Tuesday, January 31, 2012

Segmen | Inilah BlogKu

Segmen | Inilah BlogKu | Khas Buat Blog Follower Kurang Dari 1000



Inilah BlogKu

Emm.. nak cite apa ek?? Huhu.. oklah.. Nama me dalam blog ni ialah Chubby Hanna.. Nama blog me pun Chubby Hanna gaks. Blog CH ni cite psl manusia, kehidupan dan cinta.. sama ada diri CH atau orangorang yg ada disekeliling CH.. Sesuai dengan tagline CH - Story about human, life & love. CH ni suka bercakap sebenarnya.. Tapi, CH xde kawan yg sanggup dengar bebelan CH 24jam nih! (nampak sangat banyak mulut) so, CH pikepike lebih baik CH buat diary.. tapi, kalau buat diary, malas plak nak tulis (alasan!) haha.. maka terjadilah blog Chubby Hanna ni.. CH start berblog sejak bulan April 2011.. mulamula buat blog memang untuk personal.. nak cite pasal diri sendiri je.. tapi, lamalama, CH rasa macam nak kongsi dengan rakanrakan.. disebabkan CH suka tengok blogblog yang ada gambar cantikcantik.. teringin nak buat macam tu.. tapi CH xmampu.. so, dengan blog ni, CH dapat tgok anugerah yg ALLAH dah beri pada manusia lain utk diadaptasi dan diaplikasikan sebagai rujukan kepada orang lain.. SHARING IS CARING right? dengan adanya gambargambar yg cantik dan penggunaan bahasabahasa yg indah, secara tak langsung CH dapat tambah ilmu pengetahuan tentang cara penulisan yang.. gambargambar yang cantik pula dapat “membuka” mata CH tentang banyak pekara.. bak kata Yuna – setiap gambar ada lagu.. so, CH harap dengan berblog ni dapatlah CH menambah kenalan, disamping bertukar-tukar pendapat dan ilmu dengan orangorang yg lebih berpengalaman..

Segmen HH kali ini ditujukan buat blog yang kurang dari 1000 followers. So, sesiapa yang berminat bolehlah join sama!

Caranya ialah:

1. Buat satu entri dengan tajuk: HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu
2. Tulis dalam entri anda itu, sila sertakan perkara-perkara berikut:
  • Nama anda sebagai blogger - Done
  • Nama blog anda - Done
  • Tagline blog anda (jika ada) - Done
  • Ceritakan bila anda mula berblog, mengapa dan kenapa anda berblog. Apakah inspirasi anda untuk berblog? - Done
Senang kan?? Apa tunggu lagi?? Klik banner untuk join..

Tarikh tutup ialah 2 Februari 2012 Jam 11:00 pagi.



Nota kepala : merindui seseorang pada petang yang dibasahi hujan.. "(

Friday, January 27, 2012

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Assalamualaikum..
Sekali lagi CH nak join Giveaway anjuran 
cam ne nak join?? senang jer.. macam biasa klick banner kat bawah nie..
harap-harap dapatlah jadi salah satu pemenang giveway ni..
awesome tuh!!


Untuk menyertai Giveaway ini anda hanya perlu mengikut syarat2 mudah seperti di bawah..
Syarat2
1 - Buat entry bertajuk THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY - DONE

2- Letakkan banner The Ladies Photographer di bawah dan link kan ke entry TLP - DONE




2 - Like Fan Page TLP di facebook  http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog TLP - DONE
3 - Like Fan Page Danita Maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (this is TLP penaja hadiah) - DONE
3 - Tag 5 org kawan blogger
4 - Letak link entry anda di entry TLP
5 - Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.

HADIAH
GRAND PRIZE - 1 Photobook Percuma 11 x 8.5 Potrait Hardcover 40pages worth RM230. (Anda poskan kepada saya gambar-gambar anda untuk dibuat photobook dan setelah siap, saya poskan photobook kepada anda)

Ke 2 - RM50 cash dan Free 2 keping gambar 12 R 
Ke 3 - Free 2 keping gambar 12 R

Ke 4 dan Ke 5 - Free 2 keping gambar 8 R  (anda emailkan gambar anda pada saya, saya edit dan  print kan size 8R dan pos ke rumah anda) 

Cara pemenang ditentukan ialah dengan cabutan bertuah, anda bertuah, anda dapat hadiah:)...  
Hadiah tambahan..SURPRISE!!
- Free 2 keping gambar 12 R utk 2 org yg memberikan BACKLINK tertinggi

SO, untuk Giveaway ni, CH nak tag :
So, what are guys waiting for???
awesome tuh hadiah-hadiahnya.. 
jom reramai klick banner tuh tuk join.. 
S.H.A.R.I.N.G. I.S. C.A.R.I.N.G.


nota kepala : selama masuk giveaway dalam blog ni belum penah menang lagi.. hope kali ini de rezki tuk CH.. AMIN..

