Saturday, January 14, 2017

14.01.2017

Assalamualaikum.


Lagi sebulan KakNa nak masuk ke usia 30tahun.

Menyesal? Tak. 

Syukur diberi peluang hidup dan masih sentiasa perbaiki diri.


Masih cantik?

Cukuplah anak-anak yang selalu puji ummi dia cantik.

Pujian tu lebih ikhlas.


Alhamdulillah, masih mampu bersyukur dan tersenyum.

Sebab, setiap orang diduga dengan masalah dan dugaan yang berbeza.


KakNa cuba bertahan kerana Allah.

Benarlah orang kata, bertahan kerana manusia, maka meranalah jiwa.


So, hari ini. Masa yang kita ada, lihat diri semula dan orang di sekeliling kita yang kita masih ada.

Peluk erat mereka. 

Jangan biarkan hati mereka jauh.

Jangan biarkan jiwa mereka kosong.

Kerana mungkin jika mereka telah jauh dan kosong, kehadiran kita hanya sekadar sebagai peneman bicara.


Anak, suami atau isteri.

Mak atau ayah.

Doa mereka yang kita perlu.

Bukan mereka yang tiada waktu kita perlu.


#KakNaBebel

http://kaknajourney.blogspot.my


No comments:

Post a Comment