Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, November 18, 2023

10 SIGNS THAT YOU ARE TOO EMOTIONAL

 


10 SIGNS THAT YOU ARE TOO EMOTIONAL

1. You just can't say 'no' to anyone without feeling guilty. You care too much and love too much.

2. You cry when you're alone but you don't tell anyone because you're afraid of what people would think of you.

3. You're quick to think that everyone is a friend. You do things for every temporary person in your life .

4. You're extra- nice with people. You treat everyone with kindness and expect the same.

5. You don't know when a person is taking advantage of you because you can't do it to others.

6. You can't intentionally hurt people because of how soft hearted you are.

7. You can't express your emotions without breaking down.

8. You're so sensitive that you can notice the slightest changes in people's behavior towards you- the way they talk to you, the way they act towards you - but you don't Do anything about it.

9. You feel too deeply for people, you always put yourself in people's shoes and try to be there for everyone, Literally, Every single time.

10. You're the problem fixer. You can't afford to lose people , but in the end, you're still left alone. Just like always...

Please Be guided accordingly.


Wednesday, November 15, 2023

Wordless Wednesday 42 : Step By Step

Step by step, selesaikan satu persatu. Tak perlu down kan mental sendiri dengan bandingkan hidup kita dengan orang lain, tetap bersyukur.

Kita bukan mau berlumba dengan sesiapapun, jadi jangan merasa ketinggalan kerana setiap orang pasti sedang berjuang dengan jalan hidup masing².

Tuesday, December 20, 2022

Aiskrim Penghilang Stress?

Umumnya, makanan manis boleh menghilangkan sedikit “kesedihan” di dalam hidup seseorang. Ianya benar atau tidak, hanya kita sahaja yang boleh tentukan.

Bagi aku, bila otak aku sedang “panas”, aku akan mencari sesuatu makanan yang sejuk dan manis. Tidak kiralah, aiskrim, coklat atau minuman, yang pastinya, aku memang akan perlukan untuk meredakan kepanasan hati, hahaha.


Aiskrim Wall’s TopTen Nutty

Aiskrim ini antara aiskrim yang aku suka makan. Mudah nak cari di pasaraya dan kedai-kedai runcit. Harganya pun tak mahal.

Sebenarnya, aku tak adalah stress, cuma hormon aku sekarang tengah tak betul. Sekejap nak marah, sekajap ketawa, sekejap merajuk, sekejap romantik, huhuhu.

Nasiblah tuan badan boleh kawal lagi. Kesian anak-anak kalau dibiarkan berterusan. Doakan ya, semoga segala urusan aku dipermudahkan. Aamiin Ya Mujib.

Lintasan Hati : Apapun cara untuk hilangkan stress, pastikan ianya tidak memudaratkan orang lain dan diri sendiri.

Sunday, November 13, 2022

Zaman Viral?

Aku dah merasa saat di atas, saat sentiasa dipuja. Zaman tu, belum zaman viral lagi. Kalau tak, ntah aku pun viral juga.

Setiap kali mesej sahabat, beliau akan cakap, sabarlah beb, kau cantik. Sebab tu orang cemburu dan cuba rampas kebahagiaan kau.

Cantik?

Si cantik yang tak menghargai dirinya dulu, menyayangi orang lain lebih dari dirinya. Huhuhuhu.

Begitulah.

Tapi itu semua lumrah, ada masa kita di atas, ada masa di bawah. Malah, paling bawah.

Sunday, October 09, 2022

Mereka

 9.10.2016 - 9.10.2022


Semua bermula dengan mereka. 

Penghijrahan yang beri impak besar buat aku.


Kau lihat. 

Tak kasihankah pada mereka?

Tak sayangkah kau melihat mereka?


Aku berkorban untuk mereka bukan mintak dibalas.

Cukup mereka tahu aku sayang mereka dunia akhirat.

Aku tahu. Aku tumpang tuah dan rezeki mereka.


Aku tak ada apa.


Mereka yang beri aku "nyawa" supaya terus bertahan.

Tak ada sebab lain.


Allah tu adil.

Allah tu Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Walau apapun jadi aku mesti kuat.


Diam tak mesti kalah.

Kalah tak bermaksud rebah.


Kasut kita tak sama.

