Showing posts with label #jdtblogger. Show all posts
Showing posts with label #jdtblogger. Show all posts

Wednesday, March 27, 2019

Nak Join Team JDT Blogger

Assalamualaikum korang .

Hari ni aku rasa macam banyak pulak idea yang datang untuk menaip . Hurmm . Sebenarnya , aku dah lama nak aktif semula dalam duni ablogging ni, cuma tak ada idea je, asyik buntu, tambahan pula, laptop dah lama rosak, nak bukak PC, alahai ! 

Itu semua alasan lah KakNa ooiii!

Lepas tu, orang lain pergi event sana sini, ko mereput cemburu, eh! hahaha.

So, arini aku nak mesej salah seorang ahli blogger JDT Blogger yang aktif untuk tanya macam mana cara nak jadi ahli JDT Blogger. 

In shaa Allah, blog aku selepas ni akan lebih aktif lagi dan lebih ceria. 

Doakan aku ya korang.

UPDATE :

27/03/2019
Salah seorang admin JDT Blogger dah add aku dalam group Whatsapp JDT Blogger. Tetiba aku rasa bersemangat nak menulis semula. Semoga semangat ini berkekalan sampai hujung nyawa. Aaminn. :)

Saturday, February 04, 2017

DAY 31 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Selfie @ Bersama Tersayang

Assalamualaikum semua !

Alhamdulillah , ini adalah task terakhir KakNa untuk #jdtblogger an #31dayschallengbyjdtblogger . Syukur , akhirnya dapat juga selesaikan task ini walaupun lambat . Almaklumlah , KakNa semua guna hp dan hanya bolehpublish bila free dekat office tu . So , harap korang faham lah . Office plak , hanya waktu rehat sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan Blog dan Facebook . Apapun , syukur dah berjaya .

Okay , untuk cabaran kali ni , KakNa diminta untuk mengambil gambar selfie @ bersama tersayang . So , KakNa pilih untuk ambil gamabr bersama tersayang . Hehehehe , almaklumlah , KakNa jarang dapat masa untuk bergambar dengan suami dan anak - anak begini .


Comey dak kami ? 

Gambar ni diambil masa kami pergi ke ZOO Johor . Seronok anak - anak kami tau ! Yelah , budak - budak kan suka tengok binatang * baca mak budak yang suka * hahahaha . 
Tapi kenangan di Zoo ni memang tak akan dapat kami lupakan . Nanti KakNa akan cerita di entry lain yer . Sabar . 

So , cuba korang tengok . Anak - anak KakNa ikut muka siapa ? Ummi dia ke Babah diorang ? Cer komen sikit ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Friday, February 03, 2017

DAY 30 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Ucapan Untuk Follower

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang . Task kali ni kena buat ucpaan untuk followers KakNa . Okay , KakNa rasa KakNa tak adalah ramai sangat followers , tapi bolehlah . So , ucapan ini untuk korang okay .

" Terima kasih sebab sudi follow dan baca blog picisan KakNa . Buat yang ada klik iklan KakNa pun terima kasih tak terhingga . Semoga Allah merahmati kehidupan kalin . Diharap korang akan terus follow KakNa untuk terus beri semangat pada KakNa untuk berkarya . In shaa Allah , 2017 ni KakNa macamnak buat cerpen , tapi tak pasti lagi bila nak mula . Korang mesti suka kan ? Doakan KakNa terus diberi idea yang banyak untuk berkongsi cerita dengan korang . Apapun , doakan KakNa juga diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan ini . Terima kasih sekali lagi . Salam sayang , peluk ketat sendat . Ceh ! "

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Thursday, February 02, 2017

DAY 29 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Menu Sarapan

Menu Sarapan 

Hari bekerja :
  1. Nasi Goreng
  2. Bihun Goreng
  3. Bubur Nasi
  4. Lempeng
  5. Jemput-jemput pisang
  6. Nasi Lemak 
  7. Roti Canai

Nasi Lemak dan Roti Canai adalah pilihan terakhir. Sebab tak berapa suka makan waktu hari kerja.