Cara Kita Tidur

Assalamualaikum.. Petang ni CH nak share sumthing tuk u all baca.. hehe.. jangan ada yang terkejut plak... huhu.. ^_^

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 
– Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga sebaik mungkin. Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut 
– Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai, namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang 
- Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri . Walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri anda memang dipuji.

4. Tidur Merengkuk 
– Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.

5. Tidur Mengiring dan Merengkuk 
– Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkukkan  
- Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 
– Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk, anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.

8. Tidur merengkuk di satu arah
 – Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 
– Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, anda juga  tergolong dalam kategori pemboros . Namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.

10. Tidur meniarap 
– Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.

so, anda rasa nada yg mana satu?? hehe.. apapun telahan yang telah dibuat jangan lah kita terlalu mempercayainya, sebaliknya sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki diri.. Wallahualam..

sumber : e.petua




nota kepala : agakagak CH yg mana ek? hehe..

Segmen | 3 Blog Pilihan | Tambah Follower

 



Assalamualaikum..
Ok, arini CH nak join segmen dr blogger otai HasrulHassan, seb bek CH terperasan tadi, almaklumlah.. sibuk wat keja.. okeyh, tanpa buang masa, CH nak perkenalkan blogger baru yg menarik perhatian CH tuk baca n follow..


Blog nur cahaya ni diberi nama ....::suke suki blueberry::.... CH rasa sangat menarik tuk beginner cam kami.. walaupun simple dan entri yang dia buat x banyak, tapi entrientri dia semua menarik perhatian CH terutama entri Kitaran Haid Wanita tu.. lagi satu CH bangga dengan nur cahaya sbb blog dia lagi simple dari blog CH ni.. hope nur cahaya akan lebih banyak share info tuk tatapan umum.. nur cahaya ni lahir tahun yang sama dengan adik CH, tahun 1991.. mungkin usia muda beliau membuatkan nur cahaya rasa mahu meneroka dunianya melalui penulisan..Cuma satu je yg CH tak suka sbb kena bg word verification time nak comment, sbb CH jarang komen blog org, jd kalau tibe rajin nk komen kena verify terus malas.. hehe.. ni pendapat CH ye.. jgn marah.. apapun, teruskan usaha dik! Samasamalah kita menjadi blogger terbaik.. PEACE!


Blog yang kedua ni CH dapat dari blog BLOGGER BARU NI.. Setelah hamper sejam berblogwalking, CH rasa ni blog yg terbaik tuk CH pilih sebagai blogger tuk segmen ni.. nama blog ni Budak-budak Karang Esei.. Owner dah start berblogging sejak Disember 2010.. Nak tau kenapa CH suka blog ni?? Sbb layout yang owner pakai sangat menarik perhatian CH. Apa yang penting ada bentuk love, warna hijau.. sgt berbeza! Yelah, selalu bentuk Love je warna merah dan pink.. so, penggunaan warna tu memainkan peranan juga.. owner blog ni seorang yg simple.. dan pastinya CH akan dtg balik tuk baca entrientri blog tersebut.. (skng pun tgh baca gak smbilsambil.. ) hehe.. susunan gadjetnya pun teratur, tak mcm CH, terabur.. (ntah bila nak tersusun gaknya.. L) owner blog ni rajin gak update.. so, apalagi, jom kita singgah ke blog BUDAK-BUDAK KARANG ESEI NI..


Blog yang last ni pun CH amek dr BLOGGER BARU.. owner bagi nama blog Lya Safar Life.. Blog dia ni yang CH rasa patut di follow sebab ada entry pasal beauty tips, DIY dan gamabr-gambar yang owner upload tu smua cantik-cantik belaka.. owner blog berusia 26tahun dan star blogger since tahun 2009.. yang buat CH rasa nak perkenalkan blog dia ni sebab CH tgok follower dia tak ramai walaupun dah lebih 2tahun berblogging.. atau mungkin dia x kesah tak ramai follower kowt.. (andaian CH jer..) apapun, CH nk ajak anda semua terjah blog dia..

