Thursday, October 29, 2015

tutup mulut ?

Sebelum

Selepas

Ada nampak apa-apa perbezaan tak? Tak ada? Okay-okay! Sebab tu Hana pelik , kenapa ramai budak - budak sekarang suka mabil gambar tutup mulut yer ? Lagi - lagi gambar selfie di Instagram ! Adakah sebab musim jerebu ? Tapi , Hana perasan gambar tutup mulut ni dari sebelum jerebu lagi dah berleluasa . Hehehe .. 

Apa komen anda ?

#jangankecamsaya

Roti Jagung


Korang tau tak ?? 

Roti Jagung adalah salah satu energy booster bagi Hana ketika dalam tempoh penyusuan . Kenapa Hana kata energy booster ? Sebabnya apa jua makanan yang kita makan akan menjadi energy booster buat kita dan apabila kita suka makanan yang kita makan ia secara langsung menjadi milkbooster buat kita . Tak percaya ?

Selain konsep supply & demand , hormon yang baik akan menghasilkan susu yang meriah . So , macam mana nak pastikan hormon kita sentiasa baik ? Salah satunya makan makanan yang kita suka lah ! Tapi kita diingatkan untuk makan lebih banyak makanan yang berkhasiat berbanding makanan ringan yang penuh MSG dan tidak sihat . Contoh makanan yang tidak sihat seperti coklat , kuih manis dan manisan yang terlalu manis . Selain tidak elok buat kita , ia juga tidak elok buat perut bayi kita .

Roti jagung ni Hana akan makan di antara waktu makan atau pun selepas buat sesi power pumping .. Stok roti jagung sentiasa ada untuk pastikan Hana tidak lapar selepas sesi mengepam susu . Yelah , ibu menyusu mana boleh lapar , makan sedikit tetapi dengan kerap agar tidak pedih perut dan seterusnya boleh mengakibatkan penyakit lain seperti gastrik dan pedih ulu hati .

Hana perasan bila makan roti jagung ni Hana akan dapat hasilkan susu yang lebih pekat dan meriah . Walaupun sebenarnya susu yang pekat itu terhasil disebabkan Hana kerap kosongkan payudara , namun Hana yakin dengan mengambil roti jagung sebagai makanan sampingan susu yang terhasil lebih pekat dan banyak . 

Hana tak kata dengan makan roti jagung ni semata - mata susu Hana jadi banyak yer kawan - kawan . Tapi setiap orang yang menyusu , dia akan jumpa satu atau lebih makanan yang boleh meningkatkan jumlah susu mereka . Hana dah buat dan hasilnya pun Hana dah dapat . Itu belum lagi kalau Hana makan makanan yang sedap - sedap . Contohnya ikan merah masak 3 rasa , kailan goreng dan sebaginya . ( Okay , Hana ngences masa tengah taip ni )

Apapun , Hana yakin , semua ibu - ibu mahukan yang terbaik buat diri mereka dan anak mereka , begitu juga Hana . Hana dah gagal kali pertama dan Hana tak serik untuk cuba kali kedua dan seterusnya . Semoga Allah berikan Hana kekuatan untuk meneruskan perjuangan penyusuan ini . In shaa ALLAH , Hana akan kongsikan lagi tips dan petua yang lain yang telah Hana berjaya buat . 

Apa yang penting , JANGAN MENGALAH SELAGI BELUM KALAH  dan ORANG YANG MENGALAH BUKAN BERERTI MEREKA LEMAH CUMA TIDAK MAHU KEADAAN BERTAMBAH SUSAH !

Selamat beramal !

Nota : Hana juga masih mengamalkan VCO Catalyst Softgel untuk memastikan kandungan gula dan darah Hana stabil dan tidak turun dan naik secara mendadak.

Rezeki lagi..

Alhamdulillah ..

Syukur , dua hari ni ada orang belanja je .. Jimat duit poket Hana . Huhuhu .. Semalam makan mee goreng dan bubur , hari ni rezeki makan Stew Kambing .. 
Fuhh !!! Syiookk wooo .. Rezeki Allah nak bagi kan dalam pelbagai bentuk .. Kita yang terima ni bersyukur jelah .. Yang penting sedap !!




Nota : makan stew kambing ni sampai 6 keping roti Hana bedal tau .. Sedap yang amat!