Hari bercuti :
  1. Maggi Goreng
  2. Roti Canai Kosong
  3. Roti Bakar
  4. Bihun Sup
  5. Susu Rizqi + Biskut Weetameal
  6. Nasi Lemak

Hehe . Korang plak macam mana ?

Wednesday, February 01, 2017

DAY 28 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Pakaian Hari Ini

 

Assalamualaikum . 

KakNa tak suka dan tak pandai nak minta orang ambilkan gambar kalau kat office ni . So , selfie jelah . Taraa ..

Untuk task hari ni , KakNa pakai baju kurung bunga - bunga warna peach dan tudung warna peach RM10.00 je . KakNa suka pakai tudung ni sebab KakNa rasa KakNa nampak muda sangat . Hahahaa .

Tapi , KakNa nampak gemuk sangat kan ? Baby bump pun dah nak nampak dah .

Sorry tau tak ada gambar lengkap . Okaylah tu dari tak ada kan ? Hehe .

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Tuesday, January 31, 2017

DAY 27 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gadget Saya

Image result for iphone 5 s
gambar google

Hai korang ! 

Fuhh ! Cabaran yang ke 27 ni agak sukar sedikit , yelah , sebab KakNa memang tak terfikir nak minta suami ambilkan gamabr hp KakNa dan whatsapp kat KakNa . So , that it is ! Ambil jelah gamabr google . So , atleast korang tahu . Memang ni lah hp KakNa , iphone 5s warna silver . KakNa beli HP ni dekat kedai Switch di AEON Bukit Indah, Johor Bahru dengan harga RM1,299 . Masa ni diorang nak buat clearance sale sebab Iphone 6 baru masuk pasaran kan . So far , pakai Iphone ni memang buat kerja KakNa lebih mudah memandangkan KakNa dah biasa pakai iphone sebelum ni . Bukan kata android tak bagus , tapi dalam sesetengah perkara iphone is better . Tapi , untuk android KakNa prefer Sony . So , harap tak ada yang kecam KakNa yer . KakNa tak ada nak expose pun kat orang , yang KakNa ada iphone . Kalau boleh tak nak orang tahu KakNa pakai iphone tau ! 

Apapun , HP apa yang kit apakai , gunalah sebaik mungkin . Jangan kerana kecanggihan teknologi , kita semakin mundur budi bahasa . Semoga dengan ada teknologi ni , hubungan silaturrahim antara kita masih berpanjangan dan berkekalan . In shaa Allah .

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Monday, January 30, 2017

DAY 26 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Perangai Manusia Yang Tak Disukai

Assalamualaikum semua !

Okay , cabaran hari ke 26 ni KakNa suka , sebab KakNa nak mereka semua tahu yang KakNa tak hipokrit .

Perangai manusia yang tak disukai :

1. Keluar tandas tak flush dan cuci tangan
- dahlah keluar tandas tak flush , cuci tangan pun tak , lepas tu pegang tombol plak .. eeeeiiiiyaaakkk ! pengotor tau ! kat office KakNa ada yang jenis macam tu , muka kemain bermake up tapi ...

2. Makan berbunyi
- sangat pengotor . bunyi chup chap chup chap dalam mulut tu macam orang setahun tak makan ! gelojoh !

3. Pengacau Rumah Tangga Orang
- selalunya perempuan yang belum kahwin lah , tapi ada jugak isteri orang yang gatal nak kacau suami orang . ooppss !

4. Lambat bangun pagi
- KakNa ni bukan orang yang morning person pun , tapi pada KakNa bila KakNa nak bangun , KakNa tak suka orang kejut KakNa . Sebab KakNa tak nak emosi KakNa terganggu bila orang kejut .

Emm .. Kalau ikutkan banyak lagi tang KakNa nak senaraikan . Tapi cukuplah buat masa ni . Nanti KakNa buat post lain yer .

