Wednesday, July 30, 2014

Wordless Wednesday #3


Alahai.. baru 3 hari Raya aku dah lupa banyak benda.. hahahaha.. nak tau aku lupa apa?? Aku boleh lupa nak bawak pam susu aku dan milk storage aku. *sigh* So, inilah hasilnya. TERPAKSA marmet je dan aku berusaha juga demi HAK anak aku si Amyrul Arsyad tu.. Alhamdulillah, x banyak tapi cukup untuk anak aku minum nanti. Semoga Allah terus memberi aku rezeki ini selagi anak aku perlukannya.. Ya Mattin.. Ya Mattin.. Ya Mattin.. Kau Murahkan rezeki susu untuk aku Ya Allah.. Ameenn..


nasib aku ada bekas air banyak kat opis tau!
p/s : balik umah cepat2 aku pindahkan dalam bekas susu yang sepatutnya.. Alhamdulillah, dapat 1 botol setengah.

SALAM AIDILFITRI 1435H

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah, rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1435H, semoga Syawal kali ini adalah Syawal yang terbaik buat kita semua, In Shaa Allah.
macam biasa tiap tahun, raya pada saya adalah sama dan tiada beza. cuma sejak kahwin ni ofkos lah kena fokus pada keluarga sendiri dulu. so, saya akan update kemudian. seblum tu, jom tgok gambar keluarga kami. ini yg unofficial lah.. hehe.. pakai Iphone5 suami jerk!.. hehe.. 

#AmyrulArsyad kemain nyenyak tidue lepas susu :)

tahun ni tema kami warna peach yer kengkawan.. tapi tak tahu nape bile amek jadi macam warna pink.. so teknik pencahayaan itu penting yer.. apapun, no edit, no filter okey! original muka mak ni noks.. (tu yg en.suami tergoda tuh..) x caya boleh face to face.. hahaha.. kompem setuju.. sebab iols ni jenis makan gambar *perasan* so, gambar always comeys gitooo.. *walaupun x semua*

apsal aku rasa aku cam putih sangat nih! gebus! hahaha

oklah, nti iols update lagi okey! jangan makan kueh raya banyak sgt tau.. jaga makan tu.. kang abg uolss carik lain pulakss.. lalallaa.. selamat hari raya!!

p/s : aku mmg makin putih dan kurus lah. ^_^

Saturday, July 26, 2014

Doa Untuk Ibuku

Aku harap satu ari nanti Anakku Amyrul Arsyad akan bacakan doa ini untuk aku. tapi sebelum dia bacakan untuk aku, aku akan bacakan doa ini untuk arwah ibuku..semoga arwah akan dicucui rahmat dan diangkat darjatnya bersama org yg beriman.. Amin..

Dengan lafaz بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya ALLAH Engkaulah yang melihatnya (mengetahui keadaan ibuku) Jika ENGKAU melihat ibuku dalam keadaan berdosa, maka ampunkanlah dosanya. Jika ENGKAU melihatnya dalam keadaan bersedih maka gembirakanlah hatinya. Jia ENGKAU melihatnya dalam keadaan gembira maka sempurankanlah kegembiraaannya. 
Jika dia sakit maka sembuhkanlah sakitnya. Jikat dia gelisah atau bimbang maka jauhkanlah kegelisahan atau kebimbangannya. Jika dia letih maka sampaikan berita gembira kepadanya tentang ganjaran yang sangat besar...Ya ALLAH...Ya Rahman...Ya Rahim...Aamiin ya Rabbal'alamin."

- Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany-




Friday, July 25, 2014

Kami Berselfie!!! 😍

Macam dh lama kami x berselfie berdua.. Rasa mmg lama sgt lah.. Sebab mr.hubby tu mmg x suka amek gambar, petah lagi gan isteri dia yg kurus. Ceh! Perasan.. 
So untuk puaskan hati si isteri maka si suami pun melayan lah.. Hehe.. Nasib baik si anak tidur kat pangkuan.. Maka bolehlah kami berdua beromantik sesekali.. Hehe.. Tapi, jangan muntah plak tgok kami.. 