So, apapun atau siapapun pilihan CH adalah atas sebab CH suka.. jadi, kalau anda semua rasa pilihan CH x setanding pilihan anda semua, CH x kesah.. setiap orang ada pilihan sendiri kan, dan diberi peluang untuk memilih, ye dak?? So, happy blogging!!



nota kepala : hope entri ni x mengguris hati sesapa yang baca.. takot sangat! ''(

Thursday, January 26, 2012

Kawen-Kawen Lagi ^_^

Assalamualaikum...
Sori lambat upload yer.. bagi CH lum basi lagi..
Wedding ni taun lepas CH pegi masa g cuticuti gan family kat Langkawi dulu..
kawan CH yang kawen ni nama dia Siti Masturah Binti Nasir..
kami kawan masa keja kat Kementerian Pelancongan dulu..
apapun, CH harap dia still ingat kat CH..
Dah dekat 3bulan dah dia kawen.. huhu...
hehe.. ok.. layan..

INI ADALAH ENTRY BERGAMBAR SAHAJA.. ^_^

pengantin sibuk perhati sape yg dtg..

ala akak, siannya, kain akak singkat..

x penahnya dia tgok kamera CH tau.. sedey!

dapat gak bergambar secara eksklusif..

bergambar sakan..

- S.E.K.I.A.N -

nota kepala : em.. susah nak tgok muka CH kat wedding org.. hehe..

Jemputan Kawen BFF - 21.01.2012

Assalamualaikum..
Yuhuu.. dah start keja ke uollss?? hehe.. arini CH dah start keja, tapi mood keja tu masih xde.. boleyh ekh? bole jer.. urmm.. sebenarnya CH nak review aktiviti CH masa cuticuti tu.. almaklumlah, bila cuti umum cam ni, kawankawan CH kebanyakkannya cuti.. yelaa..
diorg kan student.. huhu..
okeyh, xpayah nak panjangpanjang lagi citer, CH nak citer sket pasal pe yg jadi masa CH cuti CNY aritu.. okeyh, wedding yg CH pegi kali ni adalah wedding salah sorang BFF CH.. sebenarnya ni adalah diantara kawankawan CH yang masih contact CH especially time nak g majlismajlis camni.. nie sumer kawankawan CH masa CH skolah teknik dulu.. padahal kiteorg ramai, tapi ntah camner yg nie je melekat sampai skng.. mungkin sbb masingmasing dok JB dan slalu update kalau balik cuti atau off..
CH pegi nek keta CH dengan dak sapix, wanie dan shekeen.. jue and her lovely fiancee nek keta sendiri.. kawan CH yang kawen ni nama dia NOR AAINNA, nama pasangan dia plak MOHD HAPISZ..  aainna ni memang funny and sangat manja tau! CH suka kawan dgn dia sbb dia jujur dan yg paling penting dia sangat happening.. teringat zaman dok asrama dulu, slalu dia ajak CH blajar n solat sesama.. emm.. windu saatsaat itu.. so, masa dia anta SMS bgtau nak kawen, CH mmg sgt teruja dan sedikit sedey.. bukan per.. CH tunang dulu sbelum dia, tapi SERU dia sampai dulu, jadi rezki dia lah kawen dulu.. rezeki CH?? em.. doadoakan lah yer..  apapun yang jadi, CH redha.. apa yang penting, kesetiaan mereka kepada PERSAHABATAN kami x pernah putus.. walaupun dah kahwin.. Amin..

Ok, dah.. xpayah sedey k semua.. meh baca rentetan cite kami yang x seberapa ni.. huhu...

8.00pagi-9.00pagi
SMS dakdak nie tanya nak gerak kul bape.. Shekeen and Wanie kata lum siap.. CH lepaklepak jer.. Sapix plak baru sampai dari Ipoh, maybe tak ikut.. huh!

9.15pagi-10.00pagi
Dioerang SMS bgtau dah siap, CH? Kelam kabut lah jadinya sbb tengah bareng masa diorang msj.. seb bek dah iron baju.. huhu.. CH gerak g umah Wanie dulu sbb umah Wanie jer yang CH tau.. kuikui..

10.30pagi-11.00pagi
Sampai umah Wanie amek dia, bualbual jap gan ayah dia and terus gerak amek Sapix.. Why? Sbb Wanie x ckp umah Shekeen dekat gan umah dia.. tapi singgah 7e beli kad ucapan tuk Aainna.. Tukar driver gan Wanie, amek sapix and terus gerak g umah Shekeen.. masa tunggu Sheekeen, tukar driver lagi dengan Sapix.. Wanie kata dia x biasa bawak kat highway.. cam CH jer.. kuikui..

