Tuesday, June 12, 2012

Kenapa Samsung SII?

at last, dlm keterpaksaan aku beli SII.. bukan niat nk menunjuk.. cuma keterujaan utk memiliki tu haruslah dikongsikan bersama.. :) ececey! yer yer je ko ek! lalalala.. sejak aku tgok iklan SII kat tv/youtube yg berlambak bagai tu, ditambah gan kengkawan yg asyik mengexposekn SII mereka, buat aku rasa nyampah+meluat tuk memilikinya.. hahaha.. haruslah! tapi, aku tetap gagahkn tgn chubbyku ni utk membelinya.. 
A.K.H.I.R.N.Y.A
yeahh!! SII itu telah seminggu menjadi milikku.. ada ker org kesah dah brapa lama ko beli?? siapa kata aku tak leh nk expose n buat korang menyampah n gediks.. lalalaa.. hahaha.. apapun, syukur, Alhamdulillah.. sambil sapu air mata yg jatuh cm air terjun.. hukhukhuk.. aku mmg teruja+terharu sgt, sampai nak tdo pun aku genggam SII ni.. nampak sgt ko bodek! seyes aku mmg teruja! memandangkan aku ni suka amek gambar a.k.a syiok sendiri lah aku pilih SII ni, bukan kte reti sgt menda alah ni sume, tp sbb aku tgok kualiti gmbr2 yg kengkawan aku pakai bt aku mkin ingin memiliki.. Iphone plak byk sgt apps dia yg aku tak phm.. 
lgpun , org kata Apple ni sesuai tuk org yg tinggi IT je.. ye ke idak??
aku ni dahlah bengap IT tahap siput babi.. huh! xpelah, apapun, bila ada SII ni, 
semangat aku utk berblog semakin tinggi cam menara Eiffel kat Paris.. fuh! tinggi tu..

bila lah aku nk smpai sini.. :(

ha..!! cam ne? tinggi tak? tinggi tak? please cakap tinggi, kalau tak aku nagis guling2.. ginilah tingginya harapan aku tuk berjaya dalam dunia blog setakat ni.. ni.. sejak encik tunang pun dh bg kata2 semangat, aku harap aku akan berjaya macam blogger2 len.. amin.. AKU AKAN BERUSAHA!! yeahh.. pasti berjaya di akademi fantasia... eerrkkk!!!
oklah, till the next entri..

nota kepala : aku bukan pandai sgt nk menulis ayat yg buat orang suka baca.. :(

Sunday, June 10, 2012

PETUA CANTIK || Jom Kita Pelajari..


Assalamualikum..

Arini aku nak SHARE sikit pasal kecantikan.. Walaupun aku tak berapa nak cantik.. Tapi aku bersyukur dengan pemberian-NYA.. Apapun, aku harap korang pun sama gak lah yer..

Renungan :
NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA. AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA. HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA.

Nak CANTIK?? Senang je..
 
Cuci Wajah 5x Sehari
v  Kalau anda ingin kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5x sehari. Kira masa korang nak sembahyang tu kan korang amek air wuduk, cukup dah 5x. Tapi, air wuduk tu jangan lap, korang biarkan kering sendiri. Sebab air wuduk ni pelembap semulajadi, tak payah korang pikir2 nak beli pelembap mahal2.. huhu..

Bersenam Elakkan Stress

v  Ahli kesihatan kata, orang yang selalu stress adalah orang yang kurang bersenam. Jadi, selain korang bersenam kat luar umah, ada lagi 1 senaman yg korang boleh buat, senang je.. SOLAT. Ye, bersenam melalui solat. Sbb masa korang solat, korang gerakkan seluruh anggota tubuh anda. Solat juga adalah sebaik-baik senaman untuk umat Islam.

Rahsia Bibir Cantik

v  Bibir yang cantik, berseri dan mungil bukan sahaja boleh didapati dengan hanya olesan gincu atau pelembap bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orang lain, tidak sombong dan takabur. Korang kenalah sentiasa lafazkan kata2 yang indah2 je, baca Al-Quran ke.. dapat gak pahala kan?

Dikenali Dan Disayangi 

v  Haa.. Sape yang xnk glamor kn? So, kalau korang nak jadi terkenal dan ramai kawan, korang kenalah member salam kepada kawan2 korang, xkira lah yang satu kelas ke, satu opis kea tau kat mana2lah.. Secara tak langsung korang akan lebih dikenali dan dapat tambah kawan, malahan disayangi mereka.

