Thursday, August 28, 2014

Luahan Hati Aku

Nak Komen Sikit.

ada orang kata keja gomen ni KAYA, SENANG, UNTUNG.
aku kata ALHAMDULILLAH.

KOMEN AKU :
korang yg keja tu yg masih harap keja gomen tolonglah bersyukur dgn keja yg korang ada skng.(Kalau keja lah kan).
kalau korang x keja, apsal x reti2 nk carik keja? nak makan tido makan tido je mak bapak tanggung?
apa guna ijazah bagai tu? (aku dulu mohon x lepas2, sbb xpandai xlayak tu x dpat)

ada orang kata keja gomen CERAH MASA DEPAN
aku kata ALHAMDULILLAH

KOMEN AKU :
laaa.. rabun ke korang sampai gelap perjalanan hidup korang tu?
ke korang xnk usaha?
punyalah macam2 kemudahan sekarang ada. berniaga lah. percayalah aku jamin masa depan korang lagi cerah.
ni tak, suruh jual nasi lemak depan rumah malu, jual burger malu. semua malu. dahtu mana tak gelap masa depan ko? masadepan pun malu2 nk cerahkan hidup ko.

KESIMPULAN :
ko keja gomen ke keja sendiri ke yg penting ko keja dan usaha utk ko dan keluarga ko (yg dah kawen lah)
xpyh nak ckp ala... x best keja ni nak keja gomen. nti dh keja gomen suruh buat itu ini xnk. kata aku ada ijazah lah master lah mana layak buat keja kerani. so?? motip ko nk keja gomen psl apa? nk pencen? nak bonus sebulan? alahai!!!

* baca je nak komen, komen atas risiko anda sendiri
** kalau yg terasa aku mintak maaf awal2 xde kena mengena gan korang
*** aku tension scroll news feed baca status org sedih x dpt keja gomen, pdhal bila ajak biz kata x pandai. haisshhh.. dasar
**** kalau ada mood aku sambung lain.. haahhaha..

Wednesday, August 27, 2014

Kembalilah Pada ALLAH


korang pernah rasa mcm ni tak?? 
rasa mcm kadang-kadang bila korang ditimpa ujian korang selalu 'kecewa' dengan ALLAH, seolah-olah Allah tidak pernah membantu korang malah korang rasa korang yg paling teraniaya.. Nauzubillahiminzalik.. cuba kita buang jauh2 perasaan tu.. x elok tau.. 


cuba korang relax, tarik nafas panjang-panjang dan beristighfar lah bebanyak yer uollss.. kemudian kita senyum.. kita akan rasa tenang semula dan In Shaa Allah, kita akan dapat penyelesaian kepada permasalahan kita.. INGAT!! selagi kita bergantung pada ALLAH, selagi itu ALLAH akan bantu kita.. 

Salam 1 Zulkaedah 1435H

Sunday, August 24, 2014

JANGAN DITANYA LAGI JIKA TIADA AIR MATA LAGI UNTUK MU.

siapa pun kita di masa lampau BUKAN penghalang untuk kita jadi siapa kita di masa hadapan.
mungkin kita isteri yang curang, suami yang dayus,
isteri yang derhaka, suami yg pengkhianat.
kita semua berpeluang menerima dan memberi peluang kedua.
TETAPI
berapa ramai antara kita yang BEGITU MUDAH melupakan semua kesakitan, kelukaan dan kekecewaan yang kita pernah lalui?
adakah kita PERLU terus menerus menyalahkan takdir Ilahi?
atau kita terus menerus berdendam?

untuk apa?
sebab apa?
sampai bila?
cuma kita yg tahu jawapannya.

mengecewakan mungkin mudah
membahagiakan tak semestinya indah
memaafkan itu tak mudah.
melupakan mungkin payah.

biar tercalit luka, bagai dihiris.
bagai ditoreh, bagai dicarik.
namun, bila kemaafan wujud di hati, 
luka mula lebam, lama kelamaan menjadi kering.
kering seperti asam keping. 
atau kering, sekering hati yg TAK BISA menangis lagi.

JANGAN DITANYA LAGI JIKA TIADA AIR MATA LAGI UNTUK MU.
Kerna mata ini sudah kering,
seperti hati yang kering,
lalu menjadi gering,
dengan sikap manusia yang TAK PENTING 

24 OGOS 2014
28 Syawal 1435H
AHAD 2.00 PETANG

Thursday, August 21, 2014

JJCM : Putu Bambu Sedap

Putu bambu?? Nape ek dia bagi nama kuih ni putu bambu? Aku pun xtahu dan aku nak tahu jugak. Cuma malas nak siasat. Hahahahaha..

