Friday, March 30, 2012

Winning Entry || Jidin Sengal by Asia Media TV

 Assalamualaikum.. 
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah ini.. Penghulu kepada segala hari.. Alhamdulillah.. Ada sinar kejayaan di hujung-hujung bulan ini.. hehe.. Allah memberi rezeki buat me sekali lagi untuk menang.. first time tuh menang kat FB Asia Media TV.. memang tak sangka.. actually, result dia kuar 26 Mac 2012, tapi me tak tengok pun FB dier.. tetiba pagi td me dapat call dr sorang awek tuh gtau yg me menang!! fuh!! sore awek tu dhlah lembut, sopan dan santun plak tu.. *jgn pike me Lessie plak eh!* awek tu pun cakap lah yg me menang baju, tiket wayang, blabla.. hehe.. Alhamdulillah lagi.. pas chit chat gan awek tu, dia gtau nanti dia email me pasal full details.. hehe.. baiknya hati kamu.. apapun, terima kasih sbb sudi call me.. me sempat print screen je, malas nak edit2 nama me, me punya nama no.14.. *sila tengok, kalau tak percaya!* kalau nak tegok full note sila KLIK SINI.. kot-kot ada nama korang ker.. so, dapat lah korang redeem hadiah tu nanti.. hehe.. apapun, me mmg tak pernah harap nak menang kat FB ni, sbb ramai sgt saingannya.. hehe.. tulah orgkata rezeki kan? huhu..

 me x pandai sgt bab2 nak edit ni.. kira boleh jelah.. :)



nota kepala : Kemenangan ke-5 dalam bulan Mac 2012, jumlah kemenangan 12 dalam 2012


Wednesday, March 28, 2012

Abby Abadi bertudung selepas balik umrah || ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum.. Cerita ni Me amek kat SINI

 

Alhamdulillah.. 
suka me dengar perkhabaran ni tau!! mana taknya, me memang suka sangat dengan Abby Abadi ni, lagilagi sejak dia putus kasih dengan Norman Hakim.. barubaru ni dia pun putus kasih gak dgn si Zul tu.. kesian kak Abby... Allah bagi dugaan kat kita.. sebab Allah sygkan kita.. betul tak kak?? hehe.. apapun me suka katakata kak Abby sejak pakai tudung ni..
 "Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini."
 Abby Abadi juga menegaskan bahawa dia percaya bahawa beliau tidak
 terkilan sekiranya tawaran berlakon semakin berkurangan, 
sebaliknya percaya bahawa rezeki datang dari ALLAH.. 
Cayalah kak Abby!



nota kepala : terdetik di hati untuk mengerjakan umrah juga kerana ingin mendapat ketenangan, tapi tidak mahu dtg kerana hati yg luka.. mungkin seru Ilahi belum sampai lagi kepadaku.. :( Insya-ALLAH satu hari nanti.. Amin..

Wordless Wednesday || Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Arini me memamng tak terkata.. Alhamdulillah.. Syukur, me dapat pe yang me doakan selama ni termakbul.. Me dapat atas sebab ALLAH masih sayangkan me.. Alhamdulillah.. Inilah hasil drpd orangorang yang sabar.. Setelah dugaan yg me terima dua tiga hari lalu, akhirnya me dpat berita yg menggembirakan.. Walaupun baru permulaa, tapi me bersyukur sangat.. ALHAMDULILLAH.. Sesungguhnya, percayalah kawankawan, bahawa ALLAH Maha Penyayang dan Maha Mendengar.. Semua permintaan akan ditunaikan, sama ada cepat atau lambat sahaja.. Jadi, berdoalah sebnayak yang boleh dan bertawakal serta redha dengan ketentuan-NYA.. Insya-ALLAH, ALLAH akan membantu.. Apapun, doakan kejayaan me yer.. Nanti me bgtau apa yg menggembirakan me, selepas semua selesai.. SUPRISE!!! :)



Terima kasih pada yang sudi baca.. :)

Shell Helix is giving away prizes worth over RM200,000. Here's how you can win them.

Shell Helix is giving away prizes worth over RM200,000. Here's how you can win them.: Get your chance to win an all expense paid VIP trip to Italy. Buy a minimum of 4 litres of Shell Helix Ultra, Shell Helix HX7, Shell Helix HX7 E or Shell Helix HX7 Diesel, get the contest form and submit your entries!