Tubuh Langsing Jadi Idaman

v  Siapa kata kalau nk kurus kena makan pil kurus dan diet je?? Tapi, tuk pengetahuan korang, diet yang terbaik adalah dengan berpuasa secara teratur. Tak payah banyak, korang puasa Isnin dan Khamis setiap minggu je (lagi baik sambung sampai Jumaat). Insya-Allah, tubuh korang akan kekal langsing dan sihat. Korang kena gak mkn byk sayur2an, buah2an, dan air kosong 8 gelas sehari. Buah Kurma adalah yang terbaik.

Jom jadi CANTIK! :)

Terima kasih sudi baca..

 





Friday, June 08, 2012

# 6 Mutiara Kata



 Asalamualaikum..

“ Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.” ~ Imam Nawai~


Thursday, June 07, 2012

Syukur.. Alhamdulillah...

Sesunguhnya Allah maha mengetahui setiap sesuatu pkara..

NAK 1O KG JER.. 


Ape tuh? 10kg?? Nak beli emas ke nak beli beras??? Hehe..
xde ar, arini aku nk share psl diri aku yg Chubby ni..
gambar kt bwh ni korang judge ar sendiri.. gmbar aku mse remaja mude belia cam dh tua sgt plak ko ek? Saja je nk share gan peminat2 sume, lalala.. artis ke ko?? Cer korang tgok bek2, apa perubahan yg paling ketara terjadi kt haku ni?


   Ermm.. ni, gambar aku masa 2007   

Ermm.. ni, gambar aku masa 2011


cmne?? Apa pendapat korang? Tolonglah bg kritikan yg ikhlas dan membina..
tp korang ingat aku tak tau ada yg tergolek dok sbb ketawakan aku??
Tak baik tau.. sob sob sob.. 

arrgghhhh!!! X suke! X suke! Tensionnyer! 

Seyes aku tension tahap cipan bila piker pasal nk kurus ni..
Jeans levis yg aku pakai time 2007 tu tersadai je dlm gobok, aku memang tak nak jual, sbb aku yakin, aku akan kurus balik! 

Yer, mesti! Walaupun aku tau peratusan tuk kurus tu cuma 20% :(

Sekurang2nya turun 10 kg!! sebelum aku kawen.. giler ko, 10kg tu! Ko ade??
Aku rse skng ni pas usaha gigih aku, dh berjaya kurang inci je, tp berat lom ag..
aku nk g jog takde kawan, nk g gym, MAHAL! Walawei ko ni manyak cekadak plak ekk?? Hahaha.. lantak pi lah.. apapun, aku masih berusaha tuk turun 10kg.. 

korang jangan tak percaya! Percayalah, please, please.. L
apapun, aku xdelah obsess sgt nk kurus smpai nk kena muntah sume makanan aku, takde pekdahnyer dik ooii.. makanan skng dhlah mahal, ko plak dh mkn sedap2 pastu ko nk g muntahkan balik wtpe?? Lbih bek ko xyah mkn terus.. bg je wet korang tu kat anak2 yatim.. sedekah lg byk pekdah cik akak cik abg ooi..
lalalalala.. sblm aku start merepek bek aku stop dulu..
hehe.. tq sebab sudi baca ek.. daaa..

Assalamualaikum..      

Nota kepala ; walaupun si dia x pernah komplen sjak dulu, tp kritikan org sekeliling selalu bt aku rasa down.. L

# 4 Mutiara Kata


Assalamualaikum..
“ Carilah cinta yang hakiki, cinta manusia akan mati. Tapi cinta Allah cinta yang hakiki. Membawa ketenangan. Membawa ketenteraman dalam diri dan hati kita. Sematkan Allah di hati. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyyah yang sanggup menolak pinangan Hasan Basri seorang ulama terkenal semata-mata mengaharap cinta Ilahi. Tapi kita hanya manusia. Perkahwinan adalah sunnah. Namun, dari sisi besar cintanya pada Allah patut kita contohi. Wallahu’alam bissawab.”

Wednesday, June 06, 2012

# 5 Mutiara Kata


Assalamualaikum..

“ Dan di antara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh.” ( Ali Imran 133-134)

Terima kasih sudi baca. 

# 3 Mutiara Kata


Assalamualaikum..

“ Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alas an.” ~ Peribahasa Arab ~

Ohh.. Patutlah..


