Sunday, December 29, 2019

Alif Satar – I Want You To Love Me (Official Music Video)

(Lyrics) VERSE 1 Setiap kali ku tenggelam dalam perasaan hatiku Hanya wajahmu dalam fikiranku (Adakah kau pun begitu) Dan tiap kali ku merindu rasa yang menikam di kalbu Ku terhempas bila teringatkanmu PRECHO Kembalikan padaku Waktu yang lalu Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu CHORUS I want you to hate me Don’t want you to care Kerna ku tak layak memiliki Dirimu yang setia menanti I want you to hate me Don’t want you to care Kerna ku tak sanggup melihatmu Tersakiti kerna diri aku POST-CHORUS Siapa yang bisa buat ku berubah (It’s You) Siapa yang bisa buat ku merasa (It’s You) Bahgia saat diri aku terjaga It’s you, I know it’s you VERSE 2 Ohh aku tahu pernah ku berjanji takkan ada yang mengganti Itukan hati berubah kan pasti PRECHO Kembalikan padaku Waktu yang lalu Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu CHORUS POST-CHORUS BRIDGE Kini ku tahu dirimu Yang terakhir Buat diriku Ku beri segala Composed by Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan Lyrics by Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan, Alif Satar Produced by Faizal Tahir

Tuesday, December 24, 2019

Life is not easy 😌

Life is not easy as we think. Sometimes we need to leave someone or something we love so much! Because we have too. Just because we have too. 

Thursday, December 12, 2019

Hada Labo Hydration Lotion

Awak!

Serius best gila awak! 


Seumur hidup aku, aku tak pernah kisah dengan benda-benda ni semua tau, sejak-sejak jual Sobella dan Women Desiree ni, aku memang kisah sikit lah bab-bab kecantikan, muka dan penjagaan seharian dari hujung rambut sampai hujung kaki. Hehehe.

Tengah sembang-sembang dengan kawan, muatnaik gambar dekat status Whatsapp, terus seorang kawan cadangkan guna benda ni tau. Sungguh, petang aku terus ke Watson dan beli! Hehehe.

Malam tu, aku terus pakai, dan cuba teka? Esok pagi aku bangun, aku rasa muka aku ya ALLAH, lembap dan lembut gila! Seronoknya Allah je yang tahu. 

Korang yang nak cuba, boleh cari dekat drugstore kesukaan korang, Watson atau Guardian, harga untuk saiz ni cuma RM 11++. Serius berbaloi tau!

Okaylah, sampai sini je. Nanti ada benda best lagi aku review lagi ok?

Daaa...

12.12.2019

Semua tengah shopping ke tu? 

Assalamualaikum awak.

Talian internet untuk semua jenama tengah sibuk sangat pagi ni. Awak semua lah yang buat talian sibuk. 

Saya?

Saya tak sibuk dengan talian tu sebab saya tengah tulis di blog saya ni lah.

Semoga awak semua sihat dan diberkati ALLAH selalu.

Aamiin Ya Mujib.

Wednesday, December 11, 2019

Wordless Wednesday 32 : Rasa terduduk

Pernah tak korang, dalam sehari, seminggu, sebulan rasa terduduk. Orang kata "down gila".

Aku ni akhir-akhir ni mula rasa macam tu, mula rasa sedih, mula rasa kecewa yang tak berpunca. Risau pada benda yang tak tahu punca.

Jangan ditanya kenapa.

Doakan aku baik-baik sahaja.

Tuesday, December 10, 2019

RAHSIA CIKGU BEBAS JERAGAT DAN AWET MUDA DENGAN SATU PRODUK JER



Kerjaya sebagai seorang Guru sekolah haruslah sentiasa nampak cantik dimata orang. Setuju?
Tapi bukan bagi diri kak Atie yang sentiasa ada rasa malu dan down sangat dengan orang sekelilingnya. Kenapa la susah nak cantik ni?

Hurmm, duit dah ratus ratus habis ke produk shake shake dan tablet. Akibat tak kaji dulu bahan yang sesuai, padahnya kulit jadi kusam tak bermaya. Jeragat pulak mula buat peta daerah. Kan dah mendapat.

Cuba jugak lah cover guna foundation tebal tebal, peta tu tetap gak kelihatan megah di wajah. Sedihnya hidup!

Satu hari tu Ustazah sekolah anak dok kenalkan la satu krim ajaib kat Kak Atie. Dalam hati “ ish! Boleh percaya ke calit kat nadi boleh settle masalah aku?”. Makin hari makin cemburu tengok perubahan kulit Ustazah. Dari murung tak kesudah Kak Atie pun cuba laa.