11.30-2.15ptg
Jem GILER!!!! pergh!! seb bek Sapix yang bawak.. huhu.. nampak JPO dah planplan gan Wanie nak g balik nie.. diorg dah g, tinggal CH jer belum.. hampeh! emm.. tapi kalau g x beli x best gak kan?? kawankawan CH cakap barangbarang kat situ outdated.. hurm.. yeker?? xtau lah.. sepanjang jalan tu we all discuss macammacam citer.. dari isu politik sampailah soal cinta.. masingmasing dah nak masuk 25tahun kan!! HARUSLAH cite sal pekarapekara yang positif dan mengembangkan otak nih! huhu.. bualbual sampai sesat skejap kiteorg.. tapi apapun, sempatlah kiteorg tengok aainna bersanding.. sampai semua termasuk CH kebulur gile bile sampai tu.. huhu..

ok, jom layan gambar!!!

Pose masa sampai
CH, Wanie dan Shekeen

Aainna and her beloved husband Hapisz

Aainna pening xtau nk tengok kamera mana.. :)

Selepas mamam..
3 stooges - Diana, Wanie and CH

Pasangan sempoi - Jue and Sepet

time gambar diorg jer gelap.. huhu..

Shekeen yang single..

K.A.M.I - Kami Awek Melayu Idaman!

Hero Kami - Sepet and Sapix

CH and Diana tunggu turn nak amek gambar gan pengantin

eksitet sumer nak bergambar

CH dapat gambar gan pengantin!

sian pengantin tersepit

balik time! (yang lelaki tu tunang Diana)

Shekeen and Wanie again!


nota kepala : gambar kali ni cantikcantik sebab kai kamera adik CH, 16mp lah katakan.. pasnie, wedding sape lah plak.. hehe..


Friday, January 20, 2012

Tak Der Citer Pasal Kawen??

Assalamualaikum..

Yuhuuu... waktu skng kul 5ptg kat opish den nih..
yihaaa... sudah mau cuti panjang okeyh!!!!
yang sedey tadi tu kita lupakan dulu ok?

em.. berbalik kepada niat asal nak buat entri ni.. erm.. sebenarnya ada orang keep on asking me why xde preview pasal kahwen pun kat blog ni.. kata bride to be (B2B) tapi xde pun ushausha sal hal kawen sumer... HARUS!!! tapi disebabkan nak jawab kawaankawan yang tanya tu CH buat entri ni..so, sesapa yang tergerak nak tanya or pernah tanya leh baca yer..

Sebab Munasabab ;

#1 - barangbarang nak nikah dah beli dari 6bulan selepas encik tunang lamar CH tuk jadi isteri dia.. sekitar taun 2009 (excited tak?
#2 - xde per nak share sebab semua barangbarang dah bes beli rasanya..= beli sikit2 sebab xnk pening..
#3 - x pikir ada org nak baca kisah hidup CH ni.. huhu (bukan artis pown..^_^)
#4 - sebab terakhir, dan sebab paling senang nak jawab ialah :
= xde tarikh nikah lagi, xtau bila nak nikah, xde tema lagi..

okeyh tak sebab ni???

rasanya ni jer yang CH boleh share.. sebab CH xnak lah nanti org keep on asking bila, sebab CH pun xtau bila seru nak smpai kat CH ni.. sesamalah doakan kebahagiaan CH yer..

nota kepala : sentiasa berdoa agar ALLAH bukakan pintu hati encik tunang agar mempercepatkan majlis pernikahan dan perkahwinan kami.. ''(

Alahai... Kenapa Jadi Macam Ni??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Korang sume mesti happy kan nak cuti panjang ni??
CH besebese jer..
Emmm.. Guess What??
baca tajuk entri jer dah rasa cam x best je kan?? hurmm..
sebenarnya CH nak share sumthing kat sini..

last week CH dapat tau yg CH kena g kursus kat Sg.Rengit, Kota Tinggi, Johor..
masa tu bos CH yg offer nak g ke tak.. memandangkan CH ni sejak masuk opis ni susah nak g kursus, CH pun terus jer setuju..
tak sangka lah plak kan, kursus tu kena pada tarikh cuti..
awalnya kursus tu kena pada 6-10 feb 2012 ni..
kan 5 feb ni maulud Nabi S.A.W, so carry forward ke isnin, selasa plak cuti sebab Thaipusam.. maka, lamalah cuti ye tak??..
then, tetibe opismate CH plan nk wat family day plak..
Family day tu wat kat Air Papan, Mersing pada 7-8 feb 2012 ni..
CH nk ikut sebab last year CH x ikut mas diorg g Langkawi, adalah masalah hal sikit masa tu..
this year nak wat family day dalam Johor jer, nak lah ikut.. em.. pe lagi, CH dengan sepantas kilat kol unit Latihan suh gugurkan nama CH gan member lagi sorang tu..

