Petangpetang ni me nak share sikit lah pasal info wanita hamil ni..
mana lah tau kotkot leh membantu ker.. zaman sekarang ni, macammacam perkara yang menakutkan kita terjadi sama ada kita lihat di kaca tv atau berlaku didepan mata..
ada org kata, punca semuanya drpd didikan keluarga.. ada juga kata kerana x ikut pantang larang semasa hamil.. apa yg pasti, itu semua kerja YANG MAHA ESA..
siapalah kita yg nak menidakkan kekuasaannya kan?? WALLAHUALAM..
Apapun, mana ada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga yang tidak mahu menimang cahaya mata kan?? oleh itu, bagi yang telah memiliki, maka, marilah kita samasama memeliharanya.. bagi yang belum seperti saya (nak jugak!),
bolehlah membacanya sekadar menambahkan ilmu pengetahuan.. hehe..
Pantang larang bagi wanita hamil:
- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya. secara logiknya SYAITAN paling banyak dlm waktu tu, so kita kena pandai jaga diri..
- Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan, terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
- Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauh mana kebenaran dalam pantang larang ini?? Wallahualam.. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukannya.. Berdoalah sebanyak yang mungkin supaya kita dijauhi bala bencana, NAUZUBILLAH..
nota kepala : geleng kepala melihat ibu mengandung yang merokok.. hurm..
nota kepala : geleng kepala melihat ibu mengandung yang merokok.. hurm..