Wahh! Rasa murung tu dah boleh campak jejauh laa. Baru percaya yang sebenarnya mudah jer nak cantik ni. Pejam mata pun boleh pakai sebab cuma calit di 3 point nadi utama jer. Buka mata tengok kulit dah cantik.

Kulit kusam beransur ke kulit bersih dan pinkish pinkish. Jimat duit pulak tu, dibanding dengan pelaburan dulu boleh dapat berbotol krim ajaib. Serius weyh!

Peta jeragat yang makin bertambah dulu, kini dah menampakkan kekurangan daerah petanya. Memang terbaik la krim ajaib ni. Tak salah la kak Atie melabur ke Ustazah.

Kehebatan niacinamide dan ekstrak tree peony tula buat jeragat beransur kurang dan kulit jadi bersih sebab toksin dah di flush keluar dari darah. Ditambah pulak kandungan pueraria mirifica ramai lak tak caya kak Atie dah 43 tahun. Kembang kempis la bila makan pujian. Syiok nya!

Barulah rasa yakin dan tak malu dengan kengkawan Cikgu kat sekolah tu. Kini kak Atie dikategori Cikgu yang berpenampilan lawa dan awet muda. Giteww.

Dah tak perlu nak tepek foundation tebal tebal, muka flawless dengan make up simple. Bahagianya sampai 25 botol dah krim ajaib berkhidmat dengan kak Atie. Nak nak HQ ada buat promosi dan lucky draw ni. Rugi la tak join kan?

Mana tau menang 2 tiket percuma ke Bali, Indonesia kan? Boleh la honeymoon dengan En Hubby ke luar negara.

Uolls rasa dah muak tengok kulit kusam setiap masa? Ajom la berubah sekarang!

www.wasap.my/60167253014/naklawa

Wednesday, December 04, 2019

Wordless Wednesday 31 : Sebulan Sudah

5.11.2019 - 4.12.2019

Alhamdulillah, syukur. 
Sebulan sudah. 
Semoga aku terus kekal bersabar dan bertahan di sini. 
Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. 
Aamiin Ya Mujib.

Wednesday, November 27, 2019

Wordless Wednesday 30 : 30.11.2019

Masa berlalu cepat sangat. 

Lagi 3 hari nak 30 November 2019. 7 tahun yang penuh dengan liku dan cabaran kehidupan. Semoga bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

Monday, November 11, 2019

11.11.2019

Semua tengah sibuk membeli belah ke tu? 

Assalamualaikum awak semua.

Talian internet untuk semua jenama tengah sibuk sangat pagi ni. 

Awak semua lah yang buat talian sibuk. 

Saya?

Saya tak sibuk dengan talian tu sebab saya tengah tulis di blog saya ni lah. Hehe.

Semoga awak semua sihat dan diberkati ALLAH selalu.

Aamiin Ya Mujib.

Tuesday, November 05, 2019

Tukar sudah

Alhamdulillah, setelah 9 tahun, akhirnya bertukar juga aku ke Jabatan lain.

5.11.2019 (Selasa)

Semoga ini merupakan permulaan yang baik dan berterusan buat aku. 

Aamiin Ya Mujib.


Saturday, June 15, 2019

Lirik Lagu : Rampas (Akim & Teh Majistret)

Air mata separuh mati yang ditahan
Diberhentikan lekuk kelopak
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi
Tangan bersaksi kita bergenggam

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semuaku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Langkahpun lemah dalam susur pancaroba
Lekat di persimpangan dilema
Cuba keluar di jalan yang tak berarah
Tunggu serpihan bongkah cahaya

Putus segala
Hijab kau dan aku
Sampai nanti
Kita bertemu

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semuaku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa


Sumber Lirik: http://www.1liriklagu.com/lirik-lagu-rampas-akim-the-majistret/

Wednesday, June 05, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019 (1440H)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kita selesaikan kewajipan kita pada tahun ini, adakah kita masih berkesempatan untuk menunaikannya di tahun hadapan? Moga kita semua masih punyai kesempatan itu. Aamiin.

