Sunday, February 18, 2024

Tukar Nama Blog

Assalamualaikum geng blogger semua.

Aduhai, hati ini.

Masuk tahun baru je, mulalah nak tukar itu ini. Orang lain masa raya nak tukar sofa, langsir, meja makan, aku pula nak tukar nama blog.

Sejujurnya, aku dah tak ingat berapa kali aku menukar nama blogku ini.

Mungkin bila anak-anak makin meningkat usia, aku sudah lebih banyak masa di blog, aku merasakan nama blog yang sekarang ini tidak lagi menangkap mataku, hahaha.

Suami aku pun pening nak melayan geng.

Yelah, masa aku mula-mula buat Youtube Channel (YC), aku pun tukar sekali nama blog aku, kalau tak silap aku masa tu namanya fanafightforthefutere.blogspot.com. Mengada kan aku ni. Tapi sekarang, nama YC aku sama juga dengan blog ni.

Kalau ikutkan hati aku, aku nak buat blog baru, tapi sekarang ni aku rasa blog ni lambat nak naik, sama je macam Youtube tu. Ramai sangat nak jadi Content Creator (CC) termasuklah aku, huhu. Nak buat macam mana kan?

Lagi satu, aku ni memang tak tetap pendirian haha.

Memang semua media sosial aku, aku selalu tukar nama. Kecuali FB nan satu iaitu Fana Hana. Aku pernah rahsiakan FB tu dari pengetahuan umum sebab aku banyak letak gambar anak dan suami dekat situ. Maka FB Cik Puan Farhanah aku buat untuk aktiviti bisnes aku.

Sama juga dengan blog ni. Dulu aku malu nak bertahu aku ada blog. Aku terlalu mengharapkan SEO Google, padahal aku pun tak buat post ikut SEO Google. Sekarang ni, aku tulis pun sebab aku perlukan terapi, ada orang baca dah kira bersyukur dah.

Sehubungan dengan itu, ha, kan dah keluar bahasa kerajaan aku haha. Anda semua diminta untuk bantu aku komen sama ada aku perlu atau tidak tukar nama blog, atau tukar tajuk je atau kekalkan je nama blog aku ni.

Walaupun aku sebenarnya dah ada jawapan, aku nak juga baca komen anda semua.

Semua komen anda aku hargai didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah merahmati kalian semua, Aamiin.

13 comments:

  1. Kalau sekadar tukar nama blog takpe,
    tapi kalau tukar nama link blog tak silap CUya dia akan jadi masalahh...
    apa masalahnya Cuya dah tk ingt sebb dulu pernah terbaca

    sebab seolah2 kita mula dari awal blog ni jadinya..

    sebab tu Cuya sampai sekrang tk ubah link blog sebab takut menggangu sistem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cuya, akak memang dah ganggu sistem lepas tukar url cpf ni. Url yang lama pun akak dah lupa. Semalam lepas bincang hati ke hati dengan suami, dia kata okay je buat blog baru. Tapi tulah, lambat pula nak naik. Hehehe.

      Delete
  2. x kisah pun..blog kita..ok jer.. kann

    ReplyDelete
  3. Oh tukar nama blog ya. Kita berbalas kunjungan kat sini :).

    ReplyDelete
  4. salam kenal dari wak yg jauh dimata.. 😜😜

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari wak yg jauh dimata.. 😜😜

    ReplyDelete
  6. Salam kenal juga 🙂
    Naniey pun terfikir nak tukar nama blog tp sayang pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, sayang juga. Kena fikir masak-masak ni, hehe.

      Delete
  7. tak pe tukar nama blog
    jgn tukar kerakyatan udah lerr
    hahaha...

    ReplyDelete