Friday, August 31, 2012

Merdeka Maksiat | Kakitangan Awam Ditangkap Khalwat

DALAM SERBUAN MALAM TADI SEORANG KAKITANGAN AWAM JUGA TURUT DITANGKAP.. !!!

Aisey.. Aku on2 tv jek dengar pemberita tu ckp cm tuh! Pergghh... Berderau darah aku.. Em.. MEMALUKAN! Mesti rmai yg tgok n judge kakitangan awam yg len.. Hallo.. Ko xde duit nk wt majlis besar2 ko nikah jela.. Pastu ko nk m*** ktne pun xde org kesah tau x??? Ggrrrr.. Geram btol aku.. Yg lagi aku geram dan sakit hati sbb nampak ada tudung tergantung. Sedey rasanya. Memalukan.. Bukan nk kata aku baik.. Tp korang pike sendirla nape isu macam ni x pnh abes? Inikah petanda dunia nk kiamat?? Waallahualam..

Nota kepala : aku cuma insan yg sdg mencuba menjadi lebih baik drpd skng..

Tuesday, August 28, 2012

Satu Amalan Nilainya SYURGA

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda :

· Kurangkan makan bawang besar
· Kurangkan makan berempah
· Kurangkan makan ketumbar kering
· Kurangkan menonton hiburan
· Kurangkan membaca majalah hiburan
· Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
· Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
· Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
· Jangan makan kepala ikan
· Jangan minum air yang ada semut
· Jangan tidur selepas subuh
· Jangan tidur selepas asar
· Jangan tidur selepas makan
· Jangan makan terlalu kenyang
· Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
· Jangan menyapu rumah pada waktu malam
· Jangan makan yang masam-masam berlebihan
· Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
· Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan :

· Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
· Selalu makan makanan yang panas2
· Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
· Selalu minum air masak
· Selalu makan ulam2
· Selalu mengamalkan pandangan hijau
· Selalu bersenam
· Selalu menggunakan imajenasi otak
· Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
· Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 FOSITIF dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
· Jangan ego
· Jangan dengki pada orang lain
· Jangan makan dari sumber yang tidak halal
· Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
· Jangan makan makanan yang ada pewarna
· Jangan makan makanan yang ada pengawet
· Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
· Jangan mandi selepas 9.00malam

.......dan yang paling penting dibawah ini........

Jangan sengaja lewatkan solat.
 # Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
# Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
# Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
# Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
# Kerana bangun pagi itu membuka pintu rezeki.
 
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
# Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
# Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
# Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
# Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa. 
# Mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
# Kalau mahu hidup bahagia.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. 
# Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
# Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
# Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. 
# Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan diri berbohong.
# Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. 
# Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
# Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
# Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)



Nota kepala : saya dapat email ni dan share pada anda semua.. :) Wallahualam..

Thursday, August 23, 2012

Malam Lailatul Qadar..

Saban tahun aku menunggu kehadiranmu..
Tp.. Saat aku bnr2 sedia menunggu..
Kehadiranmu tidak ku sedari..
Mgkin blm rezkiku utk menemuimu.. Mgkin juga imanku setebal kulit bawang sahaja yg menyebabkn ku sukar menyedari kehadiranmu..

Alangkah ruginya mereka..

Mereka semua yg tidak merasai kehadiranmu..

Alangkah ruginya aku..

Yang belum merasai nikmat kebesaranNya itu...

"Ini bukan rezekiku"

Aku akan merindui mu lg..
Seperti selalu..
Saban hari, saban minggu,
saban bulan sehingga Ramadhan hadir kembali..

Itu JANJIKU..

Agar aku bisa menemukanmu..

Allahu Akbar!

Nota kepala : tiada siapa tahu kebesaranNya...

Monday, August 20, 2012

Petua Untuk Kelihatan Berseri || Khas Untuk Bakal Pengantin Perempuan


## Bunga Mawar

- Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh
  perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

## Timun

- Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan
  rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

## Lobak

- Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk
  meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

## Tomato

- Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya
  pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

## Avocado

- Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang
  ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap

Wednesday, August 15, 2012

Kelebihan Bismillah

.................
Assalamualaikum..

sambungan dari entry ni ...

Sebenarnya, aku nak citer sikit pasal kelebihan Basmallah atau Bismillah..
Em.. Selama ni, (setakat pagi tadi) aku tak pernah lagi lupa baca Bismillah atau niat utk pergi keja sebelum start bawak keta.. tp, ntah kenapa pg td, aku nk rushing jer, smpai aku terlupa baca Bismillah.. niat petah lg kn.. huh! apa lah nk jadi.. mgkin sbb tu Allah marah jika hamba2nya tak mengingatiNYA kan? lebih2 lg org cm aku ni.. 
sebab tulah jadi cm ni kot... ",(

Citernya cm ni.. Pagi td, mse aku tgh undurkan keta, aku langsung x dengar bunyi sensor keta aku dan tak perasan ada org dah hon2 aku tuk bg peringatan kt aku yg aku dh nk langgar keta kt belakang tu.. disebabkan tak dengar dan tak perasan tulah, aku terus undur dan undur dan undur.. akhirnya..