FUH!! Legaaa....

ingatkan masalah dah selesai, sebab bolehlah berjimba-jimba dengan opismate sumer..
yelah, sebab plan pergi xnk ajak encik tunang, bukan per..
encik tunang saya agak kolot konservatif sikit.. (maaf sayang..)
almaklumlah, encik tunang kata darah manis..

DARAH MANIS??

2 taun dah bertunang, rasanya darah dah PAHIT kowt..

SEDEY..

dan baru jer setengah jam yang lepas CH diberitahu bahawa surat panggilan kursus tu dah kuar..
and secara rasminya nama CH gan opismate yg sorang tu dah ada..

BLURRR...

KENAPA??

sebab tarikh kursus tu 13-17 feb 2012 ni..
adoyaiii...
kenapa takder tarikh lain korang nak pilih ekkhh???

MENCI!!!! hukhukhuk  ''(

x tergambar hancurnya hati CH bila dengar tarikh tu dah tukar..
em.. bukan per.. tahun ni CH nak masuk 24 tahun 25 tahun..
dan besday CH kena dalam tarikh tu..
CH baru berangan dapat spesel celebrate besday dari encik tunang..
and masa kol encik tunang tadi, CH tetiba leh nages plak..
tapi CH control sore CH tu biar tak nampak sedey..
and encik tunang ofkos tak nampak CH nages..
tapi seyes CH memang sedey..
for the first time of my life, CH kena celebrate besday jauh dari orang yang tersayang..
em.. xtaulah nape CH rasa sedey sangat, mood nak pergi pun dah xde dah..
rasa cam down sangat..
dahlah g gan orang yang tak baik dengan kita..
alahai.. kenapalah jadi cam ni..
apa nak buat, redha jelah.. dugaan namanya..
ALLAH tak uji kita dengan ujian yang kita tak mampu nak tanggung.. kan??
yer.. mesti ada hikmah di sebaliknya..


TOLONG.. X MAU G KURSUS TUUUU!!!!
ANYONE CAN HELP ME???

pesanan : jangan berahsia!! tulah padahnya nak berahsia dengan orang yg kita sayang..

nota kepala : harap sambutan yang akan encik tunang buat x mengecewakan CH nanti..

Thursday, January 19, 2012

Ada hikmah disebaliknya..

em, memang nak jadikan citer betul hari ini..
em.. selalu jadi cam ni bile CH kelam kabut..
CH g pejabat pos tadi nak beli setem tuk hantar borang peraduan,
CH beli setem rm0.60 sebanyak 30keping, jadi jumlahnya RM18, CH bg dia RM100 (xde wet kecik)
tapi ntah cam ne budak cashier tu pulangkan CH RM70, kesilapannya CH nk cepat tadi sebab nak wat kad bank CH, jadi CH pun main masukkan jelah kat beg duit..
sedarsedar je bile sampai opis time CH nak kirekire duit, CH tegok wet x cukup RM12.. aduii...
em, mesti budak cashier tu ingat jumlah setem yang CH beli tu RM30, bukan 30 keping..

Ya ALLAH..

Kalau ALLAH dah takdirkan duit tu bukan duit kita kan? emmm...

tapi, ada hikmah disebaliknya, bila CH g tapau gan member kat CAFE bawah opis ni, ada sorang CC (chief clerk) nak belanja CH makan.. bukan CH je tau dapat, kawan CH pun dapat gak tau!!

Ya ALLAH..

Kau memang Maha Pemurah..

Syukur ALHAMDULILLAH..

Walaupun jumlahnya tak sama dengan apa yang CH dah hilang tadi, dpat gak sembuhkan sikit hati yang kuciwa nie.. tulah kan orang kata, ada hikmah disebalik apa yang berlaku kan??

KALAU BUKAN REZEKI KITA, SAMPAI BILA-BILA PUN XKAN JADI MILIK KITA.. ^_^

Xde niat nak salahkan dak tu pun.. salah CH gaks sebab x cek betulbetul bagi wet CH td..

PERINGATAN!!!
len kali cek dulu baki anda sebelum anda meninggalkan kaunter!!
(padahal dah terpampang ayat tu kat manamana kaunter kan??)

Nota kepala : teringat dulu rugi RM200 gara-gara tak tau tukar wang pos kepada duit.. hurmm..
Tips-Tips :: Pesanan Untuk Keluarga Bahagia

Oleh : Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

nota kepala :  sesuai untuk bakal pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri Langkah Bestari Suami Mithali