Okaylah, di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamt Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang sudi baca dan follow blog aku ni, moga korang semua akan merasai kenikmatan dan kebahagiaan di hari bahagia ini. Aamiin.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI ;
Farhana, Arsyad, Akhmal dan Amsyar


Tuesday, June 04, 2019

LIRIK LAGU DONDE - ANDI BERNADEE

Ke mana kau pergi
'Ku masih mencarimu
Ke mana kau hilang
(Um bae um bae)
Ke mana kau pergi
'Ku masih mencarimu
Ke mana kau hilang
(Um bae um bae)
Donde donde donde
Ta da da
Donde donde donde
Oh na na
Donde donde donde
Ta da da
(Um bae um bae)
Susah atau senang
Janji selamanya
Apa yang harus 'ku lakukan
Apa pun 'ku rela
'Ku masih mencarimu di sana di sini
Aku takkan membiar kamu sendiri
Mama tak pasti
Ayah tak pasti
NO
Bermula tiap hari
Dari hari ke minggu
Dari minggu ke bulan
Donde
Ke mana kau pergi
'Ku masih mencarimu
Ke mana kau hilang
(Um bae um bae)
Ke mana kau pergi
'Ku masih mencarimu
Kemana kau hilang
(Um bae um bae)
Donde donde donde
Ta da da
Donde donde donde
Oh na na
Donde donde donde
Ta da da
(Um bae um)
Aku cuba mengingat kembali
Segala salah silap
Setiap kali

P/S : Aku suka gila lagu ni, cute je macam artisnya, aucchhh!

Penjelasan

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, aku ada upload video dan gambar suasana di pejabat. Rupanya video itu menimbulkan banyak spekulasi oleh orang-orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita. Huhu.

Okay, macam ni, aku bukan tak dapat cuti raya. Aku dapat je kot. Cuma video tu aku nak tunjuk keadaan aku setiap petang sorang-sorang. Setiap tahun, tanpa gagal. Kena plak nak dekat raya, masih sama. Tapi hari ni, masih ada rakan sekerja yang bekerja. Aku jadi macam janggal, sebab biasanya sehari sebelum raya tak ada orang kat pejabat ni, huhu.

Apapun, kita memang tak akan dapat memuaskan hati semua orang kan? 

So, bersangka baik jelah. Kbai.

Monday, June 03, 2019

Wishlist : Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t.




Rezeki tidak pernah salah alamat. Rezeki kita semua Allah dah tetapkan, kita kena berusaha. Rezeki juga pelbagai bentuk.
.
Ahamdulillah. 
.
Lama dah saya impikan Al-Quran Tafsir berwarna begini, lengkap sama seperti dalam impian saya.
.
Bukan tidak mampu untuk beli, tapi saya hanya mahu orang mengahdiahkan kepada saya. Akhirnya, di hari mulia ni, Allah tunaikan.
.
Walaupun lambat, tapi cukup tepat pada masanya.
.
Alhamdulillah, kepada pewakaf Al-Quran ini, saya doakan, rezeki beliau berlipat kali ganda dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Bahagia dunia dan akhirat juga. Aamiin Ya Mujib.
.
Gembira tak terkata. Sesungguhnya kita bersangka baik dengan Allah. Hari-hari bayangkan yang indah-indah sahaja. In shaa Allah, tepat pada masanya Allah akan tunaikan. Aamiin.
.
#RezekiRamadan1440H #RezekiAkhirRamadan
#OrangMemberiKitaMerasa
#BuatBaikDibalasBaik
#PewakafRahsia
#KakNaWishlist 

Saturday, June 01, 2019

Welcome June!

Assalamualaikum semua.

Selamat datang Jun. 

Selamat datang bulan kelahiran suamiku.

Selamat datang kejayaan. 

Aamiin Ya Mujib. :)

Friday, May 31, 2019

Rezeki Ramadan 1440H

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Aku, Alhamdulilah, bertambah sihat.

Aku nak kongsi kegembiraan dengan korang. Alhamdulillah, sejak jual Sobella ni kan, rezeki aku bertambah-tambah. Syukur. Niat aku nak bantu orang ramai dapat bibir yang cantik dan sihat dipermudahkan. Bukan apa, aku sendiri tak boleh pakai sembarangan Lipmatte. Pernah je aku cuba beberapa lipmatte jenama lain, namun hasil yang aku dapat? Tak MEMUASKAN. Bibir jadi kering dan tak sekata. Ada jugak yang menyebabkan bibir aku lebam dan mengelupas.

Sungguh, dengan Sobella ni aku ragu-ragu. Sehinggalah, Allah bukakan pintu hati aku untuk beli Sobella ni. Syukur, ya ALLAH. 

Sekarang, Sobella sedang menjadi bualan ramai, maka aku sebagai penjual mendapat tempiasnya, syukur. Semuanya Allah dah tulis. Semuanya! Syukur.