Okay dearies . Thanks for reading !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger






Sunday, January 29, 2017

DAY 25 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar 3 Tahun Lalu & Kini

  
Rasanya ni macam gambar 4 5 tahun lepas je , hahahaha . Sebab gambar 3 tahun lepas semua agak tak menarik dan tak sempurna . Malu nak kongsi dengan followers . Hehe . Kurus tak KakNa masa ni ? 😝


Ni gambar KakNa paling latest dengan anak kedua KakNa . Gemuknya lahaii . 😪

Jangan kecam eh ? KakNa memang dah gemuk tau ! Bayangkan daripada 58kg selarang dah 98kg , ooomaaiigaaaddd ! 😱

Korang plak ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Saturday, January 28, 2017

DAY 24 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - 3 Warna Kegemaran

Hai korang .

Hari ni task kita adalah Warna Kegemaran . Hurm , bercakap mengenai warna kegemaran , KakNa tak ada spesific warna yang KakNa minat , sebab selalunya bila cantik , tak kira warna apa , KakNa suka . Tapi KakNa boleh beritahu warna yang memang menjadi asas dalam pilihan pakaian KakNa .

Baju :
1. Hitam
- Lebih yakin dan berani
2. Merah
- Bila rasa mahu menjadi perhatian
3. Hijau ( Emerald Green / Turqoise )
- Bila ada dalam majlis keramaian atau majlis keagamaan

Tudung :
1. Kelabu 
- Nampak muda
2. Peach
- Nampak manja
3. Biru Gelap
- Nampak feminin

So , inilah warna - warna dalam kehidupan KakNa . So , senang kan ? 

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Friday, January 27, 2017

DAY 23 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - List Cerita Seram Kegemaran

Hai semua !

Tengah buat apa tu ? Tengah kemas - kemas nak balik kampung ke ? Hehehe . Okay , hari ini cabaran seterusnya iaitu List Cerita Seram . Sebenarnya KakNa bukanlah peminat cerita seram , tapi masa zaman bercinta dulu , En . Suami suka sangat ajak tengok cerita seram . Padahal dia pun tka berapa nak berani , kahkahkah ! ( gelak jahat ) So , ada banyak lah jugak cerita seram yang KakNa pernah tengok dengan En. suami .

So , nah ! Semua tak tersusun dan maaf tak ada gambar sebab masa nak ingat tajuk filem pun terpaksa google . So , bila dah tengok gamabr mulalah terbayang - bayang .Eeeeiii .. Seram .. Korang pernah tengok ke semua ni ?

1. Pontianak Harum Sundal Malam
2. Mantra
3. Cermin ( Tengok dengan Angah )
4. Susuk
5. Jangan Pandang Belakang
6. Khurafat
7. Susuk
8. Ngankung
9. Niyang Rapik
10. Jangan Pandang Belakang Congkak

Sejak KakNa kahwin , memang dah tak ada masa nak tengok wayang berdua . Lagipun sejak bersalin anak pertama , KakNa memang serik nak tengok cerita hantu atau cerita seram . Boleh naik bulu roma tau ! Masa tulis ni pun bulu roma KakNa dah naik ni , mujur En. Suami ada teman ni ha , kalau tak , memang tak sampai habis entry ni .

Okaylah , ni jelah untuk cabaran hari ini . Korang punya macam mana ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger 

Thursday, January 26, 2017

DAY 22 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Bila Start Berblogging ?



Assalamualaikum w.b.t

Mesti korang tertunggu - tunggu post bagi cabaran KakNa yang ni kan ? 
Ha , rugilah korang kalau korang baru tengok blog KakNa . Hahaha .

Okay okay . Kita terus pada cabaran hari ini . Cabaran hari ini adalah " Bila Start Berblogging " ?
Nak tahu jawapannya ?
Senyum dulu .
.
Ala tak senyum pun .
.
😊
Ha , macam ni lah . Baru lah betul follower KakNa . Eh , yeke KakNa ada follower ? 
Kahkahkahkahkah ( gelak jahat )

Okaylah , sebenarnya untuk pengetahuan korang . KakNa ni dulu tak pandai berblog - blog ni . Semuanya berpunca daripada budak praktikal kat office KakNa dulu . Diorang suka baca blog dan diorang ada blog . ( Sekarang dah tak aktif dah ) 
Diorang lah yang ajar KakNa macam mana nak buat blog ni bagai . 

