Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, November 30, 2022

Happy Anniversary : 10 Years Together

Sepuluh Tahun

10 tahun bukan perjalanan yang mudah, bukan juga seindah di dalam lagu yang digubah.


Adakala, pahit mengundang jiwa.
Adakala, manis terlalu memegang rasa.
Adakala, jiwa bagai dihiris duri berbisa.
Adakala, hati bagai dunia ini aku yang punya.



Terima kasih Allah, beri kami peluang merasa manisnya cinta.
Terima kasih Allah, beri kami peluang mencipta pahitnya luka.
Terima kasih Allah, beri kami peluang hargai semua yang kami ada.
Terima kasih Allah, beri kami segala-galanya yang kami perlukan di dunia.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kali ini, bukan sambut berdua, bertiga dengan anak bongsu kami. Simple tapi sangat bermakna buat aku. Kami raikan ulangtahun perkahwinan kami di restoran Secret Recipe.

Lagi 2 orang anak kami sekolah. Si bongsu ni baru baik demam, jadi bawa jelah sekali. Hehe.

Kek Chocolate Indulgence

Macam tak sangka staff Secret Recipe ni nak tulis perkataan “Smile” dekat pinggan kami. Seronoklah anak aku, aku pun seronok juga tau. Rasa dihargai gitu.

Signature Drinks Secret Recipe : Strawberry Punch

Aku yang pesan air ni.
Sedap sangat! 10/10. Cuma aku kot tak tahu minum, aku habiskan air baru makan strawberry tu tau. Hahaha, tapi apapun memang sedap lah.
Air si bongsu ni Hot Milo

Sedap oooii Milo dia. Lemak dan sungguh berkrim. Aku yang habiskan satu cawan. Hahaha. Nak cakap sedap sangat tu tak tahu macam mana, jadi aku bagi bintang 15/10!

Vegetarian Fried Rice with Satay

Menu ni suami aku pilih. Tapi kami minta tak payah letak sayur. Rasa boleh tahan lah. Boleh lah telan. Tapi, pada aku masin lah nasi tu. Satay pula, rasa macam makan ayam salut tepung kari. Tak tahu nak cerita rasa macam mana. Aku bagi 5/10. Tapi, tak akan ulang balik makan nasi ni. Hehe. Maka, 5/10.

Spagethi Bolognese (Beef)

Untuk spagethi ni aku bagi 7/10 lah sebab ada air dalam pinggan. Macam tak ditapis betul-betul. Kecewa juga lah, sebab aku memang dah lapar. Anak aku pun makan sikit je sebab agak kering.

Apapun, terima kasih Allah atas rezeki hari ini. Semoga kami akan terus mendapat rezeki yang berkah dan halal. Aamiin Ya Mujib.

Tuesday, November 29, 2022

Jangan menyakiti manusia lain.


Allah ada dan tak pernah tidur.


Mula-mula berahsia, selepas itu, menipu. Bila banyak sangat menipu, akan jadi sakit hati. Bila sakit hati, bergaduh tak berkesudahan.

Berhentilah. Henti melakukan perkara yang sia-sia.

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (QS Al Ahzab : 58)

Di dalam islam menyakiti hati sesama muslim adalah perbuatan dosa. Untuk itu jangan sampai kita menumpuk dosa-dosa kecil ataupun besar dengan menyakiti hati orang lain khususnya saudara kita sesama muslim. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang Allah benci karena kita menyakiti hati saudara kita.

Jom amalkan bersama. Aku pun kadang-kadang terleka. In shaa Allah, sama-sama kita perbaiki diri. Semoga Allah selalu bantu kita, Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri :

‎يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan. – (Surah Ali ‘Imran 3: 200)

#CikPuanFarhana #kisahrumahtangga

Kahwin?

Kahwin ni dik macam ni


Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤️


Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬


Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢


Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ☹️


Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖


Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅


Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱


Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺


Ada masa rasa  apasal lah macam ni kehidupan 🤔


Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰


Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸


Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍


Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜


Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔️❌


Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.


Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.


Realiti tak sama dengan fantasi 💑


Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah. 


Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah Rahmah.


Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.


Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar. 


by NM


Setelah puluhan tahun menjadi Kaunselor Perkahwinan & Keluarga, ini adalah nukilan tentang perkahwinan dari kaca mata saya. 


Moga bermenafaat ❤️


Kredit : 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zGuCKYamD2Ldzmy2BeNZ589oLm3xKMfSvg95CMMngN6XrQ9qKi1nEkd7bp8RgwfZl&id=679914802&mibextid=qC1gEa

Friday, December 28, 2012

Sebulan Sudah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. 

Apa khabar yer semua?? (macam ada org jer yg nak baca) hehe.. Salam Jumaat.. Em.. Lama rasanya aku x update blog aku ni.. dah berhabuk agaknya.. huhu.. apapun, aku dah janji yang aku akan update selepas selesai semua perkara..

mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku bz sgt smpai xleh nak update blog ni.. huhu.. sebenarnya, aku xdelah bz sangat.. cuma MALAS je..lalala.. sebab tu x berupdate.. saja bg alasan bz tu bia korang tau bukan senang nak mendirikan masjid tau.. lalala...

sebelum pape, aku nak bgtau korang semua yg aku sebenarnya dah sah menjadi isteri kepada suamiku iaitu AZMI BIN ABDUL MANAN.. Yes!! I'm officially MARRIED!!! (saja bg warna hijau sebab dah HALAL kan.. haha, gataii!!) FYI, majlis pernikahan kami pada hari Jumaat, 30.11.2012 bersamaan dengan 16 Muharram 1434H, majlis persandingan plak 01.12.2012 bersamaan dengan 17 Muharram 2012.. Alhamdulillah.. semuanya dah selamat dan berjalan lancar walaupun berbagai rintangan (nanti aku stori mori naik lori ea.. ea..)

Nanti aku buat review yer.. dari dulu janji nak review.. tapi x review2 gak.. hehe.. tapi, kali ni aku janji, start tahun 2013 aku nk komited pada blog aku mcm mana aku komited pada kerja aku.. huhu.. cayalah!! jom layan gambar jap..


gambar aku amek dari FB OP aku Tazbay Studio, cute tak i?

chumells x weollss.. hahahaktui.. aku saja je letak satu gambar dulu.. sebab nanti lau letak semua korang dah xnak tgok blog aku lagi.. (bajet ko ada peminat laaa..) oklah, ok, aku nak sambung keja jap.. nanti aku update lagi yer.. tqvm pada yg sudi baca.. hehe.. yang sekadar nak stalk pun boleh, xpe, aku x kesah.. huhu.. 
Assalamualaikum.. (sape x jawab dosa, aiyoo tatau.. :) )


Nota kepala : ada org tanya, takde cite isu tunang, alih2 dah kawen.. xpelah, biarlah xde org tau lg bagus, dr yg stakat nak stalk jer! apapun, thanks for ur concern.. Allah knows the BEST & GREATEST for ur life and future.. :)

Tuesday, November 01, 2011

AMALAN MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

AMALAN MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

(1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31
Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.
(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah “(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku.”
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)
(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”
(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah “Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).

(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)




Firman ALLAH SWT yang bermaksud
"Dan apabila aku sakit,Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku".(As-Shu'araa :80)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit,dan menjadikan setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat,dan janganlah berubat benda yang haram".

"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

p/s : saja nk berkongsi untuk tatapan umum.. hehe..