Saturday, May 09, 2015

RINDU

Bila ia bertamu pasti menggamit rasa sendu.
Rindu pada siapa?
Manusia kah?
Tuhan kah?

Tapi, 

Adakah Tuhan mu merindukan mu?
Aadakah Allah merindui ku?
PASTI. Sebab itu aku dan kamu diuji..
Allah rindu rintihan aku..
Allah rindu doa rayuan aku..
Allah rindu ruku' n sujudku..

Allahu...

Dia yg lebih tahu hatiku..
Dia yg lebih tahu jiwaku..
Dia yg lebih tahu kehendakku..
Dia yg lebih tahu keperluanku..
Apa mahu ku?
Apa mahu mu?
Apa mahu kau?
Apa mahu dia?

Dunia..

Membawa lari rinduku..
Membawa lari kasihku..
Membawa lari sayangku..
Jauh...

Rindu..

Sesekali ia bertamu, sesekali jiwa diruntun, dicarik.
Namun ia masih kosong, sepi, tidak bernyawa.
Tidak ketahuan rindu pada siapakah atau apakah.
Yang ada cuma jiwa nan sekeping yang kosong.
Yang mungkin rapuh dengan janji manis duniawi.
Yang mungkin rebah bila sampai masanya nanti.
Semua hanya kerana ....
RINDU

*Aku terlalu rindu pada arwah emak . Al-fatihah buat arwah emak Nor Aini Binti Sahat*

No comments:

Post a Comment