Kisahnya , diorang suka dengar cerita ( baca masalah ) kisah cinta KakNa . So , diorang cakap kalau KakNa buat blog , boleh lah kongsikan dengan orang lain . Hehe . Iya , sebab dah terlalu banyak cerita , KakNa tak tulis pun semua ( baca malas ) hahahaha .

Hari pertama KakNa buat blog dan email untuk blog ni adalah pada 01.04.2011 . Tapi post pertama KakNa adalah pada 02.04.2011 . Email KakNa guna adalah amyhanna8187@gmail.com dibuat sempena nama KakNa dan tunang KakNa ( sekarang dah jadi suami lah ) dan Alhamdulillah , inilah satu - satunya email paling lama KakNa guna dan paling aktif . Bayangkan , dah 6 tahun rupanya blog KakNa ni . 

Dulu nama blog KakNa ialah Chubby Hanna (amysyghana.blogspot.my) . Sebelum nama Chubby Hanna , KakNa rasa tak ada nama lain . Tapi hujung tahun 2016 , setelah hampir 5 tahun menggunakan nama Chubby Hanna tu , KakNa tukar lah nama blog KakNa tu dengan nama KakNa Journey ni . Sebenarnya KakNa nak viralkan nama #KakNaJourney sebab nak branding . Yelah KakNa kan buat bisnes part time jua Dianz Vitamin . Ofkoslah KakNa nak orang kenal KakNa . Tapi , tulah , masa hujung tahun , KakNa sangat sibuk dan tak ada masa nak brandingkan nama #KakNaJourney tu .

So , in shaa Allah tahun 2017 ni , KakNa nak brandingkan nama #KakNaJourney ni sampai semua kenal dan naik rating blog KakNa . Aaminn . Semoga Allah perkenankan doa KakNa . Tahun ni juga tahun ke 6 KakNa so , mungkin KakNa nak buat contest ke , tengok macam mana nanti yer .

Apapun , tak kira berapa lama kita dalam dunia blogging ni , di harap tujuan kita sama iaitu nak menaikkan taraf blogger kita dan bukan untuk memcah belahkan sesama kita . Semoga suatu hari nanti kita juga boleh dapat income yang banyak dalam dunia blogger ini . 

Jumpa lagi semua !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger 

Wednesday, January 25, 2017

DAY 21 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Makanan Kegemaran Selain Makanan Melayu

Hai semua !

Kejap je dah masuk Cabaran Hari Ke - 21 kan ? So , rasanya ada yang KakNa belum lawat blog korang lagi tak ? Boleh drop komen yer !

Okay , hari ni , KakNa nak share Makanan Kegemaran Selain Makanan Melayu . Apa dia agaknya ek ?

1. Pizza
2. Chicken Chop
3. Spagetthi ( Bolognese / Carbonara )
4. Fries
5. Meatballs

Apalagi ek ? Biasa 5 benda ni jelah yang KakNa order kalau pergi kedai western . Gambar ? Memang jarang ambil gambar kalau pergi kedai western sebab selalu pergi dengan anak - anak , makanan sampai je terus diterkam diorang . Tapi , ada juga yang sempat ambil , boleh tengok kat IG dan Facebook KakNa yer . 

Korang pulak suka makan apa ? Sama macam KakNa jugak ke ? Jangan lupa sharing yer !

Jumpa lagi next entry !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Tuesday, January 24, 2017

DAY 20 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Tempat Yang Ingin Dilawati

Assalamualaikum semua .

Okay , cabaran hari ini adalah ' Tempat yang Ingin Dilawati '

Kalau ikutkan hati KakNa memang lah banyak tempat yang nak dilawati , tapi semua memerlukan wang kan ? So , KakNa pun kena lah ukur baju di badan sendiri . In shaa ALLAH , jika Allah perkenankan dapatlah KakNa pergi ke temapt - tempat ini semua . Lagi baik dapat bawa keluarga bersama kan ?

So , ni KakNa kongsi lokasi yang masuk dalam wishlist KakNa :

Malaysia :
1. Pulau Pinang
2. Perak
3. Kundasang , Sabah
4. Kucing , Sarawak

Indonesia
1. Bali
2. Jogjakarta
3. Medan
4. Acheh

Negara - Negara Lain :
1. Thailand
2. Bangkok
3. Korea
4. Jepun
5. Hongkong
6. Australia
7. Sydney

The most wanted place to go is MAKKAH and MADINAH . In shaa Allah .