Dari dulu me memang suka makan makanan yang berasakan halia, tak tau nape, tp me memang suka sangat! Tapi, bukan ratah macam tu jer tau! Huhu.. kalau me masak su, me akan hiris halus2 halia tu biar sng nak masuk dlm mulut me yg chuel nih! (chumel ker??) HARUSLAH! Hehe.. so, arini me nak share sikit beberapa fakta/rahsia/khasiat halia..

Khasiat Halia : 


Membantu untuk mengahadamkan makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampurkan sedikit gula yang diminum dengan air panas.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayuran apabila sudah dimakan atau diminum.
Mampu turunkan Paras Kolestrol (boleh kurus woooo…)
Mengubati Selsema dan Asma
Mengurangkan Sakit Sendi dan Sakit Otot
Menghilangkan Bau Mulut

Ha, macam mana kawan2.. cukup tak? Ha? X ckup.. xpe2, nanti me try carik lagi apa yg me tau tentang rahsia halia ni.. Sapa kata barang2 yang ada kat dapur tu hanya sesuai tuk masakan kita kan??

Oklah, sampai sini je dulu.. 

Thanks sbb sudi baca..


Nota kepala : me akan share menu sihat menggunakan halia ni next post ok? Wait for the next enry  ok? Daa..

Tuesday, June 05, 2012

Finally....

Aku n kamu akhirnya bersatu... ;) i'm falling in love with u since the first time we met! Cannot left u even in just one second.. Ohh.. U drivd me crazy.. Lalalalaalaa...

posted from Bloggeroid

# 2 Mutiara Kata


Assalamualaikum..

 “Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat menyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”

Busy VS Lapar


Hurm.. pas balik kursus ni, berlambak tahap menara Petronas keja me kat opis nih.. adui.. memacam nak buat, nak piker lagi.. lalalalalala.. waaaaa… sape nk tolong me wat keja sume ni?2 haishh.. sampaikan sek lek lambat jer nk siapkan sume keja ni.. xpela, ni la tempat me crik rezeki..

ABC Spesel + N.Goreng Hot Plate = S.E.D.A.P!
Lalaallala.. lalallaa… lalala…
Aku cinta.. aku rindu… walau berjauhan ku tahu hatimu..
Lalalalalala… lalalallala…
Wah, senang hatinampak mak jemah?? Keja kau dah siap ker??
Huh! Statement membunuh emosi pepetang yg indah ni.
Me sebenarnya ngah pening gan keja yg setinggi menara KLCC tuh! Dh byk piker n menaip bt me rasa
L
A
P
A
R
Hahaha.. memang lapo giler nih! tetibe teringat menu mse me g Langkawi taun.. memang terliur tahap ibu mengandung lak.. oppss!!


ABC spesel for my lil sis, cikong panas for me, nyum2


Nasi Goreng Hot Plate

GLUP!!erkk..
Apapun, keja kena siapkan dulu, mse berjalan.. jap lagi nak g dating gan encik tunang… yiihhaaayabedabedu..
Terima kasih sebab sudi baca..



nota kepala.. Ya ALLAH.. asek makan jer aku nih!


# 1 Mutiara Kata


Assalamualaikum.. 

“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk dicintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci untuk menuju syurga.”

Jagalah “HARTA” Kamu || Khusus Untuk Wanita/Perempuan


Assalamualaikum.. 

Salam 15 Rejab 1433H.

Maruah adalah aset penting @ Harta yang perlu dipelihara bagi memastikan segala pekerjaan anda diredhai Allah S.W.T. Aurat juga merupakan maruah diri yang wajib dijaga.Islam sendiri menitik beratkan hal kesucian diri kepada wanita demi kebahagiaan abadi.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, 

“Dan  katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka kecuali yang  zahir daripadanya, dan mereka hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melaikan kepada suami mereka..” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Hurm, daripada Firman Allah di atas ni, kita sama2 lah sentiasa bersifat sederhana dalam berpakaian dan segala2nya.. Kita diminta supaya tidak berhias secara berlebihan sehingga menimbukan zina penglihatan kepada mereka yang bukan mahram dengan anda. Sesungguhnya iman yang tebal dan kuat yang dapat melindungi kita daripada perkara yang tidak elok.. 

Wallahu’alam bissawab.. 


nota kepala : me pun banyak dosa.. tak tau ntah bile akan terampun dosa2 ku..

Monday, June 04, 2012

Perkongsian Ilmu..


Salam Rejab

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia, Salam Muhibbah..