Tuesday, March 27, 2012

Winning Entry | Giftbook Voucher

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. pagipagi bukak FB me dapat tau me menang hadiah.. hehe.. Syukur, ALLAH masih sayangkan me.. walaupun x seberapa, tapi rezeki me tuk menang tu ada.. hehe.. me menang dari FB Giftbook tapi me tak pasti hadiah/voucher tu tuk apa, yg me tau me mungkin dapat Sweet Hut-Free Mango Sago Pamelo voucher. Apa tu ek?? makanan ke? hehe.. HALAL ker x ek?? kalau tak halal me bg kat org len je.. hehe.. apapun, ni permulaan yg baik utk me..  dan buat me rasa bersemangat utk mencuba lagi walaupun ramai yang tak menyokong, xpelah, aslkan me tak susahkan org len..

Terima Kasih Tuhan @ ALHAMDULILLAH.. 


nota kepala : kemenangan ke-4 dalam bulan Mac 2012, jumlah kemenangan : 11 dalam 2012

Monday, March 26, 2012

Ketentuan | Pasrah

Assalamualaikum..

Em.. pe yang kamu semua rasa pagipagi Isnin ni yer??? Aku?? Macam ni lah.. Macam selalu, macam ari semalam, minggu lepas, bulan lepas, dan mungkin taun lepas, perasaan aku masih sama.. Dah kenapa??
Mesti kamu tertanyatanya mengapa aku berkata tentang rasa atau lebih senang lagi perasaan pagipagi Isnin ni kan?? Ntahlah.. Sebenarnya aku pun tak tau..

Apa yang aku tau skng ni, aku PASRAH..

Redha..

Tawakal..

---------->>>> MENGALAH!

Ye, aku sedang mengalami kekalahan yang paling BESAR dalam hidup aku.. Dilema yang telah aku sendiri alami dan cipta selama beberapa tahun ni.. Impian yang mungkin hanya aku sendiri yang CIPTA dan ANGANKAN..

YE, hanya aku yang bermimpi untuk hidup bersamamu..

Terkadang aku TERLALU MENCINTAI DIA..
Terkadang aku TERLALU MENGASIHI DIA..
Terkadang aku TERLALU MELINDUNGI DIA..
Terkadang aku TERLALU YAKIN PADA DIA..
Terkadang aku TERLALU PERCAYA PADA DIA..
Hinggakan aku sendiri yang TERLUKA..

Jangan TANYA MENGAPA AKU MENCINTAI DIA..
Jangan TANYA MENGAPA AKU MENGASIHI DIA..
Jangan TANYA MENGAPA TERLALU MELINDUNGINYA..
Jangan TANYA MENGAPA AKU YAKIN dan PERCAYA PADA DIA..
Jangan TANYA MENGAPA AKU MASIH SETIA..
Jangan TANYA MENGAPA AKU MASIH SABAR dengan kelakuannya..
Jangan TANYA LAGI..

Kerana..

AKU SENDIRI TAK PASTI..

Adakah aku MASIH MENCINTAI dan MENGASIHINYA..
Adakah aku MASIH SETIA DENGAN CINTANYA..
Adakah aku MASIH SUDI UNTUK MELINDUNGINYA..
dan yang palin utama...
Adakah aku MASIH PERCAYA dan YAKIN PADA DIRI dan JANJI-JANJINYA??

AKU TAK TAHU..
AKU TAK MAHU TAHU..
AKU TAK TAHU DIA TAHU..
dan AKU TAK MAHU DIA TAHU..

Aku cuma berdoa pada ALLAH, andai dia benar jodohku seperti yang tertulis di Loh Mahfuz, aku REDHA.. Tapi, andai tidak.. jangalah kau mengizinkan aku untuk MEMBENCINYA.. Kerana aku tak sanggup untuk melihat dirinya DISAKITI OLEH KU..

Mengapa begitu besar dugaanMU untukku YA ALLAH..
Kuatkanlah semangatku agar aku mampu mengahadpinya..
Aku memohon padaMU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..

nota kepala : orang yang menghukum tidak tahu akan kesakitan yang ditanggung oleh orang yg dihukum.. INI BARU HUKUM DUNIA.. :(

Friday, March 23, 2012

Panduan || Pantang Larang Semasa Wanita Hamil

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya. secara logiknya SYAITAN paling banyak dlm waktu tu, so kita kena pandai jaga diri..
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan, terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauh mana kebenaran dalam pantang larang ini?? Wallahualam.. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukannya.. Berdoalah sebanyak yang mungkin supaya kita dijauhi bala bencana, NAUZUBILLAH..

nota kepala : geleng kepala melihat ibu mengandung yang merokok.. hurm..

Petua Untuk Rumah Tangga Bahagia



 Assalamualaikum...

