Thursday, April 11, 2019

Penjaga Pejabat #1

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni, aku saja nak kongsi dengan korang pasal Penjaga Pejabat di pejabat aku. Emm, cerita ni bukan cerita seram, tapi cerita benar.

Ada seorang hamba Allah ni, dia selalu menjadi mangsa keadaan. Sebelum dia berkahwin, dia memang selalu tawarkan diri untuk "jaga pejabat" sebab dia nak bagi orang lain yang dah berumahtangga peluang berasa seronok untuk bercuti bersama keluarga tanpa fikirkan hal kerja. Hamba Allah itu, berharap satu hari nanti, dia akan dapat peluang itu juga.

Pada tahun 2012, beliau berkahwin, beliau telah memohon cuti perkahwinan selama seminggu, namun begitu, atas desakan kerja, suami beliau pun terpaksa untuk hadir bekerja setelah cuti selama 3 hari. Berbaki 4 hari cuti yang beliau telah pohon terpaksa dibatalkan :( ialah, apa guna bercuti kalau suami sendiri tiada di rumah kan?

Sehingga lah beliau mempunyai anak ketiga pada 2017. Beliau masih menjaga hati rakan sekerja untuk tidak bercuti raya kerana mahu menjaga pejabatnya. Baik sungguh hati beliau kan? :(

Baru-baru ini beliau mendapat khabar gembira di mana adik kesayangan beliau yang telah hampir setahun tidak berjumpa akan pulang beraya di kampung halaman. Gembira tidak terkata hati beliau dan telah merancang cuti bersama anak-anak beliau untuk pulang beraya ke kampung halaman lebih awal. Namun, belum smepat beliau menyatakan keinginan beliau, beliau telah diminta oleh pegawai beliau untuk "menjaga pejabat" atas alasan, kampung beliau dekat. Sayu hati beliau.

Semenjak diberitahu beliau tidak akan dapat bercuti, semangat bekerja beliau terus turun. Sebab bertahun-tahun beliau tidak kisah akan cuti raya, namun setelah diberitahu bahawa adik kesayangannya akan balik, beliau memang bersemangat untuk cuti. Tapi itulah.. Emm...

Korang nak tahu siapakah beliau?