Showing posts with label KisahAnakAnak. Show all posts
Showing posts with label KisahAnakAnak. Show all posts

Wednesday, August 02, 2023

Wordless Wednesday 28 : Biskut Hup Seng

 Alhamdulillah, dari kecik biskut Kracker Hup Seng paling laku.

Kenangan di rumah kuarters lama ketika #AmyrulArsyad14 & #AmyrulAkhmal15 masa umur 3 & 2 tahun lebih rasanya (umi dah lupa, maafkan umi).

Biskut ini paling laku dari dulu sampai sekarang di rumah kami. Murah dan kenyang.



Monday, March 19, 2018

Amsyar Demam

Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak bersiaran kan ? Sebenarnya KakNa banyak dah draft post tapi tak sempat - sempat nak tengok balik mana nak publish dulu .

Okay , kita terus pada tajuk ya .

Sebenarnya , KakNa ni agak risau dengan keadaaan Amsyar .

10.03.2018


15.03.2018


16.03.2018


17.03.2018



Amsyar lepas demam paling lama tu badan dia naik ruam panas . Orang cakap ruam tu untuk buang panas dia . dekat seminggu jugak lah nak hilangkan ruam tu . Sampai bertukar - tukar sabun mandi . Akhir sekali aku bagi dia pakai sabun Johnson Johnson Head To Toe warna kuning cair . Alhamdulillah dah makin kurang dan tu jugaklah sabun paling sesuai dengan dia . Semoga Amsyar tak demam lagi lama macam ni ya sayang .

Thursday, June 22, 2017

Bujang Sulung KakNa :)

Hai lah anak .

Kejap je kamu dah besar .

Sekarang kuat makan dan banyak cakap . 

Sama macam Ummi dia .

Amyrul Arsyad bin Azmi .

Seindah namanya .

3 tahun 4 bulan .

Suka merajuk tapi pandai memujuk .




 

 

Kau lah racun kau lah penawar .

Semoga menjadi anak yang soleh ya sayang !

Ummi sayang kamu :)


  

Wednesday, April 05, 2017

Wordless Wednesday #9 : Amyrul Akhmal 2 Tahun

Assalamualaikum Semua .

Sekejap je kan kita dah masuk bulan 8 Rejab . Lagi berapa hari je nak puasa . Emm .. Terasa macam baru semalam masuk tahun 2017 . Fuhhh !!

Alhamdulillah , pelbagai cabaran dan rintangan dalam menjaga anak - anak namun KakNa gagahi juga . Yelah , siapa lagi nak jaga anak - anak kalau bukan KakNa kan ?

Meh , tepek sikit budak manja nak dapat adik ni . Geget kang baru tahu ! 


Hari ni KakNa nak kongsi rasa gembira tentang anak kedua KakNa .

Pada 8 Rejab 1436 H (2 tahun Hijrah ) yang lepas , masa KakNa dah tahu masa nak sampai untuk lahirkan dia , KakNa memang terkejut sangat sebab sakit sebelum due . Sakit contaction masa dia ni lain macam tau . Jenis sakit macam apa , sampai je HSI terus tak sakit , cuma lemah jelah . Apapun , syukur . Semuanya dah selamat , dan dia sekarang dah 2 tahun pun ( bulan islam ) .

Manja lagi sejak - sejak nak jadi abang ni . Semua nak kena ikut cakap dia . Haish , geram tau KakNa dengan dia ni . Kalau ambil gambar sekarang asyik mencebik je , dulu tak sangat tau . Kalau menangis ya rabbi .. Allah je yang tahu . :(


Okaylah , tu je nak share . Kata wordless wednesday kan ? hehe . Tunggu birthday dia eh , nanti KakNa buat entry panjang sikit .

Thanks sudi baca !

Wednesday, February 22, 2017

Wordless Wednesday #2 : Muncung Itik

 

Hai semua !

Cuba tengok gambar - gambar anak - anak KakNa . 
Pelik betul , sekarang suka sangat ambil gamabr macam ni tau ! 
Haishh , sabar jelah . 
Tapi , comel kan ?

Wednesday, November 09, 2016

Wordless Wednesday #36 :Abang vs Adik


Abang dan Adik . Bila baik , Ya Allah , mesra kemain ! Bila gaduh , nak roboh rasa rumah kami . Hehehe .


Rindunya masa ni , semua comel ! 
Si Arsyad dengan rambut pendek dia , Akhmal pula belum pandai merengek manja . Oooooohhoooiiii ! Nak mengandung pula rasa ! 
ooopppss !

Monday, April 11, 2016

Anak bertuah

Hai.

Lama tak update. Tengah belek - belek handphone jumpa gambar ni. Pengasuh yang hantar. Gambar ni bulan Mac 2016 punya.

Anak bertuah.

Amyrul Akhmal.

:)



Monday, October 19, 2015

20 bulan sudah

Amyrul Arsyad kini sudah berusia 20 bulan (1 tahun 8bulan) kalau dikira pada bulan Islam 6 Muharam 1437H (06.02.2014)



Alhamdulillah, semakin "matang" dan boleh memahami apa yang BOLEH dan apa yang TIDAK. Syukur ALLAH beri pinjaman anak ini kepada aku, sekurang-kurangnya menyedarkan aku, bahawa aku perlu lebih bersyukur dengan rezeki ini.

Muka Arsyad sebulan sekali akan tumbuh "jerawat". Doktor pun tak tahu puncanya. Jadi, kami biarkan sahaja. Lama-kelamaan ia hilang sendiri. Mungkin sebab cuaca agak panas sekarang ni. Tak mengapalah, janji ia tidak memudaratkan dan tidak tinggal bekas. Kasihan Arsyad.