Monday, February 29, 2016

Dilema Ibu Menyusu


sumber : Facebook


Bukan kau, bukan dia. 

Tapi aku. 

So, bila nak kurus?

4 tahun sekali

Assalamualaikum.

29 Februari.

4 tahun sekali.

Tak pasti lagi 4 tahun aku akan jumpa ke tidak tarikh ni.

Aku doakan semua bahagia dan mencapai apa yang diimpikan pada hari ini.

Bulan cinta, penuh dengan pelbagai kisah suka dan duka. 

In shaa Allah, akan lebih berusaha agar menjadi yang terbaik untuk yang seterusnya.

Semoga Allah perkenankan.

#FlabbyFebruary
#29022016

Sunday, February 21, 2016

blogwalking

Assalamualaikum.

Mood masih ke laut. Cuma rasa nak blogwalking je. Tunggu yer saya jalan-jalan ke blog korang.

Sunday, February 14, 2016

Happy birthday to me!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Happy birthday to me!
I am 29 years old and i am a mom of two boys! I am proud with myself!
Age is just a number! Thank you Allah for giving me a chances to have all these kind moment and things happens for the whole of my life.
I am so grateful! Alhamdulillah!
14 Febuari 2016.
Sunday
4:40am
#BirthdayShoutOut #StoriesOfFarhana
#FarhanaSuardi
#MomOfTwoBoys
#ILoveMyselfAndFamily
#FamilyFirst

Friday, February 12, 2016

Ummi dan Akhmal


Siapa lagi tembam ? 

Ummi ke Akhmal ? 
Akhir-akhir ni , Ummi memang suka selfie dengan Akhmal, 
tapi Akhmal tak mahu . 
Si abang Arsyad je yang beriya nak selfie . 
Hehehe .

THOUGHT OF THE DAY (9)


I KNOW YOU WILL GIVE ME WHAT'S BEST :)

Tuesday, February 09, 2016

Lirik Lagu Takkan Pergi – Hyper Act

Hari ku yang pergi hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah hilang dalam sedar

Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi

Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam
Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku

Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma

Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam
Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku

Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi
Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku

Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi
Kelibat cinta permain rindu kecewa
Bisikan indah khayalan ku seketika

Airmata ini mengalir ku sendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi



Monday, February 08, 2016

Bersalin Normal Atau Pembedahan Yang Kita Perlu Tahu

Menurut artikel INI

Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal mahu pun pembedahan, keduanya memerlukan ibu mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Kedua cara melahirkan ini mempunyai kesan berbeza selepas bersalin.

Mungkin bagi ibu yang pernah melalui kedua pengalaman cara kelahiran tersebut, dapat membuat perbandingan yang mana satu lebih sukar dijaga. Mungkin ia boleh dijadikan panduan kepada bakal ibu yang akan melalui pengalaman melahirkan kelak.


1. Masa pemulihan

Bersalin normal tidak mengambil masa lama untuk pulih berbanding bersalin pembedahan. Biasanya jika tiada sebarang masalah, luka di bahagian faraj akan cepat sembuh dalam masa lebih kurang dua hingga empat hari. Bahkan ibu bersalin juga sudah boleh bergerak sendiri sehari selepas bersalin. Berbanding mereka yang melalui pembedahan. Kesan luka pembedahan lebih memerlukan masa yang panjang untuk sembuh. Rasa sakit juga lebih terasa dan membuatkan ibu tidak dapat melakukan aktiviti harian sebagaimana mereka yang bersalin normal.


2. Pendarahan

Wanita yang bersalin normal kurang mengalami pendarahan berbanding bersalin pembedahan. Pendarahan normal bagi ibu yang bersalin normal tidak sebanyak proses pembedahan walaupun pada masa kini kebanyakan pendarahan semasa pembedahan boleh dikawal. Biasanya untuk kelahiran normal, pendarahan kurang daripada 500 ml berbanding pembedahan yang boleh melebihi 500 ml.