Okey. Tak kelakar.

Sebenarnya aku xdelah suka sangat makan putu bambu ni, tapi since orang ramai selalu belikan aku, selalu ehh.. (Masa aku kerja pejabat lama laaahh) aku jd gian tau tak. 

Ntah nape aku pun xtahu. Aku punya gian sampai setiap kali diorg g Batu Pahat, diorg mesti beli/bagi aku dua polistrin. Satu polistrin ada 6batang, harga plak rm3.00 satu polistrin. Okeylah tu kan?

Rasa?
Mestilah sedap. Sungguh! Tak tipu. Sebab apa aku ckp sedap? Sebab pada aku setiap kuih yg sedap tu dia akan kekal lembut walaupun dh sejuk atau berjam-jam dibiar (bertutup) tak diusik. Yg paling penting kalau yg jenis berkelapa mcm putu bambu ni mestilah kena pandai dan pastikan kelapa x basi. Haaaa.. Amacam?? 



Rupa mmg x berapa nak ada lah kan.. Tapi rasa... Gulp!! Telan air liur lah korang.. Hahahahaha.. Kalau korang nak tahu, aku beli putu bambu ni masa aku g taklimat NextGen ePerolehan kat Kolej Universiti Tun Hussien Onn pagi td.. Driver ajak singgah, kiteorg apalagi.. Borong lah.. Hehe.. Xdelah borong sangat pun beli utk keluarga je.. Sebab murah kan.. 

Apapun, kalau korang ada pegi Batu Pahat korang boleh lah carik dan singgah beli putu bambu ni yer.. Aku jamin korang akan puas hati punya. Sbb aku bli pukul 1lbih td dan aku baru makan ni pukul 7mlm. Rasa? Masih sedap dan lembut!! Kelapa x basi dan masih segar bugar!!! Cewahhh!! 

Jom dapatkan putu bambu keluaran bumiputera berkualiti tinggi ni.. Hehehe..

Jangan tanya aku lokasi sbb lupa nak amek gambar td.. No. Hp aku boleh cuba dapatkan.. Sbb opismate aku dok area situ. In Shaa Allah.

**ini iklan tak berbayar yer kengkawan**

P/s : aku update pakai iphone je ni. Sorry lau gambar x memuaskan hati korang. Hehehe..

Rehat Kejap

Assalamualaikum W.B.T

amboi.. tajuk tu kan.. macam nak pegi mana je ekk?? xdelah, sebenarnya aku nak maklumkan korang yang aku nak rehat kejap dari update blog ni.. eh? eh? iyer.. aku tahulah yg aku ni x selalu update jugak kat sini kan? tapi sekurang2nya aku usaha tau.. aku nak fokus sekarang pada new things yang aku buat..
nak tahu apa?? 
haa... aku sekrang ni dah jadi AGEN SAH JAMU SUSUK DARA (JSD). alaaa.. JSD.. xkan x kenal kooott.. produk hot tu untuk hubungan suami isteri.. tapi bukanlah maksudnya yg x kahwin tu xleh pakai kan.. boleh2.. semua boleh dik nonn.. nak gan xnak jer lah.. hihihi.. 
okay, memandangkan aku banyak sgt blog (banyakkk tuu...) yg x berupdate, so aku pilih salah satu blog aku yg mmg x aktif utk jual produk JSD aku. korang lau nak tengok ker, servey ke leh lah g tgok blog aku tau! ala, harga murah2 je.. janji korang happy.. korang g je SINI dan tengoklah apa yg patut.. tapi kalau aku x sempat update korang boleh pm aku kat fb biz aku.. Arsyad FamesShoppe aku belum terfikir nak tukar nama ke tak. tgok lah nanti kalau aku leh tukar and rajin aku tukar lah yer.. huhu..
apapaun aku harap sgt sokongan korang kat aku ni.. yerlah, bukan mudah nak carik duit besarkan anak ni.. semua kena usaha 2, malah 100kali ganda dari kita zaman bujang tau.. memang penat, tapi bila tengok anak depan mata, hilang semua penat yg ada.. Alhamdulillah, Allah bg aku rasa nikmat ni, walaupun kadang aku rasa aku tak kuat nak hadapinya. 
okeylah, xnk cite sedih.. nak happy2 je.. so, jadia sesapa yg rasa ada kekurangan dalam rumahtangga tu kita nak perbaiki boleh lah cuba produk JSD ni. saya x jamin ia akan membantu anda 100%, tapi sekurang2nya anda mencuba untuk memperbaiki keadaan kan? dari anda x berbuat apa2 kan?? sesiapa yg berminat boleh carik saya di SINI yer atau wassap 016-7253014. saya x akan angkat call sbb saya masih bekerja tetap dan tanggungjawab saya lebih besar jika hanya mahu jawab satu panggilan yg hanya ingin bertanya produk. sebarang sms dan wassap akan dibalas segera, InshaAllah.
okey. jumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum W.B.T.

