Monday, April 01, 2024

Alhamdulillah, Aku Ada Blog Baru

Blog Baru.

Alhamdulillah, akhirnya. Aku dah buat keputusan untuk buat blog baru. Ya, blog baru, emel lain dan semuanya berbeza.

Semuanya demi nak teruskna kelangsungan hidup, aku kena buat sesuatu dekat blog aku. Memandangkan blog ni, aku dah tak boleh pasang Adsense, aku terpaksa buat blog baru.

Kejar trafik lah tu?

Anda boleh nilaikan saja sendiri bila tengok blog yang ada sekarang ni.

Tak saying ke blog lama?

Gila tak saying. Tapi, kau tak berniat nak tutup blog ni dulu. Blog bar utu macam nak buat cerpen, tapi tengok lah dulu macam mana. Setakat ni, kau cuba kejar mana yang boleh dulu. Yelah, dengan masa yang ada, aku tak boleh nak buat dua kerja dalam satu masa.

Blog aku pun banyak yang kau dah jadualkan supaya tak sunyi.

Bila nak masuk group Blogger?

Entah. Aku sangat takut tak boleh nak bagi komitmen.

Apapun, terima kasih yang masih sudi sokong blog aku yang ni. Jangan malu, jangan segan untuk follow blog baru aku tau.

Blog baruku ialah FANA HANA.

Jumpa lagi ^__^.

No comments:

Post a Comment