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Monday, January 23, 2017

DAY 19 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Tulisan Jawi

Assalamualaikum w.b.t.

Cabaran hari ini adalah tentang tulisan jawi . Hehehe . KakNa punya tulisan tak ada lah cantik sangat , tapi KakNa cuba jugaklah . 

So , macam mana ? Okay tak ? ^_^



"AKU ADALAH TULISAN YANG DIBUNUH OLEH BANGSAKU SENDIRI"

KakNa
Isnin 
23.01.2017


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Sunday, January 22, 2017

DAY 18: 31 Days Challenge By JDT Blogger - Kenangan Manis

Hai !

Masih tertunggu - tunggu post KakNa ke ? hehe . Perasan lebih je KakNa ni tau .

Okaylah , semalam kan kita dah cerita yang masam , kelat , pahit dan maung semua kan ? So , untuk cabaran hari ini , KakNa nak kongsikan Kenangan Manis yang berlaku sepanjang 29 tahun KakNa hidup ( tetiba rasa tua :( ) 
Tapi , KakNa rumuskan jelah eh ? Tak larat nak cerita semua . Yelah , kalau nak cerita semua 1001 amalm pun belum tentu habis tau . hehe .

Okay , sila jangan muntah tau ! 

1. Tawaran kerja .
- Masa ni Allah je yang tahu betapa gembiranya hati KakNa bila diberitahu mendapat tawaran bekerja menjadi kerani di pejabat kerajaan . Ya ALLAH , masa ni usia KakNa baru 19 tahun , yer , 10 tahun lepas . Terima tawaran pun sebab masa tu dah gatal nak kahwin , so fikir nak kumpul duit jelah . hahahaha. 

2. Dapat hadiah bunga masa umur 21 tahun
- Masa ni Mr. Clerk a.k.a En. Suami bagi bunga ros 3 kuntum . Tau tak kenapa ia menjadi kenangan yang sangat indah ? Sebab masa kecik - kecik dulu KakNa suka baca novel Ahadiat Akashah tu , dalam novel tu , kalau lelaki bagi bunga 3 kuntum maknanya dia suka kita . So , confirm masa tu Mr. Clerk suka KakNa ! Tapi KakNa jual mahal lagi . Hahahaha.

3. Bila dilamar untuk menjadi isteri
- Allah , nak gugur jantung masa tu . Alhamdulillah , KakNa tak nak ingat yang pahit , apapun , kami dah hampir 5 tahun bersama sebagai suami isteri , doakan KakNa dan suami bahagia bersama  anak - anak sehingga ke akhir hayat . 

4. Bila adik buat suprise kek dan coklat ketika hari lahir ke 29
- Terima kasihlah adikku . Memang terharu sangat masa tu ! Dia tahu akak dia ni tak suka sangat kek tapi dia tetap belikan dan yang paling penting , dia order dari Labuan tau ! Love you damn much my chubby adik !

5. Bila setiap kali dapat pegang anak selepas melahirkan .
- Alhamdulillah . Alhhuakhbar ! Hanya Allah yang tahu perasaan ini , syukur diberi peluang untuk merasai saat - saat yang indah ini , walaupun dengan keadaan yang tiada seorang wanita pun inginkan . Memegang , memeluk anak malah menyusukan anak selepas melahirkan boleh menghilangkan segala kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama dia mengandungkan dan berjuang melahirkan anak . Oleh itu , para anak , hargailah ibu kamu selagi mereka masih bernyawa . Al - Fatihah untuk Almarhumah Arwah Mak KakNa , Puan Nor Aini Binti Sahat .

6. Bila dapat makan makanan yang disukai . #KakNaDanMakananBerpisahTiada
- Hahaha . Ini memang akan jadi kenangan seumur hidup tau ! KakNa kalau dapat makanan yang diidam , lebih - lebih lagi yang orang belanja lah kan , jangan pelik kalau KakNa boleh ingat tekstur dan rasa makanan tu sampai sekarang ( tetiba ngencess plak ) . Aooiiiyaiii ! Kata Mr. Clerk KakNa , lepas makan nagis sebab badan tak kurus - kurus , hahahahaha . Macam hashtag kat atas tu , #KakNaDanMakananBerpisahTiada atau #KakNaSukaMakan

So , macam mana ? Best tak kenangan manis KakNa ni ?

