Fuhhh ..
Sejak join #31dayschallengebyjdtblogger ni KakNa rasa follower KakNa tak bertambah tapi KakNa dapat rasa ramai yang dah baca blog KakNa . Hehehe .
Okay . Cabaran hari ini , pada KakNa kacang jelah , sebab tak perlu fikir nak buat ayat . Hahaha . Tapi , jenuh jugak KakNa nak fikir ni . Sebab tu dah tengah hari baru dapat post . Ceh ! Padahal , waktu ni jelah yang free dik ooii !
Okay , straight to the point .
Betul ke korang nak tahu NAMA SAMARAN KakNa ni ?
Apa ?
Tak Nak ?
Tak kira , korang nak ke tak ke , KakNa tetap nak kongsi dengan korang tau !
1. Uda / Kak Uda
- Nama ni biasanya family je yang panggil
2. Nana
- Hanya orang yang pernah kenal KakNa dengan mendalam je yang berani panggil nama ni dan KakNa akan sahut . Kalau panggil jugak tapi KakNa tak sahut tu maknanya .. Korang bukan dalam list orang yang boleh panggil nama ni lah . hahaha . Officemate lama semau panggil dengan nama ni . Tapi , kalau yang baru kenal panggil nama ni rasanya tak sahut kot .
3. Farhana
- Hampir semua panggil nama ni . KakNa pun selesa kalau orang panggil nama ni .
4. Princess Hanna
- Nama ni dapat masa tahun 2008 , Mr. Clerk yang bagi , katanya KakNa cantik macam Princess * sila muntah * . Kawan - kawan Mr. Clerk pun ada gak yang panggil nama ni , tapi sekarang dah tak jadi Princess dah , jadi Mak Lampir je .
5. Farah
- Nama ni KakNa dapat masa tahun 2010 . Masa tu dah pindah pejabat yang sekarang ni lah . Ntah kenapa orang suka panggil KakNa dengan nama ni . Katanya nama Farhanah panjang , so panggil Farah pendek sikit . Tambahan lagi , diorang ingat nama KakNa ni NUR FARAHANA padahal yang sebetulnya NURFARHANAH . Haisshh , macam - macam !
6. Keling / Nana Keling
- Dulu KakNa masa kecik - kecik hitam , jadi diorang suka panggil dengan nama tu . :(
7. Mak Paus
- Nama ni officemate yang bagi . Dia kata KakNa gemuk macam Mak Paus . Tapi , KakNa senyum je dan cakap , " Alhamdulillah , Mak Paus ni gemuk sebab dah 2 kali mengandung , melahirkan dan menyusukan . Daripada kurus macam lidi , mulut tu tak macam tak ada gigi , mengata orang tak sedar diri " hahahah . Sejak daripada itu , nama Mak Paus tu macam tak berapa nak dengar , tapi ada je lagi diorang panggil . Lantak lah !
8. Adik .
- Nama ni masih kekal dipanggil oleh Angah KakNa , walaupun KakNa dah beranak 2 ! Haahahaha , clingy me !
9. KakNa
- Nama baru sempena " The New Me " . Hahahahaha .
Tu jela kot nama samaran KakNa . Tak pasti kalau ada lagi atau KakNa tak ingat , hahaha .
Korang pulak ?
#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger
No comments:
Post a Comment