Nanti korang nak beli Sobella, boleh lah mesej aku ya.

Farhanah
016 725 3014

LIRIK LAGU BERSYUKUR SEADANYA – HAEL HUSAINI

Wahai semua insan
Takbir berkumandang akhir ramadhan
Siap sedia pulang ke desa menyambut raya
Wahai semua insan
Berjabat tangan bersama semua
Pinta ampun maaf pada mereka
Jernihkan sengketa
Hati gembira berjumpa semua
Sanak saudara pagi raya
Sedih terasa mengenang pada
Insan yang dulu kini tiada
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Wahai semua insan
Ingat ingat bila nak berbelanja
Sedikit tak apa berpada pada
Bersyukur nikmatnya
Hati gembira berjumpa semua
Sanak saudara pagi raya
Sedih terasa mengenang pada
Insan yang dulu kini tiada
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya

Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya

p/s : aku dok terfikir, ini lagu raya ke teater. hehe, bujang-bujang aku suka plak tengok tu. huhu.

Thursday, May 30, 2019

Persiapan Raya Keluarga FarAmy #2 - Kuih Raya

Hai korang.

Tahun ni, pertama kali jugak aku tak ada mood nak buat kuih raya. Tapi, in shaa Allah, ada sesuatu untuk ibu mengandung. Sebab ibu mengandung dah mintak buat dari awal lagi, hehe. Apa dia? Nanti aku kongsikan.

Alhamdulillah, hari ni selesai semua hutang-hutang kuih raya yang tempah dengan orang. Beli untuk mertua dan abah je. Rumah aku? Adalah sebalang dua, kot-kot ada yang sudi nak datang ke rumah. Hehe. Apapun, Raya adalah masa untuk kita raparkan silaturrahim bukan untuk tengok kuih raya siapa paling banyak, ooopppsss..

Korang dah start cuti raya ke tu?

LIRIK LAGU SUMPAH - NAIM DANIEL

Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu
. . .
Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa 'ku tulus untukmu
'Ku harap kau mendengar apa yang
'Ku bisikan…

Saturday, May 25, 2019

Persiapan Raya Keluarga FarAmy #1 - Baju Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, semalam gaji, hari ni kami bawa anak-anak pergi Mydin untuk beli baju raya diorang. Suka sangat mereka. Yelah kan, budak-budak apa diorang tahu, huhu. So, tahun ni, rezeki diorang thaun ni, semua saiz ada, so, memang pergi satu Mydin je. Tka macam tahun-tahun sudah.

Kenapa tak tempah?
Emm, sejak kahwin tak pernah tempah. Tak tahu kenapa.

Suami?
Awal-awal dia dah beli online dengan kedai JOHO. Teruja katanya JOHO keluarkan baju Melayu. Em, yelah abang.

Tapi, tahun ni, sampai ke sudah, aku masih tak ada baju raya. Untuk pertama kali selama 32 tahun hidup ni. Mood nak beli baju raya tak mai-mai. Huhu.

Kenapa? 
Hahahaha. Sebab aku tak yakin ada saiz aku dan sebenarnya aku tak ada mood raya.

Sorry, aku tak ada gambar nak kongsi, tengok nanti hari pertama raya. :)

Tuesday, May 21, 2019

Syahdu

Syahdu.

Dari pukul 4 pagi lagi.

Tengok HP.

Pap!

21.05.2019

Iya, kalau dia masih ada. Aku sanggup ambil cuti. Demi dia. Kalau dia ada, usianya baru menginjak 62 tahun.

Rindu.

Kapan rindu ini akan berpenghujung?

Mungkinkah malam tadi dia sedang melihat aku? Tapi aku tak bisa melihatnya. 

Kapan aku berpeluang memeluknya?

TIDAK BISA KAPAN PUN.

Pagi ni, aku menaip tanpa henti. Taip datang dari hati. Rindu aku padanya, sungguh aku rindu. Aku masih tidak mengerti saat dia meninggalkan aku. Aku masih butuh nasihat dan pelukannya. Yang tidak akan aku dapat daripada sesiapa pun.

TIDAK.

Doaku. Moga Allah beri kesempatan buat aku berjasa untuknya, melalui cara ku sendiri. 
Doaku. Moga rumahnya lebih lapang dan terang dan tidak dibebani oleh dosa-dosaku.
Doaku. Aku akan bertemu dengannya di syurga.
Doaku. Aku bisa bersemadi bersebelahan dengan dia.
Doaku. Aku tidak meninggalkan anak-anak ku saat mereka masih memerlukanku.