Tak best ? Tak pelah , janji best pada KakNa . Ada KakNa kesah ? Hahahahah !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Saturday, January 21, 2017

DAY 17 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Kenangan Pahit

Assalamualaikum semua .

Hai , bertemu lagi dalam cabaran bersama JDT Blogger . Tajuk cabaran kita pada hari ini adalah 'Kenangan Pahit' .

Emm , bercerita mengenai kenangan pahit ini , KakNa sebenarnya tak berapa suka nak ingat . Sebab pada KakNa kenangan pahit ni sebnarnya tak perlu nak simpan lama - lama atau nak difikirkan sangat . Kalau boleh memang nak dilupakan terus lah .

Tapi , demi cabaran bersama JDT Blogger ni , KakNa rasa KakNa nak kongsi dengan semua pembaca KakNa lah .

Sebenarnya pengalaman atau kenangan pahit KakNa dalam hidup yang paling menyedihkan adalah apabila diberitahu oleh doktor yang KakNa diminta untuk menjalani emergency ceaserian ketika anak pertama . Pada ketika itu , hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sedihnya dan luluhnya hati KakNa . Allahuakhbar !

Semua sedia maklum kan , bahawa ibu - ibu yang bersalin ceaser ni selalu mendapat kecaman teruk daripada para netizen . Apalah salah kami , bukan kami minta , tapi kerana kecetekan ilmu yang kami ada , kami selalu dikecam . Kadang - kadang jika ilmu penuh di dada pun , siapa kita untuk melawan perancangan Yang Maha Esa ? 

Ibu yang dilapah ni , biasanya akan murung , resah gelisah malah boleh juga kena sakit meroyan ! Nauzubillahiminzalik ! Ya Allah , kau lindungilah aku dan kaum ibu yang terpaksa ceaser ini . 

Tekanan yang KakNa tanggung atau mungkin ibu - ibu lain juga mengambil masa yang agak lama untuk sembuh , lebih - lebih lagi bila KakNa dua kali bersalin ceaser dan tidak berpantang dengan baik . Emmm ..

Sebab tu KakNa cemburu dengan mereka yang bersalin normal dan selalu dengan bangga memuat naik status mereka " Finally , baby boy / girl ! Bersalin normal , mujur tak kena bedah ! " Allahu . Selang seminggu , status mereka pula " Tak tahan panas lah , minum sikit je ABC ni buat hilang dahaga " Pheeeww ! 

Ruginya mereka kan ? Dapat bersalin normal , tanpa jahitan , ada tu yang dijaga rapi oleh mertua dan mak kandung sendiri , hanya tinggal urus diri dan tunggu untuk di urut sahaja . Tapi , mereka tak hargai pun . KakNa ni , sampai sekarang batuk kuat sikit sakit kat perut dan rahim ni . Allah , semoga kelahiran akan datang KakNa diberi peluang untuk bersalin normal dan KakNa nak pantang betul - betul . Bukan untuk suami dan anak - anak je , tapi untuk diri KakNa sendiri . 

Rentetan daripada perkara itu ( emergency ceaser ) KakNa rasa tak ada perkara yang lagi sedih dalam hidup KakNa . Bukan KakNa tak redha atau salahkan Allah dan takdir KakNa , cuma KakNa jadikan ini sebagai satu ' penanda aras ' bagi kesedihan KakNa . 

Maksudnya , bila KakNa sedih , KakNa akan ingat hari KakNa nak di ' lapah ' tu , so , automatik KakNa akan jadi lebih kuat untuk tempuhi kesedihan tu . Yelah , benar apa yang orang kata , selagi kita tak alami sesuatu perkara tu , kita tak akan dapat selami apa yang orang lain rasa . Begitu juga dengan KakNa . 