25Syawal 1435H
5.30PETANG
KHAMIS

Monday, August 18, 2014

Doa Perbaiki Diri



kadang kita sebagai hamba Allah yang lemah selalu terlupa akan kesilapan dan kekhilafan diri kita samaada secara sengaja atau tak sengaja. adalah lebih baik kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa perbaiki diri kita dari semasa ke semasa..
aku share doa ni kalau-kalau ada di antara kita yang ingin perbaiki diri tapi tak tahu nak mula dari mana. maka ni lah permulaan kita dan semoga kita boleh perbaiki diri kita In Shaa Allah.. 
sesungguhnya kita ni insan yg lemah, dan Allah jualah yg Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani. sama-samalah kita perbaiki diri kita supaya kita boleh bantu orang lain pula. siapa tahu dengan hanya berkongsi doa ini kita dapat beri manfaat kepada org lain pula. kan?? Wallahualam..
kalau suka korang boleh share yer.. 


Sunday, August 17, 2014

Don't Talk To Me


Kalau korang bosan JANGAN CAKAP DENGAN AKU.
Sebab aku bukan dilahirkan untuk menghilangkan KEBOSANAN KAU.
Dan JANGAN KAU DATANG UNTUK MINTA PERTOLONGAN AKU.
Sebab AKU BUKAN TUHAN, dan AKU TAK SUKA DIGUNAKAN.
Sekian.

Faham ke faham??

Tuesday, August 12, 2014

Selfie : #1 Ummi, Babah dan Arsyad

Assalamualaikum w.b.t
Korang yg tgok post arini jangan muntah tau uolls!! Hahahaha.. Akhir2 ni Mr.Arrogant aku suka sgt berselfie kalau kiteorang kuar bertiga.. Tapi my lil boss Arsyad ni skng dh xde mood sgt nak selfie.. Emm.. Tgh gian nk berdiri n memanjat je nih.


Korang tgok muka si Arsyad nih.. Dia xnk tgok kamera tau.. Haishhh... Masa ni aku n Mr.A pun muka biasa je sbb nk amek mood si Arsyad nih..


Bila mood kami dh mai.. Si Arsyad ni nak gak lah tgok kamera.. Hehe.. Dan aku biasalah kan, nama pun "Duta Colgate" jd senyuman tu agak kambing sumbing sedikit.. Hahhaha.. Mr.A?? Lagilah.. Jarang2 dia akan bg pose mcm ni tau!! Very Limited!! Kuikuikui..


Lastly.. Baru lah si Arsyad ni nk tgok kamera tp ternyata Arsyad dah bosan dengan ummi n babah dia yg asek nk berselfie manjang!! Bahaha.. Arsyad oiii Arsyad.. Mulut kamu tu ummi geget kang!! Geram betol ummi tau!! Lepas je amek gambar ni berebut si Arsyad ni nak susu.. Hehehe..



p/s : Arsyad skng dh jadi kawan gaduh aku.. Dialah penghibur dialah segalanya.. Love u son!!


DOA ELAK DITIMPA MUSIBAH

Assalamualaikum w.b.t..
kadang-kadang kita tak tahu, ada sesetengah perkara yg kita lakukan secara sengaja atau tidak boleh mendatangkan musibah pada kita, keluarga mahupun orang yang terdekat dengan kita.. oleh itu, rasanya kita perlu lebih berhati-hati dan selalu berdoa kepada ALLAH agar kita senantiasa di elakkan daripada ditimpa musibah atau malapetaka. 

namun, diingatkan setiap musibah atau dugaan yg Allah bagi adalah sebagai peringatan kepada kita agar kita tidak lupa dan leka dengan segala perintahNYA.. sama-samalah kita muhasabah diri dan kembali kepada jalanNYA.. andainya kita masih tidak sedar, maka kita adalah dikalangan orang-orang yang rugi.. Wallahualam..