Kau tak akan tahu betapa rindu itu tak ada penghujungnya, sehingga kau berada di situ.

21.05.1957~04.10.1998
Almarhumah Nor Aini binti Sahat
Al-Fatihah

Monday, May 06, 2019

Salam Ramadan 1440H

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap je masa berlalu, Ramadan telah muncul kembali. Bersediakah kita? Adakah ini Ramadan Terakhir kita?

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah Ramadan dengan baik tahun ini, aamiin.

Saturday, April 20, 2019

We Love You Babah



Semalam dia hantar gambar ni lepas video call dengan anak-anak. Macam biasa hujung minggu kami di rumah, hujung minggu dia di luar. Dia cakap, bulan ni kena kerja keras, bulan depan nak beli barang untuk raya. 😔
.
Malam tadi, lepas dia call, aku terus doa semoga apa yang dia buat untuk kami, Allah permudahkan.
.
Tadi lepas call dia, aku terus rasa rindu. Selalunya kalau sehari, jarang aku nak sempat rindu. Sebab dah biasa kena tinggal.
.
Tak tahulah, sebab malam ni malam Nisfu Syaaban ke apa, tapi memang rindu. .
Semua tengah tunggu dia balik. Kejap-kejap tanya, kejap-kejap bukak pintu.
.
Kalau lah dia tak ada, aku pun tak sekuat sekarang ni.
.
Aku ni banyak sangat dosa dengan dia, tapi dia tetap layan aku baik.
.
Sayang, i tau u baca. I am sorry, for everything. Terima kasih selalu sokong i. Semoga Allah tunaikan impian u. Aaminn Ya Mujib.
.

#kamiyangmenjalankanamanah #demibeyblade #demilegoland #demibajuraya #weloveyoubabah

Friday, April 19, 2019

Rindu Bertamu

Tiba-tiba aku rindukan seseorang. 

Seseorang yang pernah beritahu aku, 

“kak, walaupun akak belum kaya, akak dah banyak tolong orang kak. Saya tahu, satu hari nanti akak pasti berjaya. Jangan lupakan saya ya kak.”

Terima kasih dik. Walaupun akak jarang whatsapp kau. Akak mmg rindu kau. Kau datang masa aku diuji dengan kesihatan anak-anak aku onn off. 

Iya. Demam, sakit mata dan lain-lain.

“Akak tak kuat, tapi Tuhan akak bantu akak”

Terima kasih Allah pinjamkan kekuatan pada aku.

Adik, kau tahu siapa kau. Moga Tuhan kau bantu kau juga 😌

Assalamualaikum dan selamat pagi 🌸

Tuesday, April 16, 2019

Agen Women Desiree Larkin

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, Allah permudahkan. Aku dengan secara rasminya dah menjadi agen Adleesya Beauty Sdn Bhd bagi produk Women Desiree pada 12 April 2019.

Kenapa aku jual?
Sebab aku guna. Berkesan. Memang belum jadi kulit telur, tapi, sekurang-kurangnya aku dah nampak hasilnya. Alhamdulillah.

Sekarang aku dah guna dan jual. In shaa Allah, nanti aku update prestasi aku sepanjang aku guna Women Desiree ni ya. 

So, korang yang nak dapatkan Women Desiree ni macam biasa lah, boleh Whatsapp aku ya. 

Whatsapp : 016-7253014 (Fana)

Thursday, April 11, 2019

Penjaga Pejabat #1

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni, aku saja nak kongsi dengan korang pasal Penjaga Pejabat di pejabat aku. Emm, cerita ni bukan cerita seram, tapi cerita benar.

Ada seorang hamba Allah ni, dia selalu menjadi mangsa keadaan. Sebelum dia berkahwin, dia memang selalu tawarkan diri untuk "jaga pejabat" sebab dia nak bagi orang lain yang dah berumahtangga peluang berasa seronok untuk bercuti bersama keluarga tanpa fikirkan hal kerja. Hamba Allah itu, berharap satu hari nanti, dia akan dapat peluang itu juga.

Pada tahun 2012, beliau berkahwin, beliau telah memohon cuti perkahwinan selama seminggu, namun begitu, atas desakan kerja, suami beliau pun terpaksa untuk hadir bekerja setelah cuti selama 3 hari. Berbaki 4 hari cuti yang beliau telah pohon terpaksa dibatalkan :( ialah, apa guna bercuti kalau suami sendiri tiada di rumah kan?