Saturday, September 18, 2021

Simpan Emas Sebagai Aset


Tidak kisah apa jawatanmu atau bisnesmu, pastikan ada saving sekurangnya 10% dari usahamu itu ke ASET.

Aset paling mudah dibeli berbanding tanah dan rumah adalah Emas. Di Orodesign ada RM100 dah boleh mula simpan emas.

Dalam hidup ni, kasut kita lain-lain. Walaupun kita sebaya, sejantina, gaya hidup kita amat berbeza.

Ada orang kasutnya luas, jadi mereka berbelanja tanpa Ada buat simpanan.

Ada orang kasutnya sempit, jadi mereka berusaha menyimpan.

Tak semua orang mampu bertahan. Jadi kita kena kuat melawan keborosan.

Biarkan mereka teragak-agak, janji kita yakin dan dah mula.

Bila kita dah berjaya ada emas bergram-gram, beratus gram, berkilo gram, mereka akan sedar dan ikut.

Masa tu, kasut kita yang sempit dah jadi luas. Kita boleh bantu pula orang yang susah.

Syukur.

Benda yang mudah jangan susahkan. Selain jadi kaya simpan emas, kita juga boleh elak dari jadi miskin.

Haaaa.. yang ni saya boleh jamin.

Orang simpan emas tak akan jadi miskin. Sebab dia ada emas sebagai benteng terakhir kewangannya.

Jangan takut untuk beli dan simpan emas banyak-banyak. Saya tak pernah jumpa lagi orang simpan emas banyak-banyak jatuh miskin. Kalau yang simpan duit banyak-banyak jatuh miskin itu bersepah!

Nak saya bantu?
https://t.me/FanaGoldRich

#FHBRichGold
#TeamPejuangEmas
#EmasLogamSyurga

Tuesday, November 06, 2018

Di saat orang lain tengah struggle cari rezeki, kit jangan perlekehkan cara dia. Bagi semangat walaupun tak nak beli. 

Nak block? 

Silakan.

1 pergi, 10 ke mari.

Apa yang penting, jangan putus asa. 

💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼

Thursday, June 29, 2017

Allah sebaik-baik perancang.


Allah sebaik-baik perancang.

Sejauh mana kau merancang kau tak akan dapat merancang apa yang akan jadi satu saat ke hadapan pun.

Anak itu tak akan ada silapnya jika dia lahir ke dunia.

Yang silap adalah kau kerana tidak mendidiknya.

Didikan bukan hanya dengan mengajar untuk mencari rezeki yang halal, tapi menjaga hati sesama insan.

Rezeki anak itu, hanya Allah yang tahu dan tentukan.

Bukan aku atau engkau.

Wednesday, May 03, 2017

SIBUK YANG TERAMAT

Assalamualaikum .

KakNa ni sibuk sangat akhir - akhir ni sampai tak sempat update , yang dah schedule tu oklah . yang simpan dalam draft tak sempat lagi nak bagi final touch . Maaf eh korang , apapun , terima kasih bagi yang masih sudi baca dan komen di blog KakNa ni yer ! 

Sayang korang !

Saturday, April 22, 2017

Tanggung dan jawab

 

Skrg aku malas nak ubah pape, nak persoalkan pape. 

Kau buat, kau tanggung.
Aku buat, aku tanggung.

Kalau kau rasa bertanggungjawab, kau tanggunglah.
Kalau aku rasa bertanggungjawab, aku tanggunglah.

Kalau tak? 

Tak ada siapa paksa kau, atau aku. 

Aku tak ada benda nak bangga dengan diri sendiri pun.

Kau?

Aku tak pasti.

Kau rasa aku tengah cakap pasal kau ke? 

Yer, kau yang tengah baca.

Tepuk dahi tanya diri.

Kau ada rasa tanggungjawab pada orang lain dan diri sendiri?

YA.
TIDAK.

Kau TENTUKAN.

#KakNaBebel 

Thursday, February 23, 2017

Kadang - kadang

Assalamualaikum .

Kadang - kadang kita rasa sukar untuk melupakan apa yang pernah orang lakukan terhadap kita .

Sukar sangat ! 

Tapi apakan daya , kita juga manusia biasa . Sama seperti orang yang melakukan kesilapan itu . Jadi , KakNa rasa adalah lebih baik kita bersangka baik sahaja . Mungkin orang itu sedang mengalami masalah rumahtangga ataupun masalah kewangan . Mungkin juga mereka sedang bersedih atau penat .