"KRAAKKK!!!" Alamak! Ya Allah! Terus menggigil badan aku.. (mse ni ingat ALLAH dh tak guna dh..) :( seyes aku rasa sangat nervous, tp aku bt2 tenang.. sbb ada saksi yg nampak, n saksi tu trus kuar dari keta dia tuk tgok keta yg aku langgar.. aku cpat2 kuar dr keta dan tgok keadaan keta tu dan aku spontan  aku ckp la yg aku tak perasan.. pastu saksi tu trus cakap.. 

"RETAK NI DIK!" Nada akak tu agak keras.. aku dh start gabra.. "owner ni jiran sebelah umah akak, sbb tu dia blok keta akak.. dia mmg slalu park sini.." akak tu ckp "mcm ne ni dik?!" aku diam dan aku tak tau nk jwb mcm ner.. nk tunggu owner ker? aaarrrgghhh!!! aku tak suka situasi cmni.. seyes aku BENCI! "takpelah kak, kalau owner ni tanya akak gtau lah sy langgar.. sy tak sengaja, sy mintak maaf, sy yg cuai.." kataku "em, awk xnk tunggu owner ke??" serius nada akak tu tanya aku "xlah kak, saya nk cepat ni, em, kalau akak nk gtau owner dia, akak gtau la sy yg langgar.. hurmm" kata ku lg dan lagi..

apa yg menggangu fikiran aku skrg ni, akak tu seolah-olah cm salahkan aku sorang.. langsung tak salahkn jiran dia yg park keta situ, cara dia ckp mcm aku buat salah besar giler.. fuh! Ya Allah.. hanya kerana x baca Bismillah, aku dapat dugaan mcm ni.. sbb tu lah ustaz/ustazah selalu ckp, walau apapun pekerjaan kite, haruslah dimulakan dgn Bismillah.. Astaghfirullahalazim.. sungguh lalai aku arini.. rasa down tibe2 (smpai skng ni, walaupun dh berbaris ayat aku taip..hurm)

apa yg pasti, balik ni aku nk tgok, adakah owner nak marah aku atau akak tu yg nk marah aku lg.. aku redha lah.. aku yg salah.. mengaku salah bkn bererti aku kalah.. tp mmg aku yg salah.. terima jelah..

kesimpulannya, bila kita dh blok keta org x kira kita kenal dia atau tidak, kita kena fikir adakah org lain tau kereta kte? retis pun xnk org tau keta depa.. ini dinamakan dugaan menjelang raya..

nota kepala : lepas ni aku kena hati2 dlm semua perkara.. :(

"RETAK NI DIK!"

...................
me tak tau nk ckp pe.. yg me boleh cakap, "MAAFKAN SAYA.. SAYA TAK SENGAJA.. "

Tuesday, August 14, 2012

Bawal Aidijuma.. :-)

Kurang dari seminggu kite nk sambut raya kn?? Hehe.. Tapi aku masih x abes2 shopping.. Huhu.. Kalau bab nak abeskn duit no.1 lah! Haha..
     
       Pagi Sabtu (11 ogos 2012) kelmarin, aku smptlah g Plaza Angsana.. Jalan2, sorang2.. Niat hati cuma nk blikan abah aku baju je.. Tapi.... Kelai  jdnya.. Hehe.. Akh smpat rembat jeans dari Voir dan bju kurung tuk raya gaks.. Baju kurung lg??? Huhu.. Ofkos..

Kalau dh ada bju kurung xkn xde tudung kn? Dr aritu aku dh niat nk bli tudung brand AIDIJUMA.. Akhirnya.. Hari ni dpt gaks aku rembat. Tp, aku bli yg plain biasa je.. Sbb yg len tu aku rse mahai sgt... Aku amek dua helai je.. Sume skali rm14.. Ckuplah tu dulu.. Nti ada duit lbih lg aku bli lg... Apapun, aku rse syukur krn dpt merasa nikmat Allah ni.. Alhamdulillah... Ok lah.. Nti aku smbung lg yer.. Sampai sini dulu.. Assalamualaikum...

Nota kepala : panjang plak entri harini.. Huhu...



Saturday, August 11, 2012

Lamanya...

Assalamualaikum...
Huhu.. Fuh! Fuh! Rasanya dh berhabuk n bersawang blog aku ni.. Hehe.. Mana taknya.. Bz manjang aku ni.. Ngalahkn YB plak bizinyer tuh! Haha.. Xpela.. Mulai arini, aku jnji aku akn sntiasa update blog ni.. Apapun.. Terima kasih pd yg sudi blogwalking.. Hehe.. Nti ada mse aku blogwalking balik eh? Tapi x jnji aw.. B-) oklah.. Aku nk bersiap g bazar jap ag.. Nti aku update lg k.. Daa.. Selamat Berbuka.. ;-)

Nota kepala : byk bnda nk update.. Tp mood menaip tu xde.. Huhu...