Sehingga lah beliau mempunyai anak ketiga pada 2017. Beliau masih menjaga hati rakan sekerja untuk tidak bercuti raya kerana mahu menjaga pejabatnya. Baik sungguh hati beliau kan? :(

Baru-baru ini beliau mendapat khabar gembira di mana adik kesayangan beliau yang telah hampir setahun tidak berjumpa akan pulang beraya di kampung halaman. Gembira tidak terkata hati beliau dan telah merancang cuti bersama anak-anak beliau untuk pulang beraya ke kampung halaman lebih awal. Namun, belum smepat beliau menyatakan keinginan beliau, beliau telah diminta oleh pegawai beliau untuk "menjaga pejabat" atas alasan, kampung beliau dekat. Sayu hati beliau.

Semenjak diberitahu beliau tidak akan dapat bercuti, semangat bekerja beliau terus turun. Sebab bertahun-tahun beliau tidak kisah akan cuti raya, namun setelah diberitahu bahawa adik kesayangannya akan balik, beliau memang bersemangat untuk cuti. Tapi itulah.. Emm...

Korang nak tahu siapakah beliau?

Wednesday, April 10, 2019

Sunday, March 31, 2019

Buat baik, dibalas baik

Assalamualaikum korang.

Harini aku nak share sikit pasal isu buat baik ni.

Dalam kehidupan aku, biasanya aku memang orang yang jenis suka tolong orang yang ada masalah atau pertolongan aku dan aku juga biasanya akan lebih mudha untuk bersimpati lah. Allah tu dah takdirkan aku ni sifatnya begitu, tapi, biasanya orang suk ambil kesempatan.

Tapi, baru-baru ni, aku dapat seorang budak intern dekat office aku so budka ni umur lebih kurang adik kesayangan aku iaitu 24 tahun. Budak ni selalu cakap aku baik dengan dia, kadang aku rasa macam aku ni tak layan dia, tapi dia masih cakap aku ni baik dengan dia.

Masa cuti sekolah hari tu, budak ni dia pergi bercuti di Langkawi, jadi dia belikan aku lah buah tangan yang mana dia dah bagitau aku awal (spesis tak leh rahsia, hahaha) aku rasa macam dihargai sangat dan aku rasa macam wow! tak sangka ada orang yang baru kenal aku (tak sampai 3 bulan) nak belikan aku buah tangan tau, siap pakej mak mertua dia sekali nak belanja aku coklat. hehe. seronok kan?

Alhamdulillah :)

Sebab tu aku selalu percaya, kalau aku buat baik dengan orang, Allah akan jumpakan aku dengan orang-orang yang baik dan sayang pada aku. Harapan aku semoga korang pun akan sentiasa jumpa orang yang baik-baik dalam hidup korang. Aaminn.

Okaylah korang, aku nak sambung buat kerja dulu ya. Assalamualaikum. 

Thursday, March 28, 2019

Monolog Kejayaan

“Kau ada HQ, kau copy je apa HQ buat.

Kau pasti boleh!”


I am talking to myself. 


Tak pelah, mungkin selama ni bisnes yang aku buat tak menjadi, tapi aku tahu, selama yang tak menjadi tu Allah nak suruh aku nilai, siapa yang ada bersama aku ketika aku jatuh dan bangun. Siapa yang sambut tangan aku ketika aku perlukan. Siapa aku di mata Allah, lebih penting daripada siapa aku di mata manusia. Berapa lama aku sujud dan bersyukur pada DIA? Berapa banyak aku bersedekah? Berapa banyak aku habiskan masa ke jalan Allah? Itu yang Allah nak aku fikir.


Ya, aku selama ni menyusahkan orang lain, tapi aku tak pernah niat dengan sengaja untuk buat semua itu terjadi. Semuanya pun Allah dah tulis cantik-cantik untuk aku. Kalau aku minta bantuan, itu kerana aku benar-benar butuh bantuan. 


Tapi, biasalah manusia, sampai bila mahu dibantu? Kata mereka.


Tapi, kita siapa untuk pertikai semua takdir Allah. Sekarang kau bantu aku, esok lusa, kalau bukan aku pasti ada orang lain akan bantu kau. 


Kadang aku takut nak kongsi apa yang aku tahu. Tapi sejak aku percaya konsep semakin banyak kau beri, semakin banyak kau akan terima. 


What you give you get back!


Kita tak boleh nak nilai orang lain hanya dengan apa yang kita nampak selagi kita tak selami kehidupan mereka. Kita jangan jadi juri atas kehidupan orang lain. Bukan juga penonton wayang dan drama sambil makan pop corn. Kita ada kudrat. 


