Saturday, April 01, 2023

12 Tahun

 Masih lagi segar dalam ingatan aku.


01.04.2011, Jumaat

Adik-adik praktikal di Pejabat lama aku yang mengajar untuk buat blog. Tempat untuk aku meluah rasa, membahagi masa dan menenangkan jiwa.

Ya.

Aku masih aktif di sini, walaupun tidak seperti dahulu.

Aku masih mahu berkongsi cerita, menggamit kenangan dan membelai jiwa di sini. Tempat untuk aku, variasikan karya hati. Walaupun, kadang-kadang hanya coretan sepi, hanya kata semangat diri, blog inilah di antara destinasi untuk aku menghibur hati.

Ya.

Aku tidak seperti dulu, banyak idea, banyak tenaga untuk menulis pelbagai cerita. Tapi, aku juga masih belum terlambat untuk kembali rancak dalam dunia penulisan blog. Doakan aku, supaya aku terus "bertenaga" untuk menulis kembali.

#CikPuanFarhanah