*KEBAIKAN BUAH BADAM (ALMONDS)*
.
Buah badam (almonds) adalah kekacang yang terkenal dengan khasiatnya. Bagi mereka yang ingin mendapatkan stok susu selain susu haiwan seperti susu lembu dan susu kambing, susu badam adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana susu badam adallah susu yang yang sangat bernutrisi, kaya dengan lemak sihat, vitamin dan mineral.
.
Antara kelebihan susu badam ini adalah :
.
1. Kaya Dengan Pelbagai Nutrisi
.
Biji badam adalah benih yang boleh dimakan dari pokok Prunus dulcis, atau lebih dikenali sebagai pokok badam. Kebanyakannya hidup di negara Timur Tengah dan sekarang Amerika Syarikat adalah pengeluar terbesar biji badam. Selalunya dijual di pasaraya sebagai biji badam yang telah dibuang kulit, sama ada telah dipanggang atau dijual mentah. Biji badan juga dijual dalam bentuk susu, minyak, mentega dan tepung.
.
Setiap 1 ounce (28-gram) biji badam mengandungi :
.
Tenaga : 160 kCal
Fiber : 3.5 gram
Protein : 6 gram
Lemak : 14 grams (9 g adalah lemak monounsaturated)
Vitamin E : 37% dari keperluan seharian
Manganese : 32% dari keperluan seharian
Magnesium : 20% dri keperluan seharian
Ia juga mengandungi kandungan mineral seperti copper, vitamin B2 (riboflavin) dan fosforus yang mencukupi.
.
2. Kaya dengan Antioksida
.
Antioksida berfungsi membantu tubuh dari mengalami keadaan yang dinamakan pengoksidaan (oxidative stress), yang merosakkan sel-sel tubuh dan menyebabkan penyakt kronik, penuaan yang awal dan keradangan. Kebanyakan sumber antioksida terletak pada lapisan kulit yang berwarna perang pada biji almond. Terutama bagi perokok, pengambilan segenggam biji badam selama sebulan dapat menurunkan proses pengoksidaan ini sebanyak 25-35%.
.
3. Mengandungi Vitamin E Tocopherol
.
Vitamin E adalah vitamin yang larut dalam minyak dan merupakan antioksida yang terbaik. Cuma biji badam mengandungi vitamin E dari kumpulan tocopherol, berbanding dengan minyak sawit yang mengandungi vitamin E tocotrienol. Satu ounce biji badam mengandungi 37% vitamin E yang diperlukan setiap hari. Bekalan vitamin E juga sangat penting untuk pesakit jantung, kanser dan penyakit Alzheimer's.
.
4. Mengawal Gula dengan Baik
.
Biji badam mengandungi nilai karbohidrat yang rendah tetapi mempunyai nilai lemak sihat yang tinggi. Ini menyebabkan ia sangat baik untuk pesakit diabetes yang ingin mengambilnya sebagai kudapan. Ia juga mengandungi mineral magnesium yang tinggi. Magnesium adalah mineral yang terlibat dalam lebih 300 proses metabolisme dalam tubuh termasuk metabolisme glukosa.
Kita memerlukan antara 310–420 mg sehari dan 2 ounce biji badam menghasilkan 150mg. Dikatakan juga hampir 25% pesakit diabetis mengalami kekurangan mineral ini. Jadi pengambilan mineral ini dari makanan atau suplemen membantu pesakit diabetes mengawal gula dengan lebih baik.
.
5. Mengawal Tekanan Darah Dengan Lebih Baik
.
Mineral magnesium dalam biji badam juga mempu mengurangkan tekanan darah bagi mengelakkanpenyakit jantung, strokes dan kegagalan fungsi ginjal. Dalam beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan magnesium dalam tubuh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
.
6. Mengurangkan Tahap Kolestrol
.
Tahap lipoprotein LDL (juga dikenali sebagai kolestrol jahat) yang tinggi adalah punca bagi masalah penyakit jantung. Dalam beberapa kajian, pengambilan biji badam selama 16 minggu (empat bulan) yang membekalkan 20% dari keperluan tenaga seharian dapat menurunkan tahap LDL. Ia juga mengelakkan proses pengoksidaan berlaku pada LDL yang menjadi punca sebenar penyakit jantung. Ini kerana selaput perang pada kulit biji badam kaya dengan antioksida polifenol. Bila digabungkan dengan vitamin E ia dapat mengelakkan poses ini dengan lebih baik. Pengambilan segenggam biji badam sebagai kudapan selama sebulan dapat menghalang pengoksidaan LDL sebanyak 15%.
.
7. Mengurangkan Rasa Lapar, dan Pengambilan Kalori Yang Berlebihan
.
Biji badam mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah tetapi kandungan protein dan fiber yang tinggi. Kedua-dua protein dan fiber meningkatkan rasa menyebabkan rasa kenyang. Ini membantu untuk mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi dalam makanan. Dalam satu kajian ringkas, pengambilan yang melibatkan 137 orang menunjukkan pengambilan 1.5-ounce (43-gram) biji badam selama sebulan, membantu mengurangkan rasa lapar.
.
8. Mengurangkan Berat Badan
.
Biji badam tidak menghadamkan 10-15% nilai karbohidrat di dalamnya. Jadi walaupun kita mengambil lebih banyak biji makanan, kita tidak menggunakan keseluruhan nilai kalori dalam biji badam. Selain itu badam mempunyai nutrisi yang membantu proses metabolisme dan secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan.
.
Kesimpulan, biji badam (almond) mempunyai banyak makronutrien seperti lemak sihat, danprotein, selain dari fiber, magnesium dan vitamin E. Kebaikan biji badam termasuk membantu mengawal tahap gula dalam darah, tekanan darah dan merendahkan tahap kolestrol. Ia mengurangkan rasa cepat lapar dan mengekalkan rasa kenyang, yang mana penting dalam usaha menurunkan berat badan.
.
Semoga bermanfaat.
.
#HealthDrZubaidi