Showing posts with label AkuKerjaGomen. Show all posts
Showing posts with label AkuKerjaGomen. Show all posts

Saturday, September 21, 2024

Happy Anniversary To Myself and My Lovely Jobs

Alhamdulillah, 18 tahun bertugas sebagai seorang Pembantu Tadbir (P/O).

21.09.2006 - 21.09.2024 ❤️

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada kerajaan, orang awam dan masyarakat.

Semoga pekerjaanku menjadi ladang pahala untukku, Aamiin 🤲🏻.

Nota Kaki : Pada 14.02.2027, Hari Ahad yang indah, secara rasminya Puan Nurfarhanah binti Suardi akan pencen tanpa hutang, hidup tenang, aman damai dan mempunyai bisnes yang berjaya supaya dapat membantu anak-anak dan keluarga, Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.

Thursday, February 29, 2024

29 Februari 2024

Assalamualaikum. 

29.02.2024

Syukur. Masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah. Allahuakbar!

Maafkan saya, saya mungkin tak seperti orang lain boleh buat 2-3 perkara dalam satu masa. Tapi saya sentiasa cuba yang terbaik untuk kehidupan saya.

Kadang, tak semua perkara kita perlu cerita pada manusia. Cukuplah Allah sebagai tempat mengadu. Kerana, hati manusia tiada siapa yg tahu.

HATI KITA ALLAH JUA YANG TAHU.

Terima kasih atas sokongan tak berbelah bagi. Saya tak akan sia2kan anda yg berada di sisi saya saat saya jatuh. Saya juga sudah memaafkan mereka saat mereka mentertawakan saya. 

Terima kasih.

Selamat bekerja dan senyum sentiasa!

#MoodClosingAccount

Wednesday, February 21, 2024

Wordless Wednesday 8/1000 : Pindah Pejabat Lagi?

Pengarah JBSN datang pejabat aku maklumkan aku kena bantu di Jabatan sementara CC Kewangan aku habis cuti sakit. Tapi sampai hari ini aku tak terima surat arahan untuk bertugas di sana. Adakah Pengarah JBSN telah ubah keputusan? Alhamdulillah, lega.

Thursday, September 21, 2023

17 Tahun Perkhidmatan



Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah.

17 Tahun tempoh keseluruhan perkhidmatan.
21.09.2006 - 21.09.2023

Semoga perjalanan perkhidmatan aku semakin baik dan cemerlang, Aamiin Allahumma Aamiin. 

Sudah boleh mencari peluang di tempat baru 😆

Monday, December 19, 2022

Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2022

Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2022, anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor.


Setelah 16 tahun kerja, baru dapat hadir Taklimat Penutupan Akan Tahun 2022, Anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pada 22 November 2022, bermula jam 8.00pagi - 2.00petang.

Tak pernah duduk depan sangat, kali ni sebab ada kawan, duduk depan lah. Hehehe, almaklumlah, datang angin baik, aku ramahlah tegur orang. Hahaha.

Sejak musim Covid ni, semua benda nak di QR Code kan? Hahaha.
Macam biasa, daftar lah dulu sebelum terlupa.

Apalagi, kita ketik gambar sekeping. Eh, lawa juga eh aku ni?

Menu sarapan, bihun kosong dan telur sambal.
Bedal jelah, dah lapar, aku tak sarapan pagi tu. Mujurlah ada roti juga, tak sempat lah nak ambil gambar semua, sebab aku nak makan cepat-cepat sebab nak pergi tandas.
Makanan tengahari pun kau terlupa nak ambil, sebab suami aku dah tunggu nak hantarbalik pejabat masa tu. Maaf ya.

Antara maklumat yang aku boleh kongsikan untuk semua dan aku rasa memang ramai orang bukan Kerajaan tak maklum pada maklumat ni. Maklumat ni lebih tertumpu kepada Pejabat yang menerima hasil secara harian dan berkala. Contoh terdekat, kalau anda menyewa di Fasiliti yang disedikan oleh Pejabat Kerajaan, seperti Gelanggang Bola Sepak.

