Monday, November 13, 2023
Bukan Mak Lampir
Friday, December 23, 2022
Selalu Berzikir
Monday, December 19, 2022
Monday, November 28, 2022
Kenangan Lama
Penat kemas rumah, baring kejap sementara menunggu the boys siap.
Saja throwback zaman mula ada hp kamera. Kalau selfie, kemain lagi tinggi kamera.
Bukan takut nampak gemuk, sebab masa tu kurus lagi. Tapi, tulah. Ikut kawan-kawan style ambil gambar 🤣.
#CikPuanFarhanaStories
#KenanganLama
Friday, November 25, 2022
Salam Jumaat
Alhamdulillah.
Bangun pagi. Tersenyum melihat suami dan anak-anak masih di sisi. Syukur dan gembira tak dapat diluah. Mungkin kami belum kaya dengan wang ringgit. Tapi, kami diberi rezeki anak yang ramai sebagai penghibur hati.
In shaa Allah, berkat hari Jumaat ini. Fana doakan sesiapa yang belum mendapat rezeki anak, Allah akan perkenankan secepat mungkin. In shaa Allah, semua rezeki kita Allah dah tetapkan. Teruskan berusaha dan bersangka baik.
Salam Jumaat ♥️
Thursday, November 24, 2022
Kisah Rumah PPAM
Penyesalan yang tak boleh diulang semula.
Kerana kasih, aku turutkan.
Kerana sayang, impian melayang.
Ya, semua Allah dah tetapkan.
Tetapi Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.
"Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda, Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى berfirman,
Ø£َÙ†َا عِÙ†ْدَ ظَÙ†ِّ عَبْدِÙ‰ بِÙ‰
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya."
Doakan aku, cepat-cepat lupakan hal 2 tahun lepas ni 🥺
#CikPuanFarhanaStories
#KisahRumahPPAM
Wednesday, November 16, 2022
Baju Lusuh
Bismillah.
Kadang bila kita pakai baju yang lusuh atau baju yang atas pemberian org, kita akan dipandang hina.
"Hei, baju buruk."
"Hei, baju ni dah longgar lah."
Kenapa?
Kan tak salah berjimat cermat. Apa gunanya ada kedai bundle kalau pakaian bekas org lain kita tak boleh guna?
Amyrul Arsyad paling banyak baju org bg masa dia baby sampai lah skng, dan baju tu turut di pakai oleh si adik Amyrul Akhmal. Kan jimat. Duit yg ada, boleh beli pampers dan keperluan lain.
Bkn saya meminta2. Tp dh org bg, saya ameklah. Syukur Alhamdulillah.
Saya bukan senang. Tapi saya sentiasa didik hati saya supaya lihat org yg lebih susah dr saya.
Saya juga bukan sampai tak mampu. Yg bg pun kakak saya dan org yg rapat dgn saya. Alhamdulillah, semua baju mereka berjasa buat saya.
Dan baju yg anak2 saya dh tak muat, saya dah beri pada yg lebih memerlukan daripada anak2 saya. Mudahkan.
Jangan mudah menghukum.
Bersangka baiklah. Siapa tahu kemudian hari kita pula di tempat mereka.
*maaf post agak panjang*
Salam Hujung Minggu
#CikPuanFarhana
Saturday, November 12, 2022
Beza Tahun 2021 vs 2022
November Tahun 2021, berat aku 94kg - 92kg.
Tahun 2022 ni, Alhamdulillah, 88kg - 85kg.
In shaa Allah Disember 2022 ni aku cuba nak dapatkan 84kg - 80kg.
Doakan aku tau.
#FanaFatToFitJourney
Friday, November 04, 2022
Lama Menyepi
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar anda semua?
Lama CPF tak menulis di sini. Terlalu banyak yang nak di kongsi sehinggakan tidak ada satu pun yang ditulis. Hehehe, itulah lumrah mansia. Hanya mampu merancang, tapi Allah jua penentunya.
In shaa Allah, lepas ni seminggu sekali nak update dekat sini. Sekurang-kurangnya, tak adalah sunyi sepi blog ni kan?
