Tuesday, January 13, 2015

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

** maaf entri ini agak panjang **

Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama post ni duduk dalam draft blog aku .. Bukan agak lagi , tapi memang cukup lama .. dah masak ranum dah .. sampai orang yang berkenaan dalam entri ni pun dah besar dah .. setahun jugaklah masa yang aku amek untuk pastikan entri ni x menyinggung hati mana - mana pihak yang berkenaan .. aku retype , baca balik dan draft balik .. akhirnya , arini aku post jugaklah untuk tatapan umum ..

Semua wanita amat teruja dalam menanti kehadiran dan kelahiran anak syurga mereka .. Begitu juga aku dan Mr. A .. Kami berkahwin pada 30.11.2012 , dan setelah hampir 5 - 6 bulan menunggu Alhamdulillah , Allah telah memakbulkan doa aku .. Syukur tak terhingga aku panjatkan .. Memang terkejut dan x sangka lah masa tu .. Allahu Akbar .. Baru lah tahu macam mana perasaannya menjadi seorang ibu .. Yer .. Yer .. Jangan eksited sangat orang cakap .. Aku cuba bersikap sederhana dalam segala hal .. Supaya kita tak menyesal kemudian hari ..

Trimester pertama aku mengandungkan anak aku si Amyrul Arsyad , aku xde alahan yang teruk .. Cuma setiap petang masa perjalanan balik dari office ke rumah aku akan rasa mual dan loya .. Untuk awal - awal kehamilan berat badan aku x naik banyak , mungkin kerana aku x lalu makan kan .. Tapi , aku memang kena jaga makan memandangkan berat aku di usia kandunganku 6 minggu sudah mencecah 95 kg !! Yup , aku dah sampai tahap obesiti masa tu , tapi aku belum lagi dikategorikan sebagai pesakit kencing manis dan darah tinggi . Sedaya upaya aku cuba kawal corak pemakanan aku .. Yup ! Alhamdulillah , aku berjaya mengawalnya hingga ke akhir kehamilan ..

Trimester yang kedua , segala sakit sudah aku mula rasakan , dari pinggang ke bawah , dan kadang - kadang dari bawah ke atas .. Hampir tiap malam aku akan kena "simpul biawak" , dan masa itu jugaklah suami aku Mr . A yang akan bangon dan sapukan minyak serta urut kaki aku supaya aku tidak sakit lagi .. Sakitnya tuhh bukan kepalang sehinggakan aku bisa mengalirkan air mata ku ini .. Demi anak dan amanah yang diberikan oleh Allah , aku kuatkan semangat dan hati .. Check up bulanan aku x pernah miss malah aku semakin semangat untuk pergi ke klinik demi mengetahui keadaan anak di dalam rahim ku ini .. Satu hari , bila doktor beritahu aku bahawa uri aku dan kandungan aku agak ke bawah dan perlukan perhatian aku jadi agak sedih .. Doktor mencadangkan aku lebih banyak berehat kerana aku terlalu aktif akan menyebabkan uri aku agak sukar untuk berada di kedudukan yang sepatutnya .. 

Mr . A pula berjanji akan berubah dan telah turut sama membantuku dalam melaksanakan tugas harian .. Mr . A banyak membantu aku dalam membasuh pakaian , menjemur dan mengemas rumah dan juga lain-lain perkara .. Masa ni , aku rasa macam puteri raja tau .. Yelah , semua Mr. A tolong , sebab dia kesiankan aku yang tengah memboyot dan serba x larat nak buat itu dan ini .. Hehehe.. Thanks sayang ..

Masa trimester kedua juga , aku diduga dengan pelbagai dugaan .. Aku rasa x perlu aku nak kongsi semua , sebab yang pahit semua aku cuba untuk lupakan .. Aku mahu ingat semua perkara yang manis-manis sahaja .. Yelah , semua manusia pernah melakukan silap , jadi buat apa kita nak terlalu serius fikirkan pasal silap orang je , silap kita pulak macam mana ?? Lebih baik kita cuba lupakan apa yang dah buat ati kita sakit dari kita sendiri yang merana kan ?? Huhuhu ..