Secara umumnya, taklimat ini memang biasanya ditawarkan kepada kakitangan Kewangan Kerajaan sahaja. Bagi maklumat lain, eloklah sekiranya anda semua berhubung dengan Pejabat yang anda biasa kunjungi. Sebarang maklumat, pastikan benar sebelum disebarkan.

Terima kasih.

Tuesday, November 05, 2019

Tukar sudah

Alhamdulillah, setelah 9 tahun, akhirnya bertukar juga aku ke Jabatan lain.

5.11.2019 (Selasa)

Semoga ini merupakan permulaan yang baik dan berterusan buat aku. 

Aamiin Ya Mujib.


Friday, February 08, 2019

10 tahun setia di sini, 08.02.2010 - 08.02.2019

Assalamualaikum .

Hai korang . 

Hari ni aku nak share pasal 10 tahun setia kau di sini . Di tempat kerja aku , di tingkat yang sama , cuma cawangan yang berbeza . 3 tahun cawangan A , 6 tahun cawangan B . Alhamdulillah , itu saja aku boleh cakap . Aku memang dah lama mengharapkan untuk keluar daripada Jabatan ini , tapi dalam masa yang sama aku masih memikirkan tentang anak-anak aku . 

Mesti , iyalah . Aku kan ibu , hal anak mesti jadi keutamaan aku .

Ramai yang kata sebab aku ni kaki kipas sebab tu masih bertahan di cawangan B . Namun begitu , jika kau seorang kaki kipas , sepatutnya kerja aku lebih mudah , tapi nampaknya tugasan sehingga gred tinggi pun aku buat juga . Jadi , mana yang dimaksudkan istilah kaki kipas ? 

Apapun , aku bersyukur daripada anak dara , sampai anak tiga , aku telah berkhidmat di sini dan aku percaya bahawa ALLAH telah susun cantik perjalanan hidup aku . Aku tahu itu , apa yang aku perlu adalah SABAR dan REDHA .

gambar di lobi Jabatan ku :)

Doakan aku diberikan rezeki daripada cara yang lain , agar aku tidak terlalu memikirkan tentang isu untuk tukar cawangan atau jabatan .

Aku juga berharap agar mereka semua lebih menghargai aku kerana aku telah mengabdikan diri aku pada pekerjaan ini kerana ALLAH S.W.T.

Aku tahu , bukan mudah untuk aku melakukannya tanpa izin ALLAH . Semua yang berlaku ini , adalah kerana izin ALLAH juga . ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku dan keluargaku .

Semoga aku terus kuat demi suami dan anak - anakku . :)

Wednesday, February 08, 2017

Kisah 7 Tahun

Hai korang .

Hari ni KakNa nak kongsi sikit perihal tempat kerja KakNa . Selalu cerita anak je kan ?

08.02.2010 , hari pertama KakNa melangkah kaki ke sini setelah hampir sebulan bertunang . Dengan harapan tak berjauhan dengan bakal suami . Kalau tak , aku mesti dah kena transfer pergi Melaka . Bukan tak sudi jadi orang Melaka, namun jiwa "anak manja" masih kuat membelenggu rasa .

 

08.02.2017 , sudah 7 tahun aku di sini , masih belum mohon untuk keluar . Masih setia sehingga dikeluarkan . Dimarah , dikecam zaman duduk Caw. Kewangan semua tu KakNa jadikan semangat untuk terus maju . 
Di sini juga , aku selamat menjadi seorang isteri dan ummi kepada anak-anakku . 

Terima kasih atas kepercayaan semua . Walaupun rasanya aku belum layak diberi kepercayaan .

Maafkan aku . Aku masih tak cukup sempurna .

#KakNaKerjaGomen #7TahunPerkhidmatan
#MasihSetiaBerkhidmat