Emm ..

Tak mengapalah , kita beralah sahaja . Ada ganjaran yang lebih besar yang akan kita dapat . In shaa Allah .

KakNa pun mula - mula akan marah , tapi bila KakNa nak tidur , KakNa akan sentiasa bermuhasabah semula apa yang jadi dalam kehidupan KakNa pada hari tersebut . 
Lepas tu , mula lah muhasabah balik , mungkin ada silap di mana - mana .

Bersabar lah dan senyum . 

Sunday, February 05, 2017

Susah


 

Kadang - kadang kita rasa penat dengan memberi pertolongan dan kebaikan pada orang lain . 

Tapi adalah lebih baik kita bersangka baik dengan apa yang terjadi .

Menjadi baik bukan sesuatu perkara yang mudah . Ia perlu lahir dari hati yang bersih .

Kita mungkin tak sempurna , mungkin juga kita pernah mengecewakan orang lain . 

Tapi selagi nama manusia , tidak menjadi hal jika kita sentiasa berbuat baik dan memberi pertolongan sesama insan .

Hari ini, seseorang memberitahuku . 
" Tiada siapa yang akan membantu kamu selain daripada keluarga kamu sendiri . Sungguhpun kamu ada 1000 orang kawan yang baik , namun keluarga tetap di sisi . Jika kamu ingin anak-anak melayan kamu , maka kamu layanlah mereka sebaik mungkin di usia kanak-kanak mereka . Kerana masa kanak-kanak mereka tidak dapat kita beli . Ingat , tiada siapa yang faham apa yang kita rasa dan tanggung selagi mereka tidak rasa atau laluinya . Hanya kita sahaja yang tahu . Berserahlah pada Allah dan ingat ! Keluarga adalah keutamaan kamu . Bersabar dan bertabahlah kamu dengan ujian yang ada . Kemanisannya kamu akan rasai juga nanti 😊"

P/S : tak semua orang suka kita , jadi buat apa nak sedih . Janji Allah suka dan sayang kita .

Friday, November 11, 2016

Perihal Anak

 

 

KakNa tak pernah takot ada anak ramai. Biarlah orang nak cakap apa. Tapi, Allah lebih mengetahui. KakNa kan ceaser. Jadi sesiapa yang boleh bersalin normal tu jangan sekat2, sebab kita tak tahu bila kita tua kita larat ke nak tanggung risiko ketika hamil dan sebagainya.

Teringat KakNa bila ada orang tanya kenapa KakNa merisikokan diri untuk mengandung lagi sedangkan dah bersalin ceaser. KakNa jawab satu je.

"Kalau nak meninggal, duduk tengok tv pun boleh 😊"

Terus KakNa dikecam takbur. Tak apalah, biar Allah tahu apa yg ada dlm hati KakNa.✌🏻️

Sunday, December 13, 2015

Tuesday, October 13, 2015

Salam Ma'al Hijrah 1437H


SALAM MA'AL HIJRAH
1437H
RABU
14.10.2015

JOM BERHIJRAH!


JANGAN


1. JANGAN BANGGA DENGAN PAKAIANMU KARENA KAIN KAPAN ADALAH PAKAIAN TERAKHIRMU
2. JANGAN BANGGA DENGAN KENDERAANMU KARENA KERANDA ADLAAH KENDERAAN SEJATIMU
3. JANGAN BANGGA DENGAN RUMAHMU KARENA KUBUR ADALAH RUMAH ABADIMU

Sunday, October 04, 2015

Ada VS Jika

ada kereta tapi tak bisa memandu
ada emas tapi tak bisa dipakai
ada kaki tak bisa berdikari
ada waktu, tapi x bisa mencukupkan
jika ada semua itu sudah cukup membahagaiakan

ada kasih bukan bererti sayang
ada sayang bukan bererti cinta
ada cinta bukan bererti perlu setia
ada setia bukan semestinya bersama
jika bersama belum pasti selamanya

ada jiwa tidak mesti ada hati
ada hati tidak mesti ia hidup
ada kehidupan tidak mesti penuh keceriaan
ada keceriaan pasti ada kepahitan
jika semua manis itu bukanlah kehidupan.

