Hari Israk Mikraj disambut bagi memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab dan sejarah Islam iaitu Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa ini disambut pada 27 Rejab setiap tahun dan bersamaan dengan 8 Februari 2024 bagi memperingati peristiwa luar biasa yang telah dilalui Rasulullah SAW pada tahun ke-12 kerasulan Baginda. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun.
Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1) dan Surah An-Najm (Al Quran:53:13-18).
Peristiwa besar yang dialami oleh Nabi SAW dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.
Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.
Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.
Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SAW
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.
Sempena memperingati peristiwa agung Israk Mikraj pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, marilah kita bermuhasabah diri dengan menjaga, memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Salam Israk Mikraj |8 Februari 2024 | 27 Rejab 1445.