Inilah kami! Doakan kami dipanjangkan jodoh dan bersama sehingga ke akhir hayat kami.. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan kami, namun kami akan cuba harungi dengan tabah! In Shaa Allah..

Sehingga berjumpa kembali. Nak g AEON bawak mil g shopping kasut raya.. Huhu.. Assalamualaikum w.b.t.

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Assalamualaikum, arini aku nak share sikit resipi Pantang Selepas Bersalin. Ada 5-6 jenis resipi yg aku dah cuba masa kau pantang dulu. So, sesapa yg nak cuba silakanlah yer.. :)

*Selepas baca boleh SHARE 

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat

Thursday, July 24, 2014

Hanya Mampu Diam

Masih janggal..

Masih dangkal..

Masih di luar akal.. 

Masih tak boleh terima akal..


Masih mengharap..

Masih diharap..

Masih digarap..

Masih diperap..


TAK MAMPU LUAHKAN..

Tak mampu katakan..

Tak mampu suarakan..

Tak mampu ubahkan..


HANYA MAMPU DIAM


24 Julai 2014

Khamis

26 Ramadhan 1435H

Pasar Borong Pandan, Johor Bahru


Nak Raya Dah Ke??


Assalamualaikum.. 
macam baru semalam puasa kan? alih2 dah nak raya.. emm.. cepat sungguh masa berlalu.. aku pulak macam x de apa rasa nak beraya. yelah raya tahun ni adik kesayangan aku x balik raya gak, tu yg macam xde mood sgt.. baju raya pun baru sehelai.. BARU SEHELAI okey! syukurlah ada sehelai, dari org kat Palestin tu, xde baju raya pun tau. kuih raya?? lagi lah.. ALLAHURABBI..

apapun, korang kena syukur dengan apa yg korang ada sebab kalau korang tka bersyukur, Allah xakan bg korang lagi rezeki tu.. oleh itu, malam-malam terakhir Ramadhan ni kita bangun dan tadah tangan pada Allah agar dia tambah rezeki kita dan keluarg akita. agar kita boleh membantu lebih ramai orang yang sebangsa dan seagam kita. dan yg paling penting, kita kena berusaha menjadi kaya bukan utk kesenangan kita, tetapi utk kesenangan Agama kita.. In Shaa Allah, Allah akan makbulkan.. apa yg penting adalah niat kita. dan niatkita tu mestilah betol dan tepat. Istiqamah dalam niat dan pastikan tiada unsur riak supaya kita tidak mudah disangkal oleh org lain..

oklah, kau nak siap2 balik umah ni.. nak buat persiapan katanya. nanti aku upload lagi cerita2 yg best2.. buat masa ni, cerit ayg ada semuanya spntan dr kepala.. huhu..
selamat hari raya semua.. 

Wednesday, July 23, 2014

11 I Am We HAVE To Say Everyday

1. I am successful in everything I do.
2. I am joyfully receiving wealth and abundance in my life.
3. I am moving towards money.
4. I am creating money in my life.
5. It is great to have money!
6. I am ready for abundance.
7. I am a rich person.
8. I love the energy of money.
9. I am successful and I love it.
10. I am a beautiful, loveable human being.
11. I am successful in everything I do.

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum..

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.. Semakin hari hati semakin sayu dan syahdu.. adakah kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yg akan datang?? adakah kita akan dapat merasai lagi nikmatnya Ramadhan?? peperangan di Gaza pula semakin hari semakin meruncing, semakin hari semakin menakutkan jiwa dan minda semua penduduk dunia. yang benar TIDAK disokong, yang salah DIMENANGKAN. AllahuRabbi.. bantulah mereka ya Allah.. semoga aku lebih kuat dan lebih tabah daripada mereka kerana kekuatan mereka adalah inspirasi buat aku. sesungguhnya KAU MAHA MENGERTI, MAHA BESAR DAN MAHA MENGASIHI. Bantulah mereka ya Allah.