ada kawan maka ada sahabat
ada lelaki maka ada perempuan
ada suami maka ada isteri
ada ibu bapa maka ada anak
jika semua bersatu aman sejahtera

ada perkara kita boleh kongsi
ada perkara kita boleh simpan
ada perkara kita boleh jelaskan
ada perkara kita boleh simpulkan
jika semua fikir yang sama maka tiada persengketaan

Ahad
04.10.2015
5.40petang
Tingkat 11, dalam pejabat

Sunday, August 30, 2015

Bergeraklah (move on)

"sakit tau tak
bila apa yang kita nak buat orang lain dah buat
bila apa yang kita nak beli orang lain dah beli
bila apa yang kita jual orang lain dah jual
bila apa yang kita nak ada orang lain dah ada dulu"

itu namanya KAU SAKIT HATI
itu namanya KAU SAKIT JIWA

kau cemburu dengan aku
sebab aku punya dua "peneman"
sebab aku punya satu "kekasih"
sebab aku punya satu "kerjaya"
sebab aku punya dua "semangat"

bergeraklah.
maju ke depan.

undurlah.
kata-kata kau jika bisa.

aku maafkan.

kau aku dia dan mereka
semua pinjaman dari yang MAHA ESA.

esok aku mati
kau mati
dia mati
mereka mati

SEMUA MATI

YANG KEKAL CUMA ALLAH.

Bergeraklah.

Depan komputer pejabat
Waktu Rehat
1:46 tengahari
Ahad

Saturday, May 09, 2015

RINDU

Bila ia bertamu pasti menggamit rasa sendu.
Rindu pada siapa?
Manusia kah?
Tuhan kah?

Tapi, 

Adakah Tuhan mu merindukan mu?
Aadakah Allah merindui ku?
PASTI. Sebab itu aku dan kamu diuji..
Allah rindu rintihan aku..
Allah rindu doa rayuan aku..
Allah rindu ruku' n sujudku..

Allahu...

Dia yg lebih tahu hatiku..
Dia yg lebih tahu jiwaku..
Dia yg lebih tahu kehendakku..
Dia yg lebih tahu keperluanku..
Apa mahu ku?
Apa mahu mu?
Apa mahu kau?
Apa mahu dia?

Dunia..

Membawa lari rinduku..
Membawa lari kasihku..
Membawa lari sayangku..
Jauh...

Rindu..

Sesekali ia bertamu, sesekali jiwa diruntun, dicarik.
Namun ia masih kosong, sepi, tidak bernyawa.
Tidak ketahuan rindu pada siapakah atau apakah.
Yang ada cuma jiwa nan sekeping yang kosong.
Yang mungkin rapuh dengan janji manis duniawi.
Yang mungkin rebah bila sampai masanya nanti.
Semua hanya kerana ....
RINDU

*Aku terlalu rindu pada arwah emak . Al-fatihah buat arwah emak Nor Aini Binti Sahat*

Sunday, March 15, 2015

[PENIAGA VS PELANGGAN]

PELANGGAN.
Pelbagai ragam dan keinginan. Nak murah, sila beli stok dan jual. Letak diri sebagai peniaga, baru tahu ragam dunia.

Jangan salahkan tuan, jika barang tidak seindah khabar. Jangan salahkan barang, andai tuan tidak pernah sabar.

Jangan dihina, jangan dimaki bagi yang mencari rezeki. Mungkin kita yang tidak sedar diri. Mahukan yang terbaik, tetapi dompet dan poket rapat terkunci.

PENIAGA.
Jangan menuduh, jangan bermusuh. Cekalkan hati, tabahkan diri. Dugaan peniaga selalu begini, mendapat pelanggan yang sentiasa tidak berpuashati.

Biarkan si luncai memaki riang, kelak menjilat ludah sedulang. Kalau ada sumur di ladang, hanya badak yang mahu berenang. 

Berusaha, berdoa, bertawakal dan redha. Allah akan sentiasa ada. Allah bantu hamba yang tak lupa padaNYA, jadi mengapa kita perlu takut akan umpatan mereka??

Nukilan,
Farhana FamesShoppe
15.03.2014 Ahad
12.40mlm
Atas Katil Sebelah Anak Bujang

‪#‎2015milikfarhana‬