AMALAN
MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
(1)
MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31
Firma Allah: Katakanlah (wahai
Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila
sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu),
maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat
seterusnya.
(2)
MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah “(Ingatlah peristiwa)
tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya “Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta
bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku.”
(Ayat ini juga elok dibaca ketika
hendak ditemuduga)
(3) UNTUK
MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR
AYAT 21
Firman Allah “Sekiranya Kami turunkan
Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),
misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,
supaya mereka memikirkannya.”
(4) AYAT INI
SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA
AYAT 19
Firman Allah “Allah Maha Lembut
tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya)
kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah
Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(5) PASANGAN
SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan
suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat
melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga
memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan
orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca
ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika
membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan
anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).
(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)
Firman
ALLAH SWT yang bermaksud
"Dan
apabila aku sakit,Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku".(As-Shu'araa
:80)
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud
"Sesungguhnya
ALLAH menurunkan penyakit,dan menjadikan setiap penyakit itu ubat,
kerana
itu hendaklah kamu semua berubat,dan janganlah berubat benda yang
haram".
"Mengkritik
tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan
berfikir yang baik"