P/S : Sungguh! Ramadhan ini Ramadhan yg paling sedih buat aku.. begitu banyak dugaan yg aku kena lalui. begitu banyak juga air mata ini mengalir. semoga aku terus tabah dan cekal.

Wednesday, July 16, 2014

Wordless Wednesday #1



Assalamualaikum.. 
Salam 18 Ramadhan 1435H. Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa yer.. Alhamdulillah.. Arini ada masa dan mood nak update entry utk blog ni.. niat di hati, arini nak mulakan lah Wordless Wednesday memandangkan arini adalah ari ke 6 tahun 5 bulan aku dah en.hubby bercinta (sila rujuk ticker kat bawah ea) so, harapnya takdelah aku malas2 lagi ek.. hehe.. aku pun dah delete dan kemaskini blog aku ni dr apa yg x penting dan mungkin "mengaibkan" aku aku dh delete. yg aku pasan jelah, yg x pasan nti aku semak balik. aku tak nak laki aku tanggung dosa aku nti kat akhirat.. sian en.hubby.. 
apapun, sampai arini mood raya tak ada lagi.. uolls dah ada mood raya?? oklah.. nti aku sambung lagi..nak tido jap.. huhu..

p/s : raya tahun ni aku paling tak eksited. aku tak tahu kenapa.

Monday, July 14, 2014

Seorang Isteri, Seorang Suami dan Seorang Anak

Seorang isteri, anak adalah kekuatan mereka.
Sanggup hilang suami, tapi x sanggup hilang anak.
Kesakitan mengandung dan melahirkan xkn pernah mereka lupakan.
Hinggakan, mereka akan boleh mengingati walaupun sudah berpuluh tahun..

Seorang suami, hanya sekadar mahukan perhatian, dimanjakan seperti seorang anak. 
Mana mampu seorang isteri melakukan sesempurna yg diinginkan..
Namun, setiap hari, seorang isteri akan cuba sedaya upaya utk menceriakan suaminya.. Walaupun kadang ia ibarat lilin yg membakar diri.

Seorang anak, tidak tahu apa2, hanya mahukan pelukan, perhatian, pujukan n pujian dr seorang ibu dan ayah.
Tapi ia juga tidak akan dapat seperti apa yg ia mahukan..
Walaupun dia hanya anak tunggal..
Pasti ada cacatnya.. Pasti ada celanya.. 

Namun, sang ibu, masih cuba meraih perhatian anak agar dia tidak tersesat. 
Sang ayah??
Menuding jari kepada sang ibu kerana tidak boleh memberikan yg terbaik.
Adakah salah sang ibu?
Atau mgkin salah sang anak kerana dilahirkan?
Atau salah sang bape yg punyai benih x cemerlang..
AllahuAkbar.

Tiada siapa yg harus dipersalahkan.
Cermin diri. Muhasabah diri. Motivasi diri.
Kerana kita adalah cerminan utk anak2 kita..

#16Ramadhan1435H
#14Julai2014
#3pagi
#takbolehtidosambiltengokanak
#nakbacayanglainsilatengokblog

Monday, July 07, 2014

Salam 9 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk mencatat coretan di sini. Maaf sekian lama menyepi. Mula-mula kau ingat nak update tanpa henti kat blog baru, sudahnya aku sendiri x terupdate kerana mengandung dan bersalin.. hahaha..
macam x percaya kan? alih2 je dah bersalin.. banyak sangat yg nak dikongsikan bersama semua. nak kongsi saat suka dan duka.. harap diberi kesempatan olehNYA.. so, pada sesiapa yg masih sudi follow, boleh lah terus support saya dan baca kisah saya. selepas ini bukan kisah saya seorang, tetapi kisah saya, suami, dan Arsyad. hehe.. siapa Arsyad?? kena tunggu lah... 
apapun, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. semoga Ramadhan kalai ini adalah yg terbaik drpd sebelum ini. InShaaAllah.

Jom pergi bazaar!! :)


Nota kepala : rindunya nak menaip segala macam benda kat sini. walaupun masa agak terbatas akan ku cuba jua nanti.