Bersempena dengan Bulan Rejab yang dah pun membuka tirai, so, me terfikir lah nak share sikit2 pe yg patut.. nak share Mutiara kata, Firman Allah, Sabda Rasullah, atau apa2 je yg me rasa baik n bagus utk dikongsi bersama..
Actually, rasanya semua org pernah dengar, baca atau tahu tentang pe yg me nak share ni.. Semua yg me share ni me amek kat majalh, kat web islam, dan lain2.. kalau me tau sumbernya, me akan mention nti yer.. J Insya-Allah, me akan post bukan sekadar untuk bulan Rejab saja, tetapi, sampai bila2.. Insya-Allah..
So, sama2lah kita pelajari, hayati, amalkan n kongsikan apa jua yg kita telah ketahui untuk kebaikan bersama.. Me harap apa yg me cuba lakukan ini tidak disalah tafsirkan..Me pun bukan alim sangat, just niat me nk kongsi apa je yg me tu serba sedikit..
Apapun, harap anda semua seronok dan dapat sedikit ilmu ketika membaca..

Wallahu'alam..

Terima kasih kepada yg sudi baca..

Friday, June 01, 2012

June Kembali.. Yeay!!!


Setiap tahu, me akan tertunggu2 bulan June.. huhu..
nak tau nape me mmg suka sgt bulan June ni??!!
Aik.. apsal lak nk jerit2 nih! Hehe..
Apapun, jom kite terjah pe sbb me suka bulan Jun ni..

Sebab Chubby suka bulan June adalah…
Bulan menjimatkan + makan sedap2, yeahhh!
Kenapa?? Laaa.. korang tak tau ker..
kan bulan jun ni selalunya ramai org tawen! Ahahaha..
 ofkoslah me akan dapat undangan perkahwinan tu..
 terang2 dh jimat duit mkn time hujung minggu tu..
yg lg bes leh tgok pengantin aw! Lawa2 chomey2 sume!
Huhu.. jgn marah kalau me x g jemputan kawen anda..

Besday si dia.. wow!
Hurm… tiap taun me akan piker nak bg hadiah pe tuk si dia..
yelah.. tiap taun encik tunang musti akn belikan me sumting, tak pernah tak de..
kecik  besar, sume ado.. so, tiap kali bulan Jun je,
me akan eksited nk pike hadiah pe yg terbaik tuk me bg dia J
harap taun ni dia suka gan pe yg me beli tuk dia J

Bulan BUSY.. tahap merepek meraban..
Selalunya kalau kerja gan kerajaan ni, bulan 6 lah kita akan terasa sibuk aw..
Tapi tak taulah kt tmpat org len..
Kalau kt tmpt keja me, time nilah diorg nk bt kursus byk2,
sbb pertengahan taun, wet jbtn byk ag,  memacam lah diorg nk bt event,
so me bz lah kt opish tu gan claim org, claim mkn, bla bla bla..
selalunya time ni me jarang amek cuti rehat,
 scara tak langsung boleh save duit gaji.. huhu..

Time tuk menilai diri..
Tiap taun me ada target sendiri, sama ada dlm kerja atau hidup..
so, mse ni lah me nk nilai, adakah me dapat capai pe yg me target mse awal taun dulu..
ni sume sbg petunjuk ttg kejayaan or kegagalan me sorang je..
Alhamdulillah, setakat ni sume ok..

Shopping time!!! Yiiihhaaaa..
Selalunya mega sale kan start dlm bulan jun @ julai, lebih kurang la..
 bulan ni gak peti surat umah kita tu cm nk termuntah gan pelbagai catalog
dr pelbagai syarikat jualan, sama ada langsung atau tak..
mse ni gak lah kita leh tgok mak2 kita bermesyuarat tingkap ngan mak jemah
sebelah umah tok cite psl pe yg diorg dh beli mse sale.. huhu..
aku suka situasi ni, memasing nk tunjuk hebat..
yg parah, ofkos para bapa.. hehe.. tapi taun ni aku x bershopping sgt,
sbb nk focus tuk kawen katanya!
Insya-Allah.

hurm.. tu je kot rasanya setakat nie.. hehe..

S.E.K.I.A.N

Dah bes dah.. hehe.. tu jelah antara sebab nape me suka bulan Jun ni..
ceh! Mcm manyak je kan td, rupanya bape ketul je ha..
 apapun, me saja nk share je gan korang.. so, korang plak cmne?
Bulan pe yg korang akan tunggu tiap taun?
Jom share gan me..

Terima kasih sudi baca.. kalau suka tekan LIKE eh! Ma’ceh..

Nota kepala : sebenarnya lom pike nk beli pe tuk si dia..