3. Pengecutan rahim

Dalam kelahiran normal, rahim akan mengecut dengan cepat untuk kembali stabil. Namun, melalui kelahiran pembedahan, rahim terpaksa mengambil masa yang lebih untuk mengecut lalu membuatkan salur darah lambat untuk menghentikan darah yang terus mengalir.Ia juga mungkin berlaku disebabkan ada salur darah yang tercedera akibat pembedahan. Namun, kini dengan adanya ubat-ubatan yang boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim, pendarahan melalui bersalin pembedahan dapat dikawal.


4. Risiko masalah darah beku

Bagi yang berbadan besar, mereka berisiko mengalami masalah darah beku (clot) berbanding mereka yang berbadan biasa. INi kerana saiz badan besar menyebabkan kurang pergerakan, maka darah dalam badan juga tidak mengalir baik. Masalah clot boleh terkena ke bahagian seperti paru-paru sehingga menimbulkan komplikasi seperti sukar bernafas dan sebagainya. Komplikasi ini dipanggil Thromboembolism iaitu masalah besar yang dialami oleh segelintir pesakit selepas pembedahan.


5. Tidak boleh berurut

Biasanya ibu selepas bersalin akan melakukan amalan berurut bagi mengurangkan masalah 'angin' dan bagi membetulkan urat-urat dalam badan. Namun ibu yang bersalin secara pembeadhan dinasihatkan agar melewatkan amalan berurut bagi memberi ruang kepada bahagian luka pembedahan benar-benar sembuh. Ini kerana 'potongan' itu agak besar dan bimbang luka ibu boleh berisiko mengalami jangkitan dan sebagainya akibat kesan urutan.


6. Jarak kehamilan

Secara idealnya sama ada bersalin normal atau pembedahan, ibu biasanya dinasihatkan agar menjarakkan kehamilan seterusnya. Kesan parut pada rahim akibat pembedahan lebih mudah bocor sekiranya jarak kelahiran berlaku sangat dekat.



Walau apa pun situasi kehamilan yang kita lalui, percayalah, ialah saat yang tak akan pernah kita lupakan. TAK AKAN! Enjoy the moments and maybe it will never come again. Terima kasih Allah beri aku dua kali peluang itu. Alhamdulillah!

Sunday, February 07, 2016

Fahami aku..





bukan emas permata yg aku minta. 
hanyalah titisan emas buat anak tercinta.
yang dulu aku gagal, kini aku masih tak putus asa.

biar lena ku hanya seketika, asal kenyang perut anakanda
daku dihina dicerca tidak mengapa, tetapi untuk mengaku kalah bukan itu caranya.

jika anak dan kerja saja pilihan yg ada,
anak dulu akan ku utama.
kau mungkin tak mengerti,
9bulan yg ku bawa
dua belahan merobek jiwa,
parut yg akan kekal lama
selagi diri dimamah usia.

mohon mengerti apa yg ku rasa
aku cuma mahukan haknya.
bukan pula menjadi derhaka.

aku juga punya rasa
mana bisa berkongsi rasa
namun aku harus bersiap sedia
jika itu sudah takdirnya.

maafkan aku.

Ummi Amyrul Arsyad & Amyrul Akhmal
Atas Katil Menahan Rasa
28.01.2016
Khamis
22:40


Nota : lama aku simpan dalam draft. entah, aku tak pasti kenapa aku tak terus post di blog aku.


THOUGHT OF THE DAY (8)

Kadangkala, ada orang yang buat status 'gembira', 
bukan bermakna dia sedang gembira, 
tetapi dia cuba untuk menenangkan dukacitanya di dalam hati.

Cukuplah hanya Allah yang tahu :')
Aku tak ragu pun. 
Cuma sebab aku kasih, maka aku risau. 
Sayang bisa hilang, kasih akan berpanjangan.

jom layan : 

http://youtu.be/XfYFbJ2FOA8