Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Wednesday, January 22, 2020

Wordless Wednesday 4/2020 : Hampir 6 tahun ....


Hampir 6 tahun dah usia jam ni. 
Hadiah hari lahir dan melahirkan hero pertama katanya. 
Hadiah dari suami pada tahun 2014.

Sebab masa tu aku memang tak ada jam. 
Alhamdulillah, elok sampai sekarang.

Agaknya, tahun 2020 ni apa yang aku akan dapat sebagai hadiah hari lahir ya?

Aku tak harap banyak, cukuplah suami belikan aku kasut sukan atau beg silang memandangkan aku lagi suka beg silang berbanding beg tangan. 
Hehehe.

Korang pula macam mana?

Beg silang atau beg tangan?


Monday, July 09, 2018

Thank you St Ives dan Nuffnang


Late post, dapat masa 05/07/18, rezeki daripada @crunchbynuffnang  tq @stivesmalaysia 


Ntah bila isi form dekat Nuffnang pun tak tahu, alih-alih dapat. So nanti nak pakai dan review lah. Kot-kot menang tiket pergi #California ke kan? Aaminn.


Rezeki tu rahsia Allah. ☺️


Dapat apa? Tgok kat IG story eh? Tq 😘


#latepost #stivesmalaysia #KakNaJoinContest

Sunday, April 02, 2017

I ❤️ Korea



Assalamualaikum .

Wah , tajuk . Macam cerita Korea pulak kan ? Hehe . Tak adalah , saja je nak bergurau dengan korang . Sebenarnya KakNa nak share pasal cenderahati yang KakNa dapat daripada akak pejabat ni . Baju ni akak tu belikan masa dia pergi ke Korea hari tu . Best tau ! Satu opis akak tu bagi , memang kaya lah akak tu ! Hehe . 

Anyway , baju ni saiz 3XL , almaklumlah , KakNa kan " comel " , mujur ada saiz . Huhu . Baju ni kain dia lembut sangat tau . Warna kelabu pula tu , memang KakNa suka sebab KakNa susah nak dapat baju yang sesuai dengan saiz KakNa ni warna kelabu ( malas nak cari sebenarnya )  So , bila dapat mana tak melompat bintang . hehe .

Terima kasih lah kepada akak yang bagi KakNa baju ni , sebab selalu orang bagi KakNa keychain je . So , rasa di hargai sangat tau ! 

Sebenarnya entry pasal ni , KakNa dah draft dah minggu lepas , tapi handphone KakNa buat hal so semua entry yang simpan dalam draft habis hilang , sedihnya :(

Apapun , KakNa gigihkan semula taip entry baru untuk korang * feeling retis sangat ! *

KakNa memang suka kumpul baju I ❤️ ni , sebab buat kenangan , yelah , KakNa tak pernah sampai so dapat baju pun okaylah . Setakat ni , baju KakNa yang ada daripada Penang , London , Australia dan macam - macam lagi lah . Kebanyakkannya dah tak muat dan lusuh sebab KakNa buat basahan . Yelah , baju lengan pendek kan ? KakNa suka pakai kat rumah je sebab malas nak pakai inner pergi jalan . Bukan kata KakNa tak pakai lengan pendek , tapi KakNa sekarang cuba elakkan untuk pakai lengan pendek selagi boleh . Sedang memperbaiki untuk menutup aurat sebaik mungkin . 

In shaa Allah , satu hari nanti dah boleh tutup semua . :) Doakan yer .

Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi yer , nak buat kerja hakiki sekejap . 

Terima kasih sudi baca ! :)