Trimester ketiga , aku dan Mr. A dah mula sibuk buat persiapan untuk sambut kelahiran our Little A , nama dah pilih , scan pun dah .. Semua dah confirm , apalagi , kami lah yang paling excited .. Tiap kali keluar g AEON ke Kip Mart ke , ada je benda yang kami nak beli untuk our Little A .. Semua rasa macam x cukup , semua rasa macam x legkap .. Padahal , semua dah ada .. Hahahaha .. Masa ni ramai lah pak bidan dan mak bidan segera yang wujud keliling aku nak teka jantina anak aku .. Hahaha .. Aku hanya ketawa je , sebab ramai yang kata aku akan dapat anak perempuan , tak kurang juga yang kata anak lelaki .. Masa tu , aku hanya tersenyum je mendengar telahan mereka .. Biarlah ALLAH yang tentukan segalanya .. :)

Sepanjang aku mengandung ni , aku rasa perubahan xdelah ketara sangat cuma adalah jugak .. Antaranya :

1) Muka aku bersih
- Selalu muka aku senang giler naik jerawat , tapi masa mengandung muka aku xde jerawat . Bukanlah xde jerawat langsung , tapi xdelah banyak dan beri kesan kat muka aku macam selalu ..

2) Saiz badan x berubah sangat
- Selalunya orang kata bila mengandung berat badan kita akan berubah kan ? Tapi lain plak bagi aku .. Kebanyakkan baju-baju aku semua masih muat dipakai sampai 9 bulan .. Aku xde beli pun baju mengandung .. Jimat .. Hehehe ..

3) Saiz kaki berubah
- Selalu aku boleh pakai kasut saiz 7 - 8 , tapi masa mengandung kasut aku saiz 8 - 10 kauu !! 

4) Makan x kira masa 
- Sampaikan aku kejut Mr. A tengah malam ajak g makan kat kedai sebab aku lapar tahap gajah x makan sepuluh thaun !!! bhhahhahahaa ...

5) Emosi melampau
- Aku jadi orang yang kuat jealous dan kerap menangis . Sudahnya anak aku kuat jugak menangis sekrang ni .. Yelah , masa tu Mr. A selalu out station , jadi aku sedihlah kena tinggal sorang .. kuikuikui ..

Tu jelah kot .. Yang lain aku dah x ingat lah .. Hahahaha .. Lama sangat dah ..

Apa yang aku seronok masa aku mengandung tu ialah semua benda orang bagi keutamaan , kau nak makan apa , nak minum apa , nak apa .. biasanyalah orang bagi lah chance kau untuk pilih .. hehe .. syukur, sepanjang aku mengandung si Amyrul Arysad ni , aku dapat semua yang aku nak makan kecuali Asam Pedas kat Tepian Tebrau tu .. Masa tu aku memang frust sebab asal pergi je kedai tu mesti kedai tu tutup , asal dia tutup je aku datang .. xde rezeki lah anak ooii .. 

Anak aku plak dalam perot masa tu xde lah meragam , be good je dia , aktif sangat x payah cakap lah .. Kadang aku sendiri rasa x tahan nak menanggung kesakitan akibat dia bergerak terlalu aktif .. Huhu .. Alhamdulillah ..

Apapun , 9 bulan tu aku rasa begitu pantas sehinggakan aku x sedar , anak yang aku kandung ketika itu dah hampir 41 minggu , macam - macam cara aku buat untuk pastikan bahawa our baby keluar tepat pada masanya .. Tapi apakan daya .. Dia xnk pun keluar .. Hehe .. Dia seronok duduk dalam perut aku yang comel agaknya .. Yelah , dapat makan dan minum macam-macam kan .. Amek kauuu , duduklah lelama dia dalam tuh ...

Untuk korang yang belum ada anak , korang banyakkanlah berdoa dan bersabar .. Semoga Allah akan memakbulkan permintaan dan hajat korang suatu hari nanti .. In shaa Allah .. Jangan mudah putus asa dan menyalahkan satu sama lain .. Nikmati saat - saat bahagia antara kamu dan dia .. Yang indah memang selalunya lambat sampai .. PERCAYALAH !!

Happy reading !!


Nota kaki : bila draft dah lama sangat dalam blog ni , idea dah xde nak taip .. bhuhu..