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan Paling manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10. Suami mesti lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16. Pasangan tua, terutama isteri, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19. Suami isteri pelu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

Winning Entry | Cosmo Promo-Mirror Mirror

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, pepagi Jumaat yang penuh barakah ni me dapat satu SMS yang menggembirakan me.. me memang teruja dan sangat EXCITED!!! hehe.. 
mana taknya.. me dah lama join contest SMS majalah COSMO, tapi sehingga hari ni me belum lagi dapat hadiah yg me idamkan.. tapi SMS yang me dapat arini mmg betulbetul wat me happy.. syukur Alhamdulillah skali lagi.. hehe.. 
actually me x ingat me dpat hadiah pe tuk promo ni.. tapi yg me pasti mmg nilainya lebih dr RM100 kot.. hehe.. betul kata en.tunang, kalau kita sabar, ALLAH akan bg ganjaran.. 
kalau kita dah berusaha, diikuti dengan doa dan tawakal, 
maka ALLAH akan bg kita ganjaran g sewajarnya.. Insya-ALLAH.. memang tulah tanggungjawab kita sebagai manusia yang beragama Islam.. 
P.E.A.C.E..
xpe, nanti hadiah dah sampai me update ok? hehe..

Nota kepala : Kemenangan ke-10 untuk 2012

Sari Yanti Berubah | Lebih Ayu dan Manis Bertudung

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sehari demi sehari kita mendengar perubahan artisartis kita yang telah berhijrah ke arah kebaikan.. samada berkahwin, menjadi pendakwah, tidak lupa juga artis wanita kita yang telah berhijrah dengan memakai tudung.. Begitu juga dengan pelakon berbakat besar dan berwajah cantik jelita ni, Sari Yanti yang telah berhijrah dengan memakai tudung.. Alhamdulillah.. Sebelum ni, Diana Amir buat kejutan kepada semua peminat dan dunia hiburan yg penghijrahannya dengan memakai tudung secara tibatiba, kini Sari Yanti pula mengikut jejak langkah beliau.. Alhamdulillah.. Sebagai seorang ibu muda yg mememiliki 2 org cahayamata ini, Sari Yanti bijak menyusun jadual kerjanya dengan tugas harian sebagai seorang ibu.. Tahniah me ucapkan untuk beliau.. samasama kita nantikan sitkom terbaru beliau yang akan berisaran di TV9 nanti.. em, marilah kita samasama mendoakan kebahagiaan beliau dan niat beliau untuk berubah berkekalan sehingga akhirnya.. Insya-ALLAH..


nak tau lebih lanjut boleh tgok SINI atau SINI

Terima Kasih Sudi Baca!

nota kepala : em.. terasa sayu hati, bilalah me nak berubah sepenuhnya memakai tudung.. :(

Wednesday, March 21, 2012

Akaun Twitter | Ketinggalan..

Assalamualaikum...

Sape yg dah ada akaun twitter?? Mesti ramai kan..
Me baru nak buat Twitter.. agak ketinggalan kan? 
x kesahlah.. asalkan tak menyusahkan orang len.. hahaha.. 
nak gitau tu jer.. (kepohchi betu me ni..)
tp sesapa g berminat nak follow me, leh lah follow yerk..
padahal tak tau aktif ke idak.. 
lalalala...

Dia Sayangkan Kau | Alhamdulillah...

Assalamualaikum..

Pepetang ni xtau nak tulis entri pe.. tapi tadi masa anta dokumen kat 2nd boss berbualbual jap ngan akakakak opish me.. sambilsambil me mam biskut kacang, dey all ckp.. 
"ko ni bila nak kuruskan badan?? kata nak jadi pengantin? kang laki x suka plak.." 
hahahaha.. aku tak tau nape aku ras macam nak gelak besar petangpetang nie.. 
em.. masih ada lagi org nk bangkitkan isu ni dengan aku.. 
hehe.. bukan pe, telinga aku ni dah lali dah nak dengar katakata macam tu.. 
pada aku, aku bersyukur dengan apa yang ALLAH dah berikan pada aku selama ni.. 
pastu tetiba sorang lagi cakap "ala, tunang ko mmg sayangkan ko, 
sbb tu dia x kesah kot ko x kuruskurus!" 
YES, OF COURSE! I'M REALLY SURE, THAT'S WHY I'M CHOOSING HIM! 
lalalala.. (geli plaks rasa) apalah yg ada pada rupa fizikal, 
jika hati kita tak seindah rupa paras kita, ye dakk?? 
apapun, aku mmg bersyukur dgn apa yg diberikan oleh YANG MAHA ESA.. ALHAMDULILLAH..