Saturday, January 14, 2017

DAY 10 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Single Atau Berkahwin

Assalamualaikum semua !

Task kali ni tajuknya " Single or Married " . Hehe . So , korang rasa ? Jawapannya adalah KakNa dah kahwin . Yes , I Am Married Woman ! 😍

Alhamdulillah , tahun ni dah masuk tahun ke 5 usia perkawinan KakNa dan Mr. Clerk . Syukur ya Allah . Segala badai , dugaan dan cabaran kami tempuh dengan sehabis daya ! Terima kasih y Allah bantu kami !

Nak tengok gambar kami ?


Gambar ni adalah pada tahun 2015 . Masa ni , KakNa baru je habis pantang . Anak KakNa si Akhmal tu lebih kurang 4 - 5 bulan , hehe . KakNa pun lupa . Masa ni , kami tak ada tema baju raya .bBaju pun recycle sebab nak jimat . Almaklumlah baru habis pantang . 



Hehe , gambar kat atas ni , saja nak share dengan korang . Saat KakNa tengah tunggu pengantin datang . Gambar ni daripada HP salah seorang BFF KakNa iaitu Shikin . Rindunya nak make up macam ni . Hehe .


Gambar ni pulak kawan KakNa snap masa KakNa dengan suami tengah bersanding . KakNa nikah pada 30 . 11 . 2012 lepas sembahyang Jumaat . Majlis persandingan pula adalah pada 01 . 12 . 2012 . Hehe . Masa ni KakNa tak adalah kurus sangat , dan tak adalah gemuk macam sekarang. Hahaha . So , korang dah tahu kan ? KakNa memang dah kahwin . 

Okaylah , jumpa di lain post yer ! Tq for reading guys !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger




14.01.2017

Assalamualaikum.


Lagi sebulan KakNa nak masuk ke usia 30tahun.

Menyesal? Tak. 

Syukur diberi peluang hidup dan masih sentiasa perbaiki diri.


Masih cantik?

Cukuplah anak-anak yang selalu puji ummi dia cantik.

Pujian tu lebih ikhlas.


Alhamdulillah, masih mampu bersyukur dan tersenyum.

Sebab, setiap orang diduga dengan masalah dan dugaan yang berbeza.


KakNa cuba bertahan kerana Allah.

Benarlah orang kata, bertahan kerana manusia, maka meranalah jiwa.


So, hari ini. Masa yang kita ada, lihat diri semula dan orang di sekeliling kita yang kita masih ada.

Peluk erat mereka. 

Jangan biarkan hati mereka jauh.

Jangan biarkan jiwa mereka kosong.

Kerana mungkin jika mereka telah jauh dan kosong, kehadiran kita hanya sekadar sebagai peneman bicara.


Anak, suami atau isteri.

Mak atau ayah.

Doa mereka yang kita perlu.

Bukan mereka yang tiada waktu kita perlu.


#KakNaBebel

http://kaknajourney.blogspot.my