So , korang kalau tengah bersedih , jangan simpan lama - lama tau ! Kita kena move on dan pastikan apa yang kita buat tu sentiasa di landasan yang betul . Lantak lah orang nak cakap apa , sebab orang memang tak akan faham apa yang kita rasa tau ! 

So , good luck guys !

#jdtblogger #31dayschallengbyjdtblogger

Friday, January 20, 2017

DAY 16 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - List Nama Samaran

Hai !

Fuhhh .. 

Sejak join #31dayschallengebyjdtblogger ni KakNa rasa follower KakNa tak bertambah tapi KakNa dapat rasa ramai yang dah baca blog KakNa . Hehehe .

Okay . Cabaran hari ini , pada KakNa kacang jelah , sebab tak perlu fikir nak buat ayat . Hahaha . Tapi , jenuh jugak KakNa nak fikir ni . Sebab tu dah tengah hari baru dapat post . Ceh ! Padahal , waktu ni jelah yang free dik ooii !

Okay , straight to the point . 

Betul ke korang nak tahu NAMA SAMARAN KakNa ni ?

Apa ?

Tak Nak ?

Tak kira , korang nak ke tak ke , KakNa tetap nak kongsi dengan korang tau !

1. Uda / Kak Uda
- Nama ni biasanya family je yang panggil

2. Nana
- Hanya orang yang pernah kenal KakNa dengan mendalam je yang berani panggil nama ni dan KakNa akan sahut . Kalau panggil jugak tapi KakNa tak sahut tu maknanya .. Korang bukan dalam list orang yang boleh panggil nama ni lah . hahaha . Officemate lama semau panggil dengan nama ni . Tapi , kalau yang baru kenal panggil nama ni rasanya tak sahut kot .

3. Farhana
- Hampir semua panggil nama ni . KakNa pun selesa kalau orang panggil nama ni .

4. Princess Hanna
- Nama ni dapat masa tahun 2008 , Mr. Clerk yang bagi , katanya KakNa cantik macam Princess * sila muntah * . Kawan - kawan Mr. Clerk pun ada gak yang panggil nama ni , tapi sekarang dah tak jadi Princess dah , jadi Mak Lampir je .

5. Farah
- Nama ni KakNa dapat masa tahun 2010 . Masa tu dah pindah pejabat yang sekarang ni lah . Ntah kenapa orang suka panggil KakNa dengan nama ni . Katanya nama Farhanah panjang , so panggil Farah pendek sikit . Tambahan lagi , diorang ingat nama KakNa ni NUR FARAHANA padahal yang sebetulnya NURFARHANAH . Haisshh , macam - macam !

6. Keling / Nana Keling
- Dulu KakNa masa kecik - kecik hitam , jadi diorang suka panggil dengan nama tu . :(

7. Mak Paus 
- Nama ni officemate yang bagi . Dia kata KakNa gemuk macam Mak Paus . Tapi , KakNa senyum je dan cakap , " Alhamdulillah , Mak Paus ni gemuk sebab dah 2 kali mengandung , melahirkan dan menyusukan . Daripada kurus macam lidi , mulut tu tak macam tak ada gigi , mengata orang tak sedar diri " hahahah . Sejak daripada itu , nama Mak Paus tu macam tak berapa nak dengar , tapi ada je lagi diorang panggil . Lantak lah !

8. Adik .
- Nama ni masih kekal dipanggil oleh Angah KakNa , walaupun KakNa dah beranak 2 ! Haahahaha , clingy me !

9. KakNa
- Nama baru sempena " The New Me " . Hahahahaha .

Tu jela kot nama samaran KakNa . Tak pasti kalau ada lagi atau KakNa tak ingat , hahaha . 

Korang pulak ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Thursday, January 19, 2017

DAY 15 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Wallpaper Handphone @ Laptop

 

Ni lah wajah kesayangan KakNa . Dah dekat 3 bulan tak tukar gambar . KakNa jenis tak suka tukar - tukar gambar wallpaper sebab rasa sayang , tambahan pula kadang tak ingat nak tukar .