Monday, August 11, 2014

KEGEMARAN SEPANJANG MASA :)


ASSALAMUALAIKUM..

buat apa tuh?? jom main teka-teki nak x?? 

okey korang cuba teka apa ni??? 
.
.
.
.
.
.
.
.


ini namanya KUIH SIPUT.. 

aku suka giler.. memang kegemaran aku sepanjang masa lah.. raya ke tak raya ker lau jumpa yg sedap aku akan beli dan makan sampai gigi aku sakit.. hahhahaa... 

aku beli untuk raya ni.. dan ini aku order dengan MIL kawan aku.. soooo sedappp!!! tapi memandangkan umah aku xde orang nak datang so aku bawaklah g opis.. hehehehe.. so makan sambil buat kerja.. fefeling rajin gitu! oklah, tu je nak gtau.. okbai! 




p/s ; masa post ni korang jangan tanya sedap ke tak sebab dah abis sebalang aku makan sorang.. kahkahkah..

Doa Mohon Rezeki HALAL

Inilah doa yang aku selalu amalkan.. Semoga bermanfaat buat semua :)

Sekejapnya Masa..

Assalamualaikum..
tiktokt tiktok tiktok.. Kejapnya masa berlalu.. dah 15 Syawal dah.. emm.. mood raya masih ada tapi x sempat nak berjalan sangat.. sbb Mr.Arrogant aku ni x suka sgt g beraya lau xde kawan.. tu yg aku pelik tu.. lau aku asal ada kenderaan je aku bedal.. hahaha.. sian anak aku x dapat duit raya banyak.. ehh?? *tetibe* 

apapun, kerja kena tetap teruskan.. skng mood nak g open house umah opis mate MR.Arrogant... umah kiteorg?? huhu.. memang xlah tahun ni.. MR.A kata tunggu tahun depan.. tahun lepas sebab aku peknen, tahun ni sbb anak aku kecik.. dahtu lau dibuatnya aku "terpeknen" tahun depan acaner tue?? ter ehh?? hahahahhaa.. 

aku terima je kalau Allah dah kata itu rezekinya.. huhu.. sebab anak ni kan rezeki dan anugerah yg paling berharga dan tak ternilai.. hanya yg dah punyai anak je yg tahu.. bukan maksud yg xde anak x dpt rasai anugerah dr Allah tau.. jangan sentap plak.. cumanya kalau ada anak ni, kita tengah tension mcm mana seklaipun kita tengok anak terus hilang tension. 

ko angin satu badan gan laki ko mcm singa betina x dapat makan setahun pun ko tetap senyum tengok anak ko.. haaa.... masa tulah laki ko nak masuk jarum pujuk ko.. kalau anak ko dah besar plak laki ko guna anak ko utk pujuk ko.. best kan?? suweet je rasa!! aauumm.. 

Alhamdulillah, Allah bg aku kesempatan utk rasa semua tu walaupun dh lambat aku rasa.. rezeki Allah tu xpernah lambat sebenarnya.. Allah bg betul2 saat kita perlukan tau.. TAK PERCAYA?? korang kena percaya lah.. tapi korang kena serahkan semuanya pada Allah lepas korang dah berusaha 200% lah.. 

kalau baru 50% usaha dah kata Allah x tolong melampau lah kan?? sebab koranbg x usaha sungguh dah mengalah.. okey?? ingat.. walau apapun yg berlaku, Allah beri kita ujian tu sebab dia tahu kita mampu nak hadapinya.. so, teruskan berdoa n berusaha barulah bertawakal n berserah padaNYA. Faham?? kikikiki..

Monday, August 04, 2014

Cinta, Nyawa, Kasih = TIADA PENGGANTI

Beberapa hari sebelum raya (ari Jumaat) aku dan Mr.Arrogant a.k.a MR.A aku sepah kemas umah kiteorang yang dah berbulan tak kemas. walhal kami memang jenis kemas umah setahun sekali.. huhuhu.. senang cakap lau x raya x kemas lah rumah kami ni uollss.. iyerlah kan kami laki bini ni sibuk memanjang.. hehehehe.. so, tengah kemas2 aku terjumpa lah SESUATU yang aku buat aku TERDUDUK, TERMENUNG & MENANGIS sekejap.. Allahu.. Rindunya aku.. 
korang nak tahu aku jumpa apa???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taaaraaa


hurrrmm.. inilah dua insan yang boleh buat dunia aku BERHENTI SEKETIKA kalau 
mereka tiada.. iyer.. arwah mak memang dah takde dalam dunia ni, tapi SENTIASA ADA dalam hati dan ingatan aku.. TAK AKAN HILANG dan TAK AKAN ADA PENGGANTI! teringat aku masa arwah mak meninggal dulu, aku rasa macam aku bermimpi. perasaan aku macam arwah mak cuma pergi kerja tapi tak balik-balik. Hakikatnya.. Allah je yang tahu.. Allah Maha Besar, Maha Berkuasa, setiap yg berlaku ada hikmahnya.. dan DIA xkan uji hambaNYA yang lemah. Allah x zalim.. :) 

