Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Monday, December 07, 2015

Bila sampai masa ......

Bila sampai masa,
Kau akan penat untuk berkata-kata. Umpama radio buruk yang tak bernyawa.
Dipusing-pusing pembesar suara, namun sayup-sayup suara yang berkumandang.
Apa yg kau buat, kau duduk dekat-dekat agar kau dapat mendengar.
Atau kau mungkin akan berlalu tanpa kata.
Kadangkala hidup ini, adalah lebih baik menjadi tin kosong. Ia mungkin karat. Namun masih digunapakai untuk menyukat atau memasang jerat.
Atau kau mahu menjadi sekuntum bunga.
Bila kembang, kau harum mewangi. Bila layu, kau dibiar sepi.
Atau apa yang kau inginkan dalam hidupmu?
Kecantikan dan kebahagiaan tanpa noda dan luka?
Atau kelukaan dan kegagalan yang pasti akan membuat kau menangis kegembiraan di hujung jalan?
Kau fikir mahu mu.
Radio buruk.
Tin kosong.
Sekuntum bunga.
Atau apa pun kau mahu.
Aku tak mahu tahu.
Yang aku tahu,
Jika kau radio buruk itu, aku pendengar setianya.
Jika kau tin kosong karat itu, aku rela duduk di dalam mu,
Jika kau sekuntum bunga yg layu, aku simpan helaianmu di dalam diariku, agar kau tetap dengan ku.
Aku tetap dengan mu walau apa keadaan kamu.
Isnin.
7.12.2015
9:40Malam
*Gambar anak-anak sebagai pengubat kesedihan*

Sunday, November 01, 2015

Welcome November 2015


01.11.2015

Welcome!

Mungkinkah ?

- RM1,112.15
- RM11,120.15
- RM111,201.50
- RM1,112,015.00
- RM11,12015.00


Saturday, October 31, 2015

TRAGEDI OKTOBER 2015



Alhamdulillah... 

Banyak perkara yang berlaku kepada Hana sepanjang Oktober 2015 ni . Ada yang pahit dan semestinya ada yang manis juga ! Tidak Hana nafikan malah Hana bersyukur semua yang terjadi adalah di dalam ketentuan Allah.

Hana nak senaraikan supaya Hana boleh ingat dan jadikan panduan dan peringatan buat Hana di masa lain.

1. Selama sebulan tak iklan hal bisnes kat facebook dan pages. Tak tahu kenapa tapi tak ada mood.
2. Hp asyik meragam. Ini salah satu punca malas nak update hal bisnes.
3. Meeting dan meeting dan meeting kat office. Hana jadi mangsa kena angkat telefon.
4. Hana dan suami asyik salah faham lagi lagi hal anak. Tapi kami cepat cool. Memasing mintak maaf dan terus perbaiki apa yang kurang.
5. Anak anak semakin membesar, Arsyad dah banyak benda dia faham dan pandai cakap. Akhmal mula meragam sebab nak tumbuh gigi dua batang kat belah bawah.
6. Rumah kena makan dengan anai anai. Its a bad news, but Hana and Amy make it simple. Panggil orang untuk tembak anai anai nanti. (Tunggu bajet)
7. Arsyad semakin tahu malu bila nampak Hana tengah susukan Akhmal.
8. Akhmal dah mula tunjuk "kuasa" dia sebagai "adik bongsu". Tak nak mengalah dengan abang dia.
9. Followers pages Fames Rich Shoppe tetap bertambah walaupun tak ada iklan dan tak invite sesiapa untuk like.
10. Adik Kesayangan Fasihah yang duduk labuan tu balik. Jalan-jalan dan have fun dengan dia. Hukhuk.. Dah nak kahwin dah dia.
11. 31.10.2015 - Hana tengah jemur baju dekat luar rumah, Arsyad datang berlari bawak tudung suruh pakai. Hana ambil letak kat bahu, kemudian Arsyad marah dan suruh pakai. Lepas pakai dia senyum dan mintak cium. Korang rasa?

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku dalam bulan Oktober ni. Tapi yang paling terkesan adalah apabila Arsyad bawak tudung tu. Yelah, selama ni jemur baju luar rumah x pernah pakai tudung, balut dengan tuala je. Tp kelmarin konon nak keluar kejap je. Tu yang tak pakai tu.
Itu sebenarnya peringatan buat Hana. Suami pun terkejut semalam. Alhamdulillah.. Syukur Hana rasa dapat anak yang menyenangkan hati orang tua. Semoga anak anak Hana membesar dengan sihat dan berakhlak mulia.

Nota : Ini adalah ringkasan " Tragedi Oktober" Hana yer. Tak ada kena mengena dengan orang lain sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sunday, March 01, 2015

Hadiah Besday - Kasut Bata

Assalamualaikum , 
minggu ni nak marathon update blog katanya .. Katanya lah .. Haahaha .. Okay , straight to the point .. 14.02.2015 aritu besday aku yang ke 28 tahun .. So, Mr. A tanya nak apa ?? Aku as usual , tak tahu dah nak mintak apa , jadi Mr. A kata " tak pelah , biar abang belanja ayang selipar .. Okay ?? " Yahoo .. kebetulan pulak kasut kerja yang lama dah terkopak , so, memang rezeki lah .. Tapi , sayangnya , kaki anak gajah cam aku ni susah nak carik saiz , ditambah plak tengah musim orang shopping untuk Chinese New Year kan ? So , padan lah muka .. Kengkonon nak lah suh cik abang tu belanja jenama Crocodile , tapi saiz tak de , sudahnya .. BATA jugaklah yg masih available buat kaki ku ini .. Hahaha .. kaki anak gajah kan ..

ni jelah kasut yang avail masa tu ..

and for your info , buat masa ni kasut ni telah dipakai dan hanya separuh je kaki yang dapat masuk memandangkan kaki aku dah star bengkak .. oh mai .. cepatnya masa berlalu .. dah 7 bulan usia kandungan ku , entri pasal si Lil A pun x update lagi ... 
masa sangat mencemburui aku dan family .. hahaha !!!

ok lah, see you next entry .. aku nak sapu minyak kaki aku bisa - bisa ..

Thursday, January 01, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

2014 telah melabuhkan tirainya ..
Segala azam , impian dan matlamat yang tak tercapai kita tinggalkan , bukan untuk dilupakan tetapi sekadar untuk tidak mengecewakan ..

2015 bermula sebuah harapan ..
Segala yang tertinggal masih punya masa untuk dicapai .. 
Bangkit dan berdiri teguh tanpa alasan .. 
Asalkan tidak melanggar batasan ..



Untuk tahun baru ni , aku akan cuba selitkan tazkirah atau apa jua bentuk perkongsian sama ada dalam bentuk petikan Hadith atau Ayatul Quran dalam blog aku ini . Bukan sahaja dengan niat nak "menghidupkan" kembali blog aku , tapi lebih kepada keinginan untuk melakukan penghijrahan .. Siapa tahu , kalau ada yang akan berubah selepas membaca perkongsian aku tu .. Yelah , aku sendiri sedang ke arah itu .. Sama-samalah kita berdoa ke arah yang lebih baik .. Amminn Allahumma Amminn ..



nota kaki : semoga blog aku akan lebih memberi manfaat kepada orang lain..