CPF masih orang yang sama, suka menulis. Jadi, blog sahajalah yang boleh luahkan panjang-panjang. Mana mungkin akan melupakan blog di saat orang lain sibuk naik dengan video. CPF pun ada juga video dekat Tik Tok yang mencanak naik, tapi.. Biarlah tinggal kenangan hehe.
Terima kasih juga yang masih sudi bertanya khabar di Facebook dan Instagram, you know who you are.
Jomlah, selesaikan tanggungjawab dulu. Jumpa lagi, Assalamualaikum.
Monday, October 31, 2022
Lama
Assalamualaikum..
Lama berdiam diri bukan bermaksud menyepi dan mati.
Mencari ketenangan. In shaa Allah, lepas ni akan terus bangkit.
Banyak yang saya perhati selama sebulan dua ni.
Maafkan saya, kalau saya tak perform. Saya hilang fokus. Saya tak minta diberi masa, tapi sekadar memahami.
Terima kasih sekali lagi!
#CikPuanFarhanaStories
Saturday, June 18, 2022
Monday, February 21, 2022
Dunia Baru
Selamat datang dunia baru .....
Dunia di mana kau dan aku tak lagi seperti dulu. Dunia yang kau sendiri cipta dalam ruang waktu. Dunia yang kau rasa semua orang tak perlukan kau, semua orang tak memahami kau.Sejak kau hadir dalam hidup kami, kami semakin jauh. Jauh kerana bimbang akan melukai hati kami sendiri. Bimbang kau tak mahu pergi dari hidup kami.
Friday, April 30, 2021
Berlalu Pergi
Biasanya kalau aku dah tak muncul dalam hidup orang tu, aku bukan lupa atau cuba melupakan. Cuma aku nak "jauhkan" diri je.
Aku ni, bukan maksum.
Tapi, tulah. Kadang mulut aku ni boleh bercabang juga. Yelah, nama pun manusia.
Lagi satu, muka aku ni susah nak tipu. Kalau aku tak suka, biasa cepat je dia pamerkan memek muka mual pada netizen.
So, aku lagi rela sendiri.
Kadang, sampai orang ingat aku ni tak bersuami, tak punya keluarga. Tapi hakikatnya, suami ajak beli barang pun aku dah rasa renyah. Sebab dah biasa sendiri. Kecuali aku yang ajak pergi.
Tapi, kalau bawa anak-anak keluar berempat tu, dia macam terapi tau. Macam puas sangat rasanya, walaupun kadang-kadang jadi hijau jugaðŸ¤
Cuma percayalah, saat kau melepaskan apa yang kau rasa kau punya, hakikatnya ia hanyalah pinjaman Allah semata-mata, kau akan rasa nikmat Allah tu tak terkira dan tak terkata.
Berjalanlah pergi, walaupun kau akan menyakitkan hati, walaupun kau mungkin akan rugi, tapi itu semua sementara pasti.
Kau sendiri yang mencorakkan kehidupan kau.
Kau sendiri yang mewarnai kegembiraan kau.
Kau sendiri yang menghiasi kebahagiaan kau.
Kau sendiri yang memanipulasi kebolehan kau.
Yer, kau.
Kau blah je, kalau kau rasa kau ada seperti tiada.
Aku, yer aku.
Aku akan pergi bila Allah tentukan masa.
Cahaya Kegembiraan
Berjalan mencari Redha-Nya.
#FHBEmpire
https://t.me/FHBEmpire
Tuesday, December 22, 2020
Aku Suka Berhias
Friday, September 18, 2020
Masa aku akan tiba.
Banyak lagi aku kena belajar. Sekarang orang ketawakan aku. Anggap apa aku buat sia2. Tak apa. Masa akan tentukan nanti. In shaa Allah, aku percaya rezeki aku akan ada cepat atau lambat. Sekarang aku seorang, mati nanti pun aku seorang juga. So, aku tak perlu kau atau kau atau kau juga untuk tentukan hidup aku.
Monday, February 24, 2020
Bawang di mana-mana
Tuesday, November 05, 2019
Tukar sudah
5.11.2019 (Selasa)
Semoga ini merupakan permulaan yang baik dan berterusan buat aku.
Aamiin Ya Mujib.