Jika mahu membantu, hulurkan bantuan, jika tidak mampu, berikan semangat dan bahu untuk dipinjamkan. Sebab kita tak tahu bila kita pula yang akan berada di bawah dan tangan siapa yang akan hulurkan bantuan.


60. Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

(Al-Ghaafir : Ayat 60)

Wednesday, March 27, 2019

Nak Join Team JDT Blogger

Assalamualaikum korang .

Hari ni aku rasa macam banyak pulak idea yang datang untuk menaip . Hurmm . Sebenarnya , aku dah lama nak aktif semula dalam duni ablogging ni, cuma tak ada idea je, asyik buntu, tambahan pula, laptop dah lama rosak, nak bukak PC, alahai ! 

Itu semua alasan lah KakNa ooiii!

Lepas tu, orang lain pergi event sana sini, ko mereput cemburu, eh! hahaha.

So, arini aku nak mesej salah seorang ahli blogger JDT Blogger yang aktif untuk tanya macam mana cara nak jadi ahli JDT Blogger. 

In shaa Allah, blog aku selepas ni akan lebih aktif lagi dan lebih ceria. 

Doakan aku ya korang.

UPDATE :

27/03/2019
Salah seorang admin JDT Blogger dah add aku dalam group Whatsapp JDT Blogger. Tetiba aku rasa bersemangat nak menulis semula. Semoga semangat ini berkekalan sampai hujung nyawa. Aaminn. :)

Our Special Dates (FarAmy Family)

BIRTHDAY FARAMY FAMILY
30/06/1981 - Azmi
14/02/1987 - Farhana
06/02/2014 - Amyrul Arsyad
27/04/2015 - Amyrul Akhmal
14/08/2017 - Amyrul Amsyar

FARAMY FAMILY MILESTONE
16/2/2008 - couple
26/12/2009 - merisik
09/01/2011 - bertunang
30/11/2012 - nikah
01/12/2012 - sanding
30/11/2013 - 1st Anniversarry
Mei 2013 - Feb 2014 : first pregnancy
06/02/2014 - our first baby : Amyrul Arsyad
06/02/2014 - my first day breastfeeding journey
05/07/2014 - Arsyad meniarap! 5bulan 5hari
30/11/2014 - 2nd Anniversarry
06/02/2015 - Arsyad berjalan dengan 3 langkah !
March - April _ Arsyad said "baba, mama, papa, dada"
Julai 2014 - April 2015 : second pregnancy
27/04/2015 - our second baby : Amyrul Akhmal
27/08/2015 - our Akhmal start angkat kepala, meniarap, berguling ke kanan dan ke kiri! lebih banyak bergerak, lebih banyak kegembiraan!
27/09/2015 - Arsyad sebut "Ummi", "Makan" "Jangan" "biarkan" "taman" Alhamdulillah!
30/11/2015 - 3rd Anniversarry
20/12/2015 - Akhmal sudah mula menunjukkan tanda untuk merangkak dan memanjat.
10/01/2016 - Akhmal berdiri sendiri, memapah pada badan aku. Lepas tangan dua saat! Wow! Go adik, go!
29/01/2016 - Akhmal kena Simple Fit (Sawan). Masuk Hospital Sultanah Aminah semalam (Berat 8.5kg, Tinggi 74cm)
30/01/2016 - Akhmal pandai merangkak dua langkah, jatuh dan mengengsot balik.
31/01/2016 - Akhmal nampak susut. :'(
04/02/2016 - Akhmal melangkah dua langkah, berdiri tegak.
06/02/2016 - Arsyad turns 2! :)
21/08/2016 - Allah knows everything :(
23/12/2016 - We will get another baby! Alhamdulillah.
27/04/2017 - Akhmal turns 2 and I bought a bicycle for the boys !
19/06/2017 - My baby was 30weeks in my tummy !
25/06/2017 - First time My Family potrait for 4 of us!
25/07/2017 - Meet the O & G for our third baby
14/08/2017 - Our New Baby - Amyrul Amsyar
24-25/08/2017 - Warded at Hospital Pontian for prolonged jaundice
30/11/2017 - Our 5th Anniversary!
01-31/12/2017 - My sons stay with the new nanny for a month
04/12/2017 - Start working again!
04/12/2017 - Meet the PIC for Taska Puri
01/01/2018 - First day Amyrul Siblings at Taska Puri
01/01/2019 - First Day Arsyad go to Pra Sekolah :)

Mengandung lagi?

