RRealistik
SSuci
YYakin
AAbadi
DDinamik