Monday, December 14, 2015

Kau Tahu Apa? - Part 1

Kau tahu apa aku rasa?

Saat aku melihat anak aku sedang lapar, dan hanya sebungkus roti RM1 yang tinggal?
Dia ambil dan hulur kepada aku supaya aku membukanya. 

Kau tahu apa aku buat?
Buka.

Si anak melompat riang, bertepuk tangan dan menarik tangan aku untuk dicium tanda terima kasih. Kata-kata belum bisa ditutur. Ucapan sayang belum bisa diatur.
Airmata aku tahan. Sungguh roti itu bukan air tangan aku, dia makan sambil tersenyum riang.


Kau tahu apa aku fikir?
Sayu. Syahdu.

Bagaimana orang yang lebih susah daripada aku mahu berkongsi sebungkus roti dengan anak yang mungkin 5 atau 8 orang? Bagaimana? Allahuakbar!

Aku diam. Syukur. Itu yang mampu aku ucap.

Kau tahu apa aku rasa?
Bila malam berlabuh, hanya kami bertiga baring di atas katil. Kadang aku ditengah, kadang aku di kiri dan kadang aku di kanan. Tapi hari itu, dia mahu baring di sisi adiknya saja. Adiknya pula seolah mengerti. Tidak merengek, tidak menangis malah tidak juga mahu menyusu.

Pelik.

Hari itu, susu yang aku kirim ke rumah asuhan tidak seperti selalu. Namun aku berdoa susu aku sentiasa cukup baginya dan beri kekenyangan berpanjangan. 

Alhamdulillah. Allah memakbulkan doaku. Si ummi yang susunya pam pagi untuk petang, pam petang untuk pagi.


Kau tahu apa aku buat?
Biarkan sahaja mereka. Si adik yang tidak tahu mengapa si abang ketawa, si abang masih cuba menghiburkan si adik tanpa putus asa.

Kau tahu apa aku fikir?
Sayu lagi. Syahdu lagi.

Saat itu aku rindu adik aku. Rindu sangat. Rindu untuk peluk dia. Rindu untuk "ejek" dia, rindu untuk cubit dia. Dan yang paling aku rindu, rindu sangat nak jumpa dia. 
Moga panjang umur kami untuk sentiasa bersama. 

In shaa Allah.




P/S : Entri ini entri lama. Entah apa aku fikir masa tu, aku pun tak tahu.