Assalamualaikum gais.

Semalam 26.03.2019, secara rasminya berat aku naik mendadak menjadi 100.00kg, so, dalam kepala aku ni, dah fikir macam-macam, adakah aku memang kuat makan sekarang atau aku mengandung?

Apapun, aku perlu berhati-hati, jika ini rezeki anak lagi, aku akan jaga sebaiknya. Moga Allah permudahkan and i will update soon!

Tuesday, March 26, 2019

Sobella Birthday Edition (BE)



Korang, tak lama nak keluar dah Sobella Birthday Edition. 

Sobella 5.0 korang dah grab belum?

Dekat aku ni ada beberapa ketul lagi je, kalau korang nak grab boleh je, mehlah !

Do whatsapp me okay?

Fana
016-7253014

Ganjaran untuk anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang, seronok ke tengah bercuti tu? Untunglah dapat menghabiskan duit buat keluarga tercinta, oopss! Alhamdulillah, siapa nak bagi kan masa yang berkualiti untuk anak-anak kan? 

So, untuk cuti sekolah kali ni, aku bagilah peluang untuk anak-anak aku pilih mereka nak ganjaran apa. Sebab mereka berkelakuan baik sepanjang ketiadaan Big Boss. 

Apa yang diorang minta?

Anak sulung @ Arsyad :
* bermalam di rumah nenek.
- sejak lahir, sampailah sekarang, anak-anak belum berpisah daripada kami. Jadi, bila si Arsyad mohon untuk tidur di rumah mertua aku, aku merasakan bagai kehilangan sesuatu. Lagi pula, Arsyad merupakan "buah hati" aku, agak sukar untuk aku melepaskan. Namun, disebabkan tiada kerja rumah yang dibekalkann oleh, guru, aku mulai setuju dengan permintaannya.

Anak kedua @ Akhmal :
* menonton wayang bersama guru-guru dan rakan-rakan taska
- ini memang aktiviti wajib bagi pihak taska setiap kali cuti sekolah. Akhmal pula memang agak baik sepanjang minggu lepas, jadi apa salahnya kan? Mereka akan menonton filem Upin Ipin pada 27.03.2019

Anak ketiga @Amsyar
- Morning Walk di Hutan Bandar, MBJB. Adik kecil lagi, belum pandai bercakap dan meminta-minta, jadi umi hadiahkan itu jelah. Hehehe. Morning walk bersama abang Akhmal dan kawan-kawan Taska. Seronok anak-anak bila lihat gambar-gambar mereka.

Okaylah, buat masa ini, ini sahaja. Lain kali kita cerita lagi.

Bye!



Friday, February 08, 2019

10 tahun setia di sini, 08.02.2010 - 08.02.2019

Assalamualaikum .

Hai korang . 

Hari ni aku nak share pasal 10 tahun setia kau di sini . Di tempat kerja aku , di tingkat yang sama , cuma cawangan yang berbeza . 3 tahun cawangan A , 6 tahun cawangan B . Alhamdulillah , itu saja aku boleh cakap . Aku memang dah lama mengharapkan untuk keluar daripada Jabatan ini , tapi dalam masa yang sama aku masih memikirkan tentang anak-anak aku . 

Mesti , iyalah . Aku kan ibu , hal anak mesti jadi keutamaan aku .

Ramai yang kata sebab aku ni kaki kipas sebab tu masih bertahan di cawangan B . Namun begitu , jika kau seorang kaki kipas , sepatutnya kerja aku lebih mudah , tapi nampaknya tugasan sehingga gred tinggi pun aku buat juga . Jadi , mana yang dimaksudkan istilah kaki kipas ? 

Apapun , aku bersyukur daripada anak dara , sampai anak tiga , aku telah berkhidmat di sini dan aku percaya bahawa ALLAH telah susun cantik perjalanan hidup aku . Aku tahu itu , apa yang aku perlu adalah SABAR dan REDHA .

gambar di lobi Jabatan ku :)

Doakan aku diberikan rezeki daripada cara yang lain , agar aku tidak terlalu memikirkan tentang isu untuk tukar cawangan atau jabatan .

Aku juga berharap agar mereka semua lebih menghargai aku kerana aku telah mengabdikan diri aku pada pekerjaan ini kerana ALLAH S.W.T.

Aku tahu , bukan mudah untuk aku melakukannya tanpa izin ALLAH . Semua yang berlaku ini , adalah kerana izin ALLAH juga . ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku dan keluargaku .

Semoga aku terus kuat demi suami dan anak - anakku . :)