Abah pulak.. hurm.. kadang aku rasa makin jauh dengan abah sejak abah dah ada "pengganti" ni. tapi sebagai anak, aku doakan agar abah bahagia dan gembira dengan pilihan abah. dan semoga apa yang abah buat akan jadi contoh dan tauladan yang baik buat kami semua adik-beradik. apapun, aku sayang arwah emak dan aku sayang sangat pada abah. abahlah CINTA, NYAWA dan KASIH aku yang TIADA PENGGANTI. 
Sampai Mati. sampai KIAMAT. 

apapun, aku selalu harapkan yg terbaik buat mereka. semoga Allah melapangkan kubur arwah dan terangi kuburnya dengan cahaya syurga. buat abah, walaupun uda anak yg degil keras kepala, selalu tak dengar cakap abah, jarang balik kampung, tapi uda nak abah tau yg uda syg abah sangat2 tau.. abah kean paham uda dah ada suami.. uda pun kena jaga hati suami uda.. uda tetap ingat abah.. sebab abahlah HERO NO. 1 di hati uda, bukan MR.A bukan Arsyad. okay!

aku memang emosi kalau melibatkan abah dan adik-beradik aku. walaupun kami x rapat macam org lain, tapi aku ingat pesan arwah mak aku "adik, jaga keluarga ni yer syg bila mak xde.. adik org yg kuat.." apalah sangat yg dimengerti dengan pesanan itu oleh budak yg berumur 11 tahun.. tapi kini.. aku mengerti dan aku akan laksanakannya.. semoga Allah membantu aku dan permudahkan urusanku dalam menjaga amanah keluarga dan adik-beradikku.. aamiinn..

emosi sikit untuk post kali ini. harap korang tak bosan ekk?? nti datang dan baca lagi ehh?? jom kita g menternak lemak.. lunchh time ni.. hehuhuhu..

p/s : aku suka membebel lau korang nak tahu.. huhu

Sunday, August 03, 2014

Kembali Bekerja :)

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal 1435H.

Cehcehceh.. Tajuk macam ko tu cuti panjang je tau.. padahal ari rabu lepas kan dah naik keja, tapi x terfikir nak update plak.. arini ari ahad pertama bulan Ogos, dan minggu pertama kerja lepas raya.. so aku expect jalan jem lah pagi tadi, rupanya tak..




ko tengok.. lapang jer kan?? hehehehe.. aku dari umah BS aku tadi dalam kul 8.10pagi, boleh sampai opis aku kul 8.26pagi! giler cepattt!! mana taknya... Mr.Arrogant a.k.a suami aku bawak keta macam nak g racing!!! yerlah.. dia tak nak isteri tercinta dia ni lambat kan.. *padahal aku mmg selalu lambat punn* tapi memang bestlah keadaan jalan mcm ni.. kalau lah ari2 jalan Skudai-JB ni lengang mcm ni kan bagus.. boleh aku g keja kul 8.. dapatlah sikit aku masa untuk main2 gan Arsyad lama sikit.. tapi, apa nak buat.. ni lah jalan yg sentiasa jem dan xpernah plak x jem, lagi2 lau hujan atau eksiden! huhhh!! lagi parah tau..


apapun, arini macam SUNDAY BLUESS lah.. sebab aku rasa mcm xde mood sangat.. yelah.. Mr.Arrogant aku arini macam bad mood dari semalam, so aku x ceria lah sangat pagi ni.. xpelah.. petang ni aku nak ceriakan dia lah.. tapi nak buat apa ekk?? masak yg sedap2 okey kot! oklah kengkawan, jom kita sambung kerja, semoga Allah merahmati kita semua..

Jangan lupa doakan sedara mara kita di Gaza ye kawan-kawan!

p/s : pagi-pagi masuk bilik bos sbb nak salam bos, tetiba bos cakap aku dah kurus sikit.. wahhh!!! berbunga-bunga tau hati.. hehehe..