Ada yang tanya kenapa tak letak gambar suami ? Jawapan KakNa , suami KakNa pun tak letak gamabr KakNa . Hahaha . #silasentap . ala , suami tu kalau kita merajuk dengan dia , tengok telefon gamabr dia , nanti jadai menyampah , yer dak ? hehe . kalau anak , dia buat kita marah pun , bila tengok gamabr dia balik jadi lembut je hati . hehe . #alasan

tak apalah , itu pendapat KakNa . korang pula macam mana ? Letak gamabr suami ke gamabr anak ? atau korang jenis suka tukar gambar wallpaper ?

tepuk dada tanya selera . ^_^

Wednesday, January 18, 2017

DAY 14 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Media Social

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang , bertemu lagi di cabaran hari ke 14 . Fuh !

Susah jugak nak siapkan entry ni memandangkan KakNa memang sangat busy dengan tugasan hakiki di pejabat dan tugasan harian di rumah , namum KakNa cuba juga sedaya upaya bertanggungjawab untuk selesaikan cabaran ini .

Okay , untuk tugasan hari ini , KakNa nak kongsi tentang Media Social yang KakNa ada . KakNa ni bukan lah aktif sangat dalam semua media sosial tapi adalah yang KakNa suka KakNa download lah .
Antara sosial media yang KakNa ada ialah blog ni , Facebook dan Instagram .

Kalau korang nak follow KakNa , boleh tekan link kat bawah ni yer :-

1. Facebook - Nurfarhanah Suardi
https://m.facebook.com/nurfarhanah87/

2. Facebook Page : Fames Rich Shoppe
https://www.facebook.com/famesrichshoppe/

3. Blog Bisnes (Lama dah tak update) : Fames Rich Shoppe
http://famesrichshoppe.blogspot.my/

4. Instagram Personal : kaknajourney 
https://www.instagram.com/kaknajourney/

5. Instagram Bisnes : famesrichshoppe

Tuesday, January 17, 2017

DAY 13 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - 10 Perkara Disukai & Tidak Disukai

Assalamualaikum .

Huhuhu . Untuk cabaran hari ini , KakNa lebih suka orang yang dah kenal KakNa je yang komen , tapi tak apalah , KakNa nk beritahu jugak tentang apa yang KakNa suka dan tak suka .

Sebenarnya kalau ikutkan 10 je tak cukup , tapi KakNa ikut je admin mintak macam ni , okaylah .

10 Perkara Disukai 
1. Duduk rumah sambil tengok cerita Hindustan
2. Pergi kedai buku , walaupun tak beli buku .
3. Makan sambil tengok TV . 
4. Kalau merajuk orang belikan coklat atau air kegemaran .
5. Suka pergi pantai sebab tenang .
6. Jujur , walaupun kebenaran itu memang pahit .
7. Orang yang tak kisah KakNa berbual dengan dia ' Kau ' dan ' Aku ' , ada orang dia kesah , termasuk Mr. Clerk KakNa sendiri .
8. Orang yang tak hipokrit . Depan cakap KakNa kurus , belakang sama - sama kutuk secara berjemaah cakap KakNa gemuk . Damn you !
9. Basuh baju banyak - banyak , lepas tu tunggu orang sidaikan ! Hahahahaha !
10. Semua sikap dan sifat yang baik - baik semua orang suka termasuk KakNa , jadi marilah kita bersangka baik dan melakukan kebaikan terlebih dahulu tanpa mengharapkan balasan daripada oran glain mahupun Allah .

10 Perkara Tidak Disukai
1. Orang yang bangun tidur lambat , lepas tu buat macam tak ada apa - apa .
2. Penipu .
3. Makan sambil bercakap dalam keadaan mulut penuh .
4. Kentut ( yang busuk ) tapi tak nak mengaku , padahal cuma KakNa dan " dia " je dalam satu situasi .
5. Tuala tak digantung di ampaian .
6. Lelaki berambut kerinting , dulu lah , sekarang ni okaylah sikit .
7. Lelaki gila seks ( suka cakap pasal seks je )
8. Lelaki pakai baju nampak p*t**g dan ketat di bahagian kemaluan mereka .
9. Bila order makanan lambat , in shaa ALLAH tak akan datang lagi .
10. Bila orang bawak kereta dalam keadaan kelam kabut sambil